heartbeat

Jumaat, 28 Januari 2011

Steamboat Night ( Kalau Salah Eja, Tegurlah )

Ha, ambik kau! Aku bagi selonggok gambar diorang ( budak kelas aku ) g makan steamboat kat Taman Rini. Sorry r, aku memang tak layan makanan seafood neh. Allergic! Nanti bibir aku jadi sexy semacam. Hahahaha, so, tontonlah. Eh, neh, aku nak bagi taw, aku mungkin tak update blog selama 10 hari, sebab kat rumah takde internetlah. Maaf sangat - sangat.


layan!

eeiii, aku x mkn, korg???

angkat tgn spe x suke??

gadis - gadis SGG

gadis - gadis direct entry SGG

geng ayong!!

pak pak tenung ape tuh????

wan nazmeen ( spek mata baju hitam ), adam ( body builder tuh ), shahrul amri ( baju biru )

golak bosar ekau Pok Chen

mel, ckp dengan siapa tuh??? hihihi

ats dr kiri ( jenal jinggo, syed asyraf ), bwh dr kiri ( asmam, pok chen, kamil )

dr kiri ( chiang, pokchen, kamil, syed, jenal, asmam )

wajah hepy, dr kiri ( chetah, puraq, aza, pak pak )

cover girl palapes, hehehe ( siti sarah )

habis madu, sepah dibuang!

Gambar terbaik ( drpd penilaian aku lah ), taaaraaaaa!!!

Nadhirah Ibrahim.. oit, sonok hang ngan ais krim tuh???

Khamis, 27 Januari 2011

Aku Menggedik

You all! I nak menggedik kali neh. Pedulik hape I kalau u all tak suker, tapi memang entry kali neh I menggedik. U all nak taw tak? Tadi pagi tadi, ada discussion pasal kuiz untuk subjek I neh. Fuh, I kene tanda kertas BFF sendiri, berat tanggungjawab tuh! Yang I nak menggediknya, orang tuh yang tanda kertas I!!!!

Hahahaha. Hepy sangat - sangat!!! Time tanda kertas tuh, I memang daripada awal sampai last masa subjek tuh memang I tersengih je. Sengih macam kerang busuk! Kerang busuk pon tak macam I taw. Tapi, I tak taw lah macam mana dia tanda kertas I kan? Manalah taw, daripada 5 markah, die bagi seciput je. Dia tak bising pon. Entahlah, I plak, derma 5 ( fullmarks ) kat BFF I tuh. Aish, harap - haraplah fullmarks!

Wokeyh, cukup dengan penggunaan 'I U', hehehehe. Weyh, hati gembira betol. Huhuhu, siapa tak gembira, berbunga - bunga je hati aku tadi taw. Selama neh aku cuma berani main - main jeling je weyh. Tapi, nasib badan aku neh. Asalkan aku minat kat seseorang tuh, mesti orang tuh sudah berpunya. Adoyai, kecianlah kat aku neh. Aku suka sangat tengok dia. Muka dia macam Muslim Ahmad. Orangnye berbadan kechik - kechik je. Kekasihnya juga same macam dia, kiut - miut je. Aku suka sangat tengok dia. 

Sebab pertama aku suka dengan dia ialah walaupun dia kacak, mempunyai wajah yang menarik untuk ditonton, dia tak pernah memilih untuk memilih teman wanita. Kekasih dia tak seberapalah cantik mana pon. Maybe kiut kowt jika nak dibandingkan dengan dialah. Macam tak sepadanlah orang katakan. Mungkin juga dia tak gatal. Reason kedua. Aku masih tidak mengenali dia lagi, sebab aku tak pernah 1 group dengan dia. Kalau aku 1 group, haiyok!! Eh, aku pernah 1 group dengan dia. Masa mapping sem lepas. Eyup! For sure! Tapi masa tuh aku belom ada hidayah untuk menjadi secret admirer dia lagi.

Korang jangan risau, lepas neh aku akan bercerita mengenai dia. Segala perkembangan aku dan dia ( adoi! ) aku akan tulis dalam blog neh. Label dia ' Menggedik '. Hehehehe, ada sesiapa yang interest tak nak subscribe?

aku sebenarnya google gambar menggedik, banyak je, tapi plg menarik, yg neh la..kucing pon menggedik yeh..

