heartbeat

Rabu, 4 Mac 2015

Men Effort

Assalamualaikum dan selamat malam. Aku buat entry ini sebelum tidur.

Baca tajuk. Kalau melayukan Usaha Lelaki. Aku ade simpan 1 gambar tentang usaha lelakilah. Aku baru sahaja nampak kebenaran itu.

Kadang -  kadang payah jugak jadi lelaki. Tak tahula, kalau diingatkan semula kisah itu, aku rasa malu sebab mengade2. Tapi mak aku cakap aku react cam tuh sebab di luar kawalan. Diganggu katanya.

Ceritanya, aku sendiri dail nombor dia. Aku tak ingat. Dalam tengah malam camtuh, dia datang dengan pakcik dia. Aku fikir dia tak layan perangai aku yang meroyan. Aku fikir dia takut dengan ayah aku.

Aku terharu, tetapi perasaan terharu tuh hadir esok harinya. Waktu dia datang, aku terpinga, gelak. Aku buntu masa tuh. Otak mula berfikir pada keesokan harinya. Masa tuh, perasaan malu keluar, hahahahaha.

Sebenarnya, aku dah lama tak cerita tentang lelaki dalam blog aku kan? Agak lama, balik balik cerita psm, hahahaha.

Kadang2 aku nak tanya dekat dia, ape perasaan dia malam tuh? Aku nak tahu ape perasaan dia jumpa ayah aku, face to face. Aku perempuan, tak rasa perasaan tuh. Aku cuma merasai perasaan malu, terharu, miahahahaha.

Ouh, ini kowt perasaan Hanis Zalikha. Kejap, apehal kau kaitkan Hanis Zalikha dengan ko. Hanis dilamar dalam Gegar Vaganza. Yang kau die cume datang mintak izin berkawan. Dem!

Untung aku bukan lelaki, tak perlu rasa dup dap untuk berhadapan.

Kepada lu, terima kasih layan perangai wa yang meroyan entah ape ape. Terima kasih sebab akhirnya lu beranikan diri berjumpa dengan family wa. Kita asyik gaduh hal neh. Kita asyik pikir hal neh. Akhirnya kita dapat kata putus untuk terus berkawan. Kalau lu nak berkawan, boleh. Bak kata lu, kalau ada jodoh, tak kemana. Ya, tak kemana mana pon wa. Wa tetap ada kat KL, hidup kat sini. Wa harap lu pon sama. Apa jadi, wa harapkan penerangan yang jujur daripada lu. Apa jadi, wa tak marah. Lu dah cukup bagi wa senyum, ketawa, marah, nangis. Wa sayang lu sebenarnya.

Hamil / Mengandung / Pregnant

Salam.

Tajuk konspirasi. Ouh, aku tak kongsikan azam aku kali ini. Biarlah rahsia. Aku taknak bagitahu. Chewah, macam ada orang nak tahukan.

Ok, berbalik kepada tajuk. Kawan aku ada yang dah lahirkan anak. Ada yang tengah pregnant. Ada yang baru kawen.

Lately, aku ada terbaca - baca, kat laman web sosial. Aku tak paham pemikiran wanita yang takut tengok perut dia membesar sebab pregnant. Alasan takut gemok. Alahai, awak gemok untuk 9 bulan, bukan lama. Takut body shape lari, berusahala dapatkan. Lainlah saya, saya dah 26tahun gemok. Selesa. Kalau pegang tangan rasa tulang, hurrmmpphhh aku dah tambah 2 pinggan nasi.

Awak yang pregnant, perut awak membesar tuh sebab ada isi. Setiap kg awak naik, Tuhan bagi pahala, sebab awak sudi carry baby awak 9 bulan ke sana ke sini. Cubalah buang stigma tuh. Awak taw tak, tak semua wanita boleh hamil. TAK SEMUA. Mereka yang merasai tuh amek masa nak terima.

Ada yang sehari dua boleh terima. Ada setahun dua. Bergantung. Ada yang belum berkahwin menerima nasib yang sama.

Bila bercakap, kene fikir dulu. Sebab tuh ada orang cakap, jangan tunjuk sangat kebahagiaan perkahwinan awak, sebab ada yang derita. Jangan tunjuk sangat kebahagiaan awak pregnant, kesengsaraan awak morning sickness, sebab ada yang rahimnya dibuang, tak berfungsi. Jangan tunjuk sangat kebahagiaan awak dengan anak kecil, sebab ada yang cerai - berai kerana menunggu kehadiran orang ketiga.

Jaga hati &  perasaan kami.