Langkau ke kandungan utama

Menantu Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sembang nak buat cerpen, tapi lupa, usia semakin lanjut, maka semakin kerap membuang masa. Sebenarnya, kalau dulu, banyak masa, sebab takdek live streaming. Macam sekarang, terlampau banyak live streaming, movie, video boleh dilayan.

Aku banyak nak bercerita, tapi ada 1 cerita aku memang nak tulis lama dah. 

Sebenarnya, tahun lepas, aku sepatutnya dapat biras baru. Do you know how excited I was it? Gila kau. Excited sampai aku bangun pagi nak bersiap ke kenduri kahwin adik ipar aku tuh. Aku siap bergaduh dengan bos aku, nak ambil cuti 2 hari. 

Ok, masa hari kahwin, tiada masalah. Walaupun, ada buat aku kecil hati sikit. Kecik hati? Sebab katanya, kereta aku bawak pengantin baru balik kampung. Rupanya tak, pengantin baru nak spend masa lebih dengan emaknya. Biras aku datang daripada broken family. Makayah bercerai.

Something fishy but Im ignored it. 

Jadi, kehidupan diteruskan. Kali ke 2 aku balik kampung, yess, Im so excited balik kampung, sebabnya nak berborak dengan biras baru, konon nak ajak member r. Masa aku balik kampung tuh, negeri Selangor terutamanya kawasan Klang, Shah Alam, banjir teruk, tak kira mana kawasan kau, rumah banglo, semua air naik. Jalan banyak tutup weyh. Malam aku sampai kampung, aku perasan sesuatu, bilik yg biasa aku guna bila aku balik kampung, diorg yang stay. Tapi, aku diam je la. Alah, kau tetamu, apa je tuan rumah boleh bagi, kau kene terima.

Jadi, sembangnya bermula hari keesokannya. Dijadikan cerita, mak mertua aku ada hal kat kampung sebelah, laki akulah bawak mak mertua aku ke sana. Aku pulak, tiba-tiba demam. Aku nak maaaakkk.

I was sick at that time and i need my rest.

Sebelum aku tidur pagi tuh, aku sempat rendam ayam. Konon, kowt2 la biras aku nak memasak. Adik ipar aku cerita, dia masak sedap. Aku demam, makan panadol, tidur.

Aku terjaga sebab dengar bunyi orang sembang. Siapa lagi kalau bukan pengantin baru. Aku masa tuh, kepala pusing. Aku lapar, perlukan makanan. Aku bangun. Aku tengok biras aku tengah masak nasi. Aku masuk balik bilik, tertidur lagi, sebab sakit weyh. Aku terjaga dia tak masