Langkau ke kandungan utama

Sally & Rozy

Assalamualaikum.

Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku. 
ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes. 

Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang.

Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣.

Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣. 

haaa, giteww nyyahh. Kaler green gitewww. 

Cuma tak sedap, tang aku baca komen. Netizen semua komen "mana kak rozy", "rozy mana", "kawan baik pon tak datang ke rozy". Kemudian tag si Rozy tuh. 

Korang bayangkan, tengah Rozy buat video content mekap2, tiba, ada orang mengumpat dia belakang, dia tergigit lidah, tak memasal gincu sampai ke leher lari sebab terkejut tahan sakit.

Penuh komen tuh. Ada beberapa tiktokers lain pula, buat video, tapi caption macam nak suruh netizen membawang lagi. Well, tiktokers tuh tak salah, why? Sebab itu hal dia la nak upload apa. 

Tak kurangnya, ada netizen yang kata "takyah sibukla hal diorang". Baguslah kalau perangai macam tuh. Cuma, bagi akulah, engkorang yang dah jadi tiktokers femes (maaflah eja salah, memang sengaja eja macam tuh, supaya carian jadi tinggi hahaah, taklah, ikut trend ejaan), seluruh kehidupan kau, adalah suatu hiburan buat kami netizen. Andai kata korang buat video content menangis, attention seeker, memang netizen akan judge. So, nasihat aku, benda dah viral, moveon 🤣.

Aku taknak cerita pasal Sally & Rozy. Diorang bergaduh ke, apa ke, itu masalah diorang. Cuma aku nak cerita, aku pernah ada pengalaman Sally & Rozy. 

Aku pernah berkawan dengan seseorang. Memang rapat. Siap boleh pinjam duit weyh. Bulan depan baru bayar. Siap cerita pakwe (hasben akulah) perangai macam mana. Siap cerita macam mana boleh kenal, hubungan cinta yang kena halang dek family aku.

Haaaa, jangan tak percaya, cinta aku dulu, asalnya bapak aku tak bagi kahwin. Dia kata rugi je kahwin. Tapi, bila aku dah kahwin, aku tahu dah kenapa bapak aku tak bagi. Apa nak buat, dah syiok hidup laki bini, moveon je la 🤣. 

laki aku zaman remaja dia

Hubungan yang rapat sehinggalah suatu hari, datang kawan lagi 1, kami mula renggang. Aku takdek la salahkan orang baru, cuma nak cerita start bila renggang tuh. Kebetulan, aku pon buzy. Buzy dengan kehidupan sendiri, buzy kerja. 😂.

Keadaan berlarutan sehinggalah satu hari, kami berjumpa face to face cerita masalah masing - masing. Kawan aku, tuduh macam - macam, tapi masa tuh aku rasa, semua tuduhan dia tak rasional. Tak logik. Dia seolah - olah tak puas hati dengan aku, bila aku cakap aku tiada masalah dengan dia. Dia desak aku, akhirnya aku ceritalah masalah aku dengan pakwe aku yang bapak aku tak bagi kahwin. Dia boleh pulak nasihatkan aku, suruh berpisah dan fokus dengan kerja. Tinggalkan pakwe aku, mungkin jodoh aku dengan orang yang lebih baik. 

Well, nasib aku tak ikut nasihat dia. Kalau tak, mungkin aku kahwin dengan lelaki yang ceraikan aku sebab tak boleh pregnant. 🤣. 

Selepas kes itu, aku cuba berkawan dengan dia. Rapat dengan dia. Aku cuba sembang dengan dia. Dia pula macam layan acuh tak acuh. Aku pujuk hati aku. Lama - kelamaan, dia jadi strangers. Akhirnya, aku dah tak mesej dia selalu. 

Last aku contact dia, sebelum pkp tahun 2020. Dia ajak datang open house raya 2019, tapi aku tak dapat datang sebab aku sakit masa tuh. Tapi adalah aku dengar khabar dia daripada kawan aku yang lain. Oklah tuh. 😊. 

Kes terjadi jugak kepada bff aku yang gila gila perangai jugak. Dia ada berkawan rapat sehinggalah setiap hari mesti keluar makan, plan hiking sana sini. Kemudian, mereka bergaduh besar, sampaikan kawan aku neh, menangis, mintak cuti sebab stress bergaduh. Dan sekarang neh, apabila diorang cuba untuk berkawan semula, rasa awkward sangat.

Semua orang pernah rasa pengalaman ini. Bezanya, kau tak femes macam Sally & Rozy. Orang taknak tahu hal kau. Aku rasa, yang dok komen tanya mana Rozy, mana Sally, mana Jenny. Haaaa, diorang pon ada je pengalaman macam neh. 

Bagi akulah, lebih elok, diamkan sahaja hal macam neh. Tak perlu kita tanya lebih kalau kita tak tahu apa - apa. Kawan aku tuh pon ok je, sihat je. Alhamdulillah. Bermaksud, mungkin jodoh berkawan sampai situ je Allah bagi. Allah bagi kita berkawan tuh pon kira rezeki taw. 

Dan aku mintak jugaklah sesetengah person public figure, bila buat 1 caption, tak perlu mengundang netizen untuk membawang lagi. Contohnya kau buat status, kemudian netizen desak kau, komen macam-macam. Kau memang ada hak untuk ignore, tapi, netizen lain yang akan cucuk line, bukan cucuk jarum yeh, line. Cerita yang bukan - bukan. Jadi, sebelum anda nak post, komen, silalah fikir ke hadapan. Kalau kau tutup ruangan komen pon, netizen akan screenshot atau nama pendek, ss. Haaaa, ss nyaaahh. Netizen akan ss dan akan buat sebagai status. 😆. Modal nak bercerita. 


Letih dah menaip neh. Aku harap, semua pihak dapat pengajaran daripada cerita aku. Sebab tuh, aku tak rapat dengan keluarga mertua aku sangat. Aku risau, 1 day jadi macam tuh. Awkward weyh. Adik ipar aku dah merasa. Awalnya kemain dia suka nak dapat kakak ipar baru. Tapi bila kakak ipar baru dia buat hal, baru dia rasa menyesal. Haaa, lupakan je la nyahh. Benda dah viral. 

Oklah, see next postlah. 

Nantilah aku fikir nak tulis pasal apa. 

Jap, aku nak masukkan gambar. Gambar tiada kena mengena dengan cerita. 



Ulasan

  1. Sama laa. Ada 1 kisah dengan roomate. dia salah faham housemate lain buat cerita pasal kita. Padahal kita dah lebih 10tahun berkawan berbanding housemate yang baru 3tahun kenal. Lebih 1tahu. Juga tak bercakap (walaupun sebilik) hahaha pergi balik kerja tak pernah sekali pun bercakap. Hahaha sampai 1hari ada masalah kat bilik tu, selepas setahun roomate text bagitahu kena jaga² kat bilik tu. Start tu Lah Alhamdulillah kami dah berbaik semula. Walaupun mula² agak awkward, tapi sekarang ok dah. Cuma vibe dia tak sama macam dulu yang gila² 😝😝

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah