heartbeat

Tentang Dia

ade perubahan tak? hahaha, takde kan.


Assalammualaikum & selamat sejahtera!

Khasnya, page ini diwujudkan untuk tahu siapa aku. Aku sudah update page ini setelah 3 tahun dibiarkan tanpa edit. Sengaja aku biarkan. Jadi, biarlah aku bercerita semula di penghujung tahun 2014. 

Macam biasa, nama aku terletak pada url blog aku sendiri. Nama aku tak femes di kalangan wanita, tapi sangat femes di kalangan lelaki. Kebiasaan aku dipanggil dengan nama gelaran atau nama kedua aku. 

Aku bukan femes blogger, bukan artis blogger, mahu pon artis. Aku sekadar seorang draftmen dekat 1 company swasta yang terletak dekat somewhere in Kuala Lumpur. Pergi kerja naik skooter atau kereta. Setakat neh, Alhamdulillah, bangga dengan pencapaian yang tak seberapa neh. Berkat doa ibu bapa aku kowt & rezeki daripada Allah. Aku bukan anak orang kaya, dan aku tak suka orang cakap aku anak orang kaya sebab aku phone besar, camera chantek, skooter lawa, kereta baru. Itu semua HUTANG! 

Aku masih lagi bujang, belum berkahwin, but not available. Tapi tak pula aku single. Cuma aku selesa bagitahu kepada orang, aku sudah berpunya. Fokus aku lebih kepada kehidupan aku yang agak miserable but still under condition yang orang cakap boleh survive. 

Kalau diikutkan, aku sudah mula tak aktif blog start aku masuk 3rd year in UTM, buzy dengan PSM, bila dah habis belajar, tinggal dekat rumah, rumah takde internet, maka, makin malas nak update even aku dah install apps "Blogger", tak syiok taip kat fon, maybe need a tablet kowt. ( Fon dah sebesar tablet )

Ada seorang blogger yang aku kenal ( aku selalu bace blog die ) dah close account. Kita Sedeyh! Dia kata blog tuh penuh dengan memory seseorang yang dia kenal, dan memori tuh pahit. Dia cerita pada aku memori itu, aku sendiri rasa pahit, kelat, payau. 

Wokayh, cuma, aku rasa, tahun 2015, aku nak aktif semula ber-blog-ing sebab rasa rindu untuk menulis tuh membuak - buak sangat. Bila baca entry blog dulu - dulu, aku rasa macam tak percaya, aku yang taip entry itu semua. Yes, bagi aku masa, aku nak update blog aku, and mula blog tahun 2015. InshaAllah. 

Dengan harapan dan doa!