Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel best frenz

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Hari Konvokesyen UTM Skudai ke 51

Assalammualaikum semua!  Waaahhh! Terlalu lama aku tak hapdet neh. Terlalu buzy dengan kerja yang huummmpphh! Baik, jangan di cerita pasal kerja, sampai bila - bila pon aku tak paham. Nak bercerita tentang hari konvokesyen aku. Ehem! *pasang mic* *betol2kn mic* Pada 27hb10 telah berlangsungnya hari Konvokesyen UTM Skudai ke 51 untuk Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Tak ingat seramai berapa ratus, tapi yang pasti, ade 3249 graduan yang konvo pada hari tersebut sebab aku merupakan graduan terakhir yang bernombor 3249. Hari tuh merupakan hari yang agak debar - debar, jadi, sejak pukul 8 pagi agi dah bangun. Gosok baju. Mandi and pakai mekap. Ketika pakai mekap, oleh kerana hari sangat panas, dan berdebar dengan kehadiran family, maka, segala bedak, eyeshadow, eyeliner, blusher cayooorr dek panas. Hahahahaha!!!! Lepas mendaftar dengan bantuan Mel, maka aku menunggu kehadiran family dengan penuh sabar dekat Masjid Sultan Ismail. 1st time la katakan. Lepas jumpa famil...

Freedom!

Assalammualaikum and good afternoon everybody! Ea, sudah lama saya tak update blog, sangat sangat buzy dengan kerja, PSM, dan sebagainya yang sama erti dengannya. Sekarang neh pulak, rahang cramp sebab asyik menggigit je, gigit kerepek tak henti – henti. Maka berat badan pon semakin naik tanpa disedari sehinggala ditegur pedas oleh someone yang sangat – sangat rasa nak punch je, hahahaha! dah 2 bulan aku tak pergi Port Dickson, rindu abang - abang ashkar ( EH!!! ) Hari ini rasa free sedikit untuk menaip entry di blog. Sekarang neh mengira hari untuk pulang ke rumah sebenarnya. Tak lama lagi aku bakal keluar daripada UTM. Malah, bakal menjadi duta kecil UTM di tempat kerja ( entah bila nak kerjanya ). Aku nak rest dulu, lepas konvo baru cari kerja sebab lepas neh bulan puasa, my mom need me to be second housewives, yang sorang lagi tuh cari rezeki, yang sorang lagi tunggu pinangan anak dara untuk dia, sweet! Sebenarnya, aku dah boleh pikir pasal jodoh! Yeeeaaaa...

Kami Budak Final Year

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Ye aku tahu, sudah berabad aku tak update. Maaf, terlalu buzy dengan PSM sendiri. Terlalu fokus dengan final year sampai terabai blog. Tapi, twitter selalu update. Wechat selalu on9, sebab discus pasal study, ppuuuiihhh! Pendusta terbaik di alam fana ini. Jadi, hari neh, merupakan hari – hari untuk meniti sisa – sisa hidup di UTM Skudai. Ade lagi beberapa tempat aku tak pergi iaitu JPO weyhhh! Lepas tuh aku nak makan steamboat. Itula permintaan aku, and then, aku nak naik balai cerap. Banyak kenangan dekat balai cerap kowt, hehehehe. Terima kasih kepada roommate aku sebab die jadi driver aku bawak aku pergi sana, pergi sini, dengar aku membebel pasal PSM, melihat aku jadi down syndrome sebab result PSM aku yang salah, sudi pinjamkan lappy ketika lappy aku berada dalam wad sebab koma. Nanti tahun depan, roommate ko pulak tengok ko jadi down syndrome, wahahahaha! Lagi 1, terima kasih sudi paham aku dengan DIA, wakakaka...

Homecoming

assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya,  aku bakal pulang pada keesokan paginya setelah berhempas pulas menguruskan PSM aku. nyawa - nyawa ikan beby!  before that, semalam, kami pergi karoke. memang nak tercabut rahang neh menyanyi. tergelak sakan saje. lagu - lagu yang aku hamek semua ada maksud. hehehehehe. the most best thing is, mereka try korek rahsia cinta aku, well, bukan aku taknak bercerita, cuma aku seorang yang sangat pemalu apabila ingin bercerita mengenai cinta. *bleerrggghhh!* memang aku tak pernah bercerita kisah cinta, sebab malu, orang cuma tahu aku putus cinta saje.  jadi, sebelum pulang, kami berhibus sebentar. sengaja nak rasa brotherhood neh. indah kowt.  saya akan insert and delete subjek!  kereta pak2 kene servis  neh la resit aku berjolly sakan selama 3 tahun berada di UTM aku pasti akan menanti jejaka misteri untuk penuhkan kekosongan jiwa aku hye ...

Jikalau Mereka

assalammualaikum, malam neh or pagi pagi buta neh bukan nak post jiwang, tapi jikalau jikalau jikalau saya ambil keadaan mudah. jikalau rakan - rakan kelas saya bukan 4SGG, apekah mereka sebenarnya ???? ( ikut abjad ) ( berdasarkan nama Facebook, so anda boleh search mereka di Facebook, hahaha ) Adam Zul  Dia adalah jurulatih pasukan bola sepak ( untuk sekolah beliau mengajar ) Ahmad Amir Shahir Dia adalah doktor veterinar di taman perumahannya kerana dia seorang yang menyayangi kucing. Ainatul Illiyin  Public Speaker in Parlimen sebab die suka bercakap dengan mic. Alice Wonderland ( Aliya Atika Asyikin )  Suri rumah 2.0 kerana beliau berhajat ingin berkahwin dengan segera selepas habis study. Amalina Rostam Beliau merupakan salah seorang tukang jahit terkemuka dan hijabster kerana mewarisi bakat ibunya.  Amreez Meri ( Mohd Shahrul Amri ) Dia adalah ustaz di dalam komunititnya kerana beliau sering diberi ...

Menghitung Hari

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua lagi 4 hari menuju ke Big Day untuk abang aku. untuk aku pulak, lagi 10 hari untuk hantar proposal. tadi baru dapat feedback untuk proposal aku. kemaainnn aku. banyak aku kena betulkan, tapi, aku dah start nampaklah yang aku neh terlalu sikit ilmu dalam mengarang ayat neh. aku ingat, bila ada blog neh, mutu penulisan semakin bagus, rupanya, hampas! hampagas jauh lebih bagus sebab boleh sedut kekotoran dengan mudah dan bernas.  nampak tak? kakak aku yang dari Terengganu dah ada dekat Kinrara. aku rindu kowt dengan anak - anak buah aku. nasiblah semuanya di hujung jari anda. dapat juga aku gambar diorang. ade dalam twitter, hehehe. bagus, alhamdulillah diorang semua sihat - sihat belaka.  juga nak cakap, kepada 4SGG, terima kasih atas respon korang. hehehehehe. tadi jumpa Dr Zul, jangan risau, katanya soalan senang. *ouh! orait* checklist syazyan!  balut hadiah untuk oran...

November Babies

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini bertarikhkan 30 November 2012, hari Jumaat. Kene setelkan hal PSM dengan En Zamri secepat mungkin. Mungkin balik pukul 7 malam, jadi, pada waktu pagi neh, aku on9 dulu. Lepas tuh, baru sentuh PSM. Jilaka betol aku neh. November’s babies!!!! Happy Birthday alls!!!! source = Aina, 2012 Semalam, ada sedikit majlis kesyukuran yang diadakan untuk meraikan hari kelahiran bagi sesiapa yang lahir bulan November. Alhamdulillah, perasaan itu macam terimbas semula ketika berada di sekolah teknik PD. Sebelum Maghrib sudah berada di surau. Duduk sama ada di saf pertama atau saf kedua ( janji dekat dengan kipas ). Menunggu azan Magrhib sambil termenung. Yang si lelaki senior pulak dok ushar junior perempuan. Junior perempuan pulak tertunduk malu ( kunun ). Kadang – kadang senior perempuan menghingar – bingarkan keadaan, ushar junior lelaki pon ada jugak. Hurrrrmmmm, rindu saat itu. Betul cakap Hanis Ra...

Earth Day UTM

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya. ikot bloger femes, letak dulu pic SS 1st, hahaha, sowey kalau menggedik Semalam, bertarikhkan 4hb11tahun2012 merupakan Earth Hour Day untuk UTM Skudai. Pengumuman telah mengatakan bahawa boleh dikatakan sepanjang hari tiada bekalan eletrik. Bayangkan, aku sempatlah merasa kegelapan UTM tuh walaupun sekadar untuk 10 minit sahaja. Kegelapan menyelubungi kawasan UTM. Ketika aku bawak motor ( motor Haniey memang lejen ) masuk dalam kawasan UTM yang gelap tuh, pelamak aiiiiii, memang aku rasa, akulah orang pertama yang menjumpai kawasan UTM tuh. Rasa macam UTM tuh merupakan kawasan yang masih mundur lagi, nasiblah ada generator yang menghidupkan lampu di Masjid UTM tuh. Satu – satunya kawasan yang bercahaya. Terima kasih, takdelah rasa gelap sangat. cerah tak? cerah tak? amek berkat pengantin baru dulu Eh, takde makna aku nak bercerita pasal letrik takde neh, sebab, sepanjang hari aku takde dalam UTM. Ak...

Apa Itu ??????

assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. maafkan saya, lama sangat tak update blog neh haaa dengan cerita - cerita yang agak bernas. maafkan saya ( bunyi ala ala Spongebob ).  gambar ehsan daripada Google minggu neh, aku kurang sihat, sampai tak berjumpa dengan SV aku ( en Zamri ). pulak tuh, di datangi dengan masalah tersalah daftar subjek untuk semester neh, memang aku gabra dibuatnya. cepat - cepat aku uruskan masalah yang itu. yelah, minggu neh memang aku dapati ramai yang kurang sihat. antaranya, diorang demamlah, selesemalah, batuklah macam AKU. sekarang neh pulak, aku tengah kehilangan suara. suara agak rock gituhlah, hahahaha. penangan semalam minum ais. aku neh gatak jugak, dah taw demam, mengade - ngade nak minum air jus tembikai. sekarang pagi neh, kegatalan tekak pulak.  sebenarnya, aku rasa bersalah jugak, sebab dah hampir 2 minggu aku tak jumpe En Zamri neh. yelah, minggu lepas dia takde, jadi sepatutnya, sema...