Assalammualaikum semua kepada pembaca tegar blog Pentas
Hidup Aku
“aku yang dulu bukanlah sekarang, dahulu ku ditendang
sekarang ku disayang”
Nyanyi sikit lagu Tegar, hahahah! Blog dah semakin usang,
semakin malas nak blogwalking, takde masa, takde itu, takde ini, takde segala –
galanya, alasan semuanya.
Macam biasalah, nak hujung tahun, aku akan buat macam report
untuk sepanjang tahun itu mengikut kepada bulan – bulan. Banyak aku lupa tahun
neh, mungkin sebab terlalu banyak sedih, sedih ke? Tak rase sedih pon. Baik,
laporan dimulakan, ehhh! Please start the music!
JANUARY
Wokayh, bulan January merupakan bulan pertama untuk semester
1 tahun 4 aku berakhir dengan menyiapkan test – test YB. Selain daripada itu, bulan
setelkan PSM. Apa itu PSM? Aku rasa, dah puas aku membebel pasal PSM dalam blog
aku neh, hahahahha!
FEBRUARY
Hurrmmphh, pada bulan ini, aku beli enfon baru, enfon boleh
whatsupp, hehehehe! Dengan bantuan RM200 daripada SKMM tuh. Hahahaha! Semester
2 tahun 4 sudah bermula! Maka, PSM semakin membara.
MARCH
Pada bulan ini aku habiskan duit beli printer, sebab rase
sangat penting, dan memang penting pon! Lepas tuh, subjek entrepreneurship buat perniagaan, so,
meniagalah kami semua SGG. Hahahaha! So kelakarlah time meniaga, tiba – tiba
teringat penat dekat rumah! Fuhhhh! Balik niaga, tidur, samalah dekat rumah,
balik niaga, tidur terus.
APRIL
Haaaa! Start cuti semester, then, ade sorang kawan aku suruh
install apps “Wechat”. Aku pon install r, seronok aku cakap, kemaen aku explore
Wechat tuh haaa. Lepas tuh, aku join kursus kahwin, entah kenapa, kuat sangat
aku nak join, so joinlah.
MAY
Bulan ini, bulan PRU, pilihan raya Malaysia, so dapat balik,
pes time kau aku mengundi. Kecoh pulak koperal yang jage depan tuh. Balik je
daripada pru, demmm! My lappy hancus! Boleh pulak charger pot die rosak,
melayang RM120. Hahahaha! Sambung menyiapkan technical paper yang kene hantar
segera. Aku siapkan dalam masa seminggu sahaja! Aku tak tahu macam mana aku
buat. Viva pulak 29hb5, memang berdegup kencang. Alhamdulillah, viva berjalan
dengan lancar, aku tak rase di panah – panah, or ditembak – tembak, kalau di
down – down kan tuh, ambil sebagai ajinomoto penambah rasa saje.
JUNE
Bulan ini memang menguji jiwa aku berada di UTM.
Almaklumlah, sisa – sisa terakhir di UTM. Ketika ini, jerebu memang teruk
melanda di Johor, perggh, aku bangun, memang rasa macam dekat Genting, padehal,
bau asap, hahaha! Gad – gad kat UTM semua aku tengok dah separuh ninja. Yang
jage gate tuh, sumer pakai mask pakai spek rayban hitam. Tuh pasal aku panggil
separuh ninja. Aku pulak, entah macam mana, aku boleh harung semua jerebu tuh
semata – mata untuk siapkan penulisan thesis aku. Paling sedeyh ialah moment
hantar thesis, aku orang terakhir hantar thesis sebab masa jilid tuh, nama aku
tercicir. Sedeyh aku! T____T . menangis aku depan Encik Imzan, pergghh! Rasa
malu pulak. Aku tak join diorang snap picture sebab aku terlampau sedeyh. Dah
la tinggal sorang – sorang dekat blok MA7. Bila pukul 5 petang je, memang dah
jadi tugas aku untuk bukak sumer lampu dekat row aku stay tuh. Bila tinggal
sorang – sorang, aku boleh dengar suara budak – budak palapes tengah trening.
Lepas tuh, aku tengok arked gelap gelita. Student dah habis, dah balik sumer.
Teem dah balik awal – awal. Masa kemaskan barang, aku mula teringat kenangan sepanjang
berada di UTM.
“ aku teringat masa mula – mula aku sampai UTM Skudai, aku
sesat sampai ke kandang kuda, lepas tuh, baru 2 minggu tinggal, aku hilang fon,
kalau takde Diela and Teem, kesian aku. Kalau takde kak Ain pinjamkan telefon,
aku tak boleh kontek family aku. Lepas tuh aku mula bawak diri dekat negeri
orang, aku mula biasakan diri dengan suasana baru seperti waktu solat yang
lebih awal. Kemudian, boleh pulak aku sakit sampai masuk hospital JB depan laut
tuh, lagi sekali, tanpa kak Ain and the gang, aku tak boleh pikir lagi. Sue
juga sentiasa di sisi aku, walau dia tertidur dekat hospital, hehehehe! Thanks
Sue! Lepas tuh aku kembali jadi roomate Teem, Teem cerita semua pasal scandal
dia, well, dia masih seperti dulu yang aku kenal! Thanks ! “
Malam terakhir dekat UTM, aku sedeyh sebenarnya. Sedeyh
tinggalkan kenangan yang membesar bersama dengan aku.
JULY
This is my month! And bulan denggi. Seluruh ahli keluarga di
kuarantin sebab demam denggi. Kami tak boleh keluar sesuka hati. Doktor syak,
nyamuk tuh dari Skudai, hhherrrkkkk! Dapat
wish daripada orang untuk besday! Terima kasih semua.
AUGUST
Raya and Merdeka Day! Job hunting.
SEPTEMBER
Dapat kerja, alhamdulillah, kerja sebagai staff sahaja.
OCTOBER
Lalalalalala! Convocation Day! Memang moment yang ditunggu.
Nak nak pulak, aku orang last terima degree untuk sesi tuh. Haaddooii! Pes time
keluar dengan dia, aherher. Pes time jumpa dia. Minta dia ambilkan jubah
actually. Well, dia tinggi dari aku ( opkos lah ), sexy back ( aku mintak dia
tak bace blog aku! Pleasssseeee! ), die comel sangat! Hokaayhh! Stop puji – puji dia, kang terbatuk terbersin dia tuh kat sane.
Control beb! Control!
NOVEMBER
Berhenti kerja.
DECEMBER
Last month dalam tahun 2013, hurrrmmphh, well, aku lihat
semula azam – azam aku, aku dapat capai hampir kesemuanya. Ada yang berjaya,
ada yang kurang berjaya. Ouh, selamat pengantin baru Mel dan Kamil! Terima
kasih Mel, beri aku peluang masuk dalam family, sangat fleksibel family you
Mel! Nanti inshaAllah, bila – bila masa, aku datang lagi. Nanti aku kahwin, kau
datang taw, jadi mak andam aku pulak, hahahaha!
Sekian, herrrmmm, esok aku hapdet pulak blog untuk Azam 2014, tengah fikir!
Ulasan
Catat Ulasan
sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai