heartbeat

Sabtu, 20 Disember 2014

Prairie Dog

Hye! Assalammualaikum!

Semalam pergi pet store. Aku ternampak prairie dog dan ferret! Ahmaigad! Diorang memang comel. Apekebendenya alah tuh? Korang neh musti tengok Astro Citra je kan?

Tuh la, sekali - sekala kene tengok Discovery Channel. Hari itu aku tengok Secret Files ( Discovery Channel ) episod Secret Russian File. Ada salah seorang doktor militari diorang buat kajian untuk hidupkan balik bende dah mati taw. Dia buat kajian ke atas anjing, ada yang dia sambung kepala anjing jadi 3 kepala, ada yang 2 kepala. Monster weeeyhhh! Seriau aku tengok, aku pulak tak sanggup tengok anjing tuh berkepala 2.

Bukak Animal Planet, ada banyak dokumentari menarik kita boleh tengok. Aku suka tengok Bad Dog, 101 Cats, Animal Renjer kowt tajuk dia. Best, tak rugi tengok. Ye, aku taw, harganya mahal giler babeng, tapi berbaloi. Aku ada tengok cerita pasal Komando Tentera kita Malaysia kat dalam National Geographic. Bagus, membuka mata kita sikit. Aku ada gak subscribe MTV, Animax tuh semua. Itu yang mahal semacam, tapi berbaloi.

Okayh, berbalik kepada Prairie Dog dan Ferret. Ferret tuh kalau korang ade tengok cerita Beastmaster, ingat tak ada haiwan yang ikot Beastmaster tuh? yang comel bunyi - bunyi tuh? yes, itulah ferret. Ferret sangat comel. Harga boleh menjangkau sampai ribuan ringgit bergantung pada breed. Aku tengok harga Prairie Dog dalam 5 ratus lebih. Prairie Dog bukan anjing, tapi tupai tanah. Yes! Tupai tanah yang kerjanya korek tanah. tinggal dalam tanah, boleh dijadikan sebagai pet jugak.

Kenapa nama dia Prairie Dog? sebab dia gali tanah macam anjing, thats why nama dia Prairie Dog, hehehehehe.

Sebenarnya aku mencari landak hedgehog, tapi sayangnya sudah habis stok, haddoii. Mengigau aku, sediakan dulu rumahnya la ye.



ini Mozila Firefox, hahahah! Tak lah, ini Fox, Red Fox kowt.

ini kucing nade - nade, hehehehe.

ini cougar, sedara - mare dengan cheetah, puma tuh sumer, kire nenek moyang kucing nade - nade kat atas tuh

inilah ferret kawan - kawan!

ini prairie dog yang kepenatan korek tanah, cari emas untuk tuan dia, hahahaha!



aku suka haiwan, hahaha, sebab tuh suka pergi pet store, cari pet store.

Berdosa

Sebuah perbualan ringkas tapi sentap.

Kawan : weyh sahabat, kau pernah jumpa tak manusia yang sembahyang dia, sedaya upaya jaga. Masuk waktu, dia sembahyang. Dia mengaji, baca al-Quran. Dekat rumah dia tengok Pencetus Ummah, Semanis Kurma, Al-Kuliyyah. Tv Al-Hijrah tuh memang channel dia selalu tengoklah, tak payah ceritalah. Tapi bila dia jumpa kekasih dia, dia akan buat maksiat dengan kekasih dia, berulang kali dia buat, dia taubat lepas tuh, esoknya jumpa balik buat maksiat lagi. Kau pernah jumpa orang macam tuh sahabat?

Aku : pernah.

Kawan : siapa? (muka terkejut)

Aku : aku.

Sahabat "aku"  diam.

Kawan : kau rasa apa?

Aku : B E R D O S A.

Ahad, 7 Disember 2014

Salesman

Hye! Assalammualaikum, rajin pulak post entry ye.

Yelah, nak buat gane, aku sebenarnya baru balik daripada 1 hospital. Cuma buat aku tak paham dengan hospital tuh, die ade tampal 1 notis kata extended hours untuk senarai klinik kesihatan kerajaan yang bukak pada hari Ahad. Aku tengok klinik dekat - dekat dengan aku tersenarai. Kira aku nak pergi buat ujian darahlah, sebab aku serius sakit kepala. Tekanan aku dah cek, bawah tuh tinggi, 92. Aku dah naik risau taw. Nampak gaya, esoklah aku buat ujian darah, kena minta permission daripada bos. Okayh, berbalik pada topik klinik yang bukak extended hours. Rupa - rupanya tak bukak. Sekarang, aku nak salahkan siapa? Hospital atau klinik tuh? Kalau aku kaya, aku tak pandanglah. Sakit kepala aku kowt.

Ok, now berbalik kepada tajuk entry aku iaitu "Salesman". Aku pergi giant tadi, tiba - tiba ade salesman tanya akak belakang aku "akak, keje ke?", terus akak tuh balas "x". Salesman tuh sengih kelat jeh. Aku pulak tiba - tiba teringat time aku kene tahan dengan salesman neh. Nak cakap kelakar, aku tak tahu tang mana kelakar. Nak cakap kesian, maybe dekat salesman tuh lah.

Ceritanya macam neh. Aku tengah berjalan pergi ke stesen ktm seri kembangan melalui jejantas sebab aku daripada mines. Sampai je dekat ktm, aku beli tiket, masa tuh, memang zaman tunggu ktm macam tunggu buah durian jatuh. Kau kene sabar tunggu je, kalau tak sabar, tak dapek la naik. Aku nak berjalan ke palang tuh, sekali, ade brader salesman tahan aku.

Muka dia memang hensem macam zulhuzaimy, baju dia memang smart, aku ingat, warna kelabu2 ungu gituh. Dia tegur aku, "dik, abg, eh, nak bahasakan diri ape yeh", aku balas "saya awak sudah, geli abang2 neh". Bajet brutal aku time tuh. Padehal, aku panggil pakwe ( i mean ex) baby, by, hahahaha!

So, brader tuh bersemangat terangkan produk tuh dekat aku. Aku memang pandang tepat pada anak mata dia sambil tuh jeling - jeling tren. Aku faham produk yang dia terangkan kepada aku. Kalau tak silap aku insurans perlindunganlah. Yang aku ingat, aku just pandang anak mata dia, tak angguk, tak geleng, takde bunyi "emm emm emm".

Lepas dah habis explen, brader tuh tanya "awak faham tak penerangan saya tadi?". Aku mengangguk sekali. "saya tak berminatlah", aku balas. Lepas tuh brader tuh diam agi. "kenapa tak minat? Murah neh perlindungan yang kami sediakan", haaaiihhh, brader neh memang tak paham ke. Aku neh student, takde duit nak bayar tiap - tiap bulan. Kemudian, brader tuh explen panjang lebar, kawan dia sebelah pon tolong menyampuk. Aku kat situ bengang. Sekali lalu tren ke KL! Alamak! Terlepas!

"so, awak paham tak explenation saya? " tanya brader tuh lagi." haaa? " aku terpinga - pinga. Yelah, terlepas tren, so burthurt la aku sorang - sorang." awak paham tak? " tanya agi brader tuh, aku rasa dia dah panas tuh sebab aku nampak muka bengang dia. Aku mengangguk sekali je.

" haiihh, aku rase aku bagi explenation kat patung je tadi, buang masa setengah jam aku bercakap" haaaa kau, mengamuk salesman tuh dengan aku. Kawan sebelah dia tenangkan brader tuh. Aku bangun terus daripada kerusi tuh. "weyh, aku tak taw la aku cakap dengan siapa tadi, dengan manusia ke dengan..." aku terus belah daripada situ dan melepasi palang tuh. Aku taw brader tuh pandang aku sepanjang aku jalan.

Sekarang aku tanya, siapa patut burthurt? Aku yang ketinggalan tren or salesman yang buang masa die bercakap dengan aku? Aku rase, aku dah bagi tahu dekat salesman tuh aku tak berminat, tapi dia pujuk agi. Tak paham aku, then burthurt, maki aku pulop. Weyhh mana ko yek salesman insurans tak berdaftar tuh? Aku dengar cerita, insurans tuh menipu je, nasib aku tak join.

Whateva la. Just nasihat aku, jadilah salesman macam salesman kereta, kita pergi dekat dia, bersungguh - sungguh dia buat kerja, tak main - main. Cheeaahhh, same saje. Cuma jangan paksa penggunalah. Itu sahaja.

Sabtu, 6 Disember 2014

Thinspiration

Hye! Selamat sejahtera, assalammualaikum.

Baca tajuk, macam nak ajak kurus je kan? Takde la, orang macam aku neh la paling malas nak korbankan makanan. Aku siap pernah tinggalkan orang sebab lapar, sebab prinsip aku ialah "kita mesti makan".

Cuma tadi aku ada tengok movie kat astro, channel diva 702, tajuknya "Thinspiration". Kisahnya ialah Hannah Warner taksub nak kurus, so dia masuk website "Thinspiration", website untuk orang yang anorexia, dia obses sampai tak makan, sampai simpan makanan jd busuk dan berulat dalam almari baju dia. Parent die punyer risau sampai bawak die jumpe psikoligist, dan dia menghidap penyakit disoder makanan. Kire die dah susah makan, bukannya anorexia. Tanpa disedari oleh ibu bapa Hannah, anak lelaki mereka, Leo Warner sebenarnya penghidap anorexia. Hal ini disedari apabila Leo collapsed tiba2 semasa hari perlawanan gusti dia. Hannah yang sedar melalui 1 id chat yang suruh dia jangan puja ana ( singkatan untuk anorexia ), tapi sayang nya, Leo tak dapat diselamatkan. Selepas itu, barula Hannah sedar dan mula selamatkan diri.

Aku tengok cerita tuh, aku rase geli pulak tengok orang anorexia. Kurus kering sampai nampak tulang. Eeehhhyyyy, aku tak bernapsu tengok orang kurus kering weyyhhhh! Lelaki mahu pon pompuang. Lagi pon kurus sangat neh tak cantek sangat. Bila pakai dress, nampak sangat lidinya. Bila pakai seluar, nampak sangat gap between peha.

Entahlah, aku tak taw. Aku bersyukur dengan body aku sekarang. Ye aku taw, orang gemuk banyak penyakit, bila kahwin, susah nak mengandung, senang daoat penyakit yang serius. Aku senang dengan body aku sekarang. Kalau aku diet pon untuk sihat, bukan kurus melidi.

Ohoi orang kurus, korang jangan nak banned aku cakap korang tak cantik, aku cuma nak cakap berisi tuh lebih cantik. So, jangan nak marah bila baca entry neh. Tapi aku tak suruh korang pergi makan 5 kali tambah nasi kan, kalau memang body tuh kurus melidi, biarlah. Nanti dah kawen, body naiklah, orang selalu cakap camtuh.

Last word from me, people are just beautiful, like the way there are. Dont change it, just be yourself, dont take seriously on your body changes.

Khamis, 4 Disember 2014

Tahun 2014

Hye! Assalammualaikum!

Tak lama lagi tahun 2015. Tak lama lagi tahun 2014 nak habis. Jadi? Mari kita review semula hari - hari dari 1 hari bulan 1 tahun 2014.

Lagu terbaik untuk aku tahun ini ialah " Make You Feel My Love " versi yang dinyanyikan oleh Adele. Dialog cliche " eleh, orang tengah bercinta, lagu semua indah ". Tak lah, cuba dengar lagu neh betol - betol. Lagu neh kisahnya ialah orang tengah merayu cinta dia agar diterima.


yeaaarggghhhhh!!!

Kalau terbace entry aku, then nak taw lagu tuh, sila google.

I gotta go now!

" mari kita sama - sama rasa derita itu "