Langkau ke kandungan utama

Surat Untuk Bekas Kekasih

As salam dan selamat sejahtera.

Hari neh aku agak gembira kerana mendapat komen +ve daripada lecturer aku tentang portfolio, tapi aku seyes tak puas hati sebab lagu Fiction tak keluar, oh rasa macam nak sepak laju – laju je slide tuh. 

Semasa mendapat komen +ve, tiba –tiba aku teringat dekat BF aku, so, bertuahnya aku mendapat dia, hehehe. Entah kenapa aku teringat pulak kepada ex. Rasa nak bercakap pasal die, ohdem! Biasanya kalau cakap pasal ex neh mesti sedih, kecewa, pedih, sakit hati. Kiranya cukup lengkap semua perasaan itu. 

Orait readers, jangan sedih, aku nak cheer up korang dengan beranikan diri membuat surat untuk bekas kekasih korang. Surat neh bukan mengutuk ex korang, cuma korang nyatakan perubahan telah berlaku sepanjang perpisahan korang tuh. Kalau boleh perubahan yang positiflah, menunjukkan kita pown boleh! Malaysia boleh! Ohmaiiii! Neh pown terbit idea sebab bosan dalam kelas GIS Database. 



Neh contoh surat aku 




Dearest to my ex ( ouh sayang lagi neh ), 

Sudah lama aku tak contek ko kan? Apa khabar ko dengan awek baru? Kah! Takde awek kew? Jangan nak gebang! Hari neh aku happy, sebab sudah 2 tahun ko tinggalkan aku kesepian. Aku dapat rasakan terlalu banyak perubahan yang telah berlaku di dalam hidup aku sepanjang 2 tahun neh. 

Pada mulanya aku memang sedih ditinggalkan oleh orang tercinta, tapi aku taw, ko bukan milik siapa – siapa di mukabumi ( bukan muka buku ) neh melainkan milik Allah S.W.T. namun, aku berjaya melawan kesedihan tuh beb! Aku boleh menpuk tangan bangga kerana akhirnya berjaya bangkit daripada kesedihan ini. Aku tahu aku telah membuat keputusan terbaik. 

Well done, surat neh bukan nak mengungkit kesalahan ko mahu pun aku. Dua – dua terlanjur bersalah, jangan nak tunding – tunding. Jangan cakap ko tuh alim sangat, suci tanpa dosa. Surat ini cuma mengandungi isi – isi tentang setiap perubahan yang telah berlaku di dalam hidup aku. Almaklumlah, single 2 tahun tuh, macam – macam perubahan berlaku kowt.
Lepas aku dapat tahu yang aku neh single, adelah gak aku duduk termangu sorang – sorang. Macam pungguk rindukan bulan. Duduk sorang – sorang teringatkan kenangan. Pernah sekali aku larikan diri tak mahu berjumpa dengan kawan. Entah macam mana, timbul gerak hati untuk melawan semua tuh. Tapi masa tuh aku belum ada kekuatan sepenuhnya. Aku masih ingat lagi, aku membuat keputusan dalam masa yang singkat untuk melawan kesedihan tuh. Dan syukur, Alhamdulillah, aku telah membuat keputusan terbaik, paling terbaik di dalam hidup aku. 

Well, lepas putus, aku takdelah desperate cari pengganti ko. Aku muhasabah diri kejap. Adelah jugak aku mencarut – carutkan???? Hahahaha, didorong oleh syaitan. Ouh, lepas aku putus dengan ko, aku rasa free sangat. Aku tak perlu fikirkan ko langsung. Aku tak perlu nak SMS ko, tapi seyes, fon aku senyap, mak aku perasan, siap perli aku lagi mak. Pulak tuh, aku tak payah sibuk nak piker ko tengah buat apa kan? Ko dah makan, minum, mandi, semua tuh tak payah tanya dah. Hahahaa, agaklah saving kredit aku time tuh. Enfon pulak masak tuh cikai je, entah kenapa, lepas kene curik fon aku, memang dem sungguhlah, hilang semangat aku douh! 

