Langkau ke kandungan utama

Kucing 2


"Kitty Kax. Fenomena hangat di pasaran. Patung kucing comel yang boleh bercakap. Menggunakan kuasa bateri 2A, Kitty Kax boleh mengajuk setiap percakapan anda. "

Tet! Alat kawalan jauh televisyen dicampak atas sofa empuk. Lelaki itu baring di atas sofa kepenatan. Televisyen sudah gelap.

"ngiau" kucing peliharaannya yang berwarna kelabu itu menggesel kaki lelaki itu. "aku penat Elizabeth" jawab lelaki itu. "aku lapar, aku haus, aku nak makan, aku nak ade orang jaga aku, kan bagus kalau kau boleh jadi Kitty Kax yang real Elizabeth" kata lelaki itu lalu mengangkat kucingnya yang diberi nama Elizabeth ke pangkuannya.

Elizabeth hanya menjilat - jilat bulunya. Bermata biru, bulunya berwarna kelabu. Itulah kerjanya setiap hari.

"Elizabeth, kau neh! " lelaki itu menarik lembut misai Elizabeth." ngiaauy! " Elizabeth menggigit manja jari tuannya." dah, aku nak tidur, bangun karang, aku nak ada ayam goreng" lelaki itu meletakkan Elizabeth di atas karpet rumahnya.

Lelaki itu memejamkan matanya. Elizabeth bangun lalu berjalan menuju ke dapur. Kedengaran dapur rumah itu berbunyi - bunyi seperti ada orang memasak.

"gilo! Sakit bibir aku" seorang wanita yang sangat jelita, matanya berwarna biru seperti orang Rusia, dengan berbaju warna kelabu sedang memasak di dapur. "kau taw komen je, carila isteri" kata lagi wanita itu.

Dapur itu berbunyi bising seperti riuhnya 2 3 orang sedang memasak. Jiran - jiran dirumah itu kadang - kadang terkejut mendengar bunyi yang datang daripada rumah lelaki itu.

"ehm" terpisat - pisat mata lelaki itu. "ape bunyi bising?" perlahan - lahan kakinya jejak ke lantai.

Tangannya meraba - raba mencari telefon. Kedengaran bunyi bising lagi dari dapur.

"Elizabeth, kau bawak jantan ke? " lelaki itu melaung memanggil kucingnya.

Dengan tiba - tiba bunyi di dapur hilang. Lelaki itu melangkah perlahan menuju ke dapur.

" hah? " terkejut lelaki itu melihat ada pinggam berisi ayam goreng dan nasi sudah dimasak." selalu macam neh, ada orang masak untuk aku, tapi pintu kunci" mengumam lelaki itu.

Dia melihat kucingnya muncul di jaring besi di tingkapnya.

"ngiau! " Elizabeth melompat ke sinki lalu melompat ke bawah.

Elizabeth berlari mendapatkan tuannya. Lelaki itu mempedulikan perkara pelik yang terjadi kerana dia sudah biasa sejak mengambil Elizabeth yang terbiar tepi longkang. Baginya, dia anggap itu adalah jasa baik yang dibalas baik. Selepas selesai makan, lelaki itu mandi untuk menyegarkan badannya lesu. Elizabeth hanya sekadar tidur di atas sofa yang empuk. Lelaki itu datang dan duduk di sebelah Elizabeth.

"Elizabeth, kadang - kadang aku rasa kau manusia" lelaki itu mengusap - usap perut kucing itu.

Respon daripada usapan itu, Elizabeth menggeliat comel. Terhibur lelaki itu melihatnya.

"nanti, aku niut kau ye, " kata lelaki itu.

Elizabeth membuka matanya tiba - tiba.

" senangla bila kau kene ikat, kau tak pregnant, takde kuman datang" kata lelaki itu memujuk kucingnya.

Elizabeth masih respon yang sama. Mata dibulatnya.

"nak sambung tidur, good night Elizabeth " kata lelaki itu lalu berjalan menuju ke biliknya.

Lampu di ruang tamu ditutup. Keadaan menjadi gelap. Kedengaran bunyi tangisan wanita. Wanita bermata biru, berbaju kelabu sedang menangis di atas sofa.

Sinaran mentari menyinari. Lelaki itu menggeliat di atas katilnya. Dia bangun dan berjalan keluar daripada biliknya menuju dapur. Dia membuka tudung saji di atas meja. Terdapat sepinggan nasi goreng dan air teh panas. Terdapat 3 biji kuih juga. Lelaki itu duduk dan makan makanan yang ada di atas meja.

"Elizabeth oh Elizabeth " lelaki itu memanggil kucingnya dengan mulut yang masih penuh dengan makanan.

Diam sahaja. Tiada bayang kucing akan hadir. Lelaki itu masih makan. Usai makan, dia cepat - cepat membasuh pinggan dan gelas yang dipakai. Dia mandi dengan segera. Dalam fikirannya hanya satu.

"Elizabeth hilang! " kata lelaki itu.

Puas lelaki itu meronda kawasan perumahannya dengan motor vespa berwarna merahnya itu. Helmet disarungnya tanpa diikat dengan kemas. Kepalanya toleh ke kanan, ke kiri. Kadang - kadang mengelak halangan dihadapan seperti lubang. Akhirnya lelaki itu berhenti di satu pondok. Vespanya diletak tepi, helmetnya diletak atas seat.

"Kau neh Elizabeth, selalu merajuk bila aku cakap nak niut" lelaki itu menggaru - garu kepalanya. "Elizabeth, aku ada kau je dalam dunia ni, baliklah, aku tak jadi nak niutla," lelaki itu memujuk lagi.

Dia mengeluh. Lantas dia menghidupkan enjin vespanya. Dia pulang semula ke rumahnya. Sampai di rumahnya, dia terkejut melihat seorang gadis sedang memangku seekor kucing warna kelabu juga seakan - akan Elizabeth.

"Elizabeth!" lelaki itu jerit terus berlari ke arah gadis itu.

Gadis itu kaget semacam.

"Awak jumpa dia mana? " tanya lelaki itu tersenyum melihat Elizabeth." Kucing awak ke? " tanya gadis itu." Ya! " lelaki itu mengambil Elizabeth daripada pangkuan gadis itu." Awak jumpa mana? Saya ingat Elizabeth hilang! " kata lagi lelaki itu.

Gadia itu sepertinya terkejut dengan nama kucing itu lalu tersenyum sinis.

"Dia tak hilanglah, dia ada je jalan - jalan, maybe dia cari jantan" kata gadis itu. "Oh, ye ke" lelaki itu terdiam. "Dia merajuk kot bila saya cakap nak mandulkan dia"  kata lagi lelaki itu.

Gadis itu tersengih. Terlihat gigi taring sebelahnya.

"Awak, haiwan pon nak berteman. By the way, saya jiran awak je, belakang 2 3 baris rumah awak" gadis itu memulakan sesi perkenalan. "Oh" lelaki itu melepaskan Elizabeth yang meronta - ronta dilepaskan.

Elizabeth melompat berlari ke arah kucing yang melintas dihadapan merrka berdua.

"Ala, bagi je Elizabeth awak tuh beranak sekali, biarlah dia merasa tittle ibu" kata gadis itu lagi. "Maybe saya akan ikut cakap awak"  kata lelaki itu.

Elizabeth mendekati kucing jantan berwarna oren itu. Dia mencium bau diikuti dengan kucing oren itu.

"Saya tak tahu pon awak tinggal dekat area sini" agak janggal lelaki itu memulakan perbualan. "Sebab awak tak bersosial" balas gadis itu tersenyum.

Elizabeth mula bergesel dengan kucing oren itu. Kucing oren itu membalas geselan Elizabeth dengan mengigit ekornya. Sekali sekala Elizabeth mencakar tanpa keluarkan kukunya menandakan dia mahu berkawan.

"Saya Aisyah" gadis itu beri nama dahulu. "Saya Taufik" lelaki itu mula berasa selesa.

Nampaknya sesi perkenalan itu akan berpanjangan sambil memerhatikan tingkah laku 2 ekor kucing itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...