Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Meroyan

Boleh tak gadis seusia aku ini nak meroyan nak kahwin? Boleh tak? Boleh ke tak? Meroyan nak kahwin. *sebab tuh kau tak kahwin lagi, kau salah tempat mengadu*

Kerja

Assalamualaikum. Konflik dialami oleh aku. Aku rasa, konflik ini terjadi apabila nafsu duit itu melambung - lambung tinggi ibarat harga minyak yang menaik ( lepas rombakan kabinet lemari, harga minyak menurun seposen, hurrmmpphhh, ye, seposen boleh bertahan sebulan). Masuk neh je, 2 orang pekerja berhenti dengan alasan peribadi. Aku sebagai head department ( sementara) rasa bengang apabila ada yang guna notis 24hr. Setahu aku, notis 24hr hanya untuk orang yang diberhentikan kerja, bukan berhenti. Tapi, tak gunalah bercerita lagi. Dah orang nak berhenti, berhenti je la. Maka dengan ini, aku pon meneruskan sisa - sisa syurga yang tinggal (bcoz bos aku outstation) jadi, next week, ko dengar je la die bebel. Kau akan dengar die bebel macam2. Just masuk telinga kiri, keluar kat mulut, sebab vapeon, hahahahahaha. Guys, kalau ada sesape jual subox mini 260 free batry free 1 flaver, aku nak. Nak sangat2, boleh kontek aku kat page "Hubungi"  ok?  Ok?  Ok?

Kembar

Dear hati &  perasaan. Hye, assalamualaikum, selamat sejahtera. Apa khabar anda berdua dia bawah sana? Lama tak berborak, tak bertanya khabar berita. Rindu rasanya. Kita saling berinteraksi. Hati dan perasaan ibarat kembar. Samalah otak dan akal, kembar azali. Hati, kau dipenuhi nafsu. Otak dipenuhi fakta dan logik. Hati dan perasaan saling berkait. Hati, kalau kau rasa sedih, perasaan mesti berbalaskan? Oh, alangkah seronoknya hati. Jauh dimata dekat dihati. Otak dan akal sentiasa berfikir untuk puaskan hati dan perasaan. Hati, aku nak bertanya, apa rasanya sekarang neh kau? Perasaan, jangan sibuk menjawab, aku tanya hati. Apa? Kau rasa sedih. Aku dengar cerita, hati sekali lagi kecewa. Kerana apa? Duniawi? Hati, mesti perasaan mengikuti kau kan. Perasaan, kau rasa apa yang hati rasa? Hahahahaha, mesti hati dan perasaan bertanya apa fungsi otak dan akal kalau hati dan perasaan sedih. Hurmmphhh, otak akan berfikir, kenapa dia sedih. Akal pula akan cari jalan untuk hilangkan se

Kucing 2

"Kitty Kax. Fenomena hangat di pasaran. Patung kucing comel yang boleh bercakap. Menggunakan kuasa bateri 2A, Kitty Kax boleh mengajuk setiap percakapan anda. " Tet! Alat kawalan jauh televisyen dicampak atas sofa empuk. Lelaki itu baring di atas sofa kepenatan. Televisyen sudah gelap. "ngiau" kucing peliharaannya yang berwarna kelabu itu menggesel kaki lelaki itu. "aku penat Elizabeth" jawab lelaki itu. "aku lapar, aku haus, aku nak makan, aku nak ade orang jaga aku, kan bagus kalau kau boleh jadi Kitty Kax yang real Elizabeth" kata lelaki itu lalu mengangkat kucingnya yang diberi nama Elizabeth ke pangkuannya. Elizabeth hanya menjilat - jilat bulunya. Bermata biru, bulunya berwarna kelabu. Itulah kerjanya setiap hari. "Elizabeth, kau neh! " lelaki itu menarik lembut misai Elizabeth." ngiaauy! " Elizabeth menggigit manja jari tuannya." dah, aku nak tidur, bangun karang, aku nak ada ayam goreng" lelaki itu melet

Delete

Aku sudah buat keputusan, aku nak delete entry - entry dulu yang tarak guna tuh. Nanti anak cucu aku google, tak pasal - pasal woi! Hahahahahaha. Terlampau banyak entry yang bukan - bukan, or maybe aku akan delete gambar, lebih kurang macam tuh la. Aku juga akan kurangkan tepek gambar muka sendiri dekat mana - mana laman sosial. Tak tahu kenapa aku buat keputusan macam tuh. Sekarang kan, aku rasa setiap hari aku period. Bukan sebulan sekali. Sepanjang masa nak emosi melampau. Jiwa batin meronta hendak pulang ke rumah.

Penyakit Hati

Tolonglah,  Tolonglah berhenti, Tolonglah berhenti buat aku cemburu dengan kehidupan kamu, Penat aku pujuk hati aku, Hati aku ini hati batu, air batu, Cepat cair, meleleh. Tolonglah berhenti buat aku cemburu dengan kehidupan kamu yang jauh lebih bahagia.

Men Effort

Assalamualaikum dan selamat malam. Aku buat entry ini sebelum tidur. Baca tajuk. Kalau melayukan Usaha Lelaki. Aku ade simpan 1 gambar tentang usaha lelakilah. Aku baru sahaja nampak kebenaran itu. Kadang -  kadang payah jugak jadi lelaki. Tak tahula, kalau diingatkan semula kisah itu, aku rasa malu sebab mengade2. Tapi mak aku cakap aku react cam tuh sebab di luar kawalan. Diganggu katanya. Ceritanya, aku sendiri dail nombor dia. Aku tak ingat. Dalam tengah malam camtuh, dia datang dengan pakcik dia. Aku fikir dia tak layan perangai aku yang meroyan. Aku fikir dia takut dengan ayah aku. Aku terharu, tetapi perasaan terharu tuh hadir esok harinya. Waktu dia datang, aku terpinga, gelak. Aku buntu masa tuh. Otak mula berfikir pada keesokan harinya. Masa tuh, perasaan malu keluar, hahahahaha. Sebenarnya, aku dah lama tak cerita tentang lelaki dalam blog aku kan? Agak lama, balik balik cerita psm, hahahaha. Kadang2 aku nak tanya dekat dia, ape perasaan dia malam tuh? Aku nak tahu ape

Hamil / Mengandung / Pregnant

Salam. Tajuk konspirasi. Ouh, aku tak kongsikan azam aku kali ini. Biarlah rahsia. Aku taknak bagitahu. Chewah, macam ada orang nak tahukan. Ok, berbalik kepada tajuk. Kawan aku ada yang dah lahirkan anak. Ada yang tengah pregnant. Ada yang baru kawen. Lately, aku ada terbaca - baca, kat laman web sosial. Aku tak paham pemikiran wanita yang takut tengok perut dia membesar sebab pregnant. Alasan takut gemok. Alahai, awak gemok untuk 9 bulan, bukan lama. Takut body shape lari, berusahala dapatkan. Lainlah saya, saya dah 26tahun gemok. Selesa. Kalau pegang tangan rasa tulang, hurrmmpphhh aku dah tambah 2 pinggan nasi. Awak yang pregnant, perut awak membesar tuh sebab ada isi. Setiap kg awak naik, Tuhan bagi pahala, sebab awak sudi carry baby awak 9 bulan ke sana ke sini. Cubalah buang stigma tuh. Awak taw tak, tak semua wanita boleh hamil. TAK SEMUA. Mereka yang merasai tuh amek masa nak terima. Ada yang sehari dua boleh terima. Ada setahun dua. Bergantung. Ada yang belum berkahwin m

Review 2014

Assalammualaikum! Selamat sejahtera kawan -  kawan. Lagi beberapa jam kita akan masuk ke tahun baru iaitu tahun 2015. Dan banyaklah keyboard warrior kate " hekeleh, awal tahun Muharam taknak lak bangga sambut",  " abang, abang hafal bulan Islam x?",  " ermm errmm,  kejap, ingatkan balik lagu tuh". Haram jaduh! Kau nasib baik ade group nasyid buatkan lagu tentang bulan Islam, kalau tak, hurrmmpphh, haram jaduh tak hafal gak. Same lah dengan aku neh haaa. Back to our topic. Biasa aku akan buat review ikot bulan. Tapi, untuk tahun ini, aku nak buat secara keseluruhanlah. Overall, tahun 2014 agak memilukan bagi aku. Kejadian hilangnya MH370,selang beberapa bulan kemudian, peristiwa MH17 pula ditembak angkara pengganas. Bah melanda pantai timur. AirAsia pula mengalami nasib yang sama dengan MAS apabila pesawat QZ85.. aku tak ingat pula nombor tuh. Pesawat terhempas. Sedih dengar. Kalau berita gumbira pulak, ramai orang kawen ( macam jual ikan kembung kat pa