Langkau ke kandungan utama

Segmen Aku Student Berwawasan!



Wokeyh, buka je mata tadi, aku terbaca entry baru bro Junko neh kat SB, KGB, dan FB nyer sendiri. Aku rasa  macam menarik giler kowt tajuk neh, and kalau aku join entry neh, boleh jugak aku terangkan apa itu kos yang aku belajar kat UTM neh. Baru rasa seronok, and korang semua boleh nilaikan. Hehehehe.

IPT : 

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Jurusan : 

Sarjana Muda Sains Geoinformatik / Bachelor in Science of Geoinformatic.

Profesion : 

Ha, tang neh yang nak bercerita sikit. Sebenarnya, kos aku neh memang akan melahirkan golongan yang berprofesional tinggi. Masa tengah study pon dah rasa macam femes sangat. Namun begitu, ramai juga yang mengatakan mereka tak tahu tentang bidang Geoinformatik atau nama lainnya GIS. Lebih mudah kalau aku panggil GIS. GIS neh ialah Geoinfomation System. Ada perkaitan dengan bumi dan data - data bumi.

Kos aku neh boleh membantu untuk golongan - golongan yang kurang berpendidikan. Cara - caranya ialah, kami boleh mendapatkan data statistik terbaru daripada sesebuah negara, contohnya Malaysia. Daripada data mentah ( raw data ), kami boleh gunakan sebuah peta ( peta topografi, based map ) sebagai peta asas, kemudiannya peta itu akan kami lengkapkan dengan maklumat - maklumat ( data statistik ) untuk menunjukkan negeri - negeri yang masih mempunyai golongan - golongan yang kurang berpengetahuan. Senang cerita, kos kami neh bermain dengan data - data. Kiranya, aku dah muak mendengar perkataan data/maklumat/information. Chewah, berlagak kau!~ Dengan peta tersebut, mana - mana badan goverment/private yang ingin menggunakan peta itu boleh digunakan untuk membuat keputusan ( decision ) sama ada ingin menghantar lebih cikgu di kawasan tersebut jikan dapat mengesan kawasan tersebut. Mungkin juga mereka ingin membuat keputusan lain. Keputusan tersebut bergantung kepada seberapa banyak data yang boleh dimasukkan ke dalam peta tersebut.

Kalau Aku Menjadi Pemimpin Malaysia : 

Tak pernah terfikir pula. Tapi andai kata terjadi, aku mahu merombak semula undang - undang pendidikan yang terdapat di Malaysia ini. Apabila aku mendengar berita yang mahu memansuhkan SPM, PMR, UPSR, rasa macam budak - budak neh tak payah sekolah. Datang sekolah sekadar untuk kedatangan sahaja. Sekarang neh student banyak terpengaruh dengan hiburan. Pengaruh hiburan sangat kuat di dalam minda student - student sekolah. Sehingga aku pernah mendengar cita - cita salah seorang student ialah menjadi artis. Memang tak salah, tapi dah apabila aku mendengar, seolah - olah macam bidang hiburan ini sudah mampu memberi mereka punca rezeki. Jadi, mungkin aku nak buat kekangan terhadap industri hiburan neh.

Keduanya ialah cuba untuk mengurangkan kemiskinan di dalam negara. Aku suka sebab aku salah seorang keluarga yang tidak berkemampuan tinggi. Bukannya membasmi kemiskinan, tetapi mengurangkan kemiskinan. Ada beza 2 perkataan itu. Basmi ialah menghilangkan secara perlahan - lahan, tetapi mengurangkan ialah cuba untuk memperlahankan. Apabila kita mengurangkan kemiskinan, secara tidak langsung rakyat tahu bahawa pemimpian cuba untuk menyenangkan mereka. Agak - agak tuan punyer blog paham tak angan - angan aku neh?

Yang ketiga, favret aku, iaitu aku nak turunkan kadar yuran universiti. Mak ai, yuran u aku sangatlah mahal, and aku dapat dengar cerita bahawa tidak lama lagi UTM akan menjadi swasta?? What?? OMG!!! Lepas neh semakin menggaru aku nak mecari duit. Nak dapatkan JPA, dah tak mampu. PTPTN je mampu. Tadi dalam kelas pon terdapat diskriminasi, tapi takpelah, diskriminasi tadi pon aku tak kisah. Dah aku pemalas, so tak dapatlah markahkan? PADAN MUKA KAU SYAZYAN!!!!!!!

Taarrrraaaa, kepada tuan blog, sorrylah kalau rasa angan - angan aku neh melampau sangat, aku memang kuat berangan - angan. Hehhehehehehee. Tapi aku memang suka sangat - sangat segmen yang neh!~

Ulasan

  1. Steady la syaz!..bukan angan-angan k?..Ko memang terbaik!..hihihi..Jwapan terbaik setakat nie aku dapat!..weeeeeeeee

    BalasPadam
  2. wahahaha, rmi x join??
    nk bce r yg len2 tuh..

    jap2..
    mlm neh terjah..

    BalasPadam
  3. fulamak . jawapan die . pergh ! tepat,padat dan mutakhir . huhuhu ..
    anywy,follow dari blog junko . gud luck . all the best dear .

    BalasPadam
  4. anna : hahhaha, jawapan dlm kertas mcm neh lah...

    tp jawapan depan2 melalui interbiu..berterabur..

    btw, thanx coming to my blog...

    BalasPadam
  5. muahaha... semoga angan2 anda tercapaila cik.. hehehe

    BalasPadam
  6. HH : anda mmg nk kene neh!!~
    hihihihihi.... i x berangan taw..nnt i dh jd PM, i ksik tunjuk belang...hehehehheeee

    BalasPadam
  7. melawat dak UTM. wahh.. tahniah ya.. visi dan misi kamu murni sekali.. nadh suka la.. ;)

    BalasPadam
  8. waahh.. menariklah..
    semoga angan2 tu jadi kenyataan.. ^^,

    BalasPadam
  9. frame+lenses : bdak utm gak ker???hihihi, salam perkenalan



    cik pulau : mekacheh dear.. :)

    BalasPadam
  10. susah x kos nie???saya plih kos nie...nak taw lebih lanjut.kos nie lbh krang statistik ke??


    BalasPadam
    Balasan
    1. x, lain, ade belajar statistik, tp lebih kpd pengurusan data di muka bumi

      Padam
  11. byk tak peluang pekerjaan ko ni?? dan berapa yuran pengajian setahun??

    BalasPadam
  12. Sy dpt kos nih.peluang pekerjaan untuk kos nih dkt malaysia mcm.na?kos ni ad tak melibatkan programming? TT
    Maaf sbb bnyak solan..heeh

    BalasPadam
  13. bgus blog nice info dik..bidg geo ni memg besar peluang kerja especially klau nak masuk oil gas...bahagian law pun bole ..jika ade adik2 yg tk dpt upu.jgn sedih..bole msuk dkt geomatika uni kl... nak bljr bidg geomatik ni bole pm sis..intake utk july dh mula....ade tawaran biasiswa dan percuma asrama..serta yg penting program job placement yg bole jamin kerja..nak tau lebh psl program ni bole wsp ka 011-16930576

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Camp FYE Di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi

As salam dan selamat sejahtera, haaaiiii!!!!!!!!   Gila!!! Merindui korang semua. Aku hampir tersedak kerana disebabkan bola, naik, meningkat sungguh stats aku dalam blog neh. Macam aku cakaplah, memang blog aku neh sangat dull, kadang – kadang je aku cakap pasal bola neh, sebab aku memang minat pasal bola, hehehehehehheeee.  Hari tuh aku dah janji kan nak cerita pasal camp aku kat Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi???? Seyes!!!!! Serius aktiviti yang sangat best bagi aku!!! Tak pernah – pernah aku pergi camp yang salah satu aktivitinya ialah berbasikal??? Yaaaaaaa, berbasikal. Gerenti korang yang suka cycle akan teruja.  Apabila bercakap pasal camp, musti orang akan cakap,  Alah, tipikalnya, balik – balik aktiviti yang sama, masuk hutan, keluar hutan, main rentas anak sungai, pastuh survival, buhsannnnn!!! TET! ( kau tak reti bersyukur sungguh! ) Tetapi camp FYE kiteorang boleh dikatakan unik aktivitnya. Mungkin sebab kiteo