heartbeat

Isnin, 30 April 2012

Pagi Yang Indah

as salam dan selamat sejahtera semua

oleh kerana hari neh ( Isnin ) cuti, maka aku nak buat keputusan untuk update blog. first of all, aku ada header baru, perasan tak??? wahahahaa, okayh, takpelah korang tak perasan, hari ini pagi yang indah, sebab mendung. 

yang kedua, tadi dah call mak aku ( hehehehehehe ), tak sabar aku nak beli bawal printed kat Giant, and nak tengok Avenger. aku tak seberape tengok cerita omputih sebab tak reallah. tapi aku ingat, aku tak naklah tengok The Avenger. pulak dah kan?

yang ketiga, aku rasa, hari neh nak update jugak blog, even takde story pown. cuma hari neh, sebenarnya, agak pack gak jadual aku neh. aku nak pergi hantar assignment, lepas tuh berjumpa dengan lecturer, seterusnya ialah berjumpa dengan Pusat Kesihatan, tapi aku takutlah nak pergi sorang - sorang. nak minta orang temankan, aku tak tahu pulakkan? siapalah sudi nak temankan aku neh kan?? bhahahhaa, nak minta simpati pulak. 

BTW, aku rase, aku kene proceed dengan aktivit hari neh, mahu tak mahu, aku kene pergi klinik UTM, even lambat proses dia, aku kene sabar menunggu, tunggu sekejap ~~~~~

hahahhahaha, orait, good bye all, :)

eh, lupe nak cakap, aku sekarang dah addicted dengan game Fruit Slash, wahahahahaha




Sabtu, 28 April 2012

Mohon Maaf

as salam dan selamat sejahtera semuanya. 



mohon maaf sebab tak fulfilled janji aku sebelum neh iaitu update blog sekerap mungkin. jadual sangat packed dan buzy dengan assignment kowt. mohon kemaafan semua. 



well, hari neh sebenarnya, aku menerima satu berita yang sangat mengejutkan. wokayh, mula - mula pagi tadi ada kelas OSHA. kepada semua pelajar UTM Skudai, anda diwajibkan menghadiri kelas yang dikelola oleh UTM SPACE supaya anda boleh grade. cara - caranya ialah mudah sahaja iaitu tekan saje link dibawah ini. kemudian, disitu anda registerlah kelas yang anda inginkan. pastikan anda print slip setelah register ea. sekian, khidmat pesanan daripada salah seorang pelajar UTM Skudai untuk semua pelajar UTM Skudai yang lain. 






dalam kelas OSHA, kiteorang diberi briefing tentang segala safety and healthy dalam opis or kawasan kerja tak kira diluar atau dalam. dia tak kira, sama ada keselamatan tuh mengenai opis atau diri sendiri, contoh macam penggunaan kasut yang lebih proper ke. tak pown, pemakaian topi keselamatn yang sama ada warna putih or kuning tuh ha kalau pergi construction site. eh, jangan ingat aku amek kos GIS, aku tak tahu pape peraturan dalam site. sama aja dong, lagi pown, aku ada basic pengajian kejuruteraan awam tahu. 



lepas tuh, Encik Azahari, die pown showlah gambar - gambar mangsa renjatan elektrik. Ya Allah, ampun! menakutkan, sebab tuhlah aku takut dengan elektrik, sangat - sangat. lepas tuh, lega aku apabila kelas tamat awal, maka cepat - cepatlah berkemas, sebab nak tanggalkan lens neh haaa, after that makan,sebab lapar yang amat kowt. pulak tuh, boleh pulak orang belakang tuh membising, seyes, annoying! aku tak gemar!



petang tuh pulak, Teem ajak aku pergi JJ, sekali daaaa, tengah syok - syok pilih cereal ( aku tak makan cereal, sebab aku tengok cereal tuh macam makanan hamster aku je ), tiba - tiba adik ( ShahBad ) col aku. aku jawab, suara die macam mengah or macam baru abis berlari, tapi gua tahu, adik aku tak berlari. tapi, panggilan adik aku mengejutkan. 



adik aku : tatan! aku nak bagi tahu kat ko neh sumtink
aku : apa? ade orang suke kat ko agi? ( untunglah adik aku kan? )
adik aku : ngengs ko! seyes neh, bende seyes 



aku pulak tengah tengok - tengok cereal agi time tuh. 











aku : ape dienye? ( aku berhenti gelak - gelak )
adik aku : tatan! ko ingat agi x kat TUT ???
aku : haaa ... kenape dengan dia? ingat
adik aku : die dah meninggal dunia



aku terdiam sekejap. innalillah, aku tak jadi pandang dekat cereal, aku punyer terkejut tuh terus teringat segala kenangan aku dengan arwah. even sekejap sahaja waktu perkenalan aku dengan arwah, tapi cukup mengejutkan aku berita tuh. lepas tuh, aku jadi macam blur, macam tak percaya pulak. 



tak sempat aku nak mohon kemaafan kat arwah. Ya Allah, aku mohon, kau tempatkanlah arwah di kalangan roh - roh terbaik, walau bukan nama aku disebut di saat - saat akhir, aku redha dan pasrah, bukan aku pilihan dia. Ya Allah, ampunkan dosa aku, semoga roh arwah dicucuri rahmat. 



agak emo di akhir - akhir entry ini, aku bukan meminta belas kasihan, tapi cuma, berita neh telah menyedarkan diri aku bahawa kematian boleh datang kepada kita pada bila - bila masa. 


gambar hiasan semata - mata



Jumaat, 20 April 2012

Campus Life / Kehidupan di Kampus

as salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. 



yes aku tahu, sudah lama aku tak update blog neh, walhal, selalu update twitter, bukannya apa, twitter mudah update, dalam 140 character je, kalau blog, kene fikir berbulan - bulan untuk mencari idea menulis. 



yes, aku banyak update twitter. seronok, even bercakap seorang diri, so, anda semua digalakkan menegur - negur aku di twitter, sekejap sahaja aku membalasnya, cuma, 1 masalah aku ialah, bila aku follow orang, yang mana rajin update je aku akan dapat newsfeed dia kat Timeline, tapi kalau jarang - jarang update, memang aku selalu terlepas r twit korang. 



yes, aku hendak bercerita dengan anda tentang kisah kehidupan aku di kampus yang tak enak langsung tuh. aku admit, aku bukan seorang pelajar yang cemerlang, buktinya, aku masih tak dapat tempat Latihan Industri lagi. 



entah kenapa, aku rasa, semester neh sangat beban bagi aku. ada je tiap - tiap minggu assignment yang harus diselesaikan dengan segera. seolah - olah, setiap kali aku bangun pagi, perkara pertama harus difikirkan ialah, ribuan perkataan yang harus difikirkan untuk membuat 1 laporan di dalam English. 



rasa, oh dem! memang rasa macam nak .... .... ... aku manusia beragama Islam. sudahlah tekanan dengan environment. umur pulak semakin meningkat, terasa cabar melihat rakan - rakan yang berkerja. some are able to own a APPLE I PAD. yeaaaah, i know, the reason is, he worked. okayh, tapi kenapa harus perkara tuh berlaku terhadap aku? kenapa aku harus terasa cabar? sedangkan jauh bezanya student dan perkerja.  



untunglah hari neh tak de kelas, dapat rilekskan kepala neh daripada sebarang kerja, dan dapatlah aku update blog neh ha, oraitlah, aku cuba untuk update esok dengan lebih ilmiah, hari neh cume update mengenai perasaan. 



hari neh pon sebenarnya, nak start buat kerja yang tertangguh - tangguh, tuhla budaya student sekarang, procrastinate. 


 


inshaAllah, esok, aku cuba update blog neh, :). harap - harap masih ada pembaca, :). tiba - tiba aku terasa nak tidur dan bangun sebagai seekor kucing. seronok je, tak payah nak fikir apa - apa. tapi, apabila aku fikir semula, taknaklah jadi seekor kucing. 




aku rasa, bila aku jadi seekor kucing, lebih banyak bahaya yang perlu aku hadapi. cuba kalau aku cuma seekor kucing kurap yang hina - dina. aku cuma mampu melihat kucing yang dipelihara oleh tuannya berada di dalam rumah, sedangkan aku berada di bawah teduhan longkang yang masih dapat rasa basahnya. dengan busuknya, aku melihat kucing yang dipelihara itu dirangkul erat oleh tuannya. 




 kemudiannya, aku harus melarikan diri daripada pembenci haiwan, arrgghh, lagi kerdil rasanya diri. aku bersyukur dengan apa yang ada, :)



muke tak sememeh