Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Jangan Percaya

Dahulukan, masa tuh aku tak ingat taw umor aku. Aku syak dalam belasan tahun, sebelum masuk sekolah asrama, itu aku sesangat sure, tapi masa tuh aku dh boleh drive kereta, eh!  Memanglah, aku kechik kechik dah boleh drive kereta. Masa tuh bawak adik berubat kat rumah ustaz neh, sekali dia pandang lama kat aku, tiba tiba die cakap dengan aku. Korang nak taw ape die cakap tak? Wokayh, kalau nak taw, sila angkat tangan. *sumerangkattangan* Baiklah, ustaz tuh cakap, aku susah nak dapat jodoh. Tipu! Tipu! Tipu! Tipu! Ade je orang ajak aku kawen, tapi aku taknak, haaaiihhh! Ya Allah, tolonglah hambaMu

Luahan Hati Seorang Lelaki

Aku bukanlah ustaz Bukan juga guru Jauh sekali mursyid Apatah lagi mudir Aku seorang tentera Yang berjihad dijalan Allah Dan mencari hakikat diri Agar tidak sesat dibawah sinar mentari Aku bukanlah ustaz Tidak ke mana ilmu ku ini Hanya sedikit sebagai pendinding diri Pahit getir yang sukar dikongsi Hanya orang tertentu yang mengerti Hanya diriku mampu leraikan Mudah-mudahan Allah berkatikan Aku bukanlah ustaz Tidak layak impikan wanita solehah Apatah lagi muslimah ustazah Sebagai penguat hati yang lemah Selaku penggerak langkah menjadi gagah Namun sungguhku berserah Kepada Allah Rabbul Izzah Agar kekalkan diriku dalam fitrah Aku bukanlah ustaz Namun aku tidak pantas alpa Untuk sering mengingati ibu bapa Daud dan Sarimah yang membela Diriku ini sekecil-kecil dari segumpal daging sehingga dewasa Hanya Allah yang mampu memberi mereka ke syurga Aku bukanlah ustaz Tidakku sanggup tunduk pada dunia Tidakku mahu hanyut dalam leka Moga Allah tetapkan jiwa Agar