Nak hilangkan rasa sunyi, aku berblogging, seronok sangat – sangat! Aku kenal Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Nurbadiah Lee. Diorang semua sangat cantik dan memberi aku semangat untuk terus blogging even tak sefemes mereka. Lepas tuh, sikit – sikit aku kasik naik keterampilan aku. Aku start pakai shawl yang lilit – lilit sampai terbelit leher aku, keh keh keh keh. Aku rasa cantik sangat, aku rasa bertuah sangat dan bersyukur sebab masih hidup lagi. Kemudiannya, aku tumpukan perhatian aku kepada family and kucing – kucing aku. So, takdelah aku asyik sangat ke hulur ke hilir dengan fon. Dah boleh letak fon dalam loker, letak silent pown dah tak kisah.

Lepas tuh, aku buat keputusan untuk tambah kenalan. Aku aktfikan Facebook, buat account Twitter. Tambah kenalan, bertukar – tukar pendapat. Kemudian, join group blogger, join gathering blogger, komen sana, komen sini, tambah entry, masuk entry baru, bercerita tentang kisah apa – apa sahaja, membuatkan aku bertambah semangat. 

Pelajaran aku pown takdelah terganggu mana. Lagi senang nak focus! Tuh terbaeeekkk! Tuh reason sebenar ko mintak putuskan??? Aku dah laksanakan, ehem, ko laksanakan tak??? Okayh tak study ko?? Kalau niat tuh betul, insyaAllah, betullah tuh. 

Hahhaa, banyak lagi perubahan aku, contohnya, macam aku dah pandai main guitar, aku dah bawak kereta sampai ke Johor ( perjalanan mengambil masa 4 jam ), aku belajar pakai lens, kemudiannya, belajar menjadi seorang AJK, kiranya, macam – macam perkara aku lakukan untuk melupakan ko, dan aku berjaya. 

Dan sekarang neh, aku sangat bangga dengan diri aku ( siapa lagi nak bangga kalau bukan diri sendiri kan? ). Lagi pown, sekarang neh, setelah 2 tahun aku sepikan diri, aku buat keputusan untuk buka pintu hati aku kat orang lain. Sesungguhnya, aku nak cakap, aku sangat bertuah ditinggalkan oleh ko suatu masa dahulu. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi limpahan kurnia kepada ko, member kebahagiaan terhadap ko, tiada lagi sengketa, dan paling penting, semoga ko berbahagia dunia dan Akhirat. 

Yang benar bekas kekasihmu,






Hahahhaa, orait, tuh sekadar ciptaan aku. Korang boleh simpan dalam hati, tak pown buat dalam Microsoft Office Word and then save. Kalau taknak orang lain baca, buat password. Ada cara, gune help ( f1 ). Kalau berani, cubelah send kat ex korang,warkahkahkahkahkah, kalau post dalam blog, belum tentu dia baca ( kalau dia tak taw korang ade blog ). Aku tulis neh bukan berlagak atau nak malukan die, cuma aku nak cakap, aku berjaya mengatasi 1 masalah dengan jayanya. Jadi, jangan salah paham. Orait, sampai sini je cerita aku, lain kali aku sambung beb~~~ 

p/s : sorry, tulisan kechik kat surat tuh, hehehe


Ulasan

  1. xde ex lah plk nk try buat bnda nih ...
    6t dah ade blh try ... msti dia sentap giler ..

    BalasPadam
  2. niamarlissa : xde EX pown xpew, nnt klu dh wat, jgn lupe, send jew, via email kew, pos opis kew, pos laju kew, pos xpress kew, org tengah kew, hahahaaa

    BalasPadam
  3. macam nak buat jugakla..hihi.bagus jugak mende ni.. tapi kalau dia menjawab dan mengutuk cemana...hehehe

    BalasPadam
  4. mas : EX xkan kutuk, hehehe, sbb diorg dh ilang modal, keh keh keh keh, :P

    BalasPadam
  5. Hai salam sya..kenal ke ni?hehe. alhmdulillah.. perubahan memajukn diri... skng dh ade pengganti yg lebih baik lg kn ...👍 semoga dipermudhkn

    BalasPadam
  6. Sebelom terlupa.. dairy ade lg klu nk bg tau ...nombor lama lg... 👌

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...