Rabu, 26 Januari 2011

Luahan Sedikit Bengang


                  Assalammualaikum! Kepada non muslim pulak, selamat sejahtera! Selamat datang ke Pentas Hidup Aku. Hari ini, aku tiba – tiba nak meng-update-kan blog neh. Lama dah aku tak menulis secara serius. Aku pulang je ke bilik aku kat Kolej 11 ( siapa UTM Skudai taw r ), aku pandang guitar aku yang dah mula berhabuk tuh. Kecian punya pasal, aku pon lap r, lepas tuh letak balik kat tempat asal, nak main, takde mood agi. Lagi pon tengah hujan neh, aku lebih suka berbaring dan kurangkan stress. Tiba – tiba aku teringat yang semalam aku de download video – video cover ( cover main alat muzik ). So, aku tengok kejap.

mcm knl kan?? hehehehe
                   Aku pandang budak – budak yang main guitar tuh semua. Aku tengok, rata – rata mereka masih lagi berusia muda, malah ada yang masih belum lepas SPM lagi. Aku bukannya apa, aku tahu minta mereka menjerumus kepada bidang seni. Mungkin bagi mereka, itu merupakan sebahagian daripada minat atau hobi. Cuma kadang kala, aku rasa, seperti membazir dan membuang masa.

                  Aku kata membazir sebabnya ialah ketika aku searching video kat Youtube, pastinya video mereka ranking tertinggi. Jadi disitu aku membazir masa untuk mencari video yang aku mahu. Tak pon aku yang tak reti nak search, so jangan salahkan mereka 100%. Membuang masa aku juga sebab nak tunggu Youtube tuh habis buffer, so, nasib lappy aku neh de IDM, so, kebanyakannya aku download je. 

                   Bila aku tengok anak – anak muda neh bermain alat muzik atau bergiat aktif di dalam bidang seni, aku kadang – kadang rasa mereka neh tak nak belajar ker? Wokeyh, aku tahu, tak semua macam tuh. Ada juga di antara mereka semua pandai – pandai belaka. Tapi tak terasa rugi ker? Belajar sampai tahap tinggi tengok – tengok jadi penyanyi/pelakon/model?

                   Mungkin ada yang menangkis kata – kata aku neh dengan mengatakan kerja – kerja itu cuma sebagai sampingan. Bagaimana kalau  suatu hari tuh, kerja sampingan itu menjadi kerja wajib korang? Korang dah membazirkan waktu korang belajar tuh. Daripada korang yang belajar, baik korang berhenti dan beri laluan kepada orang yang benar – benar memerlukan peluang untuk belajar. Aku pon tak paham kenapa institut badan peminjaman/biasiswa bagi kepada pelajar – pelajar yang dah kaya – raya duit. Padahal diorang dah cukup kaya – raya untuk hidup kat institut pelajaran mereka tuh. Entahlah, aku tak tahu kenapa aku cukup emo selama neh? Aku cuma mampu melihat je.

                    Dahulu, aku tak pernah terdetik di hati pon nak jadi artis atau orang – orang yang popular, tapi aku mahu menjadi kebanggaan negara Malaysia. Aku mahu rakyat Malaysia bangga dengan ilmu yang aku ada, sebab bagi aku kemana jua kita pergi, ilmu harus penuh di dada. Cuma sekarang neh bila aku tengok, rancangan realiti untuk menempah dunia populariti semakin meningkat. Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kejap – kejap aku dengar artis tuh. Kejap lagi aku dengar artis neh. Kejap lagi artis sana pulak. Nama dah lah semuanya sama je. Aku yang pening nak mengingatkan.

                    Hahahaha, aku kadang – kadang nak gelak je dengan senario rakyat sekarang. Aku ingat lagi dahulu, bukan main payah lagi nak masuk universiti. Kalaulah ada seorang anak desa tuh dapat masuk universiti, habis seluruh kampung tuh dicanangkan. Diketuknya rebana ubi untuk menyatakan kegembiraan itu. Dan bersiap – siaplah semua rakyat desa itu untuk bergotong – royong untuk membuat kenduri selamat bagi si anak desa itu. Kalau si anak desa tuh dapat kos medic, lagilah bangga.

