Kisah lawak 1
Masa tuh aku balik dari hostel, kebetulan, bulan puasa and 2 orang BFF aku ikut balik rumah aku. Aku sampai rumah dalam pukul 4.30 petang macam tu lah, aku tahu time tuh mak aku akan pergi ke bazar untuk meniaga. So aku pon berjalanlah dari bus stop ke rumah aku. Nak dijadikan cerita, masa jalan tu, dari jauh aku Nampak seorang wanita tua macam mak aku naik motor modenas Kriss ( sama dengan motor mak aku ), dahlah fesyen tudung sama, so dari jauh aku dah jerit MAK!!!.... Punyelah aku malu, wanita tu pandang aku macam pelik je, aku pulak dengan confident nya terus tanya MAK, X G NIAGA KE??? Confident giler r aku time tuh, wanita tua tu boleh pula pandang aku macam tak kenal aku.. Sekali aku tenung balik, alamak!!!! Bukan mak aku weyh!!!! Jerit aku dalam hati.. Yang sakit hatinya, brother – brother yang nampak tu gelak – gelakkan aku... sial!!!! Marah betol aku time tu.. Malu aku depan BFF aku! Ha ha ha ha ha ha ha ha... Balik tu aku ceritakan kat mak aku, mak aku bantai gelakkan aku terbahak – bahak.. Menyesal aku pergi cerita....
Kisah lawak 2
Kisah ini terjadi kepada aku sewaktu usia aku 6 tahun kowt... Aku balik daripada tadika, kali ini aku nekad berjalan kaki.. Kira nak tunjuk beranilah katakan, so aku balik jalan kaki daripada jalan besar sebelum nak masuk ke kawasan perumahan aku. Jalan punye jalan, tiba – tiba sampai ke satu persimpangan iaitu di antara rumah orang India dan Benggali ( sowey sikit! Mase aku kechik – kechik, aku tak tinggal kat kawasan orang Melayu, aku tinggal kat kawasan orang Cina and India, so aku agak paham bahasa mereka ). Masa tu aku mempunyai satu trauma, iaitu dogastrophe ( hahaha, takut anjing ), dan kedua – dua buah rumah itu membela anjing. Rumah Benggali tu of course bela anjing coz diorang ada lembu and ayam, so anjing diorang besar – besar, kebetulan Singh tu plak polis pencen, ha ha ha, so anjing polislah jawabnya, yang warna hitam, fierce gile nak mampos tuh... rumah India tu pula memang ada anjing, tapi anak anjing, kechik lagi... comeyh je ekor die gerak – gerak.. tetapi oleh kerana aku dogastrophe ( men cipta je perkataan neh ), maka aku pon decide, ambil jalan rumah Benggali tu sebab aku tahu, Benggali tu kurung anjing dia.., So dengan confidentnya aku berjalan di hadapan rumah Benggali itu untuk mengelak dengan anak anjing itu. Masa jalan tu, aku nampak anjing polis berwarna hitam, mata kuning oren, setinggi aku time tu dan salakannya memang menakutkan aku itu berada di pintu rumah dia, tapi, macam biasa, aku buat rileks je... so aku jalan dengan suka hatinya.. entah macam mana tiba – tiba aku dengar bunyi salakan anjing, bila aku pandang belakang.... Haaaa, ambik kau!! Anjing tuh kejar aku, aku apa lagi, tanpa membuang masa, aku pasang seribu langkah, berlari, ha ha ha. Orang kata kalau anjing kejar jangan lari, tapi takut punyer pasal, aku lari... kah kah kah kah, sampai menangis – nangis and jerit panggil mak aku. Sekali tu daaa, aku terjatuh, and lutut aku berdarah, anjing tu gigit beg aku !!! my precious bag !!!! lagi galak aku menangis and menjerit MAK!!!! MAK!!! MAK!!! Tapi takde orang nak tolong aku, anjing tu pulak makin galak menyalak kat aku.. Aku dah menangis – nagis sampai aku rasa nak semput je... Tapi apa yang aku tahu, lantunan suara aku ketika itu memang sangat tinggi sehingga aku boleh mengalahkan suara Adibah Noor. Tak lama kemudian, tuan anjing tu datang and anjing tuh berlari ke tuannya, selamat aku! Tup! Tup! Mak aku datang, aku kesat air mata aku yang dah bercampur dengan hingus, air liuh, tanah, ha ha ha ha ha.. yang syoknye mak aku datang dengan kayu besar, sebab mak aku ingat ada orang nak culik aku... ha ha ha ha ... Aku pulang rumah dengan selamatnya... dan aku bersumpah, aku takkan lalu rumah Benggali tu.
Kisah lawak 3
Yang ini pula pasal eksiden..eyup, aku eksiden. Masa tu aku darjah 1, baru balik dari school, lengkap dengan pakaian school agi tu, dengan beg and botol air kesukaan aku agi. Aku neh nak pergi kat rumah kawan mak aku Cik Mulut Murai aku panggil ( kuat sgt membebel n bising ), ketika hendak melintas, aku main lintas je, PAP!!!! Mak aku jerit bila aku dilanggar oleh motor Suzuki berwarna ungu yang ditunggangi oleh budak Cina form 6 kat STPD. Nak dijadikan cerita, aku dibawa ke hospital Port Dickson kat tepi pantai and quarters tentera ( bandar Port Dickson dipenuhi dengan tentera, and last posting ayah aku kat Port Dickson ). Sampai sana, aku dibaringkan atas katil. Aku time tu separa sedar, separa tak sedar, tapi apa yang aku nampak, jarum injection yang sangat panjang, besar, dan.....SAKIT! aku yang dalam keadaan separa sedar tu, entah macam mana, aku boleh terjun dari katil setinggi aku tuh ( masa tu uniform aku penuh dengan darah n terkoyak – koyak ) berlari keluar daripada bilik kecemasan. Mak aku punya kaget, berlari kejar aku. Bukan setakat mak aku, doktor – doktor, nurse – nurse, pembantu medic semua kejar aku. Lagi pon time tuh aku kechik agi, so senang r nak menyelit. Lari punye lari, sampailah aku kat luar, pintu masuk hospita tu, aku terhenti sebab tengok banyak sangat kereta yang lalu – lalang.Hah! Mak aku kat belakang jerit panggil aku.Aku pusing belakang, masa tu aku dah tak larat sangat, mak aku dukung aku, bawak masuk hospital semula, terus injection kat punggung, ADOI!!!!! Tapi aku tak jerit r, Cuma menangis – nangis.... ha ha ha ha ha. Dan aku dapat cuti seminggu.. he he he he he...
Setakat itu aku dapat ceritakan, tapi sebenarnya, banyak je kisah lawak dalam hidup aku, agi – agi suke berlawak dengan adik aku and kawan – kawan aku..aku rileks je.. ha ha ha ha ha.. and aku memang suka gelak, sebab gelak tu rahsia aku sentiasa muda daripada adik aku... he he he..amalkan sentiasa ea..tapi jangan terlebih sudah ( bak kata Stacy )
Ulasan
Catat Ulasan
sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai