heartbeat

Khamis, 30 Disember 2010

Obses dengan Mohd Muslim Ahmad

Baca tak tajuk post ni? Yes! Betul sungguh itu! Jika hari tu aku karang sajak untuk Khairul Fahmi Che Mat, hari ni aku mau bercerita mengenai kat kengkorang semua pasal Muslim pula, pemain bola sepak daripada Harimau Muda ( auuummm ).

Aku ni pada asalnya bukan seorang kipas-susah-mati pon untuk dunia bola sepak. And one more, aku tak tahu pape pon pasal peraturan bermain bola. Aku tak tahu apa tu corner cick, offside sampailah Nurul cerita kat aku. Disitulah aku paham sebijik – bijik rules dalam game bola ni. Yang aku tahu pasal bola ni ialah kita sepak je bola tu sampai gol! Gol! Gol! Aku rasa tu je 1 bahasa yang 1 dunia paham. Kau jeritlah sampai ke paksi Bumi tu ( Atlantik ), gerenti bila bola masuk dalam gawang, yang diorang jerit adalah pastinya GOL! GOL! GOL!

wau!!! cikgu nurul!!!

Wokeyh, berbalik semula ke tajuk kita, obses dengan Mohd Muslim Ahmad. Aku pada mulanya tidak mengenali pon siapa si Muslim ni, sampailah aku dipaksa menonton 1 perlawanan bola sepak iaitu perlawanan Piala Malaysia ( maaf kalau aku salah, aku tak arif ), yang mana Kelantan v.s Negeri Sembilan dan Kelantan berjaya memenangi piala tersebut.

Kesan kemenangan itu, tiba – tiba aku mengenali Khairul Fahmi Che Mat. Waktu itu aku terpaksa menerima budak – budak Kelantan berlagak sedikit dengan kemenangan daripada pasukan mereka. Untung sebab si kembar tu cedera je..dapat lah korang merasa ( uit, jangan nak banned blog aku sbb aku kutuk korg ). Selepas kemenangan itu, tiba – tiba je Haniey, BFF aku terminat kat Khairul Fahmi Che Mat dan ini memaksa aku untuk mengharungi ‘lautan’ merah di dunia internet untuk mencari gambar Khairul Fahmi Che Mat untuk diedit ( kepada jejariruncing.blogspot.com , jgn mrh taw, anda kene terima i sbg pemnt sukan, huk huk huk ).

Sejurus aku mengedit gambar itu, aku uploadkan di Facebook and aku tagged kepada Haniey. Kah kah kah kah, bukan main lagi si Haniey puji ( saket jiwa tol ). Kemudiannya aku mengikuti perkembangan perlawanan bola kerana Khairul Fahmi Che Mat. Ketika itulah aku mengenali Mohd Muslim dengan nombor jersinya 24, nombor yang paling aku tak suka, bagi aku tak ong lah.

Daripada Sukan Asia Guangzhou lah aku mengenali Muslim ( chewah, citer mcm aku n Muslim kekasih je ). Aku perhatikan Muslim, aku tengok, dia mengingatkan aku kepada seseorang iaitu seorang lelaki, tapi aku tak ingat. Muslim bermain di bahagian pertahanan. Yang lawaknya, badan dia kechik, kenapa lawan bahagian pertahanan? Kebiasaannya bahagian pertahanan ini merupakan orang – orang yang berbadan besar dan tinggi. Berbeza pula dengan Malaysia, orang – orang yang tinggi dan besar semuanya bermain untuk bahagian serangan kecuali si Kunalan tu.

huhuhuhu, jgn marah!!!

Takpelah, tak kisah la saiz body main peranan penting or tak, tapi yang pentingnya, Muslim telah bermain dengan baik sekali bergandingan Fadhli Sas. Mereka berdua sepertinya tak boleh dipisahkan. Orang kata serasi bersama gituh. Dan aku masih lagi memikirkan siapa lelaki yang seiras dengan Muslim ni yang aku kenal. Sebab aku ni tak banyak kawan lelaki yang mengamalkan fesyen rambut pacak.

Hah! Cakap pasal pacak, aku perasan, tiap kali game, memang aku tengok rambut Muslim tu pacak sentiasa. Adakah rambut dia pacak semula jadi?Thats mean, dia lahir – lahir je rambut dia tegak?

hehehe, neh ank buah aku taw!!!

