hari neh memang aku nak meluahkan perasaan aku. sudah lama aku merasainya, sejak aku Diploma lagi aku dah terasa, tapi, masa tuh aku ada rakan, jadi takdelah aku terasa sangat kalau dipinggirkan oleh rakan sekelas pon. mungkin perbezaan aku ineh, menyebabkan mereka berlainan daripada aku.
eyup, aku memang berlainan daripada remaja - remaja yang lain. lagi pon, aku lebih suka berlainan daripada sama dengan orang lain. aku tak suka ada orang meniru cara aku, dan aku cuba untuk tidak meniru orang lain, kalau tiru pon, aku cuba untuk buat sebarang sedikit perubahan. hahaha, sebab tuh aku tak kisah kalau aku keseorangan, tapi, jangan biarkan aku tanpa family dan kucing - kucing aku. aku sanggup kehilangan rakan - rakan or kekasih daripada kehilangan family aku. mana nak cari pengganti mereka kalau aku dah kehilangan mereka? jadi, bukannya aku cakap aku tak menghargai kehadiran rakan - rakan atau kekasih di dalam hidup aku, cuma aku lebih mengutamakan family dan kucing - kucing aku. mereka lebih perdana, utama dalam hidup aku.
aku ada subjek Statistic Spatial. subjek kira - mengira, merupakan kelemahan aku, tapi aku tak pernah putus asa nak buat. kalau salah pon, aku pastikan jalan kerja aku betul. dulu aku akui, aku memang dah taknak belajar Mathematic, tapi mana nak larik bai??? kau pergi seluruh pelusok dunia pon, kau akan tetap jumpa dengan nombor, numberS ( saje Captilized huruf s tuh ). untuk menambahkan pengetahuan aku, so aku pergilah berguru. aku pon gagahkan diri untuk bertanya sebab itu merupakan ego aku. ego aku ialah aku tak suka bertanya. hebatkan ego aku tuh? sepatut ego itu dimiliki oleh seorang lelaki, bukan seorang gadis yang lemah - lembut neh. mungkin faktor tumbesaran aku kowt. selama 22 tahun aku hidup neh, aku dibesarkan daripada pandangan seorang wanita yang sudah separuh abad usianya bersama 3 orang lelaki yang sasa - sasa dan gangter. gangster ker? hahaha.
tetapi, aku runtuhkan segala tembok/dinding ego aku tuh. aku pergi bertanya, aku hilangkan perasaan seperti menjatuhkan maruah itu lalu bertanya untuk menambahkan ilmu. tapi, tuhla, aku ada 1 masalah, diorang suka stay up sampai pukul 2 - 3 pagi dan aku seorang yang sangat menghargai masa tidur aku. aku tak suka timing aku tidur diganggu. aku memang ada masalah untuk kerja group. aku terus - terang dekat sini, aku memang seorang yang suka tidur pada pukul 11 malam dan akan bangun dalam pukul 5 pagi.
aku tak suka bangun lebih daripada pukul 6 pagi. aku dapat rasakan masa aku sudah rugi. pernah sekali aku terbangun dalam pukul 6.45 pagi, dan aku dah rasa aku rugi 15 minit. minta maaflah, mungkin sesiapa yang baca akan mengatakan yang aku neh poyo atau menipu. tak pon akan mengatakan, eleh budak neh saje nak tunjuk noble. di mana jua aku tidur dan berdiri dan hidup, aku tetap akan tidur pada pukul 11 malam dan akan bangun pada pukul 5 pagi. sebabnya, sudah 22 tahun aku melakukan rutin seharian itu. aku tahu, ada 1 peribahasa iaitu masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang lembu kita menguak. tapi, aku tak boleh nak ubah gaya hidup aku yang itu. aku sangat sudah terbiasa.
aku menyampah bila orang cakap kat aku, " rileks r, malam masih muda, buat apa nak tidur awal? " , hohoho, sejak aku masuk asrama, aku mula menghargai masa tidur aku. aku tak suka datang kelas dengan mengantuk, tapi selalu juga aku menguap, cuma aku tak pernah lagi tertidur. aku minta maaflah, aku perlu bangun awal untuk selesaikan kerja - kerja lain. cuma bila dekat hostel, memang tak de mendelah sangat aku buat. cuma bangun pagi, basuh baju, kemaskan bilik yang serabut, tak pon main cik gitar neh.
so, gua nak cara dengan koranglah, gua tak sukalah bangun lewat - lewat neh. memang gua bajet rajin, tapi gua memang rajin, rajin bangun awal. kalau gua lelaki, gua tak suka awek gua bangun lewat daripada gua. bagi gua, tak boleh bawak jadi bini. fulstop!
awak..jgn mcm ni..awk kena buang sikap ego utk bertanya tuu..tak tanya sesat jalan..tak ape..jgn malu2..yang penting kita dpt ilmu... ok..
BalasPadamENTRY BARU ALIEF-->sape cakap lelaki ber blog itu loser??you are freak..lelaki berblog itu stylo dan cool okay.."
alef : jgn riso..huhuhuhu,,sbb sy dh berubah, dulu2 ye..mmg ego..tp sjg dh berubah..akhirnya alief dtg jugak ke blog sy!!!
BalasPadamrindu!!
buek! ( hehehehe, utk sy yeh! )
haha..alief mmg rindu dgn semua rakan blogger alief..kalau boleh,alief nak baca semua entry korang..supaya hubungan persahabatan kita semua akan kekal..huhu..
BalasPadamalief : hahahaha, terharu sy taw...
BalasPadam