heartbeat

Khamis, 24 Februari 2011

Berhenti Salahkan Lelaki Wahai Gadis


As salam untuk pembuka kata, tak manislah orang cakap kalau kita tak mulakan dahulu dengan ucapan salam. So, hari ini aku nak bercakap pasal hati ke hati jugak. Minta ampunlah kalau sejak akhir – akhir ini aku banyak bercerita mengenai perasaan dan hati. Kalau ada masa lain, aku akan bercerita perkara – perkara yang memberi info. Cuma buat sementara waktu ini memang mood aku melayan jiwang sahaja. Lagi pon, blog neh kan bercerite mengenai pentas hidup aku. Hehehehehe.

gambar neh ada kaitan dgn entry ea. kata kunci = cermin




Rata – rata apabila aku membaca blog atau apa sahaja medan yang mebolehkan kita meluahkan perasaan, mereka akan bercerita mengenai perasaaan dan apa yang dialami oleh mereka. Begitu jua dengan aku. Ada juga yang bercerita mengenai cinta mereka. Bahagia sahaja aku membaca setiapa ceritera cinta mereka. Tapi yang membuat aku hendak menulis ialah kebanyakan aku membaca, mereka menyalahkan lelaki setelah hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan.


Woooaaaappssss! Aku bukan hendak mem – backup lelaki yeh. Bagi aku bercerita sehingga tamat entry aku neh. Aku mengaku, aku pon menyalahkan bekas boyfriend aku tuh. Tak percaya? Bukaklah entry lama – lama aku dahulu. Semak je mengutuk dia sampai menggunakan perkataan – perkataan buruk dan kasar and tak mencerminkan lansung keperibadian aku serta tak menunjukkan aku neh merupakan pelajar degree UTM. Malu cikit Syazyan!!! Uish, uish, uish...malu, malu malu!

Masa tuh aku dikawal oleh perasaan marah yang amat, maka aku pon mencaci maki dia sampailah sekarang, cuma sekarang aku sudah mampu untuk mengawal ( sedikit sahaja ), tapi wujud lagi kemarahan ini sebenarnya. Untuk menghilangkan kemarahan ini, aku membuat keputusan untuk melupakan dia. Berjaya kah? Hahaha, tepuk dada tanyalah selera.

Wokeyh, terus – teranglah aku nak mengatakan kepada gadis – gadis di luar sana, berhentilah menyalahkan bekas boyfriend korang. Entah – entah keputusan putus itu terbaik untuk korang semua. Apabila hubungan korang sudah tidak boleh diselamatkan, baiklah ambil keputusan untuk putus dengan cara baik. Jangan jadi macam aku, sampai sekarang masih marah. Jangan terus menyalahkan si dia. 

 

Sebaiknya, kita sebagai gadis lihat dahulu diri kita, cerminkan diri kita. Apa lagi tidak sempurna ( alamakn entry neh tiada kait – mengait dengan entry sebelum ini, sbb aku x reti nk mengait ) dalam diri kita. Cuba bertanya kepada diri kita kenapa si dia sudah berpaling tadah daripada kita. 



Jika dahulu kitalah intan permata dia, kenapa sekarang menjadi musuh? So, banyakkan bertanya kepada diri kita kenapa, bagaimana, apakah. Semoga dengan persoalan yang timbul itu dapat kita muhasabah kan diri kita ini. Ingat, semua manusia tidak sempurna di dunia ini. Jika sempurna, bosan. Biar kita reveal kelemahan diri kita ini. Biar semua orang tahu kelemahan dan keburukan diri kita. Biarlah lelaki yang tinggalkan kita itu memandang kita dengan keburukan kita sebab biasanya apabila lelaki itu tinggal keseorangan, yang pastinya wajah kita berada di bayangannya, tapi mereka tahu, kita sudah tidak boleh dimiliki oleh dia lagi.


Bagi aku, orang cuma tahu mencari kesalahan orang lain, samalah dengan penulis entry neh ( uikss?? Neh kes mengutuk diri sendiri ). Kalau tak percaya, aku bagi korang statementlah. Kalau ada seseorang yang outfit tidak seperti seorang ahli perniagaan yang berjaya tiba – tiba dengan baik hatinya menderma sebanyak sejuta kepada rumah kebajikan, apa ayat pertama terlintas di kotak pemikiran anda semua?

Adakah ayat ini :
Wau, kaya bebenor orang tuh, dari mana dia dapat duit tuh? Curik ke? Tengok muka macam biasa je.

Ataupun ayat ini :
Baik betul orang tuh. Muke macam biasa, tapi hati baik.

Aku bet! Korang akan cakap ayat pertama itu. Hahahahaha, sebab aku selalu buat macam tuh. Oops!! Jahatlah kau neh Syazyan! Wokeyh, sudah mengerti apa yang cuba aku sampaikan dalam entry ini?

Bagus, berhentilah menyalahkan mereka yang sudah bergelar tupperware ( bekas dlm English ) kekasih kita tuh. Biarkan mereka hidup dengan bahagianya tanpa sebarang caci – maki kita neh. Aku pon bukannya sempurna, maka aku masih lagi dalam proses untuk menerima kelemahan dan keistimewaan diri aku neh. Banyak lagi yang perlu aku belajar di dalam kehidupan aku neh. Walaupun jelas menunjukkan kesalahan mereka, tetap dalam hati berkata – kata, semuanya salah aku, dan jangan kau datang dalam hidup aku dan menghancurkan lagi kebahagiaan aku. insyaAllah rakan – rakan ku. Allah S.W.T. sentiasa bersama dengan kita. Dia akan mendengar setiap keluhan dan permintaan kita.


Sekian, thanx for reading my entry yang agak jiwang.

p/s : aku buzy hujung minggu neh, so, aku x bleh nk update, ada camping. btw, aku akan snap pic n update entry next dgn camping tersebut. dadadada!!!!

Isnin, 21 Februari 2011

Tidak Masih Sempurnakah Aku Dimata Kamu?


Assalammualaikum..

Hari neh aku takde kelas petang, so ingat nak tidur, tapi, tak jadi, sebab rasanya malas nak tidur petang. Rasanya macam hari neh nak update blog, dan aku nak bercerita mengenai sesuatu yang berkaitan dengan perasaan, maksudnya, lebih kepada segmen hati ke hati. Alah, senang cerita, bicara hati ke hati. Aku nak bawa pembaca blog aku neh menyelami perasaan aku selama 22 tahun aku hidup di dunia realiti ini. Entry neh terlintas di fikiran setelah aku dan BFF aku, syanichi berborak. Aku rasa tiba – tiba dia nak bercerita, or mungkin dia nak meluahkan perasaan yang selama neh terbuku di hatinya.


Dia cerita kat aku yang dia pelik atau hairan kenapa orang lain mudah mendapatkan pasangan hidup, sedangkan dia pula payah. Ehmmmm....... aku sendiri tak berapa arif untuk menjawab persoalan yang mencabar itu. Yang pertama aku tak boleh nak menjawab sebab tuh bukan soalan dalam exam. Tuh yang paling surenya. Yang keduanya, aku tak sematang kamu Syanichi, tetapi aku boleh menjadi pendengar yang terbaik. Ada orang bercerita kepada aku, kalau korang tak mampu nak selesaikan masalah itu, cukup sekadar menjadi pendengar yang terbaik. Huhuhu, so, aku nak ambil kesempatan ini untuk bertanya, adakah sepanjang Deeper Conversation kita tadi aku telah menjadi pendengar terbaik kau??

Seterusnya, aku ingin bercerita juga. Bukan BFF aku je pernah berfikir, aku pon pernah jugak terfikir, tapi aku cepat – cepat lupakan sebab malas nak melayan. Aku pernah terfikir juga, tak cantik sangat ke aku neh sampai tak de orang nak pilih aku untuk jadikan kekasih mereka? Selama 22 tahun aku hidup neh, aku baru 2 kali je bercinta. Cinta monyet tolak tepilah, aish korang neh kan. Aku neh boleh dikatakan lama juga menyepi, cheh, padahal ada je orang single 5 tahun tapi tak bising macam aku. Aku pernah tertanya – tanya, apa lagi yang lelaki mahu daripada aku neh supaya mereka lebih tertarik dengan aku? Nak cakap aku tak alert dengan fesyen? Selalu jugak aku baca and menjadi silent reader blog Fatin Liyana. Nak cakap aku pemalas? Mungkinlah, tapi aku takdelah malas sampai keluar ulat daripada tong sampah ke. 

Satu lagi rumours yang aku dengar ialah gadis chubby takkan dapat lelaki kacak dan sebaliknya. Ha! Persetan semua tuh. Geng – geng aku semua body chubby, ada je pasangan, dan tinggallah aku seorang diri melayari dunia ini keseorangan. Bukannya apa, bila aku berada di kampus, kawan – kawanlah menjadi tempat aku bergelak – tawa, tapi kalau diorang asyik date dengan kekasih diorang??? Memang aku sorang – soranglah kat bilik aku tuh. Tinggallah aku sorang – sorang dengan Inchik Ed aku tuh.

Kadang – kadang apabila aku perhatikan kelakuan manusia – manusia di UTM, uh, aku selalu bertanyakan kepada diri aku. Antaranya ialah : 
  • ·         Kenapa dia dapat BF hensem, sedangkan dia takdelah lawa mane pon.
  • ·         Aik? Gane laki tuh boleh dapat awek cun?
  • ·         Laki tuh pakai spek ke tak? Lawa lagi aku daripada awek die.
Kenapa semua persoalan itu ada di benak hatiku? Seolah – olah aku macam cemburu melihat pasangan – pasangan tersebut. Paham tak? Apa lagi yang harus aku lakukan supaya lelaki cuba untuk mengenali aku? 

Atau pun aku yang harus mulakan dahulu? Huhuhu, istilah pergi mencari timba itu aku masih terapkan dalam diri aku. Aku tak kan mulakan sebarang komunikasi, tetapi kalau aku sudah mula menyukai, aku akan terus – terang. Tetapi kenapa aku masih tiada pengganti? Adakah aku neh setia? Layakkah aku digelari kekasih setia, sedangkan ex BF aku sudah mempunyai kekasih baru dan sudah pon putus dengan kekasih baru dia.

Setelah lama berborak dengan Syanichi, aku rasa aku tahu kenapa aku masih tiada pengganti. Aku cuma memilih. Yap! Itu memang benar, aku seorang yang cerewet. Ada je lelaki yang mahu berkenalan dengan aku, cuma aku menolak. Bukannya apa, aku mahu fokus kepada study. Ha! Lahanat kau Syazyan, study kunun! Semua orang study, semua orang bercinta, jadi pandai – pandailah membahagikan masa. Memang, aku mengaku aku seorang yang memilih untuk mencari seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Aku bukan cerewet tang muka ka, body ka, tapi lahiriah. So, terjawab tak? Apa yang terjawab? Merepek sungguh.

So, lelaki diluar sana, jawab segala persoalan aku neh. Apa lagi yang korang mahukan daripada seorang gadis yang korang cintai? Mahukan kehormatan dirinya dan baru membalas cinta mereka? Atau pun mahu mempermainkan jiwa dan perasaan hati ini? Atau korang cuma mahu mencari keseronokkan? Aku tinggalkan korang dengan persoalan tersebut, dan cubalah jawabnye dengan perkataan yang baik – baik. Dont harsh on me k? Komen – komen yang menyakitkan aku delete je. Minta maaflah. 


Tidak masih sempurnakah aku dimata kamu?

Ahad, 20 Februari 2011

JOM CERITA "CAMPUS LIFE" KITA

1. settle sudah!
2. letak gambar yeh? ( mana aku save pic tadi yek? )


3. logo universiti :

universiti teknologi malaysia

4. bawah logo tuh aku dah tulis bro.

5. bed time stories. hehehe, saat yang aku tunggu - tunggu.

wokeyh, sesungguhnya, setelah aku habiskan sekolah aku dekat Teknik PD, aku dapat terus sambung dekat UTM KL dalam Diploma Ukur Tanah. mungkin ramai orang tak tahu tuh kos apa. aku bet lah, korang tak kan tahu punyerlah kecuali kalau anak sedare korang ada belajar pasal ukur tanah. kalau nak tahu advanced agi, search dekat google. ukur tanah kalau nak disimpulkan, kerjanya ialah membuat ukuran terhadap muka bumi ini. sewaktu tengah belajar, aku banyak menghadapi dugaan. antaranya ialah aku kene buat belajar berdikari. kemudiannya dah masuk tahun kedua, pointer jatuh teruklah. tapi ini tidak menjatuhkan semangat aku untuk belajar sehinggalah aku berjaya mendapat sambung belajar degree pula di UTM JB. 

diploma ukur tanah

ketika membuat lawatan ke N9

neh lah bilangan pelajar perempuan kelas aku

lelaki mendominasi kami!

hostel aku ketika di KL, belakang KLCC seyh!!!

neh dlm kampus dekat jln semarak

sowey, pic blurrr


di UTM JB, ini benar - benar mencabar kredibiliti aku sebagai seorang student yang perlu menjaga masa dengan betul. ditambah pula, aku berada jauh daripada keluarga aku ( aku dok kat KL ). di sini jugalah aku mengenal siapa itu KAWAN, dan siapa itu LAWAN. UTM JB mengajar aku pelbagai perkara dan salah satunya ialah mencari orang yang boleh dipercayai. aku juga sudah mula tawar hati untuk bercinta. di sini aku tinggal di kolej yang diberi nama KOLEJ 11. orang panggil kolej PALAPES. jangan carik pasal dengan orang PALAPES, kang diorang bantai. hahaha, tak takutlah aku. sound dalam alam maya je. aku makan dekat arked 11. aku tak memilih makan, tapi harus makan tengah hari dan malam. itu wajib. air pula air teh o ais. hehehe, air fevret.

suasana konvo, hehehe, photoshoot neh taw..edit oleh aku..

wokeyh, hepy giler!!! edit by aku

model kasut kejap! edit by aku gak

we are the champ!!!! edit by aku!

neh gaya pelajar menunggu bus yeh..

degree neh aku ambil kos Geoinformatik, lanjutan untuk bidang ukur tanah. dalam kelas, aku selalu khayal. hahaha, tak tipu. aku banyakk berangan je lebih. kalau time lab, kene bawak lappy. penatlah aku hurung lappy aku neh taw. aku selalu mengantuk dalam kelas, tapi tak pernah pulak tidur. tersengguk - sengguk tuh dah biasa sangat. lecturer kesukaan?? ehm, buat sementara waktu neh, takde lagi yang aku suka, semuanya aku suka macam biasa, takde yang aku suka giler!

kenangan paling manis ketika di UTM KL ialah aku seronok berada di situ. mungkin yang pertama ialah aku berdekatan dengan rumah. yang keduanya, ketika itu aku berdua. jadi selalulah hujung minggu keluar bersama - sama. kalau ada masalah, kiteorang akan sama - sama bercerita. ketiganya, aku suka dengan suasana bandar.

kenangan manis di UTM JB, konvokesyenlah yunk oi!! even family aku tak datang, tapi aku tetap excited nak konvo taw! keduanya ketika aku kehilangan phone. korang mesti pelikkan kenapa aku cakap manis, sebab masa tuh lah aku boleh nampak rakan mana yang sanggup menolong aku tanpa banyak songeh. masa tuh lah parents aku datang membantu aku. sebab tuh ada orang cakap, cokelat itu pahit asalnya rasa itu, tetapi setelah dimasukkan pelbagai perasa dan bahan perasa yang lain, cokelat itu mejadi manis di mulut kita.

aku nak bagi nasihat kat adik - adik yang membaca entry kali neh, korang ambillah peluang nak belajar eh dengan sebaik mungkin. kalau korang tiba - tiba ada hajat nak jadi model ke, buangkan hajat tuh. tapi kalau dah teringin sangat, tinggalkan pelajaran. sebab aku risau, kalau - kalau korang tak dapat nak balance kedua - dua bidang itu. namun, sekiranya korang sanggup tanggung risiko, silakan, aku tak paksa. buat pilihan kos yang betul semasa nak isi borang UPU. jangan main isi je, kalau tak tahu, macam biasalah, google. lebih senang, bertanya. macam aku neh, aku dah bukak kaunter pertanyaan formspring, takde pon respon?? kalau korang rasa diri korang tuh bijak, jangan kedekut ilmu plak, tak payahlah lokek ilmu, tak ke mana. last advise aku ialah, jangan terlalu mengikut KAWAN. yes! aku tahu KAWAN sangat penting, tetapi ada kalanya, KAWAN neh lah yang akan menyebabkan kita susah nak belajar. aku pesan awal - awal, kalau nak jaga hati orang, jangan sampai hati kita tak terjaga. jangan salah pilih kawan. di alam ipt lah korang semua neh akan mengalami ' culture shock '. yang pakai tudung labuh tiba - tiba boleh free hair, boleh pulak warna rambut dia karat terows ( agak2 air paip kolej die karat kowt? ). tolonglah, jadilah diri anda sendiri. berhati - hati membawa diri di perantauan.

ituh sahaja cerita aku tentang kehidupan kampus aku. aku suka pula cerita tentang kampus. nanti mungkin ada juga campus life 2 ( amboi syaz, ko nk jd mcm elia ker? )

nk citer cket dr mne aku dpt segmen neh, drpd seorang lelaki yang kachak! nk taw? klik kt logo plg ats

Sabtu, 19 Februari 2011

Mari Join FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Aku Kembali

i'm back! back again with a new spirit, with a new refreshment, new way, new ' balak ' ( eh, tuh x! ), new supporters!!

i'm back with another muncung! alief muncung, ko jangan marah taw! hehehehe

atas khidmat nasihat daripada seorang blogger yang baru aku kenali di twitter ( sebenarnya, aku selalu jd silent reader blog die, almaklumlah, internet kt UTM neh macam siput sedut je ), aku bangkit daripada tidur ku! amboi, ayat, tak boleh kasik pro lagi ker? hahahaha. dengan nasihat dia ( walaupun seketul ) sangat berharga. so, aku tak kan lari lagi.

yang pertama - tamanya, aku mengaku kesalahan aku dan aku mahu mohon maaf. kalau si anynomous tuh membaca entry aku terbaru neh, aku dah buat 1 keputusan. aku dah delete entry itu kalau dia mengatakan entry itu sudah megaibkan dia dan rakannya. aku turunkan ego aku yang bagaikan gunung Kinabalu ( tempat kelahiran ibu aku ) dengan mengambil keputusan drastik iaitu delete entry tersebut kerana aku mendapati tiba - tiba bilangan pembaca entry tersebut meningkat kepada seratus lebih secara tiba - tiba. sebelum neh, takde sesiapa pon yang nak baca entry tuh.



yang keduanya, aku sudah tak berapa nak aktif dalam dunia Facebook, sebabnya, ada orang selalu pm aku. entah siapa dia pon aku tak taw. tiba - tiba je muncul dekat FB aku, and aku terasa terlalu semak. apabila orang suruh online, baru aku online kowt FB tuh. sekarang minat aku lebih kepada twitter. twit! twit! twit! kalau pakai twitter lebih syok sebab korang semua boleh update status/ tweet tuh bila - bila masa je. kejap - kejap tweet, takpe. takde orang nak marah. kalau FB neh lembab semacam. and 1 yang aku tak suka dengan FB ialah notification die banyak sangat. menakutkan aku je.

gaduh, jangan tak gaduh, aish! aku neh tak baiklah!


so, secara ringkasnya, aku susah kembali ke dunia blog. jangan risau, aku takkan tinggalkan dunia blog. cuma aku sudah buat beberapa perubahan. antaranya, aku telah buat ' disable right click '. aku terpaksa buat. lagi 1, aku disable anynomous comment. aku minta maaf, aku terpaksa buat jugak. kalau tak, aku juga yang makan hati lama - lama kang.

