heartbeat

Isnin, 31 Disember 2012

2012

As salammualaikum dan selamat sejahtera. Macam biasa, penghujung tahun, aku sentiasa akan review ( ala – ala surat khabar ) sepanjang tahun. Well, untuk buat proses review ini, aku memerlukan beberapa data. Jadi, methodologi untuk ( kene sampuk dengan semangat proposal PSM ) mengumpul data ini ialah dengan membaca beberapa diari, melihat gambar – gambar, kemudian, membaca entry – entry untuk tahun neh. Untuk latar belakang masalah, aku akan sedaya upaya melihat masalah yang wujud di dalam laporan ini. Sudah! Stop dengan semangat PSM kau neh Syazyan! Hahahahahaaa.




Lagho lagho, biasanya, aku hapdet blog pada pukul 5 petang, sebab waktu itu adalah sangat tepu untuk aku buat kerja. Mahu flashback ke bulan Januari 2012.


January
Kupon buku BRIM RM200, Survey Camp 2 yang duk sibuk nak produce a SYSTEM, dan Chinese New Year.  X bestla bulan Januari.


Februari
Sambutan Birthday Girl, Sapuraq dalam lab. Aku tukang pegang kek SAHAJA! Hahahhaa, ouh lupa, Survey Camp 2 habis dalam bulan Februari. Tapi, ada 1 kejadian yang buat tergelak. Entah macam mana boleh kantoi kiteorang tinggal kat hostel secara “ haram “. Bulan neh jugak startnya semester baru untuk tahun 3. Dapat tahu pulak Prof Azmi mengajar untuk subjek Ukur GPS. Sumpah! 1st day lesson dia, 2 jam tuh, my mind was flashback. Aku teringat zaman Diploma, aku teringat dekat Fairuz, dan semuanyalah. Kebetulan pula, tahun lompat.


Mac
Ha’ah! Bulan 3, bulan kelahiran adik dan abang aku. Aku beli hamster baru dan menamakan dia DIN a.k.a Cekodok Basi. Well, join PROKID Lukman Hakim. Seronok sangat!!!!!! Tahu tak! Dalam bulan 3 neh, aku jatuh! Malu betol!!!! Jatuh kat dalam kelas!!! Kerja banyak! Stresssss!


Aprill
Bulan yang mendebarkan. Aku tak ingat, aku wish ke dok dekat si Farid besday dia, hehehhee. Aku beli nombor Celcom baru. Nak nombor aku??? Penumbuk aku kasik, hahahaaaa. Buzy dengan assignment, pheww! Masa neh, aku sudah start sakit aku.


Mei
Aku jatuh sakit. Sakit orang perempuan menyebabkan aku siapkan assignment aku cincai boncai. Masa neh la aku mula kenal siapa kawan, siapa lawan. Terima kasih sangat – sangat dekat Su, tanpa Su, kak Ain, Wani, semua – semualah, aku mesti give up! Masa aku sakit, ada seorang lagi yang tolong naikkan semangat aku selain daripada kawan – kawan and family. Seseorang yang sangat menyentuh hati aku. Tapi, aku tak kontek dia, aku tinggalkan dia, sebab aku taknak layan hati dan perasaan aku.


Jun
Misi mencari tempat Latihan Industri semakin gelap, sebab banyak tempat LI reject aku. Mentang – mentanglah result aku rendahkan, diorang pertikaikan. Chhiiisss! Tapi, Alhamdulillah, kami dapat di Dr Nik & Assoc. tapi kan, dalam bulan neh, aku merasa memandu kereta Saga baru. Adeh ko syazyan, kereta je, hahahaa. Eksaited weeeyhhh!


Julai
Happy birthday girl! My month! Hehehe, masih berada di rumah untuk Latihan Industri. Ehem!  Someone wish birthday dekat aku, dan dia adalah orang yang menaikkan semangat aku semasa sakit hari tuh. Dia berada di Kem Wardieburn, ada kursus naik pangkat. Aku sayangkan dia, itu yang aku cakapkan pada dia, dan dia cakap benda yang sama ( arrghhh! Geli aku ). Jadi, aku just senyapkan hubungan ini.


Ogos
Hari – hari ku lalui indah dengan menaiki LRT ke ofis Dr Nik & Assoc. setiap hari aku akan naik LRT daripada stesyen Bukit Jalil dan akan tukar stesyen di Stesyen Masjid Jamek. Setiap hari, sampailah aku hafal sudah 11 stesyen tuh. The moment tak boleh lupa adalah sewaktu aku pulang ke rumah ( malam ) then train dipenuhi dengan pelajar UPNM rasanya, sebab ramai – ramai turun dekat Sungai Besi. Aku nak duduk, tapi kurang hasamnya mereka kongker dulu! Aku carry beg laptop weyhh! naseb aku dah bukak puasa. Tuh yang pertama, yang kedua, petang, nasib aku dapat tempat duduk last – last tuh.


September
Final untuk LI. Tak tahan aku rasanya. Last day LI, diorang belanja makan nasi dan ikan bakar, Ya Allah, syukur dan happynya dekat Dr Nik & Assoc. TERIMA KASIH!!!!!! Masuklah untuk semester baru. Sebelum tuh, aku jumpa dulu dengan buah hati, die cakap, dia nak jumpa, jadi jumpalah dekat Sogo. Kemain dia paw duit aku untuk makan, nasiblah untuk makan. Dia kata, dia akan buzy start bulan 11, katanya masuk hutan, then banyaklah aktiviti dia, jadi aku percayalah.


Oktober
Bulan neh agak terkedek – kedek aku mencari supervisor. Mencari tempat LI pon asyik pending, ini kan mencari supervisor untuk PSM. PSM tuh Projek Sarjana Muda. Memang menangis sebenarnya mencari SV, sebab semuanya berebut – rebut mencari SV. Lepas tuh, kena pulak aku takde tajuk, memang aku blur r. aku dah ada tajuk, tapi tajuk aku kene rejek, sebab tak compatible la. Malas cerita, buat sedih je. Tapi, akhirnya, dapat jugak aku SV, nama dia Encik Zamri Ismail, lecturer baru balik dari bercuti untuk belajar. Aku buat tajuk pasal LiDAR. Last but not least, terjadinya Tragedi Oktober


November
Here I come for November. Hurrrmmm, sebenarnya, aku dah start tak kontek dengan si buah hati pada hujung bulan 10. Orang tanya, kenapa kau stop kontek? Dia masuk hutan sebab nak naik pangkat, untuk kau juga. Semua marah aku, aku pulak, ada sebab kenapa buat macam tuh. Memang aku biarkan dia, sebabnya, aku rasa, tak kemana hubungan aku dengan dia. Even malam – malam dia ada called aku, tapi, aku sengaja tak angkat. Aku biarkan sahaja. Sebenarnya aku kecewa bila buat macam tuh. Patah hati pon ada, sedih, semua ada. Bulan 11 adalah bulan yang memang fokus terhadap pelajaran sahaja dan PSM. Bulan ini adalah bulan kedua terakhir.


December
The last month of 2012. Well, look back to my azam – azam. My brother kahwin this month. 




Psssttt : ingat lagi tak? Aku pernah cakap konon – konon umur 23 nak cari pakwe, umur 24 nak kawan, umur 25 nak tuning, umur 26 nak kawen??? Well, itu dikatakan Mat Jenin versi gadis. Umur nak meningkat 24 neh, takde pown. So, delaylah. 

azam tahun depan??? nantikan pada 1hb1thn2013



Selasa, 25 Disember 2012

Jika Kita Masih Bersama Lagi

assalammualaikum dan selamat sejahtera, izinkan saya berjiwang lagi.





indahnya dunia aku bersamamu, 
ku kongsikan cerita gembira dan sedih, 
kau menjadi telinga untuk ceritaku, 
ketika aku perlukan bahu untuk menangis, 
kau lah orangnya.

masa sentiasa berputar tika bersamamu, 
hujan terasa bahang, 
mentari terasa salju yang gugur ke bumi,
bunga - bunga mekar,
rumput nan hijau.

hari - hariku lalui dengan senyuman
adanya kamu disisi
saat bahagia milik kita berdua,
aku harapkan berkekalan.

simpan cinta kita,
simpan segala - galanya
aku cukup bahagia,
aku cukup rasa cinta,
cinta bisa ubah aku!





mungkin, ayat ini untuk kau, jika kita masih bersama lagi, 

Jumaat, 21 Disember 2012

Twitter

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, hari neh, aku a.k.a saya ingin bercerita mengenai 1 agi laman sosial yang semakin hangat iaitu Twitter. bukan semakin hangat, memang dah ramai penggunanya. sampaikan, ape tah aku nak cakap agi femesnya Twitter neh. 



aku masih ingat lagi masa mula - mula aku ada Twitter, yang aku tahu, masa tuh, follower aku yang pertama ialah ..................... aku akan mention pada penghujung entry ini. 



wokayhlah, disini, aku bukan nak membebel pasal pengalaman aku ada Twitter ke, berape ramai followers aku ke, nak mintak promote ke, aku cuma nak buat Tutorial Menggunakan Twitter. bukannya apa, manalah tahu, kalau - kalau ada yang luar sana memerlukan bantuan ke, huhuhuhu ( padehal diorang boleh search sendiri kowt )



wokayh, worait, kita mulakan dengan interface website Twitter dahulu. 





neh adalah interface untuk website Twitter atau antara muka untuk laman sesawang Twitter ( Bahasa Melayu ). untuk buat account baru, hanyalah mudah dengan klik pada button kuning yang tertulis " Sign up for Twitter ". tulislah segala maklumat yang diperlukan. NEXT! 





neh la Home untuk Twitter. silalah klik untuk Zoom In. kalau nak Open In A New Tab, silalah klik roll tengah2 tuh. NEXT! 





ini ruangan untuk Setting. kiranya, tempat korang nak ubah profile korang sampailah keluar background macam aku neh. aku letak background Chocolate. biar sape - sape yang menjenguk Twitter aku, akan terliuh ( padehal, aku yang terliuh )





kalau korang klik Edit Profile, window neh yang akan display / terpapar. di sini, macam - macam boleh di set. " Account " adalah untuk setting akaun Twitter, sama ada korang nak Protect Twitter atau pon tidak. Protect Twit tuh bermakna, korang kunci Twit2 korang. " Password " untuk pengurusan password. selebihnya, korang please godek sendiri, hehehhhee. 





yang neh untuk menu Connect. disini display semua yang twit korang di Mention oleh followers korang atau sesiapa sahaja. 





yang neh menu untuk Discover. yang neh, function untuk cari kenalan baru kowt??? NEXT!!!!



last but not least, ini adalah Profile korang untuk Twitter. beginilah rupanya jika anda mempunyai akaun Twitter. 



Twitter neh tempat korang cakap sorang - sorang, sebabnya, bila korang twit, diorang baca macam angin lalu je. rasa angin tuh, tapi tak nampak, itulah perumpamaannya bila anda ber Twit2. 



di bawah merupakan beberapa Twit Famous ( Twit Famous maksudnya, ramai followers ) yang FOLLOW aku. some are bloggers, artis pon ade, pemain bola sepak pon, hehehehehe. 


SiLipas, rasanya, korang kenal siapa dia, bloggers. 



yang neh kalau tak kenal, kerat jari cepat, hehehe, Abang Ben



BSA, kata - kata dia sangat unik! 



boxer kedut, kenal tak?? ahahahaa. 



don jelly maaaa, Official Twitter for Muslim Ahmad



yang neh kak Sunah



blogger jugak 



this is! my first FOLLOWERS!!!!! adik angkat aku, Sepul 



biasa, aku guna Tweetdeck untuk bertwitter. mudah, sebab, ada notification untuk sesiapa yang mensi. 




sebelum aku lupa, Twitter neh ade Trending. Trending tuh kira topik hangatlah. 






sekian sahaja Tutorial Menggunakan Twitter. aku rasa, neh bukan tutorial, alahailah aku neh, addeeeehhh!

good bye! 


Ahad, 16 Disember 2012

Kekasih Gelapku


Assalammulaikum dan selamat sejahtera. Hari neh halalkan saya untuk berjiwang, sekian terima kasih.


Kekasih gelapku,
Sewaktu aku berkenalan dengan dirimu,
Memang kau gelap, tiada cerah di kulitmu.
Sewaktu mengetahui namamu,
Aku tergelak sendirian sambil melihat Facebook kau.
Berkali – kali cursor ku menari di ruangan “ Add Friend “
Tetapi, aku sengaja melambatkan proses itu.
Aku lihat lagi Facebook kau,
Ya, aku rasa kau ada Twitter.
Jadi, aku follow Twitter kau dahulu sebelum add di Facebook.
Kekasih gelapku,
Akhirnya aku add kau jua, atas permintaan orang.
Bila kau approve, laju jariku menetik sana sini di profile kau.
Aku suka tengok gambar kau,
Aku RT tweet kau, tapi memang lama nak tunggu kau tweet tweet.
Namun, kekasih gelap tetap menjadi kekasih gelap.
Kulit kau tetap akan gelap, dan aku terus menjadi sisi gelap kau.
Kau mungkin tak dapat melihat aku, walau aku cerah daripada kau
Kerna aku adalah sisi gelap dalam hidup kau.
Aku tak pernah like dan jarang sekali like status Facebook kau.
Bila aku mahu komen, aku lihat berderet sudah komen
Aku terus pangkah profile kau
Aku sentiasa tunggu kau dalam senarai chat list
Itu pon kalau aku ada mood mahu kacau.
Lama – lama, aku rasa, aku sudah menjadi gelap
Akulah kekasih gelapmu yang sentiasa melihat kau
Memberi harapan dalam diam, memberi senyuman dalam doa.
Aku harap kau berjaya dalam hidupmu
Jika ada rasa suka antara kita, simpanlah, moga jadi kenangan sahaja
Aku tiada niat lebih dari hanya untuk menyukai dirimu diam – diam. 


jiwang sebentar, tensionlah asyik serius dengan PSM, hehehee

Jumaat, 14 Disember 2012

Semalam Punya Cerita

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya.



http://klpos.com/sukan/30852-malaysia-tewas-fadhli-shas-minta-maaf



Anda tahu apa terjadi semalamkan?? Harimau Malaya gagal beraksi ke final. Tak mengapalah HM, I tetap sokong u, cuma semalam, serius aku tak puas hati, kenapa Fadhli Shah dilayangkan kad merah. Hokayhlah, aku taknak orang datang ke blog aku sebab AFSuzuki Cup 2012. Taknak! Taknak! Taknak! Sebab aku taknak cerita pasal AFSuzuki Cup 2012, bukan kecewa. Tak pernah pulak aku kecewa dengan HM, cuma, aku nak bercerita pasal progress kerja aku neh.


Korang taknak tahu? Takpelah, ada orang lain yang nak tahu tuh. Hehehehehee. PSM tengah touchup. Sedang dalam pemprosesan nak buat proposal. Setelah berhempas pulas mengarang ayat. Then, kepala aku sakit sepanjang minggu neh, yelah, waktu tidur aku tak betul. Suka hati aku je tidur. Kejap – kejap, pukul 3 petang aku dah boleh tidur. Pukul 10 malam pon aku dah tidur. Sakit kepala aku dibuatnya. Selama hampir 3 tahun aku belajar kat Skudai, aku tak pernahlah beli sepapan Panadol. Tapi, buat kali pertama, aku membeli sepapan Panadol Uphamol 650. Takut tak tahan sakit kepala. Aku syak, kepala aku sakit sebab lampu. Sinaran lampu buat aku silau then, aku pening, then, aku cepat mengantuk, then …. Zzzzz bagi alasan segala – galanya.



Ouh, hari neh, aku mood baik, jadi, aku siapkan kerja KJ atau pangkat barunya, TD. Bukan Tentera Darat, tapi Timbalan Dekan. Hehehehe, sebab dah ada KJ ( Ketua Jabatan ) yang baru. Minggu – minggu terakhir dalam bulan 12 neh memang mendebarkanlah. Dah la hujung bulan neh presentation untuk PSM. Berdebar, kemudian ade assignment, lepas tuh ade kerja lab. Yang tengah tertunggak sekarang neh, kerja lab 2 LiDAR, yang buat amali pasal TLS ( Terestial Laser Scanning ). Tak cukup ahli, then, aku tensi, cepat betol tensi, hehehe.



Hari neh 1 Safar 1434, atau dipendekkan 1234. Cantik nombor tuh. Semoga Allah panjangkan umur kita semua dan permudahkan urusan masing – masing. Ouhh, budak kelas aku mintak gambar diorang masuk dalam blog akulah, hahahaha, nantilah yeh, aku tengah fikir, nak buat 1 entry pasal korang dengan Supervisor korang. Hehehe, kasik aku kumpul gambar SV korang dahulu. 


neh la kerja aku untuk sepanjang hari neh


Selasa, 11 Disember 2012

Resepsi Shafzihad & Elina



Pada hari Jumaat, bertarikhkan 7hb12tahun2012, aku bergerak ke Seremban untuk pulang ke Port Dickson. Ooopppppssssss! Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Seperti yang dijanjikan, aku nak hapdet entry pasal resepsi abang aku. Heeeeeee~






Ouh, pada hari Jumaat itu, aku pulang ke PD dengan menaiki dahulu bas ke Seremban pada pukul 8.30pagi. Yang pffftttt! nya ialah aku sampai dekat Terminal One pada pukul 12 tengah hari, demm! Rasa macam balik KL. Puuuiiihhhh! Sampai dekat T1 pulak, aku mencari ATM, sebab nak keluarkan duit, sebabkan aku dah lupa rupa bentuk, jadi aku main redah dalam T1 tuh. Keadaannya tak berubah mana pon, still macam zaman aku sekolah teknik juga. Cuma, harga fon murahla, kenapa yek? Lagi – lagi fon BB, apesal yek?? Guwa jeles bohhhh! Neh yang nak beli enfon dekat Seremban je.


GagaGebu a.k.a Gugi

Setelah berSMS dua tiga ketul dengan Nurul, aku berjaya mencari ATM, kemudian, untuk hilangkan lapar, aku beli Oreo McFlurry, terpaksa weyhh! Aku tak jumpe KFC ke, Dunkin Doughnut aku tak suka. Lepas tuh, aku pon naiklah bus ke PD. Harga = RM4.00. Aku pon duduklah dalam tuh selama 30 minit. Sampai dekat mana yeh, aku ternampak 1 signboard “ Bandar Port Dickson Bandar Tentera Darat “. Errrrr, okayhlah kan?




Sampai dekat PD, sebabkan panas sangat, aku jalan kedek – kedek, panas sangat! Nasiblah rumah abang aku tak jauh daripada bus stand PD tuh. Aku still panggil bus stand, sebab dulu – dulu, tuh bus stand PD. Kemudian, dulu – dulu, mana ada PD Waterfront tuh, baru je bukak tuh. Dulu – dulu, sekolah aku tepi bust stand PD tuh. Dulu – dulu, Billion tuh la tempat aku hangout. Dulu – dulu, pasar dekat belakang bomba PD. Dulu – dulu, nama aku ade dalam rekod polis untuk report kehilangan kanak – kanak, hahahhaahhahaaaa ( aku tak tipu ).  Aku lahir PD weyhhh, hahahaha, jalan kat PD celah gigi je la ( berlagak betoi ).







Sampai dekat rumah abang aku, ada mak aku dengan adik aku yang terbaring macam ikan kene salai ( errkk? ). Aku yang tengah lapar, tengok, nasik baru masak, lauk daging kicap masak KERING betoi ( kakak aku masak ), lauk ayam sambal, jadi, aku buang tudung, buang cardigan, aku makan lalu. Hehehehe, kemudian, rest, lepas tuh, aku senyap – senyap g makan durian sebijik dekat belakang. Bakat terpendam aku ialah mampu membuka durian tanpa pertolongan sesiapa – sesiapa, hahahahahaha.




Malam pulak ialah part aku untuk gosok baju dan susun wang hantaran dalam frame. Agak berpusing jugak kepala nak pikir style dia. Nasiblah sedare aku masuk and suggest kat aku. Hehehehehee. Sambil tuh, GagaGebu a.k.a Gugi tidur atas tilam, sodap eh die tidur, jeles! Abang aku tengah sibuk rehearsal pulak, siap bajet – bajet soalan apa yang tok kadi nak uji. Bagi akulah kan, kalau orang tuh nak nikah, akad je la terus, takpayahlah buang masa untuk tanya – tanya tuh, buang masa. Bersedia untuk hari esok pulak, hehehee.








Esok paginya!!!!!! Aku cepat – cepat bersiap pagi tuh untuk hantar sarapan dekat keluarga pengantin perempuan dekat Teluk Kemang. Baju? Baju tidurla jawabnya.  Balik je, aku terus mandi tak ingat dunia, sebab aku nak nampak gojes! Hahahaha, tuh yang penting, janji aku gojes ( siapa kawen sebenarnya neh? ). Pengantin lelaki rock ( abang aku ), tak payah pakai payung nak iring dia. Masuklah kami sekeluarga ke dalam rumah pengantik perempuan. Masa tuh, aku KENE AMEK ABANG AKU AGI SORANG DEKAT bus stand PD. Jadi, dengan luruh hati, aku pergilah ke bus stand, suruh sedare aku drive kereta Hilux die tuh ke bus stand PD.  Sedare aku pulak bawak kereta slow motion, addeehhh. Yelah, dia orang Perak, tak biasa dengan jalan PD. GagaGebu tinggal kat rumah tuh, jadi PakGad.






Sampai je kat rumah pengantin perempuan buat kali ke TIGA, aku just ada mood nak bergambar, bukannya makan, percaya tak? Aku sanggup bergambar, sampai terlupa nak amek Goodies Beg untuk kawan – kawan. Sorry sorry, excited sangat – sangat weeyhhh! Lepas dah betul – betul lapar, aku pergi makan dan menunggu kek dipotong. Hehehehe.










Yang penting, gambar untuk 1 family, BERJAYA!!!!!!! KAN BADRINA??? HAHAHAHAHA. Nak print and frame gambar tuh. Hehehe, senyum lebar. Nak jemput sorang kawan neh, tapi, dia balik rumah rupanya, hurrrmm, kenapa yeh? Time aku ade dekat PD, ko pulak takde weyhh, time aku takde dekat PD, ko pulak berleluasa dekat PD tuh weyyyyhhhh! Teringin nak jumpa face to face dengan kau!!!!.



pahlawan 

kakak ipar

abang aku dengan anak buah dia

adik beradik pulak

ape kes ko pegang perut aku??? 

pakaian mereka 



kakak aku tuh

bapaknye tak reti2 keluar dari hutan!!! 

nak berkenalan?? sila kenal dengan saya dulu

katanya tak pernah naik pelamin

bagi can maaaaa



yeahhh!!!! dia neh laaaa! 

anak buah 

pemain rugby neh

gegar plak! 

saje gedik2


saya ade lesung pipit dekat dagulah, tuh dikira lesung pipit ke??