Langkau ke kandungan utama

Skincare 101 1.0

Hi gais.

Kerulameng sudah melancarkan produk baru dan habis terjual dalam masa 3 minit. Tapi tuh la, aku tak minat cara gitu, kena berebut dalam on9. Sambal nyet dia tuh pon aku beli lepas setahun hype kat socmed. Aku ingat lagi, masa tuh, platform dia menjual, hanya di Instagram & Shopee. Aku ingat lagi, waktu jualan Sambal Nyet hanya pada waktu tertentu. Nak berebut dengan beribu orang masa tuh, nak bukak Shopee pon jemmed. Siap orang bagi tips. Awal2 add to cart dulu. Dah pukul 12.00,terus cashout. 🤣.

Ok, done with kerulameng. 

Wanita kerjaraya. Apa aku eja.

Ok, berbalik kepada tajuk. Skincare 101 1.0. 1.0 tuh bermaksud bahagian pertama. Saya tahu, saya tidak layak untuk bercerita tentang skincare sebab wajah saya tidak flawless. 

adoi, mata tumbuh jerawat. Sakitnya sampai ke belakang kepala. Dapat MC 1 hari.

Kulit aku memang bebas jerawatlah, sebab aku ada masalah hormon. Itu pasal I kennot pregnant. Susah maw pregnant. Tapi kulit aku terlampau kering. Ditambah dengan penyakit diabetes, lagi kering.

Aku memang ada banyak range lotion. Aku pernah beli lotion mahal, tapi tak berguna
Last2, krim Aquous KKM bagi tuh berfungsi melembapkan kulit aku. Menyesal beli krim mahal mahal.

Flawless kan kulit model? Beginilah imej janaan AI. Flawless saje. Tiada yang buruk.

Ok, aku nak share, setahu mana tentang skincare je la. Selebihnya, korang kena berjumpa dengan pakar. Aku galakkan korang pergi pakar dermatologi yang bertauliah. Jangan jumpa orang sebarangan atau jual produk merkuri, timbang kilo dan seangkatan. 

So, untuk skincare 101 1.0 kita akan belajar bagaimana hendak mengenali jenis kulit kita. Aku cuma tahu 2 cara. Yang pertama, jumpa doktor pakar. 😂. Ini memang confirm tepat. Nombor 2,menggunakan tisu.

AI neh aku suruh create facial mask. Dia guna clay mask. 

Back to cerita kita pasal skincare. Bagaimana sehelai tisu boleh bagitahu kulit muka kita jenis apa. 

Step 1. 
Sediakan 1 keping tisu muka yang nipis tuh. Jangan guna tisu dapur tuh. Jangan guna wet tissu. Tak menjadi. 

Step 2.
Malam sebelum tidur, jangan guna apa2 kat muka. Ataupun, hanya guna sedikit krim moisturizer. Kemudian tidur macam biasa. 

Step 3.
Bangun pagi, jangan cuci muka. Tepekkan tisu ke muka korang. 1 keping kat dahi. 2 keping kat pipi. 1 keping kat hidung. 1 keping kat dagu. 

Step 4.
Korang tepek dan perhatikan tisu tuh. Di area mana paling dia melekat. Kalau semua bahagian melekat, tahniah, kulit jenis berminyak. Jika ke semuanya jatuh, tak melekat, tahniah, jenis kulit kering. Sekiranya ada beberapa kawasan melekat, ada tidak. Tahniah, anda memiliki kulit kombinasi. Kulit kombinasi biasanya akan berminyak di bahagian T zone iaitu batang hidung dan dahi akan berminyak lebih. 

Untuk jenis kulit sensitif, kebiasaannya dia ada rashes ataupun kulit dia kemerahan yang macam kena panggang. Dan kebiasaannya, kulit sensitif neh, dia sangat sensitif dengan semua ingredient. Tidak kira yang mahal atau yang murah. 

Kalau dia cakap, dia pakai produk mahal je elok, maksudnya dia memang seorang yang kaya. 🤣🌏. 

Tepek skincare, jangan tak tepek. 

Okayh. Lepas korang dah buat eksperimen tuh, korang dah boleh membeli skincare demi kecantikan kulit muka anda. 

Korang abaikan ayat toksik. Antaranya :

Aku je ke yang tak pakai skincare neh? 
Aku guna air wudhuk je
Membazir lah skincare 
Mahalnya, kau lainlah, kerja gaji besar. 
Untunglah, ada suami prihatin

Paling toksik: suami aku tak kisah aku muka macam neh. Dia setia & sayang ke aku sorg je. 


ANDA PASTI SUAMI ANDA SAYANG ANDA? 😂


Satu lagi, skincare only not for fair skin. Skincare is for everyone including Man. Kulit merupakan organ terbesar yang boleh didermakan nanti. Bayangkan, berjuta merasa manfaat organ tersebut. 

Jadi, kecantikan milik semua. Semua berhak cantik. Tak kira, dia gemuk, nenen besar, bontot besar, nenen kecik, bontot kecik, semua aku tulis. Kecantikan hak milik setiap insan. 

Jadi, korang selamat memasuki dunia skincare. 

Ini baru 1.0. Lepas neh aku share pasal rutin skincare. Bahan aktif skincare (yang aku tahu je la). Cuma, biasakan diri dengan step by step. Jangan terus bukkkkk. 

Babai. Kita sambung nanti di entry baru ya rakan2. 




Ulasan

  1. Thank you for contributing such a well-thought-out piece to the discussion.

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...