heartbeat

Isnin, 28 Ogos 2017

Dapat Mak Mulut Macam Hawau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog aku (wujud agi ke? Aku harap wujud lagi)

Aku tahu, aku dah lama tak menulis, well, malas. Sejak ada smartphone, semakin malas. Tengok movie pon kat fon. Ahanat aku neh. Nasib rajin masak. Untuk perut sendiri dengan laki. Kang laki cari pompuan lain, meroyan kat KRT pulak. Hahahaha.

Well, this year aku sadis. For the 1st time, aku raya Haji without my parents. Amma, appa, yennade. Aku tak boleh. Saia tak kuad. Ouh abang rimau. Eh, ape mascot Sea Games termasuk neh. Tahun neh menarik betol Sea Games kite. Mascot Rimau kemain eh. Dengan Abah die nak lawan, halalgap tak jage. Hahahahaha. Menarik menarik.

Okayh. Tahun neh tak beraya Haji sama-sama. Aku lebih suka sambut Raya Haji berbanding Raya Aidilfitri, sebab masa Raya Haji aku boleh solat sunat raya. Masa Aidilfitri, tak dapat. Selalu sangat period. Bosan dah aku.

Berbalik kepada tajuk entry aku. Dapat mak mulut hawau. Well, lepas kahwin, aku segera menyewa sebab aku nak privacy. So, lepas kahwin, perkara paling aku rindu, opkos my cat, bau taik kucing (hahahaha, pelikkan), bau kucing. Kedua, mulut mak aku yang macam hawau bawau lahabau.

Mak aku bukan orang Melaka nak berhawau. Dan dia bukan orang Melayu, tapi dia malas, dalam borang apa2, dia tulis dia bangsa Melayu. Biasa borang permohonan berkaitan dengan sekolah dulu lah. Masa aku kahwin hari tuh, aku kena lampirkan surat convert Islam mak aku. Mak ai, muka mak aku masa muda macam aku (ewah, naik bakul angkat sendiri).

Mak aku, mulut dia memang pedih weyh. Menghiris hati hempedu bagai. Anak dia semua hati batu. Aku tengok, mak mak zaman sekarang, kurang mulut hawau. Yelah, taknak anak merajuk kan. Tak semua anak hati batu. Hahaha. Macam aku tengok 1 neh, anak memang pemalas, mak dia pon kowt malas. Malas nak bebel, dia buatla kerja. Kadang2 tengok rumah bersepah tapi anak ramai. Kadang2 aku tertanya gak. Anak ramai, tapi tak terdaya. Bukan nak mempersoal rezeki yang Allah dah beri, tapi betol gak orang cakap, better quality than quantity. Apa aku kechek.

Dulu aku selalu dengar, biar anak ramai, nanti mereka jage kita. Aku tengah tengok mak pak aku. Anak ramai. 6 orang. Tapi, berpecah semua. Masing2 dah besor. Tak dapat nak jage mak pak aku. Dah tuh, adik aku bajet dia la sorang kena jaga mak pak nye (sebab dia tak kahwin lagi). Kat cituh aku dah paham yang anak itu rezeki yang dipinjamkan oleh Allah kepada ibu bapanya. Sampai masa, anak tuh kena keluar daripada jagaan mak pak nye.

Tapi mak aku, lain. Masa kami kechik, dia dah dera mental kami. Aku ingat lagi, aku nak masuk pertandingan menyanyi lagi nasyid sekolah rendah, minggu persatuan agama Islam rasanya, ke Maulud. Setiap penyertaan, kena bayar 50sen. Aku cakap kat mak aku, nak 50sen, nak masuk. Sekali mak aku kata "ingat menyanyi tuh elok ke? Ko nak jadi perempuan kelab malam, menyanyi depan orang, jantan pula, ko ingat suara katak ko sedap? Drpd menyanyi, ko pergi baca buku, belajar, takde masa depan ko nyanyi, orang bodoh je menyanyi, orang pandai baca buku". Aku menangis weyh, tapi mak aku bagi gak 50sen. Esoknya aku nak bayar, tapi kawan aku cakap ade orang lain dah ganti kn aku. Aku kuciwa. Menangis hati ini, ku juga bersimpati. Hancurnya harapan ku, maaflah sayang.

Lagi sekali mak aku dera mental aku masa aku nak masuk sekolah asrama, sekolah teknik. Mak aku cakap "ko tuh spender pon aku sidaikan, berkarat pulak tuh celah kangkang, tak reti jaga. Hitam (hahahahaha). Itu ko nak masuk asrama? Ko pergi bawa beg, balik karang hujung tahun, sehelai spender je ko bawa balik, yang lain hilang, ko tak reti jage, tak payah la nak sekolah jauh, ko memang tak layak". Aku punye terhiris, hahahaha, habis SPM, aku balik rumah KL, aku kumpul semua baju aku, aku bawak balik hanger yang yang budak2 buang, hahahahaha. Lepas tuh aku tunjuk kat mak aku yang aku tak bawak balik sehelai spender je yg macam dia cakap tuh, hahahahaha.

Sebelum aku kahwin pon mak aku saiko aku habis2. Sampai berair mata aku. Masa aku cakap nak kahwin, mak aku cakap macam2 contohnya, lepas kahwin ko kena jaga makan minum laki. Kencing berak dia ko cuci, dia nak makan, ko kene masak. Kalau ko tak dengar, dia sepak terajang je ko.

Percaya tak mak aku cakap macam tuh? Percayalah, adik aku saksi. Ada lagi dia cakap, kalau aku tak rajin, kompem laki aku kawen lagi 1, yang aku neh kene sepak kat bontot. Aku tak tipu, mak aku cakap sebijik macam tuh kat kami semua.

Itu belum lagi kes kalau kami tak cuci pinggan, dia punye berleter siap cakap nak tunggu aku bangkit dari kubur ke, nak aku cuci pinggan mangkuk tuh.

Haaa, ade 1 lagi ayat hawau mak aku, kalau kiteorg tak masak nasi. "ko nak jadi macam lembu ke makan rumput? Lembu makan rumput, tak makan nasi, engkau makan nasi, bukan rumput"

Itu ayat fevret mak aku. Biasa ayat favret mak aku "ko nak tunggu aku bangkit daripada kubur", haaaaa, itu ayat favret mak berleter. Lagi2 kalau tengah sakit, lagi mak aku mulut hawau, dia hawau berdas2, tak sanggup nak dongar.

Percaya or tak, aku rindu nak dongar ayat tuh, hahahahaah. Disebabkan mulut mak aku tuh, hati aku jadi batu sikit. Kalau ada sesi motivasi yang nangis2 tuh, aku selalu paksa diri aku menangis, kalau tak nanti diorg cakap aku kurang ajar. Hahahahaha. Kalau nak nangis, aku selalu pikir sakit kene tibai getah paip je dengan mak aku, hahahaha. Bila dah besar, putus cinta. Kahkahkah.

Aku bukan nak cakap didikan mak aku betol, cuma aku nak cakap, itu cara aku dididik. Kalau korang nak rasa, aku risau korg jadi anak paling derhaka, janganlah. Aku pon melawan. Paling banyak aku melawan masa nak kahwin. Hahahahaha. Sebab aku tak dapat izin nak kawen.

Nanti aku dah dapat anak, tengoklah macam mana aku besarkan diorg. Sama ada nak ikut tradisi (mewarisi mulut hawau mak aku) atau mungkin care mak2 zaman sekarang.

Sekian cerita mak aku. Panjang lebar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai