Langkau ke kandungan utama

Dugaan!~

Aku masih disitu, berdiri tegak memandang jalan yang masih tidak diketahui penamatnya.Aku memandang ke kiri.Aku melihat sekadar laluan kenangan aku.Aku kalih secepat mungkin.Takut jika kenangan itu melampau - lampau sehingga boleh mematahkan semangat aku.

Aku tahu.Itu kali pertama aku berjauhan dengan keluargaku.Aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran, walaupun sudah hilang mood aku untuk belajar.Aku pujuk jua nestapa hati ini untuk belajar.Aku tahu keputusan itu aku buat setelah berhari - hari aku solat dan berdoa.

Akhirnya aku sampai di Sandora.Tempat terpencil tersebut terletak di negara Malaysia.Sungguh aku tidak sangka.Terdapat jua kawasan mundur ini tetapi mempunyai institut pelajaran awam disini.Kakiku melangkah satu - persatu dan aku tahu, langkahanku bermakna meninggalkan keluargaku di Kuala Lumpur.

Mindaku berpusing mengingatkan kenangan 2 tahun yang lepas.Kini sudah 2 tahun aku bermastautin di Sandora.Sandora merupakan bandar pencil yang mempunyai kelengkapannya yang tersendiri.Tidak banyak bezanya Sandora dengan Kuala Lumpur.Cuma aku akui, di Kuala Lumpur lebih banyak hiburan.Berbanding dengan Sandora, disini hiburan mereka di dalam bentuk sukan atau tarian.Aku mendapati di Sandora, anak - anak gadisnya lebih cantik.Ya, sebagai lelaki, memang aku tergoda, tetapi hatiku terpaut pada dia yang satu.

Hah!!Terkejut aku apabila mengetahui bahawa telefon bimbitku hilang.Aku meraban mencari telefonku.Aku tahu, di Sandora bukan banyak liputan, tetapi telefon sangat penting bagi aku.Disitulah aku menyimpan segala - galanya.Aku sudah panik.Mukaku pucat.Sebagai lelaki, air mata perlu dijaga, tetapi kali ini aku menangis.Air mataku tumpah seperti seorang wanita menumpahkan air mata disaat dia mengetahui dia akan berpisah dengan keluarganya keesokan harinya.

Aku redha dengan kehilangan telefon.Namun, disitu aku menghargai kehadiran rakan - rakanku serta ibubapa aku yang masih memberi sokongan kepada aku.Mujur ibu aku tidak meleteri padaku.Aku tersenyum.Aku meneruskan jua kehidupanku yang baru dilanda masalah pertama.Orang kata dugaan hidup.Aku terima Ya Allah.

Kemudiannya, aku menjadi bingung apabila laptop kesayangan aku membuat hal.Aku terpana.Aku bingung.Akhirnya aku redha dan mengikut kata orang bijak pandai.Aku tersenyum untuk menghilangkan rasa gelisah.Namun kini aku gelisah.Aku perlu menghantar banyak laporan, dan kepalaku masih berserabut dengan masalah - masalah yang kian menjelma..

Ya Allah, mampukah aku menghadapi segala dugaan yang Engkau berikan ini?Adakah Engkau sedang membalas setiap dosa yang pernah aku lakukan selam aku hidup ini???

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

sudah siap entry aku, :)

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...