Selasa, 15 Februari 2011

Tolonglah, Aku Menyampahlah!

Baca dah tajuk dekat atas tuh? Memang, aku tak silap menaip. Aku memang bodohlah kalau tak reti mengeja perkara senang macam tuh. Lainlah kalau keluar soalan suruh aku buat programming untuk pengiraan standart deviation yang mudah. Itu pon sampai terputus urat kentut aku membuatnya.


Tolonglah, aku memang menyampah tengok muka kau. Masalahnya, aku memang setiap hari akan melihat wajah kau yang manis tuh. Entah kenapa, aku boleh pulak tahan memandang kau. Kalau sebelum neh, memang aku tak pandang orang yang aku bencik. Itu bermakna, masih berperasaan aku neh. Pedulik hape aku kalau ada yang membaca entry neh. Hakikatnya, dah lama aku pendamkan perasaan neh. Buat aku bertambah – tambah sakit hati je. Meluat aku melihat muka kau.


Orang kata kalau kita membenci seseorang tuh kerana kita mahu menjadi seperti dia. Maaflah, aku tak nak jadi macam dia. Seorang yang penakut tak bertempat. Seseorang yang melampau tahap mengada – ngadanya. Yang pentingnya, lupa pada ayat sendiri. Mungkin dia tidak berjanji, tetapi dia lupa dengan kata – kata yang dituturkan oleh diri sendiri. Apabila susah, pandai pulak mengendeng dekat aku and mencari aku.


Apabila aku menjauhi, pandai pula menyalahkan aku, mengatakan aku menjauhkan diri.
Hey, cermin diri sendirilah, kau yang menjauhkan diri. Aku tak pernah sisihkan sesiapa di dalam hidup aku. Kau je yang perasan lebih. Sumpah, aku boleh hidup tanpa kau di sisi aku. Aku bukan macam kau, suka mengambil kesempatan seseorang tentang apa yang dimiliki oleh orang tuh. Jauh beza aku dan kau untuk diukur. 


Ya, sememang otak kau bijak pandai, tapi pada pandangan aku, kau masih lagi kanak – kanak yang bermain pasir kotor yang bercampur dengan najis anjing! Ya, sememangnya kau dianugerahkan dengan wajah yang menawan, tapi sayangnya, pada pandangan aku, wajah kau hilang seri kerana perangai sellfish kau.
Sudahlah, bukan bagi sebarang keuntungan bila aku menulis lebih – lebih pasal aku pon. Bukannya ada lawyer yang nak bangkitkan kes neh. Maaflah kalau ada yang membaca merasakan entry neh terlalu kurang hajar. Hakikatnya, aku cuma meluahkan perasaan. Aku tak mentionkan sebarang nama pon. Dan yang penting, tiada kaitan dengan sesiapa pon.

Isnin, 14 Februari 2011

Rahsia Di Sebalik Kemegahan Blok MA1 Kolej 11

Hai! As salam! Hari neh, aku kembali dengan entry yang lebih panjang dan serius. Hari neh aku bersiap cepat – cepat. Mandi, berus gigi, sabun badan, iron baju and selendang. Today i’m wearing baju kurung because tiday is Monday, formal day for UTM. Baju kurung aku berwarna hitam dan corak bunga berwarna kuning. So, aku pakai inner tudung berwarna hitam kuning dan selendang hitam.




Okay, stop cerita pasal outfit. Kita teruskan cerita kita berdasarkan tajuk entry aku. Oleh kerana aku siap awal hari neh , so, aku pergi hantar kunci pendua dekat pejabat kolej 11. Oh, ya! Aku ade cerita kat korang tak kenapa aku ada kunci pendua? Okay, aku ceritalah sedikit. Tombol pintu aku rosak, so kenalah sentiasa bawak kunci kemana jua. Cuma malam tuh je aku tak bawak ( termasuk roomate aku sekali ). So pintu terkunci. Oh, my gosh! So, dengan baju kelawar macam movie Hantu Kak Limah, aku pergi naik ke arked. Nasib baik takde orang, kalau tak malu!



Okay, masa nak hantar, pakcik tuh boleh pulak cerita hantu dengan aku. Pulak masa tuh dia bercerita mengenai aras aku. Dia kata sememangnya blok MA1 aras 4 memang tak boleh main – main. Blok paling ‘ keras’ katanya. Aku tak nafikan, aku sendiri pernah merasai kehadiran makhluk tuh. 

Sememangnya aku tak salahkan kewujudan mereka. Mereka juga makhluk Allah S.W.T. mereka juga punya hak untuk tinggal di dunia aku neh. Kadang – kadang cerita yang dibawa sememangnya sepertinya telah ditokok tambahkan. Kasihan, mungkin jugak makhluk itu mahu kita untuk menghormati mereka.

Dulu, kat aras 4, ada kes orang kena histeria. Cerita pasal histeria neh, aku memang sukar nak percaya, sebab aku lihat diorang macam main – main je. Tetapi itu tak bermakna aku tak percaya kewujudan makhluk tersebut. Aku percaya, cuma bagi aku, mereka terlalu percaya sampai lemah semangat. Lagi pon ramai orang cakap kat aku yang makhluk itu cuma mengganggu kita jika kita punyai jiwa lemah dan iman yang tipis. Aku tak cakap pula yang aku neh berani benar, kadang – kadang jantung aku berdegup kencang jugak kalau pergi toilet pukul 2 pagi.

Pakcik tuh ada cerita yang dia pernah terkurung tanpa alasan yang munasabah di blok lelaki ( tak silap aku blok PALAPES ). Makcik – makcik cleaner pula selalu diganggu. Patutlah aku perasan yang aras aku neh kalau makcik – makcik cleaner dah bersihkan, dia bersihkan time kiteorang ada. Pernah juga ketika mereka sedang menyapu, ada je makhluk yang mengekori di belakang.  Tak pon makhluk tuh dah menunggu kat toilet. Huhuhuhu, seram, seram. Aku pon tak nak lepaskan peluang untuk bercerita tentang pengalaman aku. Aku rasa, aku juga pernah diganggu dengan ‘mereka’. Aku nak bercerita jugak, walaupun sudah basi!

Masa tuh, kalau tak silap aku, aku baru seminggu berada di UTM. So, petang tuh, roomate aku sedap je tidur. Aku memang tak tidur petang. Kebetulan, aku period, aku terus – terang je neh, malas nak cover – cover, kalau ada budak laki baca, nasiblah. Apabila aku period, aku sukalah buat aktiviti memandang cermin, tak pon mandi lambat – lambat ke.tapi, petang tuh memang lain sangat – sangat. Aku buka pintu beranda luar aku neh. Mata aku asyik je memandang pokok besar kat depan aku neh. Masa tuh nak dekat pukul 5 petang. Dan mata aku asyik memandang pokok itu.

Entah kenapa, tiba – tiba aku terdengar bisikan taw, satu bisikan yang mengatakan: 

“ lihat bawah, lihat bawah “

Aku pon keluar pandang ke bawah. Memang tinggi, kalau terjun, confirm mati! Berkali – kali aku mendengar bisikan yang sama. Memang otak aku terfikir nak terjun jugak. Lepas tuh tiba – tiba terasa nak buang air kecil. Aku berlari pergi toilet yang tak jauh langsung daripada bilik aku. Masa aku sedang mencangkung ( maaf, aku tak sensored, sbb x feel ), aku dapat rasakan sesuatu yang gelap terbang atas kepala aku. Tapi, aku tak pandang.




Aku keluar terus pergi bilik aku. Masa tuh, lagi kuat bisikan tuh. Rasa dah macam berpinar je otak neh. Rasa macam nak tumbang weyh, aku rasa macam nak terjun je. Memang ada bisikan  menyuruh aku terjun.

“ terjun, tak kan mati, terjun, tak kan mati, terjun, terjun, terjun! “


Aku masa tuh tengok roomate aku tengah sedap tidur. Jantung aku dah berdegup kencang giler! Peluh dah hilang, muka memang pucat, agak – agak kalau toreh, memang tak keluar darah, silap – silap keluar darah putih. Masa tuh memang aku melawan jugak bisikan tuh. Puas jugak aku lawan. Last – last aku bangun, berdiri, bukak pintu berlari laju pergi ke waing sebelah sana. Aku cepat – cepatkan langkahan aku neh dan aku berjaya sampai di bilik kawan aku.


Sampai kat bilik kawan aku, aku menangis dan kawan aku tolong tenangkan aku. Suatu pengalaman yang menakjubkan. Aku terus called family aku lepas kejadian tuh. Seminggu lepas tuh, ayah aku called aku. Ayah aku cakap, makhluk tuh cuba nak memberitahu kewujudan dia di situ dan ayah aku cakap, : “ adik jangan takut, abah ada! “.. hahaha, itulah ayat yang aku tunggu daripada seseorang lelaki ajnabi.


Jadi, kesimpulannya, sebagai manusia yang beradab, kita harus menghormati kejadian mereka kerana kita adalah kejadian yang paling sempurna. Hormatilah kewujudan mereka sebagai salah satu makhluk Allah S.W.T. aku percaya, kalau kita menghormati mereka, nescaya, mereka pon takkan kacau kita. Lagi satu, kita kene kuatkan iman kita. Mereka mudah meresapi kita kalau iman kita tipis. Ambillah nasihat aku neh, sangat berguna. 


Ahad, 13 Februari 2011

Good News For Me

entry pendek sahaja. Ya Allah! aku macam tak percaya dengan apa yang aku baru lihat. kejap - kejap, nak menggedik dahulu. wokeyh, orang yang aku nak aku cerita neh tak sama dengan yang sebelum. 



( o_0 )


( o_0 )


( o_0 )


( o_0 )

rupa - rupanya dia dah single. aku tak perasanlah sejak bila dia single kan, sebab aku cuma seperti seekor burung yang memerhatikan segala butiran di permukaan tanah daripada awangan. tiba - tiba je hati nak view page facebook die, and tup! tup! tup! ... aku lihat status die single.


hati shahsyaz : betol ke neh??? ke menipu je lebih? 

otak shahsyaz : tapi kenapa aku nak menggedik neh? dia dah single dia punyer care r, ko apehal nak sibuk? buzybody dengan kehidupan orang lain? shuu, shuu!

hati shahsyaz : tak, aku cuma excitedlah. hehehehe.

so, sampai disitu sahaja perbualan hati dan otak aku. kelihatan, aku agak menarik dengan favourite quaotation dia dalam facebook. mungkinkah dia membaca blog aku? oh, no! aku mengharapkan jawapan " TIDAK ".


neh r yg sempat aku prt sc

aku dh ksik bedal2 edit smpi x nmpk muke..

Sabtu, 12 Februari 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL

wokeyh, 1st of all, aku tengok contest neh macam menarik, so aku nak join. aku join bukan sebab nak menang, tapi nak tayang kucing - kucing aku, hehehehe, kirenya nak show off lah. hehehehe, jangan marah tuan sponsor contest neh, but seyes, sy memang nak join contest neh.






saya sudah link-kan picture neh ke tuan punye blog, dan saya juga sudah follow awak. lagi? owh, tagged ye? saya tagged kepada semua pengunjung blog saya neh, tidak kira siapa pon. sekian terima kasih. dibawa, saya telah sajikan semua pandangan mata pengunjung blog saya dengan gambar - gambar asli kucing saya.

senarai wajah - wajah penyeri keluarga saya selama kami hidup bersama :

dari diorang KECHIK kami sekeluarga jaga

tak kira hitam, putih, oren, kelabu, kiteorang jaga jugak, kerana SAYANG.

kalau merajuk, kiteorang PUJUK diorang, hehehehe

kireorang akan biarkan mereka mencari KEHIDUPAN sendiri

kucing neh nama dia MAHARAJA, dia hilang, sama ada orang curik atau dia lari

neh dia lah, sempat lagi capture sebelum dia hilang.
last statement daripada saya :

TUHAN CIPTAKAN KUCING UNTUK MANUSIA MERASA KASIH SAYANG DARIPADA SEEKOR HARIMAU