Abang aku hilang sebegitu.Aku jadi diam semula.Aku menghabiskan makanan di atas meja.Lauk yang ada cuma telur goreng dan nasi.Jadilah, daripada merempat.Tiba - tiba pintu rumah aku diketuk dengan kasar.Aku terkejut.Adakah orang yang sama?
"Azyn!Kalau ada orang ketuk pintu, tanya siapa dulu.." kata - kata abang aku terngiang - ngiang.
"Siapa?" aku mendekatkan diri kepada pintu.
"Aku r!" jerit abang kedua aku.
Hatiku gembira.Aku segera membuka pintu dan melihat wajah abang kedua aku berkerut seribu kedut.Lain macam wajahnya petang itu.Dia menanggalkan kasut kulitnya yang dibeli ketika dia masih berduit.Dia masuk ke dalam dengan kasar.Kasutnya dibiarkan berterabur diluar.
"Mana abang kau yang lagi sorang tu?" tanya abang kedua aku dengan kasar.
"Tak tahu" jawab aku menggeleng - geleng.
"Apa kau tahu?" tanya abang aku seperti marah.
Aku membiarkan sahaja abang kedua aku itu.Dilayannya parah.Tiba - tiba ibu aku pulang tetapi dengan wajah cemas.Kenapa ini?Hati kecilku bertanya?Ditangan ibuku tiada bungkusan KFC seperti yang diharapkan oleh aku.
"Mak, KFC mana?" tanya aku dengan selamba.
"Kau ni..mana Bobob?" tanya ibuku merujuk kepada abang kedua aku.
"Dalam, cari Fizi." aku menjawab ringkas.
Ibuku bergegas seperti ada bala yang menimpa.
"Adik, kunci pintu." kata ibuku.
Aku segera mengunci pintu rumah itu.Tiba - tiba aku terdengar suara orang bergaduh.Aku seperti tertarik untuk mendengar.Namun nafsu aku untuk menghabiskan makanan masih tebal.Hah, aku mematikan selera aku.Segera aku mencuci pinggan.Tiba - tiba aku kedengaran Bobob menjerit diselangi dengan suara ibuku melenting.Aku terkejut.Nasib baik pinggan yang aku pegang itu tidak terlepas.
"Kau ni harap jantan je, tapi pengecut.." tengking abang kedua aku terhadap abang terakhir aku.
"Dia budak lagi Jat" ibuku cuba mengurangkan tegangan.
"Hah!Kalau kawin dah ade 2 orang anak.." tengking lagi dengan hebatnya abang aku itu.
Kasihan abang aku seorang lagi.Terdiam tidak terdaya.
"Laki tu cakap apa?" desak abangku lagi.
"Takde.." jawab pula dia.
"Kau jangan nak menipu r..cakap je r.." jerit abang aku lagi.
Abang aku masih terdiam.
"Ish, aku pelakung jugak budak ni.." kata abang aku dengan agahnya.
"Jangan Jat, dia tu sekolah lagi.." kata ibuku memujuk amarah abangku.
Disebabkan kemarahan yang tidak terkawal, abang kedua aku mencampak kekuda yang digunakan untuk memarut kelapa ke arah abang terakhir aku.
"Jat, kau gila ke?" jerit ibu aku dengan kuat.
Abang terakhirku mengelak daripada terkena, namun aku tidak sempat.Aku dapat melihat gigi perut itu melintasi mataku.Astaga!Mengejutkan aku.Aku kaku disitu.Kalaulah mata parut itu bertemu dengan mataku???Tidak dapatku melihat keindahan yang ada dibumi ini.Allah menyayangi aku lagi.Abang kedua aku reda.Dia tidak lagi marah.Adik aku yang masih kecil terkebil - kebil mata.
"Jat, biarkan..mak akan cari rumah baru..kita tak akan merempat..walau bagaimanapun.." kata ibuku lalu menarik aku.
Ibuku menilik wajahku.Dia mengusap parut di pipi kiriku.Aku yang masih terkejut itu tidak memberi sebarang respon.
"Adik pergi bawak Baby main tempat lain.." ibuku mengarahkan aku membawa pergi adikku.
"Kita nak pindah mana?" tanya abang kedua aku dengan deru nafas yang kuat.
"Pandailah mak cari, yang penting, kita tak kan merempat.." jawab ibuku lemah.
Tiba - tiba sahaja keadaan menjadi sunyi.Memang lelaki bonzer itu selalu mencari aku sekeluarga.Jadi, kami berpindah dengan segera.Terbukti disitu, walaupun rumah kau banglo, tetapi tidak indah jika banglo itu bukan milik kita.Aku menjadi trauma untuk meminjam hak milik orang.
***********************************
Tamat sudah cerita ini.Ini adalah kisah benar.Tiada tokok tambah.Memang benar.
shahrul syazyan binti shahbudin
aku hidup dengan begini, tiada apa yang perlu engkau takutkan
Ulasan
Catat Ulasan
sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai