Assalammualaikum semua!
Waaahhh! Terlalu lama aku tak hapdet neh. Terlalu buzy dengan kerja yang huummmpphh!
Baik, jangan di cerita pasal kerja, sampai bila - bila pon aku tak paham.
Nak bercerita tentang hari konvokesyen aku. Ehem!
*pasang mic* *betol2kn mic*
Pada 27hb10 telah berlangsungnya hari Konvokesyen UTM Skudai ke 51 untuk Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Tak ingat seramai berapa ratus, tapi yang pasti, ade 3249 graduan yang konvo pada hari tersebut sebab aku merupakan graduan terakhir yang bernombor 3249.
Hari tuh merupakan hari yang agak debar - debar, jadi, sejak pukul 8 pagi agi dah bangun. Gosok baju. Mandi and pakai mekap. Ketika pakai mekap, oleh kerana hari sangat panas, dan berdebar dengan kehadiran family, maka, segala bedak, eyeshadow, eyeliner, blusher cayooorr dek panas. Hahahahaha!!!!
Lepas mendaftar dengan bantuan Mel, maka aku menunggu kehadiran family dengan penuh sabar dekat Masjid Sultan Ismail. 1st time la katakan. Lepas jumpa family, seronok kemain kau! Macam tentera US dapat balik daripada berperang.
Then, aku pon tunggula turn untuk beratur dan sebagainya. Ketika beratur, aku tahu, itula moment yang ditunggu oleh semua student UTM. Berjalan jauh tuh, daripada Pejabat Pendaftar sampaila ke dalam dewan.
Dalam dewan, sumpah serius aku mengantuk tunggu turn. Almaklum, orang terakhir. Bila jadi orang terakhir, komfem komfem dapat tepukan paling gemuruh daripada 1 dewan sebab tak sabar - sabar nak habiskan.
Bangga jugak nama aku disebut. Hahahahahaaaa!!!
Lepas makan - makan dengan family aku, maka family aku pon balik ke Port Dickson dan aku teruskan agenda dengan keluar berjalan - jalan dengan kawan.
Esoknya, aku dihantar pulang ke Sri Putri dengan bantuan kawan yang sama. Aku sengaja mintak dia hantarkan, sebab aku tahu, itu je peluang terakhir untuk aku lihat dia, dengar suara dia ( secara face to face la ). Lepas neh, aku mungkin tak jejakkan kaki lagi dekat Skudai. Jadi, itu je la kenangan aku ada.
Aku neh jenis yang cepat mesra dengan orang, cepat suka dengan orang, cepat selesa dengan orang baru. Cuma, bila aku dah berkawan rapat dengan seseorang tuh, sukar untuk aku lupakan seseorang tuh.
Inila cerita konvo aku. Sekian, terima kasih, nak dengar adik aku nyanyi lagu Imaye Imaye dia.
"
TAHNIAH !!!!!!
BalasPadamtq pejol! hehehe
PadamTahniah. GIS kan? sama geng! heee.
BalasPadammasa konvo degree dulu saya punye cos 1st. memang bosan gila kot nak tunggu orang last amek scrol. dan mmg iye, habis je orang last semua tepuk tangan tanda tak sabar nak balik. haha. the best moment kot time tepuk tgn bersungguh2 itu. jd awk untunglah dapat no.last. hee
tenkiu gak nizam, yup! GIS! kita same
Padam