Langkau ke kandungan utama

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih.

“Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya.

Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga.

03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa.

“Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku.

Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu.

“Iye, siapa kau?” aku bertanya lalu hibernate laptop aku.

“Aku, Mikhail..” Mikhail menghulurkan jari – jemari untuk dijabat.

Aku menyambut salamnya dengan baik.

“Aku kekasih Aina!” ayat penyata itu mengejutkan aku disitu.

Mikhail melepaskan jabatnya lalu tersenyum sinis.

“Berhenti keluar dengan dia and putuskan cinta gelap kau dengan dia..dari awal sem lagi kami dah declare..” senyuman sinis Mikhail itu membuat aku semakin membara.

Sejurus dari itu, aku segera menghubungi Aina.Sperti biasa Aina terlalu sibu dengan pelajarannya.Akhirnya aku tekad pergi ke studionya.

Studio pelajar Seni Bina aku kuak dengan kuat.Aku lihat Aina disitu dirangkul dengan penuh mesra oleh lelaki yang bernama Mikhail itu.Di hadapan mata aku melihat Aina membiarkan tubuh badannya diusap dan dibelai oleh Mikhail.Membara aku melihatnya.Aku sendiri tidak pernah diberi untuk sentuh.

“Aina!” aku memanggil perlahan.

Aina terkejut.Dia segera melepaskan Mikhail.Kulihat wajahnya menggelabah, seperti pencuri berjaya ditangkap oleh seorang anggota polis.

10.01.2xxx – Seksa aku melupakan Aina.Setiap hari aku dapat melihat dia disitu.Wajahnya sentiasa gembira, sedangkan aku, hari – hari terpaksa menelan pahit hempedu.

“Qaiyum, sebenarnya, Aina tu memang orang Melaka, tapi dia suka balik Bangi, rumah ibu dia.Dekat Melaka tu rumah ayah dia.Ayah dan ibu dia hidup berasingan.Dia memang dah lama curang dengan kau, satu kolej ni tahu dia curang dengan kau.Cuma kau sahaja kesian, ditipu hidup – hidup” aku masih lagi memikirkan kata – kata Razak kelmarin.

02.02.2xxx – Apehal si Aina ni?

“Abang, nak jumpa dengan abang kejap, malam ni kat studio Aina, itu pun kalau abang sudi nak jumpa dengan Aina ni” aku terima SMSnya larut malam itu.

Aku tidak membalas SMS itu.Aku masih lagi bingung.Biar betul Aina ni….Aku masih bingung.

“Kenapa Aina?” akhirnya aku berjumpa dengan Aina pada malam itu.

“Aina rindu abang” Aina mendekati aku.

Aku terbau haruman yang dipakai oleh Aina.Syaitan!Godaan!

“Owh, mana Mkihail u?” Tanya aku.

“Dah putus, dia tinggalkan Aina..” kulihat wajahnya sugul.

Tiba – tiba sahaja aku kasihankan dia.Perlahan – lahan aku merangkul mesra pinggangnya.

“Abangkan ada..” aku mengusap – usap kepalanya yang dibaluti oleh tudung.

04.03.2xxx – Aku kembali couple dengan Aina.Aina melayan aku dengan baik sekali, namun sekejap sahaja.Dia kembali ke perangai lamanya.Membiarkan aku tanpa sebarang berita dan khabar.

“Kau tak takut ke kalau kau kene kencing lagi dengan Aina?” Tanya Razak.

“Aku tak tahu” aku menjawab lemah.

Hampir sebulan juga Aina tidak menghubungi aku.Aku pula sudah malas hendak menghubungi dia.Biarkan sahaja.

04.04.2xxx – Aina!Hari ni hari jadi aku!

“Hepy burfday Along!” aku menerima wish daripada Qis.

Aku perlu menghadapi kertas peperiksaan ni.Kenapalah hari jadi aku ni jatuh pada exam aku?

“Malam ni abang nak jumpa dengan Aina” aku memberi SMS kepada Aina.

“Aina ade studio malam ni” Aina membalas SMS aku.

“By hook or crook, abang nak jumpa dengan Aina” aku menegas.

“Kenapa?” Tanya Aina seperti tidak tahu apa – apa.

“Sebab hari ni 04.04.2xxx!” aku bengang.

“Apa kaitannya?” Tanya lagi Aina.

Aku tidak membalas lagi SMSnya.Aku fokuskan kepada kertas peperiksaan yang akan dijawab petang nanti.

10.04.2xxx – Akhirnya berakhir lagi hubungan aku dan Aina.

