Ini kisah aku, oooppsss! Assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan2!
Hari neh,setelah berbulan - bulan tak update blog,aku update. Aku nak cerita kisah aku beli kereta,kisah aku beli kereta neh dah lama,daripada tahun lepas,tahun 2013,awal tahun 2013.
Masa tuh ayah aku nak beli Alza,jadi alkisah,ayah aku guna nama aku,padehal,time tuh aku student,orang bank called,gelak,chheettt,tak baik taw. Dealer pon 1,cakap nak hebat,cakap semua orang boleh beli Alza,aiyoyoyoyo. Ayah aku tuh ada 1 perangai,dimana die lebih termakan kata - kata nista pujuk rayu orang luar. Tak pasal - pasal kena gelak.
Kedua kali,aku try untuk kereta saga, kali neh,aku dah bekerja,tapi kontrak,jadi bank tak luluskan,tapi ini tak jatuhkan semangat aku,aku try lagi untuk kali ke dua,sekali daaa, dealer tuh block aku kat whatsupp, apekah? Ko bukan kemaeng kata seorang yang boleh beri kerjasama,tengok2,ko block aku,sedeyh betollah!
Akhirnya aku membawa hati yang sedang duka dan lara,cari kerja yang tetap. Bila dah dapat kerja,gaji pula tak seberapa sedap,haduh! Masa tuh pula,aku kena berebut motor,jadi aku beli r motor dulu.
Sebenarnya,aku takde niat nak beli motor,tapi sebab aku malas nk rebut motor,aku gagahkan diri,cari motor untuk kegunaan sendiri. Aku plan nak beli skooter,kemain ayah aku marah,kata aku karang tak reti jaga,tak reti pakai,karang pakai skuter jadi pondan. Aku tengok ayah aku pakai,elok je.
Selepas di kompem kerja,aku dapat naik gaji,yeeaahhh! Kebetulan, Perodua buat promosi turunkan harga kereta Viva,apa lagi,aku terus cakap dekat adik aku,aku siap buat research kat internet,and aku minat Viva850,tapi adik aku suruh beli Viva s,ikot je la.
Beli viva neh pon sama dengan keadaan beli skooter. Tak habis - habis suruh aku beli Alza. Aku memang menyirap dengan dealer yang ayah aku jumpa tuh. Kalau aku jumpe dealer tuh,aku janji nak sepak dia.
Jadi,aku redah dengan adik aku pergi agensi Perodua Puchong,opposite dengan RHB Bank. Dealer aku ialah Mr Gary. Jadi aku guna whatsupp sahaja,jimat dan free,kantoi la gambar Rahmat.
Aku guna kak ipar aku as a guarantor. Aku akui,semua bank tak terima aku,sebab diorg nak family sahaja jadi gerantor. Aku kat sini,sakit,family aku takde yang boleh jd gerantor,aku jd stress sangat2. Nasib public bank aprove loan aku. Aku dengar cerita,interest public bank paling rendah,tak kisahlah. Lepas dah approve,proses sign documen,perghh! Melentik jari nak sign 1 by 1. Biasanya, kalau kita ada akaun public bank,diorg suruh auto debit je,memang ade charge r tuh,seringgit r tuh.
Jadi,apa yang tinggal,tunggu untuk kereta keluar,hari - hari dilalui dengan sabar. Akhirnya,hari Jumaat,keluar kereta baru dengan no plat wilayah,yes! Berbaloi penantian aku untuk selama ini.
Thank you Rangkaraya!
Alhamdulillah =)
BalasPadam