As salam dan selamat sejahtera, haaaiiii!!!!!!!! Gila!!! Merindui korang semua. Aku hampir tersedak kerana disebabkan bola, naik, meningkat sungguh stats aku dalam blog neh. Macam aku cakaplah, memang blog aku neh sangat dull, kadang – kadang je aku cakap pasal bola neh, sebab aku memang minat pasal bola, hehehehehehheeee. Hari tuh aku dah janji kan nak cerita pasal camp aku kat Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi???? Seyes!!!!! Serius aktiviti yang sangat best bagi aku!!! Tak pernah – pernah aku pergi camp yang salah satu aktivitinya ialah berbasikal??? Yaaaaaaa, berbasikal. Gerenti korang yang suka cycle akan teruja. Apabila bercakap pasal camp, musti orang akan cakap, Alah, tipikalnya, balik – balik aktiviti yang sama, masuk hutan, keluar hutan, main rentas anak sungai, pastuh survival, buhsannnnn!!! TET! ( kau tak reti bersyukur sungguh! ) Tetapi camp FYE kiteorang boleh dikatakan unik aktivitnya. ...
Ulasan
Catat Ulasan
sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai