Langkau ke kandungan utama

Girl

Hi, assalamualaikum gais. 

Nampaknya Kerulameng telah melancarkan produk baru iaitu Dendeng Berapi. Sambal Nyet dia pon aku jarang makan. Tapi 1st time aku makan masa kena covid19. Aku tak berapa nak makan masa tuh. Masa tuh, mmg berat aku turun mendadak 8kilo camtuh je. Lepas seminggu kuarantin, cek berat. Agak terkejut ye. Rasa macam sakit sangat. Aku makan balik untuk naikkan semula berat badan. 🤣.

Ok, berbalik ke isu kita ye. Tajuk diberi ialah Girl. So dalam entry ini, aku nak bercerita tentang wajah wanita yang aku create menggunakan AI. Ya aku tahu, korang boring. AI lagi. Sorryla, tengah hype. 

Imej ini aku agak beruntung ye kerana AI tidak mencacatkan bilangan jari. Selalunya, AI akan tersalah kira jari. Dah jadi polydactyl. Ingat kucing ke ada 12 jari. 😂.

Ya, aku tahu, seksi imej ini. Tapi ini antara imej yanh dijana paling ok. Abaikanlah seksi ini. 

Yang ini, actually prompt dia tulis Asian Girl. Tapi, itulah AI. Sekali kau suruh lukis Korea, semua dia lukis korea. 🤣.

Yang ini aku create sempena hari jadi Tok Ti. Penyanyi nombor 1 Malaysia.

Aku suka create imej Wanita & Kimono. Imej tuh jadi cantik dan berseni.

Contoh kes polydactyl pada manusia disebabkan AI. 🤣.


Di antara Imej terawal aku create.

Ok gais. Sebenarnya, aku ada beberapa cadangan untuk blog aku yang terusang ini. Aku fikir, dengan adanya AI, aku boleh create imej dan aku boleh buat entry berdasarkan imej tersebut. Boleh jadi cerpen.

Itu di antara cadangan bernas aku. Untuk laksanakan, nantilah dulu yeh. 😂. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...