                    Tapi, kalau sekarang neh kita cakap anak kita masuk u, alahai, orang – orang zaman sekarang pandang sebelah mata jek. Jangankan pandang sebelah, langsung tak pandang pon ada jugak taw. Bagi mereka masuk keluar u tuh dah macam biasa sangat. Macam makan nasi lemak setiap pagi selepas berjogging.

                     Tapi kalau cakap :  Eh, anak I dapat masuk Akademi Merepek, hahaha, memanglah semuanya memandang. Padahal bukan buat apa pon? Cuma mencari publisiti, populariti yang sekejap sahaja. Walau bagaimana pon, saingan di universiti dan IPT yang lain – lainnya masih tinggi. Hal ini demikian kerana, anak – anak kaum lain ( China, India ) semuanya yang berpusu – pusu belajar. Anak orang Melayu pulak sibuk mengejar populariti, populariti yang tak menjamin masa hadapan yang cerah. Dream on it lah korang kalau nak jadi macam Dato Siti Nurhaliza. Komitmen nak belajar pon tak tinggi, ada hati nak jadi artis.

                       Kehidupan artis tak semudah yang korang semua impikan. Aku sanggup jadi engineer, peningkan kepala untuk menyiapkan sebuah bangunan daripada pening berfikir nak tingkatkan populariti. Dapat juga habuan yang sangat lumayan. Berbaloi, daripada berlakon dalam movie, kemudian movie tuh tak dapat sambutan, memang tak berbaloilah. Kita dah penat dengar arahan daripada director, tengok – tengok, pulangan untuk movie macam biasa je. Rugilah!

                        But at least diorang remaja yang nak jadi artsi tuh takdelah nak pergi buat maksiat kan? So, itu kebaikannya. Aku tak nafikan. Rempit lagi satu hal. Bila naik movie pasal rempit – rempit neh, tiba – tibalah saham pasal rempit neh meninggi pulak. Adalah pulak kelas – kelas untuk setiap rempit. Ada pula rempit tahap A, B, and C ( curik dalam Adnan Sempit ). Macam – macam dunia akhir zaman neh. Aku pula yang masih belajar neh pon pernah terfikir nak jadi artis. Hahahha, orang macam aku mana boleh jadi artis, hampehs je! 

beruk pon nak rempit gak...

                       Lagi satu masalah budak – budak zaman sekarang ialah, nak tayang sangatlah dunia cinta mereka tuh, sampai cium mulut pon nak tayang kat Youtube. Simpan dalam henfon dah r. Jijik aku nak tengok korang buat aktiviti tak sihat tuh. Macamlah aku tak pernah buat, oopss, fulstop! Aku dah bertaubat! Perempuan pulak main sedap je bagi kekasih – kekasih mereka tuh raba – raba. Kalau kat Singapore siap bergambar separuh bogel. Entah apalah motif mereka tuh. Darah mudalah katakan. Aku sendiri dah insaf dan berhenti daripada melakukan kerja – kerja bodoh neh. 

nah, kaki pon nak cium mulut gak..

wau brader!!!

bek r korang men guitar mcm cik orianthi neh
 
Aku berharaplah sangat agar semua remaja diluar sana tolong bukakkan minda itu. Berfikirlah, korang semua mempunyai masa depan yang cerah. Cuma korang je yang tak reti nak grab. Kalau ada yang terasa dengan entry aku kali neh, aku minta maaf. Aku cuma menyatakan kurang rasa enak aku di dunia ini. Sebagai manusia biasa, aku tak pernah terlepas daripada kesalahan, maka maafku pinta. Jadikan entry ini sebagai pedoman.

Debaran Yang Dinantikan Hilang

Debaran yang ditunggu daripada semalam hingga sekarang sudah hilang! Hahahaha, seronoknya tak terkata - kata. Semalam punyalah aku berdebar untuk hari ini, dan akhirnya, hilang ketika jam menunjukkan pukul 9.27 am.

Sebenarnya pada hari ini ( 26.01.2011 ), ada lab test untuk subjek programming. Bagi aku programming merupakan killer subjek. Jantung aku memang berdegup kencanglah start daripada hari semalam lagi. Tapi, entah kenapa semalam, aku degil juga nak ber-blogwalking kat blog orang lain. So, dengan jiwa kental, aku pon log in blog aku, and update entry baru.

Hahahaa, naseb baik aku hari neh, test programing tak jadi. Hati aku bergumbira. Aku menjerit - jerit dalam hati! Seronok giler! Tak terkata - katalah hati aku neh. Sampai siap aku post kat Sahabat Blogger lagi tuh.

x bleh blah aku neh

Sikap Melengah – lengahkan Membawa Padah


Bila nak dekat time habis, mulalah aku nak tergesa – gesa. Esok test baru hari neh nak study. Padahal hari Sabtu and Ahad free je. Disebabkan malas, jadi katakan tak nak kepada study. So, padahnya aku terima pada malam neh, esok test! Padan muka kau Syazyan! Pemalas! Take it! Serves you right! Masa free kau pergi meronggeng ( perkataan meronggeng membawa erti hangout with frens! ). Esok test, pandang je lah.

Bukan aku sorang je perangai macam tuh kan? Manusia – manusia di luar sana semestinya berperangai sebegitu. Tak percayalah aku kalau ada orang terlampau rajin. Rajin macam mana pon, dia tetap aka nada sesuatu masa itu akan bersikap menangguhkan kerja. Amboi! Lelaki kalau cakap hal kahwin, laju je ayat : 

‘ Kalau kahwin, kene cepat, tak boleh tangguh, berdosa’

gambar neh hakmilik aku!

Banyaklah kau punya dosa. Perempuan pun sama. Dalam hal neh, aku tak kan backup perempuan even aku neh perempuan sejati. Tapi, kalau ubah topic, mulalah mulut tuh berat nak bagi feedback. Aku pon sama je.
Aku bukan nak bercerita mengenai perasaan, tapi sikap manusia biasa yang sangat azali, iaitu melengah – lengah.  Aku suka menangguhkan kerja. Aku tak tahu kenapa, dan mulalah aku menyalahkan sesiapa kalau kerja tuh tak sempurna. Mulalah aku mencari alas an untuk tidak menampakkan itu semua salah aku.

Tapi aku fikir, sampai bila aku perlu buat begitu? Sampai bila aku nak menyalahkan orang lain kerana kebodohan sendiri? Aku kadang – kadang cuba untuk menghilangkan sikap buruk neh, tapi, terlepas juga. Tapi, alhamdulillah, sejak aku berada di UTM Skudai, sikap aku mula berubah. Aku mula hantar semua assigment aku on time. Suatu perubahan yang dapat memberi sinaran dalam hidup aku. Cuma ketika hendak study, aku memang agak lambat bergerak. Mungkin sebab otak aku cuma bergerak aktif ketika siang. Malam – malam neh susah sikit. Alamak? Aku menyalahkan persekitaran. Hehehhe.

manusia punya pelbagai ragam, gambar hak milik aku!
Cuma dahulu aku pernah terfikir kenapa manusia suka menangguh? Korang cuba ingat dan fikir kenapa kita hidup hanya sekali dan Allah S.W.T tidak akan menghidupkan sesiapa yang sudah mati itu? Kalau Allah S.W.T menghidupkan semula orang – orang yang telah mati, cuba korang fikirkan keburukannya. Cuba kita fikirkan, kalaulah Hitler dihidupkan semula? Apa nasib kita? Nasib kita bagaikan nyawa telur di hujung tanduk kerbau.

gambar neh hakmilik aku!
 Apa kaitannya? Mudah. Bila aku fikirkan, aku cuba berfikirkan logik. Allah S.W.T  Maha Mengetahui segalanya. Tapi, kalau kita fikir logik pon kita dapat agak yang perkara itu cuma memberi keburukan sahaja. Dan pastinya manusia akan menangguh. Sehinggakan insaf pon mahu ditangguh. Boleh pula dikatakan dalam hati, lain kalilah insaf, malam neh kasik gelek satu! Baik punya!

Wujud manusia macam neh. Percayalah, mereka tuh bukannya tidak berilmu, tetapi sudah penuh ilmu di dada, sehingga melewah. Bahasa ukur panggil redundant ( hehe, sempat agi tuh ). Bila dah nak tua, baru nak ambil Al – Quran. Baru sibuk nak ambil air wuduk dekat masjid yang jauhnya setakat 2 – 3 langkah daripada rumah. Baru nak sibuk bertakbir.

Masa tuh pon, mungkin pandangannya dah kabur dek kerna usia yang semakin meningkat. Mungkin juga rambutnya yang dahulu hitam berkilat kini sudah beruban atau sudah botak. Mungkin jugak giginya mula rongak, atau pakai gigi palsu. Dahulu berlagak sangat dengan braces warna – warninya. Masa tuh, cakap pon dah tak jelas. Apatah lagi tenaganya yang seciput tuh? 

Mana perginya pandangannya yang tajam dahulu?

Dahulunya pandangannya dibiarkan meleret pada pandangan maksiat. Katanya rezeki jangan ditolak.

Mana perginya wajah yang cantik itu?

Wajahnya itu dibiarkan menjadi tontonan umu, sehinggakan aurat pon mahu ditayangkan.

Mana perginya tenaga itu?

Tenaga itu disia – siakan dengan menikmati nikmat dunia yang sementara.

Namun, masa terus berlalu dan tidak akan kembali. Kalaulah masa boleh dikembalikan?? Kalau masa dikembalikan pon, nescaya manusia akan alpa, dan akan melakukan kesalahan yang sama. Masih menangguh jugak. Mungkin sebab itulah Allah S.WT. tak menghidupkan manusia yang sudah meninggal dunia. Yang meninggal dunia itu kita biarkan. Yang kita masih hidup ini, kita kene isikan dengan amal ibadat dan seimbangkan dengan hal duniawi.

bersujudlah kamu semua wahai manusia

Aku menulis tiba – tiba kerana otak aku mendapat idea. Aku juga menulis ini untuk kesedaran diri aku juga. Aku mengharapkan keampunanNya. Sebagai manusia biasa, tiada apa yang mampu aku larikan diri. Jauh semana pon aku lari sehingga ke Laut China Selatan, Allah S.W.T. masih boleh melihat aku. Betapa ceteknya aku sebagai hambaNya. Maka bertaubatlah sebelum terlambat. Jangan melengah – lengahkan masa anda lagi. Penuhkanlah dengan perkara yang membawa kebaikan.

melarikan diri di pantai Port Dickson ( hehehehe )
try pandang kepada kalimah Allah S.W.T. ini..pasti akan tersenyum dan mengangguk kebesaranNya

Ahad, 23 Januari 2011

Aku Tersangatlah Kecewa

Aku tersangatlah kecewa neh. Baca tajuk post pon korang dapat rasakan. Uh??? Oh, my God! Tak percaya aku selepas melihat beberapa bukti yang sangat sahih ineh. Maka, terpaksalah aku menelan sepahit - pahit hempedu lalu melepaskan segala kepedihan, kekecewaan yang bersarang di hati ineh. Lalu, aku mencari sinar kebahagiaan yang lain pulak, kerana aku percaya, aku mampu mencari sinaran ituh.

Cheh, mukadimmah aku entah pape je kan? Buat korang tergelak - gelak je. Perghhh! Tak sangka, Ituhlah yang korang pikirkan?? Taklah, kecewa tuh memang ada lah. Memang wujud, tapi aku malas nak pikir - pikir. Bukan kekasih aku. Just aku yang menggedix minat kat dia. Hahaha, mesti korang dah dapat agak kan? Op kos! Aku bercakap mengenai MUSLIM AHMAD. MUSLIM AHMAD dan kekasihnya.

Semalam kekasih dia approve aku dalam FB, so, aku terus view picture diorang. Bengkak je hati aku ( jeles! ). Hahahaha, okaylah, be a profesional! Memanglah aku jeleskan, tapi, sweet je aku tengok. Mungkin sebab MUSLIM AHMAD cari gadis yang bertudung, so, redup sikit mata aku memandangnya. Kirenye, aku sangat suka melihatnya. So, sebagai seorang gadis yang profesional, aku tak sabar nak tengok MUSLIM AHMAD dan kekasihnya menikah. Hahahhaa, tak tipulah! Memang teringin nak tengok sangat - sangat! Weyh, aku tak hipokrit r! Tak caye? Aku letakkan picture mereka berdua. Aku suka tengok diorang berdua.

sweet kan? sumber : FB awek dier

peminat setia, Muslim sumber : FB awek dier

hahaha, kiut!!! sumber : FB awek dier


Hehehe, kowt iye pon aku minat sangat ( obses ) ngan MUSLIM AHMAD, aku takdelah sampai tagged picture die kat FB die kan? Cuma hari tuh, entah sape g tagged, aku terima jerk. Hehehehe. One more, aku memang tak nak ada hubungan dengan lelaki - lelaki yang kerjanya bermain bola. Sebabnya, aku tak suka snagat dengan lelaki yang sibuk, buzy memanjang masa ( aku taw, musti ade org nk mrh aku ngn statement neh! ). Aku tak suke lelaki bagi aku alasan buzy, sibuk. Aduh, memang trauma lah aku mendengarnya. Cakap je tak suka, aku terima dengan hati terbuka! Ituh amaran aku. So, aku memang susah nak percaya dengan lelaki sekarang neh. And kalau aku tak suka, aku cakap terus terang. Hahahaha.

So, tak mungkin aku akan menghabiskan sisa - sisa hidup aku dengan lelaki bernama :
  • Fizow Omar
  • Kamal Adli
  • Muslim Ahmad
  • Fahrin Ahmad
Bagi aku, mereka terlalu buzy dengan kerjaya mereka. So, aku akan mencari lelaki lain. ( bunyi mcm patah hati jerk ). Lagi pon, siapalah aku untuk mereka, hahahahaha. Tapi, kalau dah jodoh, aku tak menolak taw!

Nuffnang


Hari neh aku nak bercerita tentang Nuffnang. Ade berita baik untuk aku lar. Aku baru dapat payment baru. Hehehehe, seronoknyer!

And then, aku de buat poll taw gune Nuff gak. Chet, hasilnya, memberansangkan!

 
ada juga manusia yang x suke dengan aku!!! eeeiiii!!!!

And last but not least, aku dah tukar cbox aku kepada shoutmix. Atas permintaan semua, aku tukarlah, aku bukannye ape, aku sayang kat cbox aku..


Sabtu, 22 Januari 2011

Follower

Sorry because it been a long time that I didn't update my blog due to my assignment and academic report writing. After about a month being an UTM student, I feel like my head all ready spinned about 20 millions time per each a day. But, it's give me benefit such as, I felt more comfortable in English writing, if there was a grammatical error, please comment on it. And today, I really like to use English as my medium to write an entry.

So, today, I want to talk about..... you alls! As my follower, I want to give a credit for you all because have sincerely become my follower. I'm not forcing you to become my follower, but I want you to be my follower with your sincerely heart. I'm felt so surprised when I sign in my Blogger account and I found that my followers has reached about 90 people. That's mean, 90 people are interested with my blog and my masterpiece.

When I'm blogwalking to others blog, I found some of them have so many followers such as Hanis Zalikha' s blog, Fatin Liyana's blog, Elia : Short and Sweet' s blog. I'm wondering if they still remember to their first follower. For me, I don't mind if I doesn't have so many followers, because I just want blogger to accept my writing, not just only be my followers but never read of what I wrote about. But, never mind lah, I'm still feeling grateful for you all my follower.

Ha, sudah, merepeklah aku dalam English neh. Sorry beb, aku neh tak pandai sangat nak cakap English, but I'm trying to use English for this entry. I'm just wanna say that I really appreciated my followers. And I want to give some credit to my first followers, Syanichi Eusoft or her real name is Rohani Yusof. Of course I'm really wanna give credit to all my followers, but I think, the first followers should get first. Without my first follower, there will no my blog, Pentas Hidup Aku.

Wokeyhlah, aku surrender, tak mau cakap English, sebabnya, tunggang langgang. Sorry kepada semuanya. Okay, aku nak bercerita tentang Syanichi/Haniey ( nama manja ). Memang pada mulanya, aku ciptakan blog neh kerana aku ingat aku nak menjadikan blog neh sebagai tempat aku meluahkan perasaan, atau tempat aku untuk menari - narikan jari - jemari aku neh di atas keyboard lappy. Tetapi, lama - kelamaan, aku rasa, aku mahu publish or popularkan sedikit blog neh. Tapi, aku tak tahu bagaimana nak popularkan blog neh.

Namun, aku masih teruskan tulisan aku sehinggalah pada suatu hari aku terkejut melihat ada sesuatu perubahan di dashboard aku. Aku baca :

1 follower

Aku klik, and tengok, blog Syanichi Eusoft, kawan aku. Adoi, aku tak tahu pon yang dia ada blog aku, dan selama neh aku tak tahu yang dia membaca setiap post yang aku publish. Ketika itu, rasa bersalah terbit kerana tak menjejaki dia. So, aku pon view blog die and follow blog dia, http://akusyanichi.blogspot.com tuh. Yang seronoknye, even masa tuh cuma dia sahaja yang menjadi follower aku yang setia, aku tetap meneruskan tulisan aku di blog neh yang diberi nama sempena nama aku. Lagi pon aku suka mempopularkan nama aku neh, sebab aku suka nama aku neh. Unik dan menarik.

Disebabkan Syanichi Eusoft/Haniey, aku menulis dan menulis dan menulis sehinggalah bilangan followers aku meningkat sehingga ke 90. Aku sangat menghargai kesetiaan dia taw yang sebenarnya. So, aku akan sentiasa bw/silent reader blog dier. Akan sentiasa kerana tanpa dia, tak kan ade orang lain yang nak jadi follower aku. Yang lain - lain jangan jeles plak. Korang pon aku hormat, cuma selalu sangat buzy dengan assigment, so, aku jarang nak update blog neh. Aku cuma akan bw blog korang pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Hari Ahad tuh pon tengok waktu, just sampai petang sahaja.

So, minta maaf sangat - sangat kalau ada yang aku lambat sangat balas chatting korang tuh. Tak pon, aku lambat jadi follower korang. Aku akan cuba untuk cari masa, luangkan masa itu untuk korang semua.

neh time haniey minat giler dgn KFCM ( sampai skg mnt )

neh aku saje2 edit, sbb hobi aku edit picture

neh gambar Haniey dr fokus dekat

neh Haniey dgn Han, BFF ( BFF aku jugak )

opsss! terlebih sudah

Khamis, 20 Januari 2011

Khufarat Berjaya Membuat Mereka Menjerit

Syamsul Yusof!!! U best!!


1st of all, aku dah cakap dekat diorang, yang aku akan publish post neh, dan diorang pon tak marah. 2nd of all, Khurafat, memang terbaiklah! Tapi, aku macam tak berapa nak berkenan dengan ending dier r. Mungkin, ending dia tak berapa nak syok., 3rd, saspen Khurafat sangat menjadi. Siapa sangka kan??

Wokeyh, yang neh aku nak komen pasal cerita Khurafat dulu. Aku nak cerita apa yang uniknya cerita neh bagi aku. Kalau ade yang cakap tak best, sebab diorang tutup mata masa cik hantu tuh keluar. Senang tak prediction aku?? Hahahahaha. Antara babak yang cukup best bagi aku ialah :
  • Waktu Johan ( Syamsul Yusof ) dukung mayat. Gila saspen, siapa nak carry mayat kan? Aku yang ade pengalaman bersama dengan mayat yang kematian penyakit selama 2 jam pon dah macam nak luruh jantung duduk diam - diam.
  • Ketika Aisha ( Liyana Jasmay ) masuk ke dalam kereta untuk pulang selepas ibu Johan ( Syamsul Yusof ) masuk ke dalam hospital sebab batuk berdarah.
  • Babak ketika mayat didalam kereta jenazah. Serius sangat mengejutkan. Secara tiba - tiba cik hantu tuh menjelma depan driver van jenazah neh.
Huhuhuhu, sekian, ituhlah pengkritik positive yang mengkritik Khurafat. Overall, memang best giler! Lagi pon cerita macam neh memang wujud di alam fana neh. Untuk dapatkan seseorang, dia sanggup lakukan apa sahaja. Aku rasa aku tak nak lah jual mahal sangat, nanti ada orang senyonyoh aku pulak. Warkah kah kah kah kah. Ada juga aku nak terfikir macam neh. So, kepada lelaki diluar sana, tawan hati gadis anda dengan cara yang selamat dan bersih, kalau tak, cerita korang sejibik macam Khurafat.

Pasal outfit, aku dah matang seyh! Tak mau keluar selekeh sangat. Semalam saje aku menggedix pakai makeup. Entah apa yang aku menggedixnya. Bukannya ada Syamsul Yusof kowt. Tapi memang aku kasik mata aku smokey eye. And aku nak buat advertisement neh, sesiapa yang perlukan perkhidmatan aku untuk makeup, silalah hubungi aku. Terhad untuk yang amat - amat mengenali saya. Hahahahaha, bolehlah pulak yek buat iklan. Tapi, kalau setakat makan,jangan haraplah aku nak melawo. Hahaha, eh, mascara aku dah habis. Kene beli yang baru. Korang ada cadangan tak?


neh mascara Maybelline, tapi aku tak suke, nampak comot.

Wokeyh, wokeyh, aku nak sambung cerita lagi pasal Khurafat neh. Aku g dengan classmate lama aku taw and Inchik Pyon. Siapa Inchik Pyon?? Hahaha, kawan Niesah dan secara otomotiknya menjadi kawan aku jugak. Aku dengan Niesah naik kereta dia lah. Kereta Persona warna kundang. Nombor plat? Haram kejadah aku nak ingatkan, nombor telefon dia pon aku tak ingat. Mula - mula kami berdua diambil oleh Inchik Pyon dan dibawa ke Sri Putri dan makan disituh bersama - sama dengan yang lain - lain. After dah sedap and kenyang makan, kiteorang terus bertolak pergi Giant U Mall ( alah, dekat je dengan U kiteorang ). Dalam pukul 10.30 wayang start. Syidee jahat! Dia cakap aku chantek! Hahahaha, sebenarnya terharu. Hahaha, thanx puji aku!

Chantek tak saya???? Cepat cakap chantek!!!!

Start je wayang, sudah ada kejutan. Hahahaha, siapa tak terkejutkan? Masa aku tengok tuh, ada jugaklah aku dengar suara - suara sumbang kat belakang yang melantunkan high pitch mereka ( jeritlah!! ). Yang membuat aku tergelak ialah, orang - orang belakang aku tuh budak - budak laki kelas aku dahulu ( ha??? hahahaha, jangan gelak! ). Aku pula sepanjang cerita tuh memang terkejutlah, menipu r kalau berani sangat kan? Melatah pon ada jugak. Hahaahaha. Niesah tepi aku pula boleh tutup mata masa cik hantu tuh keluar. Aku dah bayar mahal, mesti tengok! Even saspen! Cik hantu dia tak lah seram sangat tengok, tapi saspenlah.

Nak taw kenapa aku tak rasa seram sangat? Sebab aku membayangkan Inchik Farid ditepi aku. Hahaha, aku rindukan dia. Rindu nak keluar jalan - jalan dengan dia and tengok wayang sama - sama dekat Mid Valley. Hahaha, so, takdelah aku rase seram sangat. Balik tuh, memang masa nak tidur, masih terbayang wajah dan senyuman Inchik Farid tuh. Hahaha, tapi aku dah tak menangis lagi. Sebab aku dah lepaskan dia. Oppps! Dah masuk pulak segmen hati ke hati aku neh.

Wokeyh, stop disini, sebab aku ada banyak assigment nak dibuat. Kepada readers aku, aku mintak maap and ampun sebab maybe hari neh aku tak boleh nak blogwalking, sebab buzy nak settlekan assigment. Aku janji, Jumaat malam Sabtu, kita semua dating yeh?