heartbeat

Ahad, 27 Mac 2011

Entry in English


Cat Turning Head Animated Clipart

As salam! Hye! Yes, I’m not sleeping yet. Yeah, I know, it’s my time to sleep. Well, actually I’m in mood to design a new header for my blog and the work is done but in half way. So naughty lah me. Budak – budak, jangan buat kerja separuh jalan seperti melepaskan batuk di tangga. It’s not nice to do half work okay? Oh, hahahha, I know. You all must be weird with me because I’m using English. Hahaha, it’s my pleasure to publish an entry using English. It was one of my dreamlah.



I’ve read so many English reading material just to improved my English. I also read some English’s entry in Hanis Zalikha’ blog. Like what she said in her blog, her English was bad before blogging, so maybe with publishing entry in English, I can improved my language and some of my grammar. Yeah! I know, my English is so Manglish. I’m from Malaysia and I’m trying to do my best to improve it. FIY, these sem in my classes, my lecturer forced us to use English in doing their report ( dalam hati, marah memuncak ).




When doing my assignment, there was a dictionary beside me. I also surf internet such as Google Translate to make it easier. I will always try to do my best to improve my English and I hope to all my readers to give me chance and give me comment if any mistaken okay? But, please, don’t use harsh words. It’s just give me painfull. Ouch!~




Okay, we continued with our bed time stories. Okay, salah eja ke?why my eyes are opened and I don’t feel sleepy?? Just now I was designed a new header using Adobe Photoshop. Suddenly the idea was gone. So my head was blank. So, I got blurr for a minute. Wokeyh, after that, I felt so disappointed. So I have decided to click the ‘X’ at the above on the right side. After that, online lah. Apa lagi kan??




So, this is my first entry using English. Comment yahh! J

Sabtu, 26 Mac 2011

My Schedule For The Next Week



FIY ( chewah, nak berlagak macam FL pulak ), next week memang aku buzy. Kemungkinan besar, tak akan update blog. Mungkin dalam masa seminggu. Facebook bukak sekadar untuk mendapatkan info mengenai kelas /ujian seterusnya. Twitter, maaf tak bukak. Tak dapat nak buli Yul Je lagi. :(

Jadi, untuk mengubat segala kedukaan korang sebagai pembaca setia blog aku neh, aku ingat nak buat sedikit ucapan trimas kerana masih lagi sudi membaca blog aku neh even tak sehebat FL, HZ, ZZ, sesiapa je lah yang hebat lagi. Lagi 1, aku bercadang nak buat bloglist baru semula. Aku dah tahu cara - cara, so aku ingat aku nak buat bloglist terbaru. Jadi, aku nak bukak peluang kepada semua pembaca blog aku yang nak join bloglist aku neh, mudah je caranya. Just letak link korang dekat komen entry neh. InsyaAllah, ada masa, aku akan buat bloglist yeh? Kepada mana - mana bloggers yang letakkan aku di dalam bloglist mereka, tolong kontek - kontek aku di shoutbox/komen di entry neh. Mudah aku nak letakkan blog korang pulak di dalam bloglist aku.

Chewah, so,aku nak ceritalah sedikit apa akan terjadi untuk next week aku neh.

Hari Isnin :
I have English class and I have to submit draft 2 and redo draft 1. Aiyok!! Manyak tarak bestlah. After that have to meet with my lecturer to take my marks for assignment. I think, that report was the worse report I have ever done in my life k?? Okaylah, after meeting with my lect, I have to do some research on my programming subject. Uggrhhh. Well, FIY, I doesn't like Programming and I doesn't know how Hanis ( the best programming's student in my class ) can answer everything about programming. Not only Hanis, also Ina ( Sharina, yes, girl! ). I wonder, how their brains work when think how to solve programmings problem. Haiyak! English aku pon terabur.

Selasa/Tuesday :
Okay, Tuesday, doesnt have any test or quiz, but I'm buzy with my group assignment. So, there's no chance for me to update my blog. Sorry again.

Rabu/Wednesday :
I have lab test programming. OMG! Open your eyes man!!!!! Oh! What I'm gonna do right now?? Pray in front of the screen? Yeah! Start to do exercise programming from this moment.

Khamis/Thursday :
Need to study more and concentrate more on my subject, especially on Spatial Statistic because Friday is retest for that subject.

Jumaat/Friday :
The test begin!~

So, I'm so sorry if I can't update my blog like last week. I think I need to stop blogging right now. Sorry.

De masa aku update lagi.

  bubye u all!~ luv u!~ 

Aku Mahu Menangis

Sperti tajuk entry, memang aku nak menangis pon. Aku ada banyak sangat masalah sekarang neh. Yang pertama :


okay, gua taw, gua bukan Fahrin Ahmad untuk menangis, tapi gua boleh jd kekasih sejati FA


  • Assigment/Study
Secara tiba - tiba je tadi lecturer suruh hantar assignment secepat mungkin. Kiteorang sekelas mulalah terpinga - pinga macam monyet dapat bunga. Eh, salah peribahasa. Kemudian lecturer yang sama nak buat retest. Okay, aku sudah pening. Ditambah lagi dengan assigment lain yang tertunggak - tunggak. Semua assigment yang tinggal ialah assigment group. Lepas tuh, entah bila nak study. Asal ada niat nak study, mulalah ada agenda lain. Final exam start hujung bulan 4. Lagilah hati aku berdegup kencang. Belajar tak seberapa. Next week ada lab test programming. So, kesimpulannya, masalah pertama aku ialah berkaitan dengan pelajaran dan universiti.

  • Bloglist
Yang neh masalah utama dalam blog aku. Kalau korang perasan, secotet je bloglist aku kan? Actually aku nak buat banyak - banyak macam kak Sunnah and Nanad, tapi aku tak retilah. Berkali - kali dah aku buat. Langsung tak menjadi. Kemudian tadi aku fikir nak buat Pages. Bila dah buat, tak menjadi pula. Kepala aku dah menggeleng - geleng neh. Tak retilah, tak retilah.!!!~~~~ Internet malam neh buat hal pulak. Neh lagi berapi diri ini.

Akhirnya, aku masih dibelungi dengan masalah - masalah neh. Macam mana aku nak selesaikan semuanya?? Menggunakan konsep whole-to-part atau part-to-whole?? Bagaimana??? Ada cadangan ? Atau aku neh sepatutnya tidur dan selesaikannya hari keesokannya???


Dan akhirnya, aku ingin mengatakan, TERIMA KASIH  yang amat - amat kepada NANAD kerana sudi menjadi cikgu aku sebentar tadi untuk tunjuk ajar mengenai bloglist neh. Wau!!!! 


okay, gua bukan kera dapat bunga, dapat bunga cium and then buang.

Khamis, 24 Mac 2011

saya nak doodle daripada along usop!!

saya nak Along Usop buat doodle untuk saya sebab doodle Along Usop nampak cute, comeyh lotehy. Hahahahaa. Suka sangat. Nak buat, macam tak reti, dah belajar, tapi masih lagi tak reti. Boleh yeh Along Usop?? Neh gambar yang nak di - doodle - kan.


boleh tak Along Usop??

Rabu, 23 Mac 2011

Interview Paling Sempoi Di Abad Ini

Menakjubkan kerana hari neh dalam masa sehari aku update blog 3 kali sehari. Susah taw nak tengok aku macam neh. Neh kes apabila kelas banyak di cancel atau ditunda kemudian tiba - tiba kansel! Wokeyh, nak diceritakan, aku dan Pak2 ada interview atau ejaan mudahnya interbiu untuk kuota kolej 11. Kolej 11 merupakan kolej yang paling best (o_0) kowt. Nak dijadikan cerita, aku dapat tahu fullname and email F.A si Haniey. Ha, seronoklah kau Haniey. Aku je still tak dapat - dapat lagi nombor telefon double A tuh. Haish!~

Sambung cerita pasal interbiu tadi. Masa nak masuk, memang agak hot tempered r aku dengan budak - budak laki. Kata dia dah menunggu lama. Please r, semua orang menunggu kowt. Cuma cepat or lambat je. And aku dah lama menunggu, cuma malas nak menunjuk. Orang kata riak.

Nak taw apa soalan - soalan interbiu tadi? Mudah je. Soalan - soalannya ialah :


  • Siapa nama anda?
  • Dari jurusan apa?
  • Berapakah CGPA anda?
  • Dan bagi tahu sebab apa kami layak memberi anda kuota Kolej 11.

Hahaha, jawab sajalah Labu!!~ Aku pon bantailah menjawab. Hehehhee. Tersenyum indah di kesumat ini. Nak dekat habis tuh, memang Pak2 bole buat lawak pulak. Memang sahlah Pak2 neh.

Ayat - ayat Pak2 yang nak buat aku tergelak : 

eh, saya duduk searas dengan pembantu felo....tapi entah pe ke namanya.

Hahhaha, memang Kak Biha ( pembantu felo ) tergelak comeyh r. Hehehhee. Sebelah kanan dia Mak. Nama sebenar dia Shazliana. Sebelah Mak, Syuk, classmate aku. Paling hujung sekali, felo lelaki, namanya Majang Anak Landa. Taraaaaa. Siaplah 1 interbiu paling sempoi. Rugi aku tak rakam, kalau tak, dah boleh buat Vlog. Aish.!~

Di bawah ini aku dapat search gambar - gambar berkaitan dengan interview

penguin - penguin sedang menunggu turn, macam aku tadi

berdebar - debar seyh, last - last gelak

panel ade 4 orang


JOM JOIN BLOGLIST ANNA MARDHIAH



erm...nampak iklan neh ( chewah ko!! ) dalam Komuniti Gila Blog taw. nampaklah segmen neh, so, nak join lah. kalau bab komen - mengomen neh memang tak terer, tapi kan ana, ade 1 slek sikit pasal blog ana, saya tak nampak font untuk widget - widget atau apa sahaja ruang di side bar tuh. ke aku yang tak nampak? almaklumlah baru cek mata tadi. takpe ana, blog u memang menawan hati i. heheheee.

owh, sy kenal blog awak daripada blog Junko. hehee.

p/s : saya girl. hehee.

Result SPM

Hari neh merupakan tarikh keramat bagi adik akulah. Hari dia mengambil keputusan SPM dia. Yelah, dah berhempas pulas dia study, sekarang neh lah masa dia untuk melihat sama ada dia mempunyai kemajuan atau tidak. Well, aku tak kisah berapa pon result dia, yang penting dia ambil result tuh. Itu sahaja. Apa - apa pon, sebagai kakak di dunia ini ( sesi sedeyh cket ), aku memang berbangga dengan kau.




Teringat pulak zaman aku dahulu mengambil result SPM. Aku sekolah dekat PD, so, aku tak nak susahkan parents aku, dengan awalnya, aku bersiap - siap pagi tuh. Kiranya nak datang sekolah dengan bas lah. Aku bertolak daripada Kinrara awal - awal pagi lagi. Sampai kat sekolah dalam pukul 12 tengah hari lah. Dalam perjalanan tuh, hati aku memang berdegup kencang. Aku risau kalau result tak bagus. Aku dah mulalah risau. Sampai di Seremban ( takde bas daripada KL terus ke PD ), aku cari kawan aku bernama Ziera. Aku datang ( bukan melawat ) sekolah tuh dengan dia. Sungguhlah berdegup kencang jantung aku.

Sampai di sekolah, aku kena langsaikan dahulu hutang - piutang. Pihak SPBT kata aku ada hilangkan buku teks diorang. Tahi!!! Bila masa, tolong r, korang yang buat kerja dengan cuai - muai, nak kata aku pulak hilangkan. Habis gaji aku nak membayar hutang korang je. Tapi sebelum sampai lagi cikgu Sejarah aku dah bagitahu result aku berapa, so, memang tak seprise r. Chait..!~ Hahahhaaa..

Habis ambil, aku terus balik ikut kawan aku tuh. Wahai Ziera, tahukah engkau bahawa aku sangat merindui mu!!!~ Itu sahaja kisah aku mengambil SPM. Kini sudah hampir 5 tahun berlalu kenangan tuh. Namun, still segar diminda aku. Aku cuma memakai sehelai t-shirt biru langit dan sehelai seluar jeans yang lusuh. Selipar biasa pulak tuh. Itulah pakaian aku ketika mengambil keputusan SPM. Sekarang berkat usaha dan doa family aku, aku sudah berjaya memasuki ke UTM untuk peringkat Sarjana Muda. Aku harap aku tidak mudah putus asa dan begitu juga dengan adik aku.

Selasa, 22 Mac 2011

Aku Mahu Kahwin

tengah mikir, sapelah bakal laki aku neh

Ha kau, tajuk pon sudah memberikan kontroversi. Kontro ker? Sendiri bacalah. Hahaha, tak, tadi ada makan - makan dekat UTM under Fakulti Pendidikan, Nanad pula jadi supervisa nya. Siapa Nanad?? Alah, blog itik tuh. Huhuhuhuu, dia lah tuh. Jap, jap, curik dia punya header dulu.


neh dia, asal gambar itik, die punyerlah tuh


Dialah tuannya empu mengajak makan. Segalanya sedap.Mau tak nye sedap, dah tema makanan kali neh perkahwinan. Nak - nak pulak aku ambil set Indian, memang aku rasa sedap je r. Tengok ayam tandoori pon dah kecur air liuh. Cuma tadi aku rasa pedas. Tak tahulah mana 1 pedas. Nasi ke, ayam ke, or karinya. Agak pening mencari mana 1 yang pedas. Lepas tuh perut aku terasa senak yang amat sebab terlalu banyak yang aku makan. Cuma agak terkilan ialah carrot cake takde kowt. Tuh maknanya dia suruh aku beli kat Secret Reciepe. Adoiyai. Eh, nak tengok gambar? Sila, sila, semua gambar neh hak milik kawan aku, tapi aku letak watermark sebab privasi. Nanad, kalau nak yang ori, cakap. Heheheee..

mango lassi

pak2, kawan aku yang snap pic neh semua


mereka pon wujud????
  
menu kita hari neh

sardine murtabak.. nyum, nyum


puding menggantikan carrot cake.. :(, tp sedap!~

aku sedang melahap puding

taraaa, di hadapan restoran lawang di Fakulti Pendidikan

Sedap makanan semua. Hahaha, kenyang mati aku kat bilik tadi.

Isnin, 21 Mac 2011

Dear Cik Epal

sekarang aku memang giler Twitter. jika sesiapa ada twitter, sila - silalah follow aku. nama twitter aku ialah shahsyaz. taip je, memang ada dan wujud, malah memang sedang bergiat aktif. hahahaaa. so, masa twit tadi, aku dah hilang idea nak tulis entry terbaru, tapi bila aku baca twit Cik Epal :

tuh dia nama twitter aku, sila - sila follow i

klik, terus g blog Cik Epal

so, dengan ini, aku dah berfikir untuk membuat entry mengenai CE ( dan mengharapkan balasan jawapan, hihiihhii ).

dear Cik Epal, ade banyak soalan saya nak bertanya kepada CE, tetapi, saya tak tahu sama ada terbalas atau tidak setiap soalan - soalan saya ini.


  • bagaimana CE mendapat nama Cik Epal?
  • siapakah yang mendorong CE untuk berblogging?
  • jika CE bukan seorang blogger, siapakah CE yang sebenarnya?
  • siapakah follower pertama CE ( ingat lagi x? )
  • apakah perasaan CE sekarang neh?
dan soalan terakhir daripada saya ialah : 

CE suke warne ungu ker??
neh kes takde idea nak buat apa entry terbaru.

Salam

Assalammualaikum to all my readers.

Maaflah, lama sangat tak update blog neh. Rasa – rasanya ada dalam seminggu jugalah aku tak update blog aku neh. Bukanny aku takde idea nak update,  banyak je sebenarya, cuma terdapat kekangan masa sedikit, dimana aku banyak habiskan masa dengan assignment.

Aku rasa, sepatutnya, blogger neh harus diiktiraf. Iktiraf ianya sebagai salah satu kerja yang aagak profesional. Hahaha, siapa setuju dengan kata – kata saya, sila angkat tangan macam saya. Minta maaf jugak kepada semua followers saya. Maybe agak lewat saya nak balas korang yeh.  Masa sangat cemburu pada kita. Well, sebagai membalas semua kepenatan aku, aku terus buat keputusan untuk balik ke rumah. Apabila aku berada di rumah, memang aku tak online langsung, sebab rumah takde internet. Sorry dear. Walaupun kedengaran ayat cliche seperti :

Seronoknya dapat balik rumah.
Kita neh bilalah dapat balik rumah.
Rumah ko dekat, bolehlah balik.

Aku agak menyampah dengar ayat cliche macam neh. Bagi aku, kalau nak, buat! Kalau tak nak, jangan buat! Kalau banyak sangat merungut, bersungut, ha, aku tunggu kepala kau tumbuh sesungut. Itu sahaja. Aku yakin dengan setiap kata – kata aku. Aku tak kan berpaling tadah. Hahhaahaa, hamek ko!~

Wokeyhlah, sepanjang aku dekat rumah, aku mendapati, banyak betul anak – anak kucing aku yang baru lahir dan membesar. Perut Mok Tam dah kembung macam beg plastik yang penuh dengan angin. Just tunggu perfect time sahaja Mok Tam tuh. Maharani pulak aku rasa dah bunting, or mungkin sahaja dia sudah overweight. Hahaha, kucing pon ade taw. Bujang pula semakin berat dan membesar. Macam biasa, Bujang memang manja. Satu – satunya kucing aku yang paling manja dan comel bagi aku. Dia pandai berposing.
Si Silverstone dah pandai kenching kat aku!!!~ memang aku hot tempered terus r. Aku terus pukul bontot dia and dia lari bertempiaran. Chess..!~ anak – anak Afan dot pula sudah besar – besar semuanya. Dulu saiz tapa tangan aku je, sekarang neh dah saiz double tapak tangan aku. Seronok je aku tengok diorang semua berlari – lari kejar antara satu sama lain kat dalam rumah tuh. Tapi yang aku tak tahannya ialah najis!~ chisss!~ memang beradulah jari – jemari aku nak  mop najis – najis tuh semua. Senang cerita, bilangan kucing aku sudah bertambah. Huhuhuhuhu.

Semalam, terkejut giler aku apabila Junko ( blog melayu frustrasi tuh ) tiba – tiba kata nak bagi hadiah untuk segmen Student Berwawasan tuh. Aku memang terkejut. Pada mulanya, aku masuk bukan sebab apa, memang aku tengok, segmen tuh memang sangat menarik bagi aku, so aku pon join. Aku teringin nak bagi komen kat blog dia, tapi internet lembab sangat. Kadang – kadang blog sesiapa yang terlalu banyak widget, memang aku cuma view sahaja. Cuma mampu membaca entry sahaja. Maaf untuk korang semua.
Akhir sekali, terima kasihlah sebab sudi baca entry terbaru neh. Nanti apabila aku dah ada idea baru, aku cerita lagi yeh. Thank you.

Rabu, 16 Mac 2011

Segmen Aku Student Berwawasan!



Wokeyh, buka je mata tadi, aku terbaca entry baru bro Junko neh kat SB, KGB, dan FB nyer sendiri. Aku rasa  macam menarik giler kowt tajuk neh, and kalau aku join entry neh, boleh jugak aku terangkan apa itu kos yang aku belajar kat UTM neh. Baru rasa seronok, and korang semua boleh nilaikan. Hehehehe.

IPT : 

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Jurusan : 

Sarjana Muda Sains Geoinformatik / Bachelor in Science of Geoinformatic.

Profesion : 

Ha, tang neh yang nak bercerita sikit. Sebenarnya, kos aku neh memang akan melahirkan golongan yang berprofesional tinggi. Masa tengah study pon dah rasa macam femes sangat. Namun begitu, ramai juga yang mengatakan mereka tak tahu tentang bidang Geoinformatik atau nama lainnya GIS. Lebih mudah kalau aku panggil GIS. GIS neh ialah Geoinfomation System. Ada perkaitan dengan bumi dan data - data bumi.