Lantaklah, aku bukan kekasih dia untuk take care sampai macam tu sekali. And sekarang ni aku nak ceritakan pula kesannya apabila aku tiba – tiba mengenali Muslim.

OMG!

Ya! Itulah kesannya, aku obses sama si Muslim.

Ya! Aku obses. Mau aku nyanyikan lagu Obsessed daripada Mariah Carey tu??

Why I’m so obses with you?

Boy, I want to know?

Maaf, aku tukar lirik sikit, untuk kelihatan sangat sesuai dengan post ini. Tak pon korang nak aku nyanyi lagu Obsessed daripada Miley Cyrus pulak?

Am I obsessed with you ?

I do my best not to want you

But I do all the time

I do all the time !

Yang ni aku tak tukar lirik. So??? Aku masih lagi obses dengan dia, Muslim. Kalau Fatin Liyana obses dengan Zaquan Adha, aku obses dengan Muslim, anak jati Terengganu itu. Kalau Zack Zuhairi obses Tiz Zaqyah dan Diana Amir atau Lisa Surihani, aku obses dengan Muslim jugak.

So, aku sendiri tak dapat nak kenal pasti kenapa aku obses dengan dia??? Nak tau fenomena or perkara – perkara yang berlaku jika aku ternampak wajah – wajah Muslim? Sila baca sendiri, kalau tak, tak tau korang kang. Sila :

  • Masa aku nampak wajah Muslim dekat Awani ( 502 – ASTRO ), aku menjerit macam histeria, tak pasal – pasal ayah aku tengking aku, ha ha ha..

  • Kalau time bola, aku akan fokus pada jersi 24 ( Muslimlah ), takde orang lain..adelah sikit – sikit aku tengok yang lain.

  • Aku cuba mencari Facebook Muslim tapi hampa, sebab takde..tapi aku percaya yang Muslim ada akaun Facebook.

  • Aku mencari info lain mengenai Muslim seperti tinggi, berat, tarikh lahir, hobi, cita – cita, makanan kegemaran, minuman kegemaran, kenangan manis, kenangan pahit ( pula? ni sah obses giler )

  • Aku cuba mencari gambar Muslim seberapa banyak yang ada di dalam internet, tapi semuanya menghampakan aku, semua dalam resolusi kechik..tak puas nak zoom..

  • Aku mula memikirkan Muslim sepanjang hari.

  • Aku mula berangan – angan nak jadi kekasih dia ( layak ke aku weyh??? )

  • Aku mula nak kumpul duit, nak tengok dia main bola kat stadium.

  • Aku nak bergambar dengan dia..nak sangat..sangat2 nak..plez!!!!!!!

Itulah tahap obses aku. Pening gak aku nak melayan kehendak sendiri ni, manalah aku nak cari patung lilin Muslim? Kat Hollywood kowt..tapi at least, permintaan aku untuk bergambar dengan Muslim, haraplah menjadi kenyataan, bukannya mimpi mainan tidur. Adoi!

Oh ya! Aku baru teringat, awal dalam post aku ni aku ade mention yang wajah Muslim ni seiras dengan lelaki yang aku kenalkan? Ha ha ha ha, alah classmate aku yang baru ni, Hakimi kowt nama dia. Alah, tang rambut je sama, yang lain – lain, jangan harap nak sama dengan Muslim aku. Ha ha ha ha

Akhir sekali, aku harap sangat yang Muslim tak kan berkahwin dengan mana – mana artis. Kalau tak, melepas harapan aku. Even kalau dia dah ada kekasih pon, aku haraplah kekasih dia takde kaitan langsung dengan dunia artis ini. And aku taknak Hanis Zalikha yang jadi kekasih hidup dan mati dia. Arghhhhhhhh! Obses betol aku dengan dia! Sekian terima kasih!

Post Tergempar Untuk Piala AFF Suzuki



ada macam pembaca berita x??? tp cibuk je orang kat belakang tuh!!!

