Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lelaki

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kita Yang Pertama

Hye, assalamualaikum, selamat sejahtera. Mujur ada pamoga. Ok, teruskan. *iklan sekejap*. Hari ini, cuaca extreme panas ( tapi aku masih boleh tidur). Jadi, aku baring atas tilam, depan kipas. Aku skroll galeri dalam phone. Ade dalam 3k gambar aku. Dominan nya ialah kucing, kedua dominan selfie aku. Gambar yang terakhir ialah gambar kita sayang. Aku rindu sangat kat kau di saat ini. Cheh bllaahhh. Kau bukannya jauh sangat sampai nak rasa rindu. 10 minit sudah sampai rumah dia. Gambar ini bertarikh 29hb12tahun2013. Sudah 2 tahun aku mengenali kau. Dalam masa 2 tahun ada rasa sayang, benci, rindu, sedih, gembira. Banyak halangan yang kita hadapi. Banyak juga kenangan. Aku berharap hubungan kita berkekalan sehingga jannah. Orang cakap berdoa banyak - banyak. Aku berharap kita bersama.

Kembar

Dear hati &  perasaan. Hye, assalamualaikum, selamat sejahtera. Apa khabar anda berdua dia bawah sana? Lama tak berborak, tak bertanya khabar berita. Rindu rasanya. Kita saling berinteraksi. Hati dan perasaan ibarat kembar. Samalah otak dan akal, kembar azali. Hati, kau dipenuhi nafsu. Otak dipenuhi fakta dan logik. Hati dan perasaan saling berkait. Hati, kalau kau rasa sedih, perasaan mesti berbalaskan? Oh, alangkah seronoknya hati. Jauh dimata dekat dihati. Otak dan akal sentiasa berfikir untuk puaskan hati dan perasaan. Hati, aku nak bertanya, apa rasanya sekarang neh kau? Perasaan, jangan sibuk menjawab, aku tanya hati. Apa? Kau rasa sedih. Aku dengar cerita, hati sekali lagi kecewa. Kerana apa? Duniawi? Hati, mesti perasaan mengikuti kau kan. Perasaan, kau rasa apa yang hati rasa? Hahahahaha, mesti hati dan perasaan bertanya apa fungsi otak dan akal kalau hati dan perasaan sedih. Hurmmphhh, otak akan berfikir, kenapa dia sedih. Akal pula akan cari jalan untuk hilangka...

Hari Konvokesyen UTM Skudai ke 51

Assalammualaikum semua!  Waaahhh! Terlalu lama aku tak hapdet neh. Terlalu buzy dengan kerja yang huummmpphh! Baik, jangan di cerita pasal kerja, sampai bila - bila pon aku tak paham. Nak bercerita tentang hari konvokesyen aku. Ehem! *pasang mic* *betol2kn mic* Pada 27hb10 telah berlangsungnya hari Konvokesyen UTM Skudai ke 51 untuk Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Tak ingat seramai berapa ratus, tapi yang pasti, ade 3249 graduan yang konvo pada hari tersebut sebab aku merupakan graduan terakhir yang bernombor 3249. Hari tuh merupakan hari yang agak debar - debar, jadi, sejak pukul 8 pagi agi dah bangun. Gosok baju. Mandi and pakai mekap. Ketika pakai mekap, oleh kerana hari sangat panas, dan berdebar dengan kehadiran family, maka, segala bedak, eyeshadow, eyeliner, blusher cayooorr dek panas. Hahahahaha!!!! Lepas mendaftar dengan bantuan Mel, maka aku menunggu kehadiran family dengan penuh sabar dekat Masjid Sultan Ismail. 1st time la katakan. Lepas jumpa famil...

Kami Budak Final Year

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Ye aku tahu, sudah berabad aku tak update. Maaf, terlalu buzy dengan PSM sendiri. Terlalu fokus dengan final year sampai terabai blog. Tapi, twitter selalu update. Wechat selalu on9, sebab discus pasal study, ppuuuiihhh! Pendusta terbaik di alam fana ini. Jadi, hari neh, merupakan hari – hari untuk meniti sisa – sisa hidup di UTM Skudai. Ade lagi beberapa tempat aku tak pergi iaitu JPO weyhhh! Lepas tuh aku nak makan steamboat. Itula permintaan aku, and then, aku nak naik balai cerap. Banyak kenangan dekat balai cerap kowt, hehehehe. Terima kasih kepada roommate aku sebab die jadi driver aku bawak aku pergi sana, pergi sini, dengar aku membebel pasal PSM, melihat aku jadi down syndrome sebab result PSM aku yang salah, sudi pinjamkan lappy ketika lappy aku berada dalam wad sebab koma. Nanti tahun depan, roommate ko pulak tengok ko jadi down syndrome, wahahahaha! Lagi 1, terima kasih sudi paham aku dengan DIA, wakakaka...

My Soldier

Buat awak di luar sana, mungkin sudah kembali ke Kem Majidee untuk mendaftar, untuk jadi Koperal. Saya sangatlah sakit hati, tetapi hari neh, saya ingin bercerita. Ketika ada rakan rakan saya bercerita, mereka tidak percayakan kekasih hati mereka, saya disini pulak sentiasa mempercayai awak. Siapa lagi memerlukan kepercayaan awak, jika bukan daripada saya. Semasa rakan rakan saya berborak dengan kekasih hati mereka, saya sentiasa memandang telefon dengan harapan awak akan call saya pada waktu itu. Apabila melihat SMS awak, saya cepat – cepat membalas walaupun awak takkan balas lepas tuh, tidak pon awak balas lambat. Saya sengaja tidur lambat, menunggu panggilaan awak pada pukul 3 pagi, hampir setiap malam saya menunggu. Awak call saya pukul 3 pagi, dan setiap kali awak tanya saya sedang buat apa, saya akan cakap “ tengah tunggu awak call “. Saya senyum bila rakan – rakan saya cakap boyfren dia milik dia, saya cuma cakap awak hak milik Allah, Kerajaan,...

Wordless Wednesday #12

tenkiu Liew, :) 

Jika Kita Masih Bersama Lagi

assalammualaikum dan selamat sejahtera, izinkan saya berjiwang lagi. indahnya dunia aku bersamamu,  ku kongsikan cerita gembira dan sedih,  kau menjadi telinga untuk ceritaku,  ketika aku perlukan bahu untuk menangis,  kau lah orangnya. masa sentiasa berputar tika bersamamu,  hujan terasa bahang,  mentari terasa salju yang gugur ke bumi, bunga - bunga mekar, rumput nan hijau. hari - hariku lalui dengan senyuman adanya kamu disisi saat bahagia milik kita berdua, aku harapkan berkekalan. simpan cinta kita, simpan segala - galanya aku cukup bahagia, aku cukup rasa cinta, cinta bisa ubah aku! mungkin, ayat ini untuk kau, jika kita masih bersama lagi, 

Kekasih Gelapku

Assalammulaikum dan selamat sejahtera. Hari neh halalkan saya untuk berjiwang, sekian terima kasih. Kekasih gelapku, Sewaktu aku berkenalan dengan dirimu, Memang kau gelap, tiada cerah di kulitmu. Sewaktu mengetahui namamu, Aku tergelak sendirian sambil melihat Facebook kau. Berkali – kali cursor ku menari di ruangan “ Add Friend “ Tetapi, aku sengaja melambatkan proses itu. Aku lihat lagi Facebook kau, Ya, aku rasa kau ada Twitter. Jadi, aku follow Twitter kau dahulu sebelum add di Facebook. Kekasih gelapku, Akhirnya aku add kau jua, atas permintaan orang. Bila kau approve, laju jariku menetik sana sini di profile kau. Aku suka tengok gambar kau, Aku RT tweet kau, tapi memang lama nak tunggu kau tweet tweet. Namun, kekasih gelap tetap menjadi kekasih gelap. Kulit kau tetap akan gelap, dan aku terus menjadi sisi gelap kau. Kau mungkin tak dapat melihat aku, walau aku cerah daripada kau Kerna aku adalah sisi gelap dalam hidup kau. Aku tak ...

Semalam Punya Cerita

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya. http://klpos.com/sukan/30852-malaysia-tewas-fadhli-shas-minta-maaf Anda tahu apa terjadi semalamkan?? Harimau Malaya gagal beraksi ke final. Tak mengapalah HM, I tetap sokong u, cuma semalam, serius aku tak puas hati, kenapa Fadhli Shah dilayangkan kad merah. Hokayhlah, aku taknak orang datang ke blog aku sebab AFSuzuki Cup 2012. Taknak! Taknak! Taknak! Sebab aku taknak cerita pasal AFSuzuki Cup 2012, bukan kecewa. Tak pernah pulak aku kecewa dengan HM, cuma, aku nak bercerita pasal progress kerja aku neh. Korang taknak tahu? Takpelah, ada orang lain yang nak tahu tuh. Hehehehehee. PSM tengah touchup. Sedang dalam pemprosesan nak buat proposal. Setelah berhempas pulas mengarang ayat. Then, kepala aku sakit sepanjang minggu neh, yelah, waktu tidur aku tak betul. Suka hati aku je tidur. Kejap – kejap, pukul 3 petang aku dah boleh tidur. Pukul 10 malam pon aku dah tidur. Sakit kepala aku dibuatnya. Selama hampir 3 ...

Resepsi Shafzihad & Elina

Pada hari Jumaat, bertarikhkan 7hb12tahun2012, aku bergerak ke Seremban untuk pulang ke Port Dickson. Ooopppppssssss! Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Seperti yang dijanjikan, aku nak hapdet entry pasal resepsi abang aku. Heeeeeee~ Ouh, pada hari Jumaat itu, aku pulang ke PD dengan menaiki dahulu bas ke Seremban pada pukul 8.30pagi. Yang pffftttt! nya ialah aku sampai dekat Terminal One pada pukul 12 tengah hari, demm! Rasa macam balik KL. Puuuiiihhhh! Sampai dekat T1 pulak, aku mencari ATM, sebab nak keluarkan duit, sebabkan aku dah lupa rupa bentuk, jadi aku main redah dalam T1 tuh. Keadaannya tak berubah mana pon, still macam zaman aku sekolah teknik juga. Cuma, harga fon murahla, kenapa yek? Lagi – lagi fon BB, apesal yek?? Guwa jeles bohhhh! Neh yang nak beli enfon dekat Seremban je. GagaGebu a.k.a Gugi Setelah berSMS dua tiga ketul dengan Nurul, aku berjaya mencari ATM, kemudian, untuk hilangkan lapar, aku beli Oreo McFlurry, te...

Angkatan Tentera Malaysia

assalammualaikum dan selamat sejahtera sekalian!!! waduh, enak sungguh tidurku semalam. iya, guwer taw, semalam ada matching bola kok di Stadium Shah Alam ( Shah Aley ). guwer tahu yang ATM, Team Angkatan Tentera Malaysia sudah kalah sama itu Team The Red Warriors. udah rezeki mereka, seharusnya, dibiar in mereka gembira.  sekejap! tukar anak tekak! danggg! pehal pagi - pagi buta dah bersuara macam bibik neh??? adehh, sakit tekaklah katakan. ubat selesema sudah habis, tinggallah ubat Antibiotik. semalam, even aku sakit pown, aku still gagahkan diri untuk menonton perlawanan bola ATM dengan TRW. yeee, aku tahu, TRW dan peminat - peminatnya cuti sakan hari neh. diorang menang semalam.  cari gambar Afiq, tp banyak gambar stok geli2, jadi, aku amek yg neh, nmpk tak si Talaha tuh??? perlawanan semalam memang menakutkan aku. tapi, bila dah masuk akhir - akhir waktu, aku start rasa bosan. agaknya sebab si Talaha kowt. kalau dalam TRW, aku ra...