Aku ni pada asalnya bukan seorang kipas-susah-mati pon untuk dunia bola sepak. And one more, aku tak tahu pape pon pasal peraturan bermain bola. Aku tak tahu apa tu corner cick, offside sampailah Nurul cerita kat aku. Disitulah aku paham sebijik – bijik rules dalam game bola ni. Yang aku tahu pasal bola ni ialah kita sepak je bola tu sampai gol! Gol! Gol! Aku rasa tu je 1 bahasa yang 1 dunia paham. Kau jeritlah sampai ke paksi Bumi tu ( Atlantik ), gerenti bila bola masuk dalam gawang, yang diorang jerit adalah pastinya GOL! GOL! GOL!
wau!!! cikgu nurul!!!
Wokeyh, berbalik semula ke tajuk kita, obses dengan Mohd Muslim Ahmad. Aku pada mulanya tidak mengenali pon siapa si Muslim ni, sampailah aku dipaksa menonton 1 perlawanan bola sepak iaitu perlawanan Piala Malaysia ( maaf kalau aku salah, aku tak arif ), yang mana Kelantan v.s Negeri Sembilan dan Kelantan berjaya memenangi piala tersebut.
Kesan kemenangan itu, tiba – tiba aku mengenali Khairul Fahmi Che Mat. Waktu itu aku terpaksa menerima budak – budak Kelantan berlagak sedikit dengan kemenangan daripada pasukan mereka. Untung sebab si kembar tu cedera je..dapat lah korang merasa ( uit, jangan nak banned blog aku sbb aku kutuk korg ). Selepas kemenangan itu, tiba – tiba je Haniey, BFF aku terminat kat Khairul Fahmi Che Mat dan ini memaksa aku untuk mengharungi ‘lautan’ merah di dunia internet untuk mencari gambar Khairul Fahmi Che Mat untuk diedit ( kepada jejariruncing.blogspot.com , jgn mrh taw, anda kene terima i sbg pemnt sukan, huk huk huk ).
Sejurus aku mengedit gambar itu, aku uploadkan di Facebook and aku tagged kepada Haniey. Kah kah kah kah, bukan main lagi si Haniey puji ( saket jiwa tol ). Kemudiannya aku mengikuti perkembangan perlawanan bola kerana Khairul Fahmi Che Mat. Ketika itulah aku mengenali Mohd Muslim dengan nombor jersinya 24, nombor yang paling aku tak suka, bagi aku tak ong lah.
Daripada Sukan Asia Guangzhou lah aku mengenali Muslim ( chewah, citer mcm aku n Muslim kekasih je ). Aku perhatikan Muslim, aku tengok, dia mengingatkan aku kepada seseorang iaitu seorang lelaki, tapi aku tak ingat. Muslim bermain di bahagian pertahanan. Yang lawaknya, badan dia kechik, kenapa lawan bahagian pertahanan? Kebiasaannya bahagian pertahanan ini merupakan orang – orang yang berbadan besar dan tinggi. Berbeza pula dengan Malaysia, orang – orang yang tinggi dan besar semuanya bermain untuk bahagian serangan kecuali si Kunalan tu.
huhuhuhu, jgn marah!!!
Takpelah, tak kisah la saiz body main peranan penting or tak, tapi yang pentingnya, Muslim telah bermain dengan baik sekali bergandingan Fadhli Sas. Mereka berdua sepertinya tak boleh dipisahkan. Orang kata serasi bersama gituh. Dan aku masih lagi memikirkan siapa lelaki yang seiras dengan Muslim ni yang aku kenal. Sebab aku ni tak banyak kawan lelaki yang mengamalkan fesyen rambut pacak.
Hah! Cakap pasal pacak, aku perasan, tiap kali game, memang aku tengok rambut Muslim tu pacak sentiasa. Adakah rambut dia pacak semula jadi?Thats mean, dia lahir – lahir je rambut dia tegak?
hehehe, neh ank buah aku taw!!!
Lantaklah, aku bukan kekasih dia untuk take care sampai macam tu sekali. And sekarang ni aku nak ceritakan pula kesannya apabila aku tiba – tiba mengenali Muslim.
OMG!
Ya! Itulah kesannya, aku obses sama si Muslim.
Ya! Aku obses. Mau aku nyanyikan lagu Obsessed daripada Mariah Carey tu??
Why I’m so obses with you?
Boy, I want to know?
Maaf, aku tukar lirik sikit, untuk kelihatan sangat sesuai dengan post ini. Tak pon korang nak aku nyanyi lagu Obsessed daripada Miley Cyrus pulak?
Am I obsessed with you ?
I do my best not to want you
But I do all the time
I do all the time !
Yang ni aku tak tukar lirik. So??? Aku masih lagi obses dengan dia, Muslim. Kalau Fatin Liyana obses dengan Zaquan Adha, aku obses dengan Muslim, anak jati Terengganu itu. Kalau Zack Zuhairi obses Tiz Zaqyah dan Diana Amir atau Lisa Surihani, aku obses dengan Muslim jugak.
So, aku sendiri tak dapat nak kenal pasti kenapa aku obses dengan dia??? Nak tau fenomena or perkara – perkara yang berlaku jika aku ternampak wajah – wajah Muslim? Sila baca sendiri, kalau tak, tak tau korang kang. Sila :
- Masa aku nampak wajah Muslim dekat Awani ( 502 – ASTRO ), aku menjerit macam histeria, tak pasal – pasal ayah aku tengking aku, ha ha ha..
- Kalau time bola, aku akan fokus pada jersi 24 ( Muslimlah ), takde orang lain..adelah sikit – sikit aku tengok yang lain.
- Aku cuba mencari Facebook Muslim tapi hampa, sebab takde..tapi aku percaya yang Muslim ada akaun Facebook.
- Aku mencari info lain mengenai Muslim seperti tinggi, berat, tarikh lahir, hobi, cita – cita, makanan kegemaran, minuman kegemaran, kenangan manis, kenangan pahit ( pula? ni sah obses giler )
- Aku cuba mencari gambar Muslim seberapa banyak yang ada di dalam internet, tapi semuanya menghampakan aku, semua dalam resolusi kechik..tak puas nak zoom..
- Aku mula memikirkan Muslim sepanjang hari.
- Aku mula berangan – angan nak jadi kekasih dia ( layak ke aku weyh??? )
- Aku mula nak kumpul duit, nak tengok dia main bola kat stadium.
- Aku nak bergambar dengan dia..nak sangat..sangat2 nak..plez!!!!!!!
Itulah tahap obses aku. Pening gak aku nak melayan kehendak sendiri ni, manalah aku nak cari patung lilin Muslim? Kat Hollywood kowt..tapi at least, permintaan aku untuk bergambar dengan Muslim, haraplah menjadi kenyataan, bukannya mimpi mainan tidur. Adoi!
Oh ya! Aku baru teringat, awal dalam post aku ni aku ade mention yang wajah Muslim ni seiras dengan lelaki yang aku kenalkan? Ha ha ha ha, alah classmate aku yang baru ni, Hakimi kowt nama dia. Alah, tang rambut je sama, yang lain – lain, jangan harap nak sama dengan Muslim aku. Ha ha ha ha
Akhir sekali, aku harap sangat yang Muslim tak kan berkahwin dengan mana – mana artis. Kalau tak, melepas harapan aku. Even kalau dia dah ada kekasih pon, aku haraplah kekasih dia takde kaitan langsung dengan dunia artis ini. And aku taknak Hanis Zalikha yang jadi kekasih hidup dan mati dia. Arghhhhhhhh! Obses betol aku dengan dia! Sekian terima kasih!
suke tat guy jugak..
BalasPadamea???
BalasPadami dh lme suke...
tp terpakse lupekan!!!
WHY T'PAKSA LUPAKAN PLAK NIE????
BalasPadammak ai, font besar u...
BalasPadambukan lupekan utk menyokong..
lupekn utk mnt je..
yg pentingnye, sy akan sentiasa menyokong en. muslim..
sentiasa!!!!
neh sape yg view page sy??
bleh x letak nme even anynomous/tanpa nama???
suka die gak..hehe..
BalasPadamfariza zulaikha : semua org suke kt muslim skg neh... almaklumlah...kemenangan itu membuatkan mereka masyur!!
BalasPadam