Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Sedar atau tidak, aku sudah habiskan study aku di UTM
tercinta. Sepanjang 3 tahun aku berada di UTM Skudai, banyak pengalaman,
dugaan, kenangan yang diterima, diperoleh, dan dirasai. Tiba – tiba rasa rindu
pulak pada bilik MA7 tuh. Walaweyhh!
Aku sendiri lupa bagaimana aku kumpul kekuatan untuk terus
bertahan dekat dunia Johor tuh haaaa. Aku sendiri lupa bagaimana aku boleh
siapkan PSM aku sebab aku banyak main – main. Aku teringat, laptop rosak, 5
hari juga laptop aku dekat kedai Meranti tuh. Kunun kata hari Jumaat boleh
siap, sekali aku pergi hari Isnin, tak siap – siap lagi.
Betol cakap orang, time PSM neh kita boleh cari siapa kawan
kita. Huhuhuhu, masa tuh aku lihatlah siapa boleh dijadikan rakan, siapa boleh
dijadikan kawan, siapa boleh dijadikan sahabat. PSM neh macam satu tirai untuk
seorang student tuh. Tirai itu akan diselak untuk lihat diri sebenar student
tuh. Kalau management PSM student tuh bagus, alhamdulillah, baguslah pengurusan
dia.
Subjek pon stress jugak. Lagi stress kalau subjek tuh banyak
kerja, hahahaha! Semuanya ada pro and contrast lah. Tak semua perkara buruk,
ada juga baik kalau dipandang serius. Cuma, sesungguhnya, aku memang giveup
dengan subjek TD, maafkan saya.
Kenangan banyak dekat UTM tuh. The most tak lupa ialah
ketika aku hilang fon K530i, enfon kesayangan tuh kowt! Yang kedua, masa aku
jatuh sakit sampai masuk hospital dekat Hospital Sultanah Aminah tuh haaaa.
Yang terakhir, aku orang paling lambat hantar thesis, -_-“.
Semakin matang aku berada di UTM. Harapan, bila aku konvo (
InshaAllah ), aku dapat lihat semula balai cerap. Feel the moment. inshaAllah,
kalau aku nikah, aku khabarkan berita indah itu. Kalau aku dapat kerja baru,
inshaAllah aku cerita jugak.
Aku suka ayat yang satu aku dapat dari rakan aku, “ dapat
kawan baru, kawan lama lupa, biasalah tuh” . die balas lagi “tak perlu terasa,
masing – masing begitu,sedar atau tidak” . die mention lagi “kalau perfect,rasa
bukan manusia,sebab tuh ade kesalahan”.
Well, lepas neh dunia baru pulak menanti guwer, doakan kejayaan
aku, amin!
WELL, DAH LAMA NAK HAPDET, TAPI TAK DE KESEMPATAN LANGSUNG!!!
Ulasan
Catat Ulasan
sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai