Langkau ke kandungan utama

baru kesedari


Baru ku sedar akan kehadiran dia di sisi aku selama ini.Tetapi kenapa sekejap sahaja kehadiran dia di sisi aku.Sekadar dapat melihat senyumannya yang menyerikan hidup aku.Sekarang ini aku yang keseorangan.Aku rugi kerana melepaskan segala peluang yang ada di hadapan aku kini.Kini sudah terlambat untuk aku patah semula dan menyatakan kerugian ku ini.Aku tidak boleh menebus semua ini.Kesalahan aku cuma kecil, tetapi kesannya membawa sehingga aku rugi.Aku ingin sekali kembali menjadi seperti dahulu, tetapi sudah terlambat.Dia pula sudah meninggalkan aku keseorangan disini.Aku kebuntuan.Akukah yang bersalah selama ini?Kenapa salah ini terbeban kepada diriku seorang sahaja?Tidak bolehkah kita menanggungnya bersama – sama?Kenapa kau biarkan aku sahaja yang menghadapi duka lara ini?Kenapa engkau membiarkan aku bangkit sendiri daripada segala kerugian dan kegagalan dalam hidupku?Mengapa engkau tidak membenarkan hatimu mendengar suara hatiku yang merintih memerlukan dirimua untuk sepanjang masa?Tidak kau mendengarinya?Jangan tulikan telingamu daripada mendengar suara hatiku yang menjerit memanggil namamu sepanjang masa.Jangan kau bisukan suaramu daripada memanggil namaku untuk setiap hari.Panggillah namaku, jeritlah daripada hatimu.Siapa aku di hatimu?Siapakah aku ini disisimu selama ini?Aku cuba untuk melupakan dirimu yang hadir memberikan semangat dan senyuman.Sukar bagi diriku untuk melupakan dirimu itu.Kau hadir seperti kilat, bercahaya di langit sebelum hujan.Cahaya itu memberikan langit petunjuk bahawa hujan akan turun sebentar lagi.Akhirnya guruh berdentum.Kita bergaduh seperti guruh yang saling berdentuman.Menakutkan kanak – kanak kecil pada waktu malam.Tidak lama kemudian, hujan turun dengan renyai seperti air mata aku yang mengalir di pipi.Mengenangkan saat manis dahulu.Kini hujan yang renyai itu semakin lebat membasahi tubuhku yang sudah mula longlai.Aku membuka mata dan melihat air hujan yang bertubi – tubi menghambat diriku ini.Akhirnya aku membuat keputusan untuk meredah hujan itu.Semoga dihujung perjalanan itu aku menemui cahaya matahari yang akan menghilangkan air hujan ini.Kegembiraan akan menyelubungi diriku ini.Tiada lagi kesedihan.Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...

Camp FYE Di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi

As salam dan selamat sejahtera, haaaiiii!!!!!!!!   Gila!!! Merindui korang semua. Aku hampir tersedak kerana disebabkan bola, naik, meningkat sungguh stats aku dalam blog neh. Macam aku cakaplah, memang blog aku neh sangat dull, kadang – kadang je aku cakap pasal bola neh, sebab aku memang minat pasal bola, hehehehehehheeee.  Hari tuh aku dah janji kan nak cerita pasal camp aku kat Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi???? Seyes!!!!! Serius aktiviti yang sangat best bagi aku!!! Tak pernah – pernah aku pergi camp yang salah satu aktivitinya ialah berbasikal??? Yaaaaaaa, berbasikal. Gerenti korang yang suka cycle akan teruja.  Apabila bercakap pasal camp, musti orang akan cakap,  Alah, tipikalnya, balik – balik aktiviti yang sama, masuk hutan, keluar hutan, main rentas anak sungai, pastuh survival, buhsannnnn!!! TET! ( kau tak reti bersyukur sungguh! ) Tetapi camp FYE kiteorang boleh dikatakan unik aktivitnya. ...

Skincare 101 1.0

Hi gais. Kerulameng sudah melancarkan produk baru dan habis terjual dalam masa 3 minit. Tapi tuh la, aku tak minat cara gitu, kena berebut dalam on9. Sambal nyet dia tuh pon aku beli lepas setahun hype kat socmed. Aku ingat lagi, masa tuh, platform dia menjual, hanya di Instagram & Shopee. Aku ingat lagi, waktu jualan Sambal Nyet hanya pada waktu tertentu. Nak berebut dengan beribu orang masa tuh, nak bukak Shopee pon jemmed. Siap orang bagi tips. Awal2 add to cart dulu. Dah pukul 12.00,terus cashout. 🤣. Ok, done with kerulameng.  Wanita kerjaraya. Apa aku eja. Ok, berbalik kepada tajuk. Skincare 101 1.0. 1.0 tuh bermaksud bahagian pertama. Saya tahu, saya tidak layak untuk bercerita tentang skincare sebab wajah saya tidak flawless.  adoi, mata tumbuh jerawat. Sakitnya sampai ke belakang kepala. Dapat MC 1 hari. Kulit aku memang bebas jerawatlah, sebab aku ada masalah hormon. Itu pasal I kennot pregnant. Susah maw pregnant. Tapi kulit aku terlampau...