Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Sedar atau tidak, aku sudah habiskan study aku di UTM tercinta. Sepanjang 3 tahun aku berada di UTM Skudai, banyak pengalaman, dugaan, kenangan yang diterima, diperoleh, dan dirasai. Tiba – tiba rasa rindu pulak pada bilik MA7 tuh. Walaweyhh! Aku sendiri lupa bagaimana aku kumpul kekuatan untuk terus bertahan dekat dunia Johor tuh haaaa. Aku sendiri lupa bagaimana aku boleh siapkan PSM aku sebab aku banyak main – main. Aku teringat, laptop rosak, 5 hari juga laptop aku dekat kedai Meranti tuh. Kunun kata hari Jumaat boleh siap, sekali aku pergi hari Isnin, tak siap – siap lagi. Betol cakap orang, time PSM neh kita boleh cari siapa kawan kita. Huhuhuhu, masa tuh aku lihatlah siapa boleh dijadikan rakan, siapa boleh dijadikan kawan, siapa boleh dijadikan sahabat. PSM neh macam satu tirai untuk seorang student tuh. Tirai itu akan diselak untuk lihat diri sebenar student tuh. Kalau management PSM student tuh bagus, alhamdulillah, b...
denyutan nadi seiringan nafas