heartbeat

Jumaat, 30 November 2012

November Babies


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.


Hari ini bertarikhkan 30 November 2012, hari Jumaat. Kene setelkan hal PSM dengan En Zamri secepat mungkin. Mungkin balik pukul 7 malam, jadi, pada waktu pagi neh, aku on9 dulu. Lepas tuh, baru sentuh PSM. Jilaka betol aku neh.


November’s babies!!!! Happy Birthday alls!!!!


source = Aina, 2012


Semalam, ada sedikit majlis kesyukuran yang diadakan untuk meraikan hari kelahiran bagi sesiapa yang lahir bulan November. Alhamdulillah, perasaan itu macam terimbas semula ketika berada di sekolah teknik PD.


Sebelum Maghrib sudah berada di surau. Duduk sama ada di saf pertama atau saf kedua ( janji dekat dengan kipas ). Menunggu azan Magrhib sambil termenung. Yang si lelaki senior pulak dok ushar junior perempuan. Junior perempuan pulak tertunduk malu ( kunun ). Kadang – kadang senior perempuan menghingar – bingarkan keadaan, ushar junior lelaki pon ada jugak.



Hurrrrmmmm, rindu saat itu. Betul cakap Hanis Rashdan, kenangan paling manis ialah ketika kita sedang belajar. Selesai solat Magrhib, bacaan Yassin diadakan di surau MA3. Memanglah suasana tuh menggamit memorikan? Aku membaca Yasin mengikut yang lain – lain. Selesai bacaan Yasin, doa Selamat dan menunggu untuk azan Isyak pulak.



Haaaiiihh, kalaulah masa boleh diputar semula, kembalikan aku semula ke zaman sekolah. Banyak perkara yang mahu aku tukar. Antaranya keputusan peperiksaan. Mahu belajar bersungguh – sungguh. Kepada pembaca luar yang masih bersekolah, belajar rajin – rajin. Time dekat sekolah je kau boleh show off or berlagak yang kau memang pandai. Dalam universiti, orang yang copy paste tuh la paling pandai and smart!


Aku ada jantung
Jadi aku bernyawa

Aku ada hati
Jadi aku ada perasaan

Aku ada otak
Jadi aku berfikir

Kau ada jantung
Kau ada hati
Kau ada otak

Jadi kita sama

Tapi kenapa kau tak bernyawa?
Tapi kenapa kau tak berperasaan?
Tapi kenapa kau tak berifkir?

Nah, ambil pisau ini
Robek, toreh jantung , hati, otak kau
Supaya kau rasa jantung, hati, dan otak aku.


Isnin, 26 November 2012

Perasaan

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, :)



ouh, pada pagi hari Isnin ini, kelas pagi dibatalkan, tetapi kelas petang ada! jadi, ambil kesempatan untuk hapdet blog neh haaaa. 



sebenarnya, aku tak sabar - sabar untuk perkahwinan abang aku neh. orang cakap, pihak laki je, tak rasa bahang tuh, tak rasa debar - debar. tetapi, aku merasakan debar tuh. aku rasakan debar tuh walau pun bukan aku yang kahwin. 



nanti, aku nak record video masa abang aku akad nikah. lepas tuh, aku nak snap banyak - banyak picture. ada tak sudi sponsor kamera DSLR kat aku untuk 1 hari tuh?? kalau bagi sewa, eeemmmmm, ........



waktu neh la, perasaan neh la nak pinjam DSLR. nak banyak gambar candid, boleh aku masuk dalam Facebook. sesungguhnya, memang dah rasa debaran tuh. nanti aku kena travel, takutnya, berhenti dekat Seremban then naik bus lompat sampai ke perhentian bas Port Dickson. Port Dickson, here I come, even next Monday aku dah kene hantar proposal 8 muka surat. menulis pon terketar - ketar. 



aku baca status Haniey semalam ( hepy burfday Haniey!! ). 







chewahhh. untunglah orang disana. semoga berkekalan jodoh anda, inshaAllah. 



aku? aku bila lagi yeh?? hahhahaa. biar masa menentukan segalanya. perasaan inilah bermain dihati aku. dah masuk final year neh memang mencabar, terutama cabaran tuh hadir daripada perasaan, bukannya fizikal. semoga aku berjaya menghadapi semua dugaan ini. 



perasaan ini susah untuk di mengertikan
hanya orang yang mengalaminya sahaja merasai
setiap detik terasa
jauh dekat bukan penghalang
sampaikan perasaan itu Ya Tuhanku


Sabtu, 24 November 2012

Site Visit di Kulaijaya

as salam mualaikum dan selamat sejahtera semua


hari neh, barulah berkesempatan untuk hapdet belog yang dah sangat - sangat bersawang neh haaaaa. 


minta maaflah, sudah bergelar final student neh, memang tak mampu nak hari - hari hapdet belog neh, hujung minggu pon belom tentu lagi, hehehee. 

tuh Dr Shidah, yang baju merah, owner rumah untuk site ke 3

well, hari tuh, hari Rabu, aku lambat datang kelas, sekali sampai kelas, Dr Shidah dah ada dalam kelas tengah bagi briefing pasal topik pagi tuh. aku tengah lelah ( naik 3 tingkat ), sekali bila dapat tahu ade site visit ( isssshhh! baik aku tunggu dekat parking car tadi, adeh ). hahahhaaaa, moral of the story, dont let go to class, remember freshie???


jadi, bergerak mula mula ke site pertama iaitu di Taman Sri Pulai berdekatan dengan Taman Francais. jadi, dalam kul 11 lebih sampai dekat site. punyerla panas dia tak perlu berceritalah. panas sungguh, demi ilmu, ku pertaruhkan jua. hehehehe. 


kemudian bergerak pulak untuk site yang kedua yang terletak tak jauh daripada Taman Francais tuh, tepi jalan je. berhentilah kiteorang yang dah macam rombongan meminang tuh. kalau ramai - ramai berhenti tepi jalan, banyaklah pulak kenderaan lain berhenti and bergerak perlahan tengok kiteorang. mebi diorang ingat kiteorang neh ada masalah, padehal tidak. dekat site kedua, sekejap je, sebab laluan jadi perlahan kerana kiteorang, so kiteorang blah awal awal, heheheee. 

neh la site ke 2, tepi jalan je

jadi, perjalan diteruskan ke site ke 3. punyerlah jauh site ke 3 tuh sampai sesat dekat IOI Mall Kulaijaya. akhirnya, berjaya juga aku mencari IOI Mall Kulaijaya. selama neh aku dengar cerita je. tapi, site ke 3 neh takdelah dalam IOI Mall tuh, cume agak berdekatan dekat sanalah. 

Nasi Goreng USA harge RM4.50

permandangan site ke 3


penerangan oleh si owner rumah


di dalam restoran di IOI Mall 

setelah seharian berjalan, aku kepenatan malam tuh. rasa macam nak tumbang. memang aku tumbang malam tuh, tidur sekejap lepas Isyak, dahla solat Isyak pon lambat. penat sangat dibuatnya. report pon tak setel lagi, hehehe. tapi seronok, sebab berjalan. 



gambar diorang syok sendiri




Chiang sedang berkomunikasi dalam bahasa China




gambar kami




aku taw pak2 tengah tahan pedih tuh





comel??? kah kah kah kah 




neh mak dia




anak - anak dia




jelir jelir plak, issshh hehehe

im show off my booties



sekian, laporan saya Dr Shidah, boleh diterima tak??? hahahahaaa


Isnin, 5 November 2012

Earth Day UTM


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya.



ikot bloger femes, letak dulu pic SS 1st, hahaha, sowey kalau menggedik



Semalam, bertarikhkan 4hb11tahun2012 merupakan Earth Hour Day untuk UTM Skudai. Pengumuman telah mengatakan bahawa boleh dikatakan sepanjang hari tiada bekalan eletrik. Bayangkan, aku sempatlah merasa kegelapan UTM tuh walaupun sekadar untuk 10 minit sahaja. Kegelapan menyelubungi kawasan UTM. Ketika aku bawak motor ( motor Haniey memang lejen ) masuk dalam kawasan UTM yang gelap tuh, pelamak aiiiiii, memang aku rasa, akulah orang pertama yang menjumpai kawasan UTM tuh. Rasa macam UTM tuh merupakan kawasan yang masih mundur lagi, nasiblah ada generator yang menghidupkan lampu di Masjid UTM tuh. Satu – satunya kawasan yang bercahaya. Terima kasih, takdelah rasa gelap sangat.



cerah tak? cerah tak? amek berkat pengantin baru dulu



Eh, takde makna aku nak bercerita pasal letrik takde neh, sebab, sepanjang hari aku takde dalam UTM. Aku merewang ke Skudai Parade dengan geng Diploma untuk bersuka ria. Seronok betol semalam, sampai entahlah, terlupa aku terhadap kesedihan yang menyelebungi. Terlupa aku terhadap lelaki tuh, walau duit aku banyak habis, tapi, takpe, kegembiraan itu yang aku mahukan.



disuap oleh cik Nunu


Pagi – pagi lagi sudah bergerak, pukul 10 pagi lagi. Walau terdapat sedikit kesukaran dan salah paham pada pagi itu, but we managed to solve it. Proud to be an adult, belia! Berjalanlah kami berenam dengan 3 bijik motor sumbangan orang, terima kasih. Tidak lupa juga, terima kasih kepada penyumbang – penyumbang helmet yang berwibawa dan baik hati, tanpa helmet kalian, tak berjalan kami sampai ke Skudai Parade.
Sampai di Skudai Parade, pergi dulu ke bowling. Kunun nak tempah, tapi, biasanya, hujung minggu full. Biasalah, hujung minggu, tak sedar tuh hari Rabu sebelum cuti semester kena hantar sinopsis PSM. Sampai dalam bowling, tanya dulu, macam mana nak tempah, macam mana nak bayar, semuanyalah. Tak sangka, pekerja mereka lebih muda daripada aku ( hey, umur aku 23 okayh? ). Kecewa bila dapat tahu ada tournament, si pekerja tak dapat nak berikan sebarang kekomitedan ( apa punya bahasala aku sebut neh kowt ) tentang kekosongan lane yang ada. Jadi, pergilah membawa diri ke KFC.




selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia



Dekat KFC, ada bakal pengantin baru ( 11.11.12 ) dah lama menunggu. Disitu, aku hilang mood sekejap, sebab yelah, mana tak nye aku hilang mood, dahlah kaunter lembab, serius lembab, naik hangin aku dibuatnya. Perut tengah kosong pulak tuh, kelaparan betul time tuh. Chhiiisss! Naik hangin sungguh hamba ketika itu. Tak sangka, setelah lama beratur, datang jugak geng diploma lelaki, walaupun berketul – ketul, kami hargai kedatangan anda. Seronok sangat, lepas makan, solat 1st, then pergi serbu bowlinglah weyhhh!




Wakil Olimpik Bowling , terutama yang perempuan 2 orang di kiri tuh



Dapatlah jugak 3 lane untuk kami neh haaaa, seronok betul. Bermainlah kami untuk 2 game. Patah jari – jemari aku nak campak bola bowling tuh haaaa. Paling tak boleh belah, aku memang campak macam tuh je bola tuh, bergoleklah engkau wahai sang bola. Kau nak bergolek ke dalam longkang pown x kesah. Tapi, yang aku bengangnya, bola aku neh masuk dalam longkang nak dekat – dekat hujung, tensen taw, seolah – olah macam dah ada harapanlah nak tumbang dalam 2 3 ketul pin ke, sekali, harammm! Ke longkang jua destinasi anda, menchikkk! Lepas neh taknak main bowling, sanggup lagi aku karoke 5jam berturut – turut.



ko nampak tak keTELURan disitu???



Semalam, bagi aku, aku memang bahagia. Melupakan tensi sekejap. Yaaa, membuat aku lalai sekejap, laghoooo. Kemudian, takdelah aku terperuk dalam bilik, ouhh, sangatlah nerd kalau duduk dalam bilik je tanpa bekalan letrik langsung. Kalau geng tak ajak aku keluar pown, aku tetap hangout dekat Giant naik bus UTM. Peduliklah orang cakap “asik muka budak neh je lalu lalang hari neh”, hahahaa. Tapi, memanglah duit habiskan, yess, duit aku dah habis, duit PTPTN aku dah lesap, duit saving aku dalam ASB pown dah lesap, binawe betol jantan tuh! Keparat! Eh, kejap, jangan mencarut.




Hokayhla, cerita semalam berakhir, aku sajikan dengan gambar – gambar.



gadis ayu, yang tudung merah sweet gituh sudah berpunyer, sekian



peacceee! yawww




ratu gambar









sebahagianlah






 apa? nak whatsapp??? hahahaa, takde maknenye aku nak ada menatang neh, hahaha


Jumaat, 2 November 2012

November, Please Be Nice To Me


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.



Ini merupakan entry pertama untuk bulan November, please November, please be nice to me. Biasanya bulan 11 neh merupakan bulan untung bagi aku. Time neh la aku duk sibuk jumpe jodoh barulah, time neh la aku duk sibuk dapat keuntunganlah, time neh la aku semangat semacam.




TETAPI, tuh semua pentipu!!! Tidak lagi bulan November. Bulan November bagaikan bulan biasa bagi aku, ouh demmm, apelah aku merepek neh? Aku tak makan kerepek lagi, sebab stok dah habis. Hokayh, jangan masuk air. Hari neh aku terpanggil untuk hapdet blog neh yang semakin bersawang. Tinggal nak beranak je spider tuh semua.


nanti i cari gambar die ea


Minggu neh aku berhempas pulas menyiapkan kerja – kerja yang sudah 4 minggu diberikan oleh lecturer aku sekian lamanya. Ye, memang dekat Twitter aku cakap aku tak procrastinated, tetapi hakikatnya, aku selalu begituh, ye, aku procrastinated. Dalam dunia neh ade :

  1. Perkara yang penting dan didahulukan
  2. Perkara yang tidak penting tetapi didahulukan
  3. Perkara yang tidak penting dan tidak didahulukan


Selalunya, nombor 3 tuh la pilihan manusia, contoh macam main internet. Minggu lepas Raya Haji, jadi, memang semangat tuh nak balik rumah je la, tuh yang assignment melambak semacam bila balik dari raya.
Macam biasalah, raya dekat Port Dickson, tanah tumpahnya darah aku daripada rahim ibu sendiri, tanah tumpahnya raungan pertama aku. Sempat juga hari Sabtu tuh menyaksikan acara sembilihan lembu yang diadakan oleh jabatan Polis, 5 ekor lembu dan seekor kambing. Selesai aktiviti mereka pada jam 12 tengah hari. Sewaktu tuh, hati aku berdegup kencang, sebab menantikan panggilan daripada seorang manusia yang tak reti menghargai perasaan aku langsung. Tahu hanya mengambil kesempatan.




Akhirnya, aku beraya di TF, pasar raya di PD Waterfront. Macam biasalah, pemandangan Bandar Port Dickson pada hujung minggu. Sentiasa dipenuhi dengan abang – abang askar. Ada yang tie warna hijau, warna merah, warna biru tua, ada yang botak licin ( macam dia pulak pergi haji kan? ), ada yang simpan rambut sikit, ada yang memang ada rambut sikit. Tak ku peduli semua itu walaupun mata aku menjeling melihat macho mereka ( yeeaahh, aku akui, mereka macho ).



Kenapa aku bercerita pasal pengalaman Raya Haji aku neh? Hokayh, semalam, setelah menyiapkan assignment aku, aku relaks kan badan neh. Tiba – tiba ada seorang akak dalam Twitter aku, reply DM aku. Aku cepat – cepat membalas DM itu. Entah dari mana hujung pangkalnya, asalnya, aku cuma mahu mengetahui kelibat dia, tapi , merewang sampailah aku terbaca suatu entry ini.




Aku rasa, tak perlulah aku klik Google Chrome aku, kemudian Open A New Tab, kemudian open link entry blog tuh. Kemudian, copy pes pulak link die kan? Orang tuh tengah menembak rasanya, biarkan tembakan die tersasar di targetnya. Aku lihat dan aku baca entry itu. Dia menyalahkan pasangan dia, dan aku mula menghakimi pasangan dia ( kaki di Neraka, kaki sebelah di Syurga ), tapi, apabila aku membaca entry di blog pasangannya pula, aku tersilap judging, yeaahh, betul jugak mat saleh cakap, Don’t Judge The Book By Its Cover. Siapa tahu waktu bahagia mereka? Siapa pula kita untuk tahu waktu perit mereka?  Aku paham akan perasaan si gadis itu, tapi tak pula aku menyokong gadis itu. Tak bermakna pula aku menyokong si lelaki itu. Hokaylah, takde siapa paksa aku untuk sokong siapa, mereka bukan bakal pemimpin Negara ini.  
Tetapi, entry itu sedikit BANYAK mempengaruhi aku. Bak kata orang seekor lembu bawa lumpur habis semua terpalit, jadi, aku agak terpengaruh.




Tiba – tiba aku hendak menutup pintu hati aku.
Tiba – tiba aku rasa lelaki kuat mengungkit.
Tiba – tiba aku rasa, jangan bercinta dengan blogger.
Tiba – tiba aku rasa, lupakan sahaja niat untuk mempersuamikan lelaki tentera.




Sungguh terpengaruh aku, sehingga rakan aku pon perasan perubahan aku. Dia sendiri banyak mendiamkan dirinya. Walaupun aku dengar die seronok bercerita mengenai kekasih dia terhadap aku, kepala aku masih memikirkan masalah yang timbul.


broken heart

Tak mengapa, mungkin apa yang aku alami ini ialah sakit orang putus cinta, atau pon, sakit yang hanya akan diubati oleh peredaran masa. Masa akan menentukan segalanya. Kalau aku paksa pon diri ini untuk melupakan si dia yang hanya mengecewakan aku, sampai bila pon terus kecewa. Cuma aku rasa, aku perlu kunci sekarang, kunci hati aku. Please, brain, please tell to my heart that we should close the door.