Langkau ke kandungan utama

Shout To My Ex

Hi, Assalamualaikum gais.

Eh dah macam tiru video masakan Kerulameng plak. Saje eja macam tuh. Khairul Aming sebenarnya. 

Dia famous sangat bagi aku. Bermula video biasa - biasa je. Sekarang dah ada bisnes sambal nyet sampai untung berjuta katanya. Aku langsung tak berkesempatan membeli. 🤣🤣🤣🤣.

Tak syiok r menaip dalam telefon. Keypad kecik bonar eh. Asyik typo je. Aku beli tab kat shopee. Kena banned plak kedai tuh. Hadeh. Tengah tunggu proses cancel neh ha. 

Tunggulah. Dapat je balik limit aku, aku nak beli tab baru. 

Gais, berbalik tajuk post aku. Kontroversi sangat kan? 

Hahahaha. Aku rasa, ada ex aku baca blog aku, tapi mungkin lepas dia tahu, aku dah berkahwin, dia stop membaca kowt. Aku pon kurang dah bercerita dalam blog. Banyak kat Twitter. 

Tapi, semalam, bukan semalam, hari tuh, aku macam gaduh gaduh manja dengan hasben aku. Alahhhhh, tengah laki aku main game, aku tarik henfon dia. So dia macam marah aku. Aku kata "lu nak apa, lu nak apa". Kemudian dia bengang agaknya, dia cakap "wa nak anak". Then, masa tuh aku rasa macam angin lalu kuat. Aku diam. Daripada suasana macam haru biru, jadi awkward.

Taklah aku terasa hati, tapi bila laki aku cakap macam tuh, aku rasa macam nak diamkan diri dan berlalu begitu saja.

Ok, stop kejap, nak solat.


Ok sambung update entry blog. Wah, lamanya tak dengar perkataan tuh.

Nak cakap aku tak terasa, tipulah kan. Mestilah aku terasa. Lagi lagi menantu mak mertua aku baru kawen 3 bulan dah beranak. Eh! Eh! Eh. Lantak r.

So, aku rasa macam rendah diri. Aku masih tiada anak. Mesti raya kali neh aku dapat soalan macam tuh kan. Arrghhh, makcik bawangS. Plural S 😝🤣.

Kalau kena covid19 time raya bagus jugak. Dapatlah tak berjumpa dengan orang luar. Ini, sesiapa yang masih suci daripada virus covid19, dikatakan tiada member. 😭. 

Cuma, aku terfikir, kalau hubungan aku dengan ex aku sampai ke jinjang pelamin. Mungkin ke dia dapat menerima kekurangan aku ini? 

Dapat ke dia bertahan kalau member dia perli dia "kau tak hebat mendayung beb, tuh tak berhasil". 

Dapat ke dia senyum walaupun pakcik makcik dia kata "karang tua, takdek orang jaga, ada anak neh bagus, jaga kau masa tua". 

Dan aku fikir jugak, dapat ke dia setia dengan aku dengan masalah yang ada neh. 

Jadi, aku rasa ada hikmahnya aku putus dengan dia. Hubungan aku berakhir sebab dia tak kan rasa apa aku rasa sekarang. Mungkin mulut dia sekarang boleh cakap "i boleh terima all yours flaws". Then, kau buang aku. 

Bukanlah aku fikir jauh ke nung sana, cuma aku terfikir. 

Aku bukan nak cakap, suami aku sekarang tabah, dapat bini macam aku. Cuma aku rasa, kalau aku bersama ex aku, mungkin tak selama neh aku bersama dengan dia. 

Aku ada banyak ex, scandal (eh, berlagak pulak). Tapi ada 1 tuh, aku memang perhatikan dia daripada jauh. Dia mungkin tahu nombor lama Maxis aku. Aku dah tukar nombor aku.

Dulu, masa akal aku masih remaja basi sibuk pakai shawl, lilit, lepas tuh tepek celak, pakai lens, aku post entry mengenai macam mana aku move on daripada ex, sekarang aku buat lagi, tapi untuk tujuan kebaikan bersama. 

Aku harap dia jumpa jodoh yang baik baik keturunannya. Yang boleh bagi dia anak 1 team bola sepak 🤣. Yang boleh jadi suri rumah tangga sepenuh masa.

Jangan risau. Aku lama moveon. Bak kata milenial sekarang "mubon beb". 

anak bulus pon best jugak. Datang meroyan dia, haru biru rumah hampa 🤣🤣🤣🤣.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Camp FYE Di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi

As salam dan selamat sejahtera, haaaiiii!!!!!!!!   Gila!!! Merindui korang semua. Aku hampir tersedak kerana disebabkan bola, naik, meningkat sungguh stats aku dalam blog neh. Macam aku cakaplah, memang blog aku neh sangat dull, kadang – kadang je aku cakap pasal bola neh, sebab aku memang minat pasal bola, hehehehehehheeee.  Hari tuh aku dah janji kan nak cerita pasal camp aku kat Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi???? Seyes!!!!! Serius aktiviti yang sangat best bagi aku!!! Tak pernah – pernah aku pergi camp yang salah satu aktivitinya ialah berbasikal??? Yaaaaaaa, berbasikal. Gerenti korang yang suka cycle akan teruja.  Apabila bercakap pasal camp, musti orang akan cakap,  Alah, tipikalnya, balik – balik aktiviti yang sama, masuk hutan, keluar hutan, main rentas anak sungai, pastuh survival, buhsannnnn!!! TET! ( kau tak reti bersyukur sungguh! ) Tetapi camp FYE kiteorang boleh dikatakan unik aktivitnya. Mungkin sebab kiteo