Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya, J

Even raya sudah hampir tamat, aku tetap mahu hapdet, miahahahahaha


Jeles meles aku kemain bila tengok semua blogger update cerita pasal hari raya diorang. Even, sambutan hari raya aku tak seberapa, well, the Eid must disambut! Hamek kau kecampuran bahasa di situ. Semangat raya tuh memang syiookk, sampai aku memang semangat nak buat kuih raya. Kiteorang buat 2 jenis kuih je, iaitu kuih arab dan kuih cornflakes madu.


Perggghhhh, nak buat 2 jenis kuih tuh pown dah kujur beku kaki neh haa buatnya. Aku tak terbayanglah orang yang ambik order untuk beratus – ratus kuih tuh. Perrgghhh, aku dah patah tulang buatnya. Dengan kek batik yang terlebih biskut marrie, bhahahhahaha.


Actually, 2 hari sebelum Hari Raya, aku disahkan demam, waaaaaaa, aku demam. So, aku cepat – cepat berlari ke klinik berhampiran, tetapi, semuanya sudah tutup, tutup untuk raya. Menangis aku dihadapan pintu klinik yang sudah tertutup rapat itu. Kemudiannya aku pergilah ke klinik Mediviron, tuh la satu – satunya klinik yang masih bukak, amek MC, then bayar, langsai RM50 daripada Kak Zura. Muehehehehehheeee.


Buat kuih raya pown dalam keadaan demam demam, batuk batuk, selesema selesema macam tuh la. Kuih 1st aku buat ialah kek batik. Korang carilah resipinya sendiri, mudah je. Masa nak buat kek batik tuh, esen vanilla takde taw. Aku puaslah korek – korek dapur mak aku tuh, langsung tak jumpa. Mak aku pulak, berjimba dekat Giant aku rasa. Aku col tak angkat – angkat, so berjimbalah tuh. Last – last aku tukar esen vanilla dengan air daun pandan yang aku tumbuk – tumbuk. Sodap juga kek batik aku tuh. Langsai jugak dalam perut – perut orang yang datang rumah aku beraya, hehehehe.









Dekat kampung, hari raya kedua, berjalan aku kat kampung tuh. Berjalan ke Batu Gajah, sempat juga nak masuk UTP dan UiTM, just aku rasa, semak je, hehehehe. Lepas tuh, berjimba pulak dalam Kellie Castle. Dekat situ, aktiviti wajib, photoshootinglah. Lepas dah duduk lama – lama kat Kampar tuh, beralih arahlah aku ke Port Dickson, hehehehe, negeri tanah tumpahnya darahku.


Dekat PD, berjimba juga aku. Tak kusangka tak kuduga, murah betolll tudung dekat situ, berborong tudung aku kat ctuh, hehheee. Kesempatan harus di ambil. Kemudiannya, usyar tentera pulak. Semangat aku neh mencari bakal suami daripada tentera. Hahahaha, biasanya, kalau semangat, takkan dapat, haaaiiihhh, biasanya, yang aku nak, aku takkan dapat. Mungkinkah? Takpe, jodoh tuh rahsia Allah S.W.T. aku terima seadanya.


Aku dah cakap kan? Raya aku tak seberapa, tapi, masih lagi meriah dihatiku. Aku tunggu Raya Aidiladha pula, tuh pown semangat juga, macam biasa, balik PD, hehehe, nak mandi laut Teluk Kemang.


Selamat tinggal readers, wait for the next entry pulak, jeng jeng jeng jeng. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Camp FYE Di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi

As salam dan selamat sejahtera, haaaiiii!!!!!!!!   Gila!!! Merindui korang semua. Aku hampir tersedak kerana disebabkan bola, naik, meningkat sungguh stats aku dalam blog neh. Macam aku cakaplah, memang blog aku neh sangat dull, kadang – kadang je aku cakap pasal bola neh, sebab aku memang minat pasal bola, hehehehehehheeee.  Hari tuh aku dah janji kan nak cerita pasal camp aku kat Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi???? Seyes!!!!! Serius aktiviti yang sangat best bagi aku!!! Tak pernah – pernah aku pergi camp yang salah satu aktivitinya ialah berbasikal??? Yaaaaaaa, berbasikal. Gerenti korang yang suka cycle akan teruja.  Apabila bercakap pasal camp, musti orang akan cakap,  Alah, tipikalnya, balik – balik aktiviti yang sama, masuk hutan, keluar hutan, main rentas anak sungai, pastuh survival, buhsannnnn!!! TET! ( kau tak reti bersyukur sungguh! ) Tetapi camp FYE kiteorang boleh dikatakan unik aktivitnya. Mungkin sebab kiteo