heartbeat

Ahad, 3 Jun 2012

Kemah


harapan : anda faham, :)

Ahad, 27 Mei 2012

Kenapa Aku Single Lagi?

as salam dan selamat sejahtera semua. oleh kerana aku terlalu tensen dengan esaimen fotogrametry, jadi, aku buat keputusan untuk hapdet blog je lah, bengang! aku bengang sampai keluar air mata. 



sebenarnya, aku baru je terfikir kenapa aku masih single?? aku pernah jugak cakap kat orang lain kenapa single lagi kan? jawapan yang biasa aku dapat ialah belum sampai masanya lagi, belum sampai seru, belum sampai jodoh. bagi aku lain, lain sangat jawapan aku, =.=". chewaaah, bhahahaaaa. 



aku single sebab : 

  • aku malas nak pikir pasal cinta. 
  • aku tak kuasa nak melayan janji - janji lelaki lagi.
  • aku dah serik kene tipu dengan lelaki.
  • aku dah lali dengan janji - janji nak bagai daripada lelaki neh.
  • aku buzy dengan life sebagai gadis single.
  • aku buzy dengan study.
  • aku buzy dengan kehidupan internet aku.
  • aku buzy dengan angan - angan aku.
  • aku buzy dengan impian yang harus aku capai.
  • aku ada family, adik - beradik, kawan - kawan.
  • aku ada banyak masa yang boleh diluangkan untuk diri sendiri. 
  • lelaki yang tak pandai nak menghargai aku.
  • lelaki yang buta.
  • lelaki yang tak nampak aku.
  • lastly, aku dah serik bercinta.


setakat neh, neh sajelah reason hardcore aku kenapa aku still single. hati aku neh dah jadi macam batu apabila ada lelaki datang dalam hidup aku. aku melayan, macam burung merpatilah. korang campak dedak, burung merpati datang, hingap dan makan dedak tuh, tapi bila korang cuba nak pegang, tak dapat pown. goodbye, neh semua sebab bengang sebenarnya, kalau tak, takde makne aku nak hapdet entry baru, =.="

Sabtu, 26 Mei 2012

Malam Rasa Sayang Part 2

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca. kali neh, aku kotakan janji aku iaitu menghapdet pasal dinner SGG pada 23hb5 bersamaan dengan hari Rabu. 


aku rasa macam Fatin Liyana pulak, =.="

malam tuh, secara jujurnyalah aku mengaku, aku gementar, sebab nak buat show kan? sebab sebelum tuh, mereka semua berbincang / bergaduh / berusrah / berdiskusi / bermanja / bercakap / berjerit / ber semua lah antara satu sama lain untuk persembahan malam dinner tuh. 



mula - mula nya, berbincang nak buat drama sepi / drama bisu / pentomen ( ea kew ejaan tuh ? ). aku rilek je la, siap aku reka jalan cerita tuh jugak . aku pown tak ingat sudah jalan cerita drama bisu. kemudian, untuk hari seterusnya, aku tak dapat datang latihan ( atas sebab kesihatan ), maka ada pertukaran lagi setelah berbincang / bergaduh / berusrah / berdiskusi / bermanja / bercakap / berjerit / ber semua lah. bhahahahhaa, jangan marah Adam. 



akhirnya, sepakat suara mengatakan, marilah kita menyanyi. maka, persembahan kami pada malam itu ialah nyanyian. lagu yang dipilih ialah Laskar Pelangi dan Sinaran. perggghhh, pulak tuh, aku nyanyi solo utk Laskar Pelangi verse 2. aku memang cuak kowt, siap aku hafalkan skrip and ingatkan part mana aku kene nyanyi. 



ilusi menunjukkan aku sudah kurus

hokayhlah, dipendekkan cerita, malam dinner tuh, aku cuma pakai sederhana je, kiranya cukup syaratlah. shawl je la pink, selebihnya hitam, mata pown hitam gak, aku takde idea nak bercantik or nak berhias pada malam tuh. sebenarnya, ingatan aku agak terganggu malam tuh. aku asyik ingatkan DIA. nak bergambar pown aku tak seberape mood. hilang moodlah. buktinya, semasa Haziq nak snap picture aku dengan Pak2, aku memang tak pandang kamera, aku takde moodlah time tuh, hormon tak betollah tuh. 



masa makan, aku makan sikit je, mebi tak sedap kowt, memang tak sedap, tapi kenyanglah jugak kan? selepas dah makan - makan, turn untuk persembahan. memang aku cuak, terus pergi toilet, entah macam mana, lepas keluar daripada toilet, nombor aku naik!!!! menjerit aku "SAYA!". hahahaha, sengih memanjang aku ambil hadiah cabutan bertuah, 1st time weyhhhh!!! 



mereka penyanyi

sampailah turn kiteorang untuk membuat persembahan. lagu Laskar Pelangi dimulakan. Jahidi main peranan, tapi aku terus tepuk dahi. 


" Y U NO SING THE SONG? "


tergelak - gelak dibuatnya. memang sampai part aku, mic tak berbunyi, terus tukar mic, entah macam mana, masa aku nyanyi tuh, aku pandang MGH, =.=""""" . hahahahaa, agaknya dapat sumber inspirasi kowt???? lepas tuh turn Adam nyanyi solo, walaweeeyhhhh!!! Adam keluarkan suara dari perutnya.


" Y U NO SING LIKE THAT WHEN TRENING? "


Adam, the singer

bhahahahaa, suara Adam, Noji, Ayong, and Ina memang sedap pada malam tuh. tak sangka semua lecturer terhibur dengan persembahan kami. huhuhuhu, segan betol bile aku tengok balik video kiteorang nyanyi tuh, =.=", BTW aku dah edit video tuh and aku akan upload dalam neh. 


video


sebenarnya, banyak lagi gambar yang tak dapat, tapi aku curi daripada FB sape - sapelah. hahahaha, aku ada hak nak curik kowt, :)



ehemmm, mohon Nur Azalidah tak jeles, =.="


warga SGG

Jumaat, 25 Mei 2012

Malam Rasa Sayang

as salam dan selamat sejahtera pembaca semua.

hari neh memang nak update blog dengan cerita dinner hari Rabu tuh, tapi banyak lagi picture aku belum dapat daripada sumber yang sahih.

jadi, korang semua, kenelah menunggu untuk picture - picture tersebut di upload ke dalam blog aku. lagi 1, kelas aku ade buat show malam tuh, video dah dirakam, nanti aku mintak dekat si pengrekod, lepas tuh, edit sikit, masuk dalam blog jugak, hehehe.

inshaAllah, aku akan masukkan semua cerita pasal dinner dalam blog neh, :)

ala ala studio gtuh,