Post ini khas untuk menyatakan perasaan bangga dan tahniah kepada pasukan skuad kebangsaan kita, Harimau Malaya yang sudah berjuang habis – habisan untuk kemenangan ini. Sesungguhnya aku yang baru hendak meminati sukan bola sepak ini sangat bersyukur dengan kemenangan dan semangat juang yang ditunjukkan oleh Harimau Malaya. Bola sepak kadang – kadang menyebabkan aku sekeluarga bersatu, menyokong pasukan negeri, kalaulah Malaysia lawan r, kalau luar negeri, aku tak berapa nak melayan kecuali FIFA. Itu wajib!!! Ha ha ha ha ha.

Pasukan Indonesia tidak kurang hebatnya. Mereka menggegarkan skuad kita di saat – saat akhir. Kata Indonesia, saat – saat genting gituh, apanya bikin runtuh tembok. Ha! Jangan main – main, Syazyan pun pandai kechek Indonesia ( perosak bahasa sungguh! ).Siapa sangka yang pasukan Indonesia akan membolosi gawang kita dengan 2 -1, keputusan yang boleh dikatakan bagi aku mengejutkan. Aku percaya yang Indonesia sudah bermain dengan baik sekali.

Kalah dan menang merupakan adat dalam permainan. Bagi aku dalam sukan atau sebarang pertandingan, wajib ada yang menang dan kalah seperti belajar juga. Jika semua mahu pandai, siapa pula mahu jadi kurang pandai kan?? Jadi tidak semuanya akan dikecapi. Kekalahan itu akan dijadikan kayu sempadan sebagai pengukur, dan aku percaya, yang pastinya, pasukan Indonesia akan memperkasakan lagi sayap garuda mereka yang sudah patah dan cedera itu. Ayuh!

Amboi bukan main lagi aku puji and memberi semangat kepada pasukan Indonesia. Okay, aku nak pujilah kepada pasukan Harimau Malaya ni, auummmm! Ha ha ha ha ha! Sangat menyukai corak permainan mereka semua. Sangat tidak mengecewakan rakyat Malaysia, syabas kepada Harimau Malaya!!!! Love korang semuanya, terutama sekali kepada Muslim! Muslim, you the best defend player for me..ha ha ha ha, poyo je aku ni.

Aku lihat, permainan kali ini kurang menyengat bagi pasukan Malaysia kecuali Indonesia, mungkin disebabkan asakan yang lain macam daripada pemain – pemain Indonesia. Namun, semangat kesukanan yang ada pada Muslim dan Firman, membuka mata aku.

Jiwa aku tersentuh apabila melihat Firman, selaku kapten pasukan Garuda itu meleraikan pergaduhan yang tiba – tiba muncul ketika aksi tolak – menolak oleh pemain Malaysia iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan seorang lagi pemain Indonesia ( aku tak ingat nama ). Untuk mengelakkan pergaduhan berlarutan, terus si Firman menenangkan Norshahrul ( pengantin baru bang! ). Disitu aku dapat melihat semangat kesukanan yang ditimbulkan oleh pemain Indonesia. Ini membuktikan, kita bersukan bukan untuk kemenangan semata – mata, tetapi kerana semangat juang.

Muslim pula aku terharu ketika dia cuba membantu pemain Indonesia yang kekejangan otot itu. Tidak kira pasukan lawan atau sendiri, kita harus membantu antara satu sama lain. Ini menguatkan lagi persepsi aku terhadap Muslim bahawa dia jejaka baik ( hak hak hak! Adoi! ). Masa aku nampak kejadian tu, aku cakap, caringnye Mus! Mus! Kalau u jadi boyfriend i, i janji i takkan buat sebarang kesilapan dan menjadi girl yang paling memahami u ( konon je aku neh!! )

muslim!!!!!

Yang neh aku nak komen pasal Safee, penjaring gol terbanyak. Tahniah! Tahniah! Kaki kau memang bawak ong untuk Malaysia! Tapi menghairankan, kita duduk 1 Selangor, malah ex – boyfren aku pon orang Kajang, tak pernah berjumpa pon. Ha ha ha ha ha! Mungkin tiada jodoh, tapi kalau dapat jumpa dengan kau, aku akan bergambar dengan kau! Untuk kenangan, lagi pon kawan aku cakap muka Safee neh macam ex – boyfren aku, cuma bezanya terletak kepada ketinggian dan tegap. Itu sahaja. Lama juga aku tilik, tiada apa yang serupa pon Safee dan mamat kejadah tuh. Tetapi skil yang ada pada Safee memang menakjubkan. Dengan pertolongan rakan sepasukan, menambahkan lagi kemantapan skill yang ada pada Safee.

Tidak lupa juga kepada Khairul Fahmi Che Mat yang bertungkus – lumus menjaga pintu gawang Malaysia. Mu meme terbaiklah! ( apa aku cakap neh? ). Kekuatan Malaysia juga dapat dilihat kepada aksi – aksi Khairul Fahmi yang sudah melakukan tugas terbaik. Pengulas sukan mengatakan corak permainan Khairul Fahmi semakin hari semakin matang. Mungkin Khairul Fahmi sudah dapat mengagak dan membaca pergerakan bola. Mungkin itu yang dikatakan kematangan, maaflah, aku neh tak reti sangat pasal sukan bola sepak neh, tapi aku nak cakap jugak, tahniah Fahmi!!! Tahniah Apex!!!

Tak dilupakan kepada pemain – pemain pertahanan kita iaitu Fadhli Shah, Sabre, Muslim, dan Asra! Korang the best! Tahniah! Untuk pemain – pemain tengah dan penyerang iaitu Ashari, Amar ( muka die mcm Hazazi! Seyes! Tak tipu! ), Kunalan, Norshahrul, korang terbaek!!! Paling penting, kapten diorang, Safiq Rahim, kapten yang paling bagus, dapat mengarahkan semua rakan sepasukannya bermain dengan baik sekali di atas padang hijau itu.

Sekian, ituhlah ucapan penghargaan daripada aku untuk mereka semua, mereka semua telah mengharumkan nama Malaysia di arena sukan. Bangga aku sebagai rakyat Malaysia, so takde masalah r kalau tercalon untuk FIFA pulak, ha ha ha ha! Jangan risau! Rakyat Malaysia pasti akan memberi support dan semangat 1 Malaysia!

Tahniah!!!!!


Jumaat, 17 Disember 2010

2010

Huhuhuh, sudah sampailah kita ke penghujung tahun 2010. Sangat bermakna tahun 2010 kepada semua orang dan juga kepada aku. Pelbagai benda baru aku temui dan pelajari sepanjang tahun 2010 ini, dan semua pengalaman itu akan menjadikan aku manusia yang lebih berguna dan bagus pada masa hadapan. Ya! Aku yakin sungguh.

Januari

Bulan pertama di dalam tahun 2010. Aku masih berada di dalam latihan industri untuk UTM. Antara perkara yang berlaku sepanjang bulan Januari ini ialah :

  • · Latihan idustri aku keseorangan.
  • · Beli guitar baru, nama dia Ed Morisson.
  • · Sorang – sorang kat Jupem tu! ( bengang giler! )
sowey...guitar aku neh utk tayangan umum sahaja

bosan giler kt jupem!!!

lagi ditambah kebosanan

bosan, sampai snap diari latihan industri

Februari

Bulan kedua pula, hahaha, ada lawak sedikit. Perkara yang berlaku :

  • · Aku eksiden kat tol nak pergi Klang, ha ha ha ha ( 08.02.2010 )
  • · Seminggu aku macam mayat hidup atas katil ( effect eksiden motor )
  • · Masuk kerja luar untuk latihan industri ( kat Klang )
  • · Menghadapi perasaan bosan yang amat ketika latihan industri, ha ha ha
  • · Kucing kesayangan aku mati kene langgar dengan bujang yang duduk hujung sana!
sakit kowt... x maen2..

keadaan opis kerja luar jupem di klang

kucing aku yang mati tuh!!! sayang kt ko!!!

Mac

Bulan ketiga, startnya aku kerja luar di dalam latihan industri. Antara kenangan manis dan pahit :

  • · Site kat kampung cina ( belakang JJ Balakong, tempat fevret Ainur hangout )
  • · Pastuh site kat Ampang.
  • · Terpaksa masuk ke tempat penyembelihan babi... ( Argh!!!! )
rasanya gambar neh pena masuk sebelom neh kan???

April

Bulan April sangat seronok dihatiku!

  • · Penghabisan latihan industri. ( yes!!!!! )
  • · Jumpa geng beb!!!
  • · Burfday Farid!! ( malam tu die col!!! Gumbira hati saya!!! )
  • · Sempat keluar dengan Diela!!!
yaiba!!! habis li!!!

Mei

Adoi, bulan ni mak aku suruh cari kerja, tapi memang aku nak carik kerja pon...

  • · Ada orang meninggal dunia ( teacher International School )
  • · Aku dapat kerja ( Centurion Mgt )
  • · Dapat pegang duit hasil usaha sendiri!
  • · Start demam FIFA
  • · PD banjir, he he he he
  • · Maharaja dan maharani semakin membesar ( kucing aku )
  • · Kak Zana kawen ( 22.05.2010 )
aku pon tidak turut ketinggalan...


neh kak jun a.k.a along...

Jun

Ha ha ha ha, bermulalah diri aku sebagai seorang pekerja.

  • · Tersesat di PJ Old Town.
  • · Bergambar sakan dengan Kak Jun ( with Mr. Ed sekali )
  • · Pergi Terengganu ( melawat my sis )
  • · Tiba – tiba mendapat tawaran sambung belajar kat UTM Skudai ( suprise plg besar! )
  • · Berjumpa dengan Farid buat kali terakhir ( sedeyh sangat! I luv him so much! )
mc d!!! lapar!!!

oh! oh!

teruja sket apabila PD banjir...

aku janji!! neh pic terakhir dier...

Julai

Berhenti kerja dan menjadi seorang pelajar di UTM Skudai..Yo!! banyak dugaan seyh!

  • · Menjalani minggu orientasi ( MTM )
  • · Sangat buzy menjalani kehidupan sebagai pelajar degree.
  • · Kekok menghadapi negeri baru ( Johor )
utm sanjungan bangsa

Ogos

Bulan paling mencabar kesabaran aku sebagai hamba Nya...

  • · Minggu pertama, aku hilang fon ( K530i )
  • · Duit aku mula mengempis.... ( sengkek! )
  • · Agak culture shock sedikit!
  • · Bulan puasa bermula.
  • · Masuk ptptn, maka aku membeli laptop!!! Dan cardigan kelabu ( grey )
aku sayang lappy neh sangat!!!!

September

Ha ha ha ha ha, kenangan manis di dalam bulan ini.

  • · Raya tak hingat dunia!
  • · Kamera Nikon rosak ( alamak! )
  • · Aku konvo!!!! ( suka!! )
  • · Seronok sangat!
  • · Aku terkejut mendapat tahu, Farid dah ada orang lain, sejak dari dulu lagi... Allah!
tahniah!!!!

Oktober

Aku bengang dengan Farid sepanjang bulan ni. Ada je yang aku nak marahkan dia, tapi lama – lama aku buat bodoh kat dia, tak kuasa nak melayan.

  • · Mendapat banyak undangan ke rumah terbuka ( adoi!! )
  • · Bulan Oktober ni tak banyak yang menarik, tapi aku tahu siapa kawan, siapa rakan, siapa sahabat yang sebenarnya.
  • · Oh lupa! Datuk Sheikh Muzaffar Shukor kawen ( 10.10.10), argh!!! Melepas aku!!

November

Penghujung sem pertama. Maka adalah final. Maka macam taik aku menjawab semua soalan.

  • · Minggu pertama dah karoke macam orang gila!
  • · Minggu seterusnya ialah aku balik...hahahaha..untuk melupakan segala masalah yang ada.
  • · Family kakak aku datang ke rumah aku ni.
  • · Berkenalan dengan Noorwan Akhmal.
  • · Pergi I – City buat kali pertama.
  • · Farid cari aku???? Damn u!!!! Get out from my life!!! Go to hell!!!
aku nyanyi??mcm x caye kan???

i - city.. chantek giler!!!

plez...gambar ini jgn di - copy atau di-save... minta kerja sama anda sbg pembaca blog sy...

Disember

Bulan terakhir di dalam tahun 2010. Aku masih terfikir tentang diri aku ini. Adoi!!!

  • · Menerima banyak undangan orang kawen.
  • · Adoi, ternampak scandal lama kat kenduri kawen.
  • · Malaysia VS Vietnam – Malaysia menang 2-0, tahniah!
  • · Tahniah kepada Safee ( pemain bola sepak ) berjaya mendapatkan kemengangan bagi Malaysia!
settle untuk tahun 2010...
nantikan post terbaru aku ketika tahun2011..
daaa!!!

goodbye!!!

Gadis Semasa

Sejak akhir – akhir ini, otak aku agak tenat kerana asyik terfikirkan tentang si dia yang pernah mengecewakan hatiku ini. Setiap hari aku memaksa otak aku untuk segera menukar buah fikiran aku, tetapi ingatan aku masih ampuh terhadap janji – janji manis dia, kata – kata manis sembilu. Tetapi lama – lama aku tak dapat nak memaksa lagi, jadi aku biarkan otak aku dipenuhi dengan wajah – wajah dia, kenangan – kenangan bersama dengannya. Mungkin kerana bulan ini merupakan bulan pertemuan aku dan dia. Aku dengan tidak sengajanya berkenalan dengannya di bulan Disember. Aku pernah sekali berdoa kepada Allah untuk diminta pulang semula ke tahun 2008 Disember, tetapi mustahil sangat – sangat. Dan apa yang perlu aku lakukan ialah teruskan sisa – sisa hidup aku yang sudah layu ini. Ha ha ha ha ha ha ha ha ha... Namun aku ada sedikit kata – kata untuk si dia, maaflah kalau kau terasa ya, ini cuma perpepsi diri aku.

Oh begini rasanya cinta

Bila diagung-agungkan kuasanya

Dan aku begitu naif untuk dirimu

Kerna oh usia

Aku terlalu mengagungkan kehadiran dirimu. Sehingga aku lupa akan pencipta aku, sedangkan diri kau langsung tiada pegangan agama yang utuh, tetapi sempat lagi pasang angan untuk memenangi hati aku. Namun kau berjaya tundukkan aku. Salute aku kepada engkau!

Oh sekarang bukannya masa

Untuk kau ungkit lagi salah siapa

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu

Bukalah mata oh

Yang selama ini kau pejamkan

Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah

Buang curiga yang telah lama kau simpan

Yang mungkin memudaratkan mu

Kau berjaya menakluki hati aku, fikiran aku, malah keperawanan diri aku. Tapi ego kau menyesakkan aku, melemaskan aku. Sering menyalahkan aku selama ini, tetapi sedar atau tidak, ego kau telah membantutkan hubungan ini? Ego yang mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan kerana kau tiada pegangan agama yang ampuh, kau lemah, kau dayus! Tunduk dengan syaitan dan iblis laknatullah! Sekarang, mata hati yang kau pejam rapat itu, bukaklah! Bukaklah untuk memandang diri aku yang sudah bangkit ini!

Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi diri mu

Aku akui, perasaan aku masih seperti dulu. Masih sukar untuk aku campak jauhkan segalanya. Aku bukannya pemain perasaan, aku ikhlas. Tetapi keikhlasan aku tidak dinampak oleh mata kau.

Kau mahukan gadis semasa

Yang bisa memberikan kau segalanya

Dan engkau tak mampu melihat

Apa yang ada di depanmu

Kau mahu perubahan dunia

Tetapi pada aku kau sama saja

Ya, aku tahu! Aku bukan gadis pilihan kau. Aku tidak cantik seperti gadis yang sekarang menggantikan posisi aku di dalam hidup kau. Kau fikir gadis itu mampu berikan segala permintaan kau, tapi bagi aku, kau sama bodoh dengan gadis itu. Kau mahukan perubahan aku, tapi kau tak lihat pula apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku cuba sedaya upaya untuk selamatkan hubungan kita. Ego kau membuatkan kau kelihatan bodoh dihadapan aku.

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu

Bukalah mata oh

Yang selama ini kau pejamkan

Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah

Buang curiga yang telah lama kau simpan

Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi dirimu

Bukalah mata oh

Yang selama ini kau pejamkan

Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah

Buang curiga yang telah lama kau simpan

Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi diri mu oh

Oh aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi dirimu

gadis sekarang suke pose gneh.. tak phm aku...

Dan aku masih seperti dahulu, masih memendam perasaan terhadap diri mu.

Siapa bodoh sekarang ini?

Aku atau kau?

16.12.10, 3.28pm

gadis semasa - yuna