Langkau ke kandungan utama

Kembar

Dear hati &  perasaan.

Hye, assalamualaikum, selamat sejahtera. Apa khabar anda berdua dia bawah sana? Lama tak berborak, tak bertanya khabar berita. Rindu rasanya.

Kita saling berinteraksi. Hati dan perasaan ibarat kembar. Samalah otak dan akal, kembar azali.

Hati, kau dipenuhi nafsu. Otak dipenuhi fakta dan logik. Hati dan perasaan saling berkait. Hati, kalau kau rasa sedih, perasaan mesti berbalaskan? Oh, alangkah seronoknya hati. Jauh dimata dekat dihati. Otak dan akal sentiasa berfikir untuk puaskan hati dan perasaan.
Hati, aku nak bertanya, apa rasanya sekarang neh kau? Perasaan, jangan sibuk menjawab, aku tanya hati. Apa? Kau rasa sedih. Aku dengar cerita, hati sekali lagi kecewa. Kerana apa? Duniawi? Hati, mesti perasaan mengikuti kau kan. Perasaan, kau rasa apa yang hati rasa?

Hahahahaha, mesti hati dan perasaan bertanya apa fungsi otak dan akal kalau hati dan perasaan sedih. Hurmmphhh, otak akan berfikir, kenapa dia sedih. Akal pula akan cari jalan untuk hilangkan sedih itu.

Bagaimana kalau hati masih berterusan sedih? Perasaan pula meruntun? Susahlah otak dan akal. Tubuh badan akan mengalami kejutan proses. Tubuh akan mula lemah, hilang fokus.

Salahnya berpunca daripada otak dan akal? Kenapa hati dan perasaan kuat menuduh? Ingatan di otak? Ya, itulah istimewanya sesebuah ingatan itu.

Ingatan menjelma di fikiran menyebabkan otak segera berfikir. Istimewa kan? Kadang - kadang ingatan boleh buat kita menangis, senyum, gelak. Ingatan sudah cukup buat kita terhibur di kala bosan dan kesepian.

Rindu itu apa? Mari kita tanya otak dan akal. Dia jawab rindu itu adalah perasaan. Hati dan perasaan, ada mahu bidas? Rindu adalah emosi? Wah, pandai berdebat.

Cinta? Apa kalian ingat ini telemovie Ada Apa Dengan Cinta? Hahahaha. Cinta atau kasih sayang itu adalah rahmat yang diturunkan ke Bumi oleh Allah swt. Rahmat juga membawa maksud kasih sayang.

Ya hati dan perasaan? Mahu bertanya apa? Suruh otak berhenti berfikir? Hahahahahaha, hati, perasaan, otak kalau berhenti, ertinya nafas manusia itu sudah berhenti di dunia ini dengan izin Allah. Biarlah otak berfikir menjalankan tugasnya. Tahu hati, disebabkan otak selalu fikir bukan - bukan, hati jadi penat.

Hati, perasaan, otak, dan akal kamu semua saling berkaitan. Saling berinteraksi untuk menggerakkan manusia. Bergeraklah selagi Allah kata gerak. Kalau Allah menghentikan gerakan kamu, itu ertinya manusia itu sudah meninggalkan dunia yang fana ini.
Otak dan akal, jaga diri baik - baik. Hati dan perasaan, jangan ikutkan sangat nafsu, binasa badan kelak.

Salam sayang.

Ikhlas,
Manusia yang kamu duduki.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...