As salam dan selamat sejahtera.
Hari neh aku agak gembira kerana mendapat komen +ve daripada
lecturer aku tentang portfolio, tapi aku seyes tak puas hati sebab lagu Fiction
tak keluar, oh rasa macam nak sepak laju – laju je slide tuh.
Semasa mendapat komen +ve, tiba –tiba aku teringat dekat BF
aku, so, bertuahnya aku mendapat dia, hehehe. Entah kenapa aku teringat pulak
kepada ex. Rasa nak bercakap pasal die, ohdem! Biasanya kalau cakap pasal ex
neh mesti sedih, kecewa, pedih, sakit hati. Kiranya cukup lengkap semua
perasaan itu.
Orait readers, jangan sedih, aku nak cheer up korang dengan
beranikan diri membuat surat untuk bekas kekasih korang. Surat neh bukan
mengutuk ex korang, cuma korang nyatakan perubahan telah berlaku sepanjang
perpisahan korang tuh. Kalau boleh perubahan yang positiflah, menunjukkan kita
pown boleh! Malaysia boleh! Ohmaiiii! Neh pown terbit idea sebab bosan dalam
kelas GIS Database.
Neh contoh surat aku
Dearest to my ex ( ouh sayang lagi neh ),Sudah lama aku tak contek ko kan? Apa khabar ko dengan awek baru? Kah! Takde awek kew? Jangan nak gebang! Hari neh aku happy, sebab sudah 2 tahun ko tinggalkan aku kesepian. Aku dapat rasakan terlalu banyak perubahan yang telah berlaku di dalam hidup aku sepanjang 2 tahun neh.Pada mulanya aku memang sedih ditinggalkan oleh orang tercinta, tapi aku taw, ko bukan milik siapa – siapa di mukabumi ( bukan muka buku ) neh melainkan milik Allah S.W.T. namun, aku berjaya melawan kesedihan tuh beb! Aku boleh menpuk tangan bangga kerana akhirnya berjaya bangkit daripada kesedihan ini. Aku tahu aku telah membuat keputusan terbaik.Well done, surat neh bukan nak mengungkit kesalahan ko mahu pun aku. Dua – dua terlanjur bersalah, jangan nak tunding – tunding. Jangan cakap ko tuh alim sangat, suci tanpa dosa. Surat ini cuma mengandungi isi – isi tentang setiap perubahan yang telah berlaku di dalam hidup aku. Almaklumlah, single 2 tahun tuh, macam – macam perubahan berlaku kowt.Lepas aku dapat tahu yang aku neh single, adelah gak aku duduk termangu sorang – sorang. Macam pungguk rindukan bulan. Duduk sorang – sorang teringatkan kenangan. Pernah sekali aku larikan diri tak mahu berjumpa dengan kawan. Entah macam mana, timbul gerak hati untuk melawan semua tuh. Tapi masa tuh aku belum ada kekuatan sepenuhnya. Aku masih ingat lagi, aku membuat keputusan dalam masa yang singkat untuk melawan kesedihan tuh. Dan syukur, Alhamdulillah, aku telah membuat keputusan terbaik, paling terbaik di dalam hidup aku.Well, lepas putus, aku takdelah desperate cari pengganti ko. Aku muhasabah diri kejap. Adelah jugak aku mencarut – carutkan???? Hahahaha, didorong oleh syaitan. Ouh, lepas aku putus dengan ko, aku rasa free sangat. Aku tak perlu fikirkan ko langsung. Aku tak perlu nak SMS ko, tapi seyes, fon aku senyap, mak aku perasan, siap perli aku lagi mak. Pulak tuh, aku tak payah sibuk nak piker ko tengah buat apa kan? Ko dah makan, minum, mandi, semua tuh tak payah tanya dah. Hahahaa, agaklah saving kredit aku time tuh. Enfon pulak masak tuh cikai je, entah kenapa, lepas kene curik fon aku, memang dem sungguhlah, hilang semangat aku douh!Nak hilangkan rasa sunyi, aku berblogging, seronok sangat – sangat! Aku kenal Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Nurbadiah Lee. Diorang semua sangat cantik dan memberi aku semangat untuk terus blogging even tak sefemes mereka. Lepas tuh, sikit – sikit aku kasik naik keterampilan aku. Aku start pakai shawl yang lilit – lilit sampai terbelit leher aku, keh keh keh keh. Aku rasa cantik sangat, aku rasa bertuah sangat dan bersyukur sebab masih hidup lagi. Kemudiannya, aku tumpukan perhatian aku kepada family and kucing – kucing aku. So, takdelah aku asyik sangat ke hulur ke hilir dengan fon. Dah boleh letak fon dalam loker, letak silent pown dah tak kisah.Lepas tuh, aku buat keputusan untuk tambah kenalan. Aku aktfikan Facebook, buat account Twitter. Tambah kenalan, bertukar – tukar pendapat. Kemudian, join group blogger, join gathering blogger, komen sana, komen sini, tambah entry, masuk entry baru, bercerita tentang kisah apa – apa sahaja, membuatkan aku bertambah semangat.Pelajaran aku pown takdelah terganggu mana. Lagi senang nak focus! Tuh terbaeeekkk! Tuh reason sebenar ko mintak putuskan??? Aku dah laksanakan, ehem, ko laksanakan tak??? Okayh tak study ko?? Kalau niat tuh betul, insyaAllah, betullah tuh.Hahhaa, banyak lagi perubahan aku, contohnya, macam aku dah pandai main guitar, aku dah bawak kereta sampai ke Johor ( perjalanan mengambil masa 4 jam ), aku belajar pakai lens, kemudiannya, belajar menjadi seorang AJK, kiranya, macam – macam perkara aku lakukan untuk melupakan ko, dan aku berjaya.Dan sekarang neh, aku sangat bangga dengan diri aku ( siapa lagi nak bangga kalau bukan diri sendiri kan? ). Lagi pown, sekarang neh, setelah 2 tahun aku sepikan diri, aku buat keputusan untuk buka pintu hati aku kat orang lain. Sesungguhnya, aku nak cakap, aku sangat bertuah ditinggalkan oleh ko suatu masa dahulu. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi limpahan kurnia kepada ko, member kebahagiaan terhadap ko, tiada lagi sengketa, dan paling penting, semoga ko berbahagia dunia dan Akhirat.Yang benar bekas kekasihmu,
Hahahhaa, orait, tuh sekadar ciptaan aku. Korang boleh
simpan dalam hati, tak pown buat dalam Microsoft Office Word and then save. Kalau
taknak orang lain baca, buat password. Ada cara, gune help ( f1 ). Kalau berani,
cubelah send kat ex korang,warkahkahkahkahkah, kalau post dalam blog, belum
tentu dia baca ( kalau dia tak taw korang ade blog ). Aku tulis neh bukan
berlagak atau nak malukan die, cuma aku nak cakap, aku berjaya mengatasi 1
masalah dengan jayanya. Jadi, jangan salah paham. Orait, sampai sini je cerita
aku, lain kali aku sambung beb~~~
p/s : sorry, tulisan kechik kat surat tuh, hehehe
xde ex lah plk nk try buat bnda nih ...
BalasPadam6t dah ade blh try ... msti dia sentap giler ..
niamarlissa : xde EX pown xpew, nnt klu dh wat, jgn lupe, send jew, via email kew, pos opis kew, pos laju kew, pos xpress kew, org tengah kew, hahahaaa
BalasPadammacam nak buat jugakla..hihi.bagus jugak mende ni.. tapi kalau dia menjawab dan mengutuk cemana...hehehe
BalasPadammas : EX xkan kutuk, hehehe, sbb diorg dh ilang modal, keh keh keh keh, :P
BalasPadamHai salam sya..kenal ke ni?hehe. alhmdulillah.. perubahan memajukn diri... skng dh ade pengganti yg lebih baik lg kn ...👍 semoga dipermudhkn
BalasPadamSebelom terlupa.. dairy ade lg klu nk bg tau ...nombor lama lg... 👌
BalasPadam