Kos aku neh boleh membantu untuk golongan - golongan yang kurang berpendidikan. Cara - caranya ialah, kami boleh mendapatkan data statistik terbaru daripada sesebuah negara, contohnya Malaysia. Daripada data mentah ( raw data ), kami boleh gunakan sebuah peta ( peta topografi, based map ) sebagai peta asas, kemudiannya peta itu akan kami lengkapkan dengan maklumat - maklumat ( data statistik ) untuk menunjukkan negeri - negeri yang masih mempunyai golongan - golongan yang kurang berpengetahuan. Senang cerita, kos kami neh bermain dengan data - data. Kiranya, aku dah muak mendengar perkataan data/maklumat/information. Chewah, berlagak kau!~ Dengan peta tersebut, mana - mana badan goverment/private yang ingin menggunakan peta itu boleh digunakan untuk membuat keputusan ( decision ) sama ada ingin menghantar lebih cikgu di kawasan tersebut jikan dapat mengesan kawasan tersebut. Mungkin juga mereka ingin membuat keputusan lain. Keputusan tersebut bergantung kepada seberapa banyak data yang boleh dimasukkan ke dalam peta tersebut.

Kalau Aku Menjadi Pemimpin Malaysia : 

Tak pernah terfikir pula. Tapi andai kata terjadi, aku mahu merombak semula undang - undang pendidikan yang terdapat di Malaysia ini. Apabila aku mendengar berita yang mahu memansuhkan SPM, PMR, UPSR, rasa macam budak - budak neh tak payah sekolah. Datang sekolah sekadar untuk kedatangan sahaja. Sekarang neh student banyak terpengaruh dengan hiburan. Pengaruh hiburan sangat kuat di dalam minda student - student sekolah. Sehingga aku pernah mendengar cita - cita salah seorang student ialah menjadi artis. Memang tak salah, tapi dah apabila aku mendengar, seolah - olah macam bidang hiburan ini sudah mampu memberi mereka punca rezeki. Jadi, mungkin aku nak buat kekangan terhadap industri hiburan neh.

Keduanya ialah cuba untuk mengurangkan kemiskinan di dalam negara. Aku suka sebab aku salah seorang keluarga yang tidak berkemampuan tinggi. Bukannya membasmi kemiskinan, tetapi mengurangkan kemiskinan. Ada beza 2 perkataan itu. Basmi ialah menghilangkan secara perlahan - lahan, tetapi mengurangkan ialah cuba untuk memperlahankan. Apabila kita mengurangkan kemiskinan, secara tidak langsung rakyat tahu bahawa pemimpian cuba untuk menyenangkan mereka. Agak - agak tuan punyer blog paham tak angan - angan aku neh?

Yang ketiga, favret aku, iaitu aku nak turunkan kadar yuran universiti. Mak ai, yuran u aku sangatlah mahal, and aku dapat dengar cerita bahawa tidak lama lagi UTM akan menjadi swasta?? What?? OMG!!! Lepas neh semakin menggaru aku nak mecari duit. Nak dapatkan JPA, dah tak mampu. PTPTN je mampu. Tadi dalam kelas pon terdapat diskriminasi, tapi takpelah, diskriminasi tadi pon aku tak kisah. Dah aku pemalas, so tak dapatlah markahkan? PADAN MUKA KAU SYAZYAN!!!!!!!

Taarrrraaaa, kepada tuan blog, sorrylah kalau rasa angan - angan aku neh melampau sangat, aku memang kuat berangan - angan. Hehhehehehehee. Tapi aku memang suka sangat - sangat segmen yang neh!~

Selasa, 15 Mac 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~

Latar Belakang : 

Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~

Profession :

Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University.

Blog Favret : 

Rasanya saya baca semua blog kowt. Semuanya saya minat baca, eventhough blog tuh agak kuat mengutuk blogger lain.

Blog bukan favret : 

Kalau blog tuh tak pernah update, sorry the mory r. Kalau dia artis ke, jutawan ke, aku memang tak suka buka, lagilah kalau nak follow. 

Impian terhadap blog sendiri : 

Dengan harapan yang tinggi, agar blog neh mendapat pembaca yang setia. Maksudnya, ada sahaja orang yang membaca entry blog aku neh dan cuba untuk memberi komen yang positif. 

Taaarrraaa! Sempat lagi buat entry baru walaupun esok ada test Remote Sensing. Sekian, terima kasih!~

Isnin, 14 Mac 2011

Tsunami Di Jepun ~ Siri 2

Wokeyh, mula - mula berterima kasih kepada Chiang sebab jumpa website neh dan secara otomotik aku dapat satelite image untuk kejadian tsunami, well, korang sebagai readers bolehlah tengok, and macam biasa, tiada watermark, tetapi aku print screen because satelite image neh sangat privasi. Image ini dihasilkan daripada satelite GeoEye. GeoEye merupakan satelite paling terbaik buat masa sekarang neh kerana spatial resolution nya paling terbaik di antara satelite yang pernah aku belajar. Yang kedua, GeoEye digunakan untuk tujuan komersial yeh, juga turut digunakan di dalam Google Earth ( kalau aku tak salah ), well, saksikan gambar - gambar ini yeh. Akhirnya aku berjaya melihat satelite image seyh!!~~~~














yang kiri pembaca adalah image sebelum bencana
yang kanan pula image selepas bencana

Tsunami Di Jepun

Nak sambung tentang kesan - kesan gempa bumi dan tsunami di Jepun hari tuh. Alah, yang aku terbabas tidur sampai tak pergi kelas. Hahahaha, adik - adik jangan tiru aksi neh. Aku tak sengaja. Memang kesan tuh teruk kat Jepun, tapi bilangan nyawa yang terkorban tak de lah banyak sangat sebab Jepun dah bagi amaran awal - awal lagi. Itulah kegunaan satelite dan ilmu belajar satelite. Maybe orang akan cakap apa itu satelite, mula - mula macam apa neh? Apa tuh satelite, tetapi apabila sudah mempelajari, anda akan merasa menarik sebab kita akan belajar bagaimana satelite itu boleh menolong kita mencegah atau mencari jalan penyelesaian ( tetapi bukan mengelak bencana alam, sebab bencana alam tuh kejadian Allah .S.W.T, kita sebagai umatnya kene terima ) untuk menyelesaikan masalah - masalah berkaitan dengan bencana alam. Wokeyh, sekadar entry pendek, sekadar untuk info sharing, lihat video ini, kita negara Malaysia turut terkena tempias. Kalau pantai - pantai Sabah di tutup buat sementara waktu, inilah pula yang terjadi di Terengganu ketika kejadian tsunami berlaku. MasyaAllah, mengucap.

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150121806107445&comments

Berikut gambar yang aku berjaya print screen daripada video tuh :




tak de watermark, sebab dapat gambar neh daripada video orang.

Ahad, 13 Mac 2011

Persiapan Ke Dinner Kolej 11

Wokeyh, kepada sesiapa yang merupakan penghuni tegar kolej 11, kolej ini akan mengadakan dinner pada malam ini pukul 7.30 malam. Bas sudah disediakan di bawah, maka berjalan kita ke bawah. Tema dinner ialah berkaitan dengan P Ramlee, maka, tema formalnya ialah retro. Aku tak faham kenapa ramai sangat yang suka tema retro kali neh. Huhuhu, demi makan, macam semalam, aku pergi juga. Aku cakap dekat mak aku, sejak akhir - akhir neh de banyak jemputan ke dinner, mak aku pon cakap, : 

aktiviti membela lemak tuh

Wahahahhaha, tapi semalam memang syurga makananlah! Wokeyh, stop cerita semalam, hari ini kita bercerita. Sekarang tengah pikir nak pakai baju apa? Of course lah baju kurung. Mekap pulak? Yelah, tak kan nak biarkan muka togel je kan? Tak cantik pulak. Ehmmmmmm.....  (o_0). Fikir cepat!!! Pantaskan otak tuh untuk berfikir atau lebih dikenali dengan " pergerakan minda ".





Masih blurrr. Sekarang pukul 3.17pm, so ada beberapa jam je nak dekat pukul 7 malam. Tet! Tet! Tet! 

Tapi, masa tengah online Facebook, tiba - tiba ada 1 fanpage neh. Tak boleh belah r fanpage tuh. Tara!!!! Fanpage member sendiri..hehehe. Nak promotelah kat blog neh. Muehehehhehe. Silalah like fanpage neh yeh!~


sila tekan link di picture untuk like fanpage tuh yeh.


Err, masih lagi blur untuk malam neh. Pulak, tiba - tiba aku kena cari orang untuk beli tiket, alahai, mana orang neh. Aku call tak angkat - angkat. Sumpah seranah jugak sat lagi.

Sabtu, 12 Mac 2011

Post Mortem Gathering

As salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. Well, aku tahu, tak ramai yang nak membaca blog aku neh, tapi aku tetap nak update blog neh.
Hari neh sebenarnya agak mengejutkan aku, kerana pertama kali aku join gathering. Sebelum neh aku paling pemalas nak join mende – mende macam neh. Hati aku memang tegar, tapi entah kenapa kali neh, bila aku berkawan dengan Kak Sunah, Kak Sara, Nanad, memang hati neh terdetik nak join jugak gathering neh. Hasilnya? Tak rugi beb! Siapa kata blogging neh rugi???? Memang rugi, rugi 
kepada sesiapa yang tak join! Ahaks!


Wokeyh, pagi – pagi lagi dah bergerak kami berempat ( Kak Sunah, Kak Sara, and Nanad ) ke Sri Putri cari bus yang menuju ke Ayer Hitam untuk berjumpa di Tesco ( apa tah namanya ).  Sampai kat sane, agak blur yeh. Memang blurrr ( akulah yang blur seyh! ). Kemudian, berlakulah sedikit perbualan di dalam telefon antara Kak Sunah dan Kak Sara. Aku dan Nanad dok diam – diam, budak kechik kene duduk diam – diam. Kemudian perut aku lapar, berbunyi. Buat pengetahuan semua ( semua orang yang mengenali aku di dunia blog ), aku cepat lapar dan kuat makan, sebab tuh body sihat semacam.


And then aku dengar macam – macam nama yang disebut. Ady Budika lah, Cik Mat Gebu lah, Cikali lah, sumpah! Aku tak kenal mereka semua.

 Buat pengetahuan anda, blog aku start popular ketika Malaysia memenangi piala AFF Suzuki. Aku membuat entry pasal Muslim Ahmad. Sejak itu traffic entry aku semakin menaik. Itu maknanya, baru 3 bulan blog aku femes. Pada mula kemunculan blog aku ( pada tahun 2009 ), aku tak menjangkakan yang aku akan aktif blogging macam neh kowt???


After that, aku dibawa oleh Kak Ayu ( sumpah tak kenal! ), juga seorang blogger ke rumah Cik Mat Gebu. Atas permintaan Cik Mat Gebu, aku tak publish picture dia. Aku belasahlah picture sesiapa sahaja yang menjadi mangsa aku. Hahahahhahaha! Sampai di rumah CMG ( Cik Mat Gebu ), aku terus terliuh seyh melihat makanan yang terhidang. Perut yang lapar terus berbunyi dan berkeroncong, dan berterusan menyanyi minta di isikan. Memang tergoda i tengok nyah!!!






saje letak gambar pinggan, hati sangat terpesona melihat corak pinggan tuh


Dengan blueberry cheese cake, strawberry cheese cake, dessert yang sedap, adoiyai! Memang kena lupakan seketika tentang diet! Aku pon rambang mata, tetapi aku dengan langkah bijaknya, makan nasi ayam selepas makan dessert, hehehhe, memang tak ikowt protokol sungguh aku neh. Akibatnya, perut cepat penuh. Selepas acara makan – makan, acara bergambar. Sessi bergambar dengan Abang Ben Ashaari dan blogger yang lain - lain.






Ha! Cerita pasal Bro hebat kita neh, aku tengok, dalam picture dia, muka dia nampak tembam, tapi apabila aku berjumpa dengan dia, memang tak tipu r, die kurus sebenarnya. Isterinya? Wau! Sepadan – madan bagi aku! Dia kacak, isterinya cantik! Sama cantik, sama padan.


So, post mortem daripada gathering neh :

  • Aku mengenali lebih banyak lagi blogger neh.
  • Aku tahu apa function sebenarnya blog list neh.
  • Aku mengenali wajah – wajah sebenarnya blogger kita kerana ada blogger yang tak tunjukkan imej nya.
  • Aku mengetahui banyak perkara yang perlu dilakukan sekiranya mahu menjadi blogger yang tegar.



Well, setakat neh, inilah yang dapat aku update. Tiba – tiba aku teringat pesanan bro Junko :

Korang student lagi banyak idea kalau nak sembang – sembang dalam blog.


Well, aku masih berfikir, apa yang hendak aku bercerita.
Sekian, wasalam!