“Abang, Aina rasa kita dah tak serasi” kata Aina di dalam SMSnya.

Aku dah agak.Aina, kau tipu aku selama ni.Hah!Semak!Perempuan semua sama je!

Aku berbaring diatas katil.Aku memejamkan mata untuk melupakan Aina dan segala kenangan yang ada.

Lepas ni jangan setia and cair dengan mana – mana perempuan.Gunakan segala kesempatan yang ada.Ambil kesempatan terhadap mereka.Rasakan dendam aku terhadap perempuan.

Kelama – lamaan aku tertidur dengan segala dendam yang terkesumat.

10.11.2xxx – Lama aku tidak menulis di dalam diari ini.Aku sibukkan diri dengan tugasan, amali, dan projek.Wajah Aina juga sudah lama terkubur di dalam angan – angan aku.Akhirnya aku berjaya menghabiskan pelajaran aku dengan pointer yang bagus.Aina?Entah, aku dengar cerita dia ada repeat 1 paper.Lantak r..

Aku kemas – kemaskan barang di dalam bilik aku ini.Esok parents aku ambil aku untuk balik ke Klang semula.Kemudian, aku akan bekerja di Shah Alam sebagai maintenance pula.Cari duit.

11.11.2xxx – Qis senyum – senyum kepada aku.Sejak aku pulang ke rumah, dia kelihatan gembira.Mungkin ada aku kot?

“Along, jom pergi Alam..” kata Qis.

“Kau dah takde orang lain nak ajak ke?” Tanya aku sendiri.

Hanya sekadar gurauan.

“Alah, Along ni..jom r, Qis boring r cuti sem ni..” kata Qis merajuk.

“Ajak r abang – abang angkat kau, tak pun akak angkat kau..” aku sengih.”Eh, lupa plak, kau mana ada akak angkat..” kata aku lalu membuka pintu almari.

“Akak angkat duk kat Puchong je” kata Qis.

“Eh, ade yeh?” aku sengih lagi.”Dahlah, g bersiap..Along nak pakai baju ni” wajah Qis terus senyum mendengar kata – kata aku.

25.11.2xxx – Hari pertama aku bekerja.Kerja aku tak berapa nak susah, sekadar cek – cek and then wat laporan kat supervisor.Tu je.Qis lah jadi mangsa aku untuk menghantar aku ke tempat kerja.Aku tengok dia tak marah pon.

“Kakak angkat kau tu orang mana?” tanya aku sambil membuka bungkusan nasi yang dibelikan oleh Qis tadi.

Untung Qis bekerja di UiTM Shah Alam.

“Dia orang Puchong..” jawab Qis bersahaja.

“Aku nak tengok pic dia boleh?” tanya aku.

“Mana boleh, dia tak bagi..” jawab Qis.

“Alah, bukan dia tahu pun” aku cuba mengambil telefon itu daripad Qis.

“Tak boleh!” Qis bergelut dengan aku.

Aku geram, maka aku turut berebut telefon itu dengan Qis.Tiba – tiba telefon Qis berdering.Aku berjaya menangkap telefon itu lalu melihat gambar yang terpapar di skrin.Aku terdiam.Deringan itu berhenti seketika.Qis segera mengambil telefon itu daripada aku.Qis cepat – cepat menghabiskan nasinya.

“Petang ni balik pukul berapa?” tanya Qis.

“Macam biasa, pukul 5 petang” aku menjawab pertanyaan Qis.

Waktu rehat aku semakin suntuk.Setelah habis makan, aku segera naik ke pejabat.

Aku dah jumpa mangsa aku.

01.12.2xxx –

“Qis ni kedekut r, Along nak nombor dia je” aku cuba mendapatkan nombor kakak angkat Qis.

“Dia tak bagi..” jawab Qis.

“Qis, please, Along nak sangat berkawan ngan dia” aku merayu.

“Bukan Qis taknak bagi, dia yang tak nak kenal dengan Along...” kata Qis.

“Mana Qis tahu dia tak nak kenal dengan Along??Memandai je Qis ni..” kata aku.

“Qis dah promote Along kat dia, dia sendiri yang tak nak..dia kata dia nak study..” kata Qis.”Lagipun, dia baru putus cinta” sambung Qis lagi.

Memang perfect nak jadi umpan aku ni.Mangsa seterusnya.Sayang betul.

“Along pun baru putus cinta jugak..perfect r tu” kata aku sambil memikirkan lagi perkara – perkara untuk membalas dendam.

Qis terdiam.Dia berada dalam keadaan berbelah bagi.Aku berdoa supaya Qis dilembutkan hatinya.

“Nanti Qis tanya dia lagi..” kata Qis.

Yes!Aku menjerit didalam hati.Apa plan?Yang penting, ayat!Ayat nak tackle budak yang sorang ni.Daripada riak wajah dia ni, aku dapat rasakan dia ni ego.

20.12.2xxx – Bosan sudah aku menunggu jawapan daripada Qis ni.Asal aku tanya je, dia jawab akak angkat dia taknak.Jual mahal betul.Lagi demand daripada Aina ni.

“Along, dia nak” kata Qis pada waktu petang.

“Nak apa?” aku tidak paham.

“La?Akak Nad nak berkenalan dengan abanglah..” kata Qis.

“Nama dia Nad?” aku mengangkat sebelah kening.

“A’h, Nadirah” jawab Qis.

“Nombor telefon?” aku segera mengeluarkan telefonnya.

“Dia akan misscalled Along jap lagi..dia ada nombor Along” kata Qis.

Wah?Cepat juga respon adik aku ni.

“Nama dia Nad yeh?” tanya aku untuk kepastian.

“A’ah, Nadirah binti Sulaiman” jawab Qis dengan nama penuhnya sekali.

Wau, siap nama ayah aku dapat.Mana nak cari beb!

Tidak lama kemudian, telefon ku berdering.Aku lihat, nombor yang tidak kukenali.

“Ni nombor Nad yeh?” tanya aku kepada Qis.

Qis sekadar mengangguk.Aku mendail semula nombor itu.Cis!Kredit pula takde!Aku menyumpah – sumpah.

“Along, dah 3 kali dia misscalled Along...Along nak ke taknak?” tanya Qis.”Dia beriya – iya nak kenal dengan Along tu., “ kata Qis dengan nada marah – marah.

“Hehehehe, Along takde kredit..cakaplah kat dia..” aku tersengih – sengih.

Qis mencebik mulutnya.Jari – jemarinya membalas SMS.Seketika kemudian, SMSnya dibalas.Qis tersengih.

“Dia cakap apa?” tanya aku dengan perasaan ingin tahu.”Dia perli kau Along..” kata Qis.

”Ape?” aku hairan.

”Dia kata kalau nak berkenalan, make sure ade kredit, kalau tak, simpan je lah angan – angan yeh..” kata Qis.

Aduh!Bisa gila ayat awek ni.1st time aku berkenalan dengan awek macam ni.Tapi betul juga ayat dia tu.Haish!Terasa saya!

23.12.2xxx –

“Hye!Awak ngah watpe tu?Menggangu?” SMS pertama aku kirimkan kepada Nad.

“Ni siapa?” SMSku dibalas.

Aku tersengih.Cepat – cepat aku membalas SMSnya.Terasa hilang kesunyian aku setelah berkenalan dengan gadis bernama Nad ini.Setelah berkali – kali aku pujuk dia, akhirnya, ingin juga dia kirimkan MMS gambarnya.Memang dia menawan hatiku.Rasa macam taknak permainkan dia je.Nadirah!Nama itu meniti dibibirku sekarang.

“Qis, kalau Along ajak Nad keluar, dia nak tak?” tanya aku kepada Qis sewaktu dalam perjalanan pulang daripada kerja.

“Tak tahulah Qis, dia tu study lagi Along..” jawab Qis.

“Study mana?” tanya aku lagi.

“UTM,diploma..” jawab Qis.

“Aik?Macam mana Qis boleh berkenalan dengan dia?” tanya aku.

“Dia ingat nombor Qis ni nombor ex pakwe dia..so, dia pon call r nombor Qis ni, alik – alik Qis yang jawab, tapi dia tak balas, sebab dia ingat Qis ni awek BF dia..pastuh, Qis tak puas hati, Qis SMS dia, tanya siapa kan, barulah dia nak SMS..” jawab Qis.

“Owh, dia ada pakwe sebelum ni...dia tak cerita kat Along pon...” kata aku dengan nada merajuk.

“Dia kawan dengan Along ke?” tanya Qis.

“A’ah, dah hampir seminggu Along SMS dengan dia..” kata aku.

“Dia tak cakap pon ngan Qis...ish, nak kene kak Nad ni..” kata Qis.

Aku cuma tersenyum.Aku lihat wajahnya di skrin.Pipi dia tembam.Walaupun chubby, tetapi Nadirah dapat menawan hati aku.

30.12.2xxx – Aku cuba untuk menawan hati Nad, tetapi tidak semudah aku menawan hati Aina.Kalau si Aina tu, sekali aku nyatakan ayat cinta, terus sahaja dia membalas, tetapi kalau si Nad ni, aku hamburkan sejuta ayat cinta pon, belum tentu hati dia yang seumpama batu itu mampu membalasnya.Apabila aku memuji dia, pasti jawapannya ialah

“Terima kasih awak, itu semua ciptaan Allah S.W.T”

“Ye ke?Terima kasih”

Apabila aku ajak bercinta, ini pula jawapannya.

“Awak, kita berkawan dulu”

“Bagi masa boleh?”

Aku dah lama bagi kau masa Nad, bilalah kau nak balas cinta aku ni?Dah seminggu!Aku ni kau dah panggil B,aku pula yang tersasul panggil kau sayang.Bila aku tersasul panggil kau sayang, kau marah – marah.Kau buat aku menaruh harapan yang sangat tinggi!

Petang itu, Nad SMS kepada aku.Katanya dia baru habis berfikir tentang ajakan aku itu.

“Erm, macam mana kalau jawapan saya negatif?” tanya Nad.

“Takpe, tapi saya tanya 1 bende boleh?” aku balas SMSnya.

“Apa?” tanya dia.

“Awak masih tunggu ex pakwe awak ke?” terlanjur aku tanya.

Lambat pula dia membalas SMS aku.Beberapa minit kemudian, dia menghubungi aku.Aku menjawab panggilannya.

Setelah lama berbual dengannya ditelefon, aku semakinjatuh hati dengan dia.Tidak sampai hati aku untuk berbuat jahat terhadap dia.Aku ingin jadikan dia isteri aku!

04.01.2xxx – Aku keluar dating dengan Nad, tidak dirancang,Kebetulan dia berada di KLCC, aku pun berada di tempat yang sama.Jadi, dia membuat keputusan untuk keluar bersama – sama.

“Hai!Qaiyum?” tanya Nad teragak – agak.

Nad!Comel!Dalam gambar nampak macam dah matang, tapi bila dia berdiri di sebelah aku, macam adik aku je.Pendek je dia ni rupanya.Macam budak – budak pon ada jugak.Bahagia rasanya bila berada disebelah dia.Hilang masalah apabila pandang wajah dia.Aduh, Nad dah sumpah aku ke?

“Thanx B, terima Nad seadanya.Nad tak tahu nak cakap apa lagi..” Nad menggenggam jari – jemari aku.

Jari – jemarinya kasar, tandanya dia banyak membuat kerja dirumah.Kata ibukulah.Aku pun apa kurangnya Nad, aku bukan kacak mana.Lagi pun jika aku hendak dibanding dengan pelajaran kau.Kau bertuah Nad, belajar di universiti, diploma pula tu.Aku ni cuma budak kolej, belajar setakat sijil je.Patutnya aku yang mengucap ayat tu kat dia.

“B berangan ke?” Nad menepuk bahuku lembut.

Matanya yang bulat itu bersinar – sinar memandang aku.Lebat juga bulu mata dia.Macam pakai bulu mata palsu je.

“Nad pakai bulu mata palsu yeh?” tanya aku.

“Ish, mana pulak..ni ori r..” ku lihat Nad tersipu – sipu malu.

Kemudian aku lihat dia tergelak kecil.Bahagia!


Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Camp FYE Di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi

As salam dan selamat sejahtera, haaaiiii!!!!!!!!   Gila!!! Merindui korang semua. Aku hampir tersedak kerana disebabkan bola, naik, meningkat sungguh stats aku dalam blog neh. Macam aku cakaplah, memang blog aku neh sangat dull, kadang – kadang je aku cakap pasal bola neh, sebab aku memang minat pasal bola, hehehehehehheeee.  Hari tuh aku dah janji kan nak cerita pasal camp aku kat Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi???? Seyes!!!!! Serius aktiviti yang sangat best bagi aku!!! Tak pernah – pernah aku pergi camp yang salah satu aktivitinya ialah berbasikal??? Yaaaaaaa, berbasikal. Gerenti korang yang suka cycle akan teruja.  Apabila bercakap pasal camp, musti orang akan cakap,  Alah, tipikalnya, balik – balik aktiviti yang sama, masuk hutan, keluar hutan, main rentas anak sungai, pastuh survival, buhsannnnn!!! TET! ( kau tak reti bersyukur sungguh! ) Tetapi camp FYE kiteorang boleh dikatakan unik aktivitnya. Mungkin sebab kiteo

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah