Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Menghitung Hari 1

Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera. Lama gila tak update. Blog aku dah semakin ditumbuhi lumut, rumpai laut,habuk. Silap - silap, ikan jaws dah beranak. Sekarang, aku sedang menghitung hari. Entahlah apa yang aku hitung. Risau pon ada. Ini ke perasaan yang dihadapi oleh setiap pengantin? Hurmmpphh. Sebenarnya, aku buat semua keputusan. Sebab ayah aku taknak masuk campur. Dia balik - balik cakap, nak aku sambung belajar. Fedap rasanya. Jadi, tarikh menikah, siapa yang nak hadir, susunana barang, kos barang, berapa banyak dulang, borang, saksi, semua aku kena uruskan. Heeyy, pengantin luar sana. Bersyukur ayah awak boleh nak uruskan sama - sama. Aku sedih, tapi ini yang semakin beri aku kekuatan. Ini yang membuatkan aku lebih menghargai hubungan aku dengan tunang aku.

Hari Pertunangan Aku

Assalamualaikum dan hye semua. Setelah bertahun - tahun cerita pasal jodoh. Cerita jodoh orang lain. Upload gambar jodoh orang lain. Tercinta jodoh orang lain. Terscandal dengan jodoh orang lain. Aku pon sudah selamat ditunangkan dengan lelaki yang memang aku pertahankan hubungan dengan aku. Aku pekakkan telinga aku untuk dengar nasihat orang lain. Aku belajar untuk dengar cakap sendiri. Doakan hubungan aku dipermudahkan untuk langkah seterusnya. Doakan hubungan diakhiri dengan perkahwinan.

Godaan Syaitan

Godaan syaitan sangat kuat. Kalau aku yang Iman sememangnya lemah dah cakap godaan setan tuh kuat, apetah lagi yang lain. Selalu aku baca screenshot, gambar kat fb yang di - share oleh rakan - rakan fb bercakap mengenai jodoh. Kalau rindu, jangan jumpa, kalau sayang, jangan luahkan padanya, luahkan pada Allah, kita ada Allah. Tapi, netizen, memahami lah bahawa setan sangat celake. Disaat kau cakap "haa, takpela, takyah jumpa, elak maksiat", pasti setan akan menggoda "alah, sekejap je bro, tak lama" dan kau pon berubah hati. Disaat kau cakap "jatuh cinta aku dengan dia, takpe, aku ada Tuhan, minta pada Allah", percayalah ayat setan berbisik "bro, kau jangan lambat, nanti kau rugi, rugi itu amalan SYAITHON" "JANGAN TUNGGU LAMA - LAMA, NANTI LAMA - LAMA DIA DI AMBIL ORANG" Punye celake setan. Siap menyanyi. Percayalah, semua maknusia di bumi Allah ini mahu masuk syurga. Islam nak masuk syurga. Buddha nak masuk syurga mereka. Hindu ma

Kita Yang Pertama

Hye, assalamualaikum, selamat sejahtera. Mujur ada pamoga. Ok, teruskan. *iklan sekejap*. Hari ini, cuaca extreme panas ( tapi aku masih boleh tidur). Jadi, aku baring atas tilam, depan kipas. Aku skroll galeri dalam phone. Ade dalam 3k gambar aku. Dominan nya ialah kucing, kedua dominan selfie aku. Gambar yang terakhir ialah gambar kita sayang. Aku rindu sangat kat kau di saat ini. Cheh bllaahhh. Kau bukannya jauh sangat sampai nak rasa rindu. 10 minit sudah sampai rumah dia. Gambar ini bertarikh 29hb12tahun2013. Sudah 2 tahun aku mengenali kau. Dalam masa 2 tahun ada rasa sayang, benci, rindu, sedih, gembira. Banyak halangan yang kita hadapi. Banyak juga kenangan. Aku berharap hubungan kita berkekalan sehingga jannah. Orang cakap berdoa banyak - banyak. Aku berharap kita bersama.

Terabai

Assalamualaikum Selamat sejahtera Hai Lama agaknye aku tak merepek dekat blog sendiri. Semalam ke, ke hari apa tah, aku throwback entry aku dolu - dolu. Sezaman Fatin Liyana tengah hot. Sezaman Irine Nadia gigi arnab lagi tagline dia. Sezaman Yuyu Zulaikha petite ( die sememangnya petite). Sezaman abang si Irine Nadia, ape tah nama dia, sebelum kahwin dengan model tudung tuh. Zaman tuh orang sibuk ber-blog. Aku sendiri join blog neh. Aku create blog sebab aku takde medium nak menulis. Ada blog, aku join. Selepas itu aku rancak menulis. Orang kata benda yang hot akan suatu masa die sejuk. Dia takkan sepanjang masa panas. Selepas aktif dalam blog, ada Twitter pulak. Zaman Twitter baru hot kat Malaysia, zaman itu kalau artis reply twit kite, memang screenshot, post kat Facebook. Lepas tuh membahan siapa typo. Serius, itu zaman Twitter. Dah wujud Twitter, wujud pulak Blackbery, itu phone. Alah, BBM tuh. Mase tuh sibukla kat Twitter screenshot via Blackbery, ape tah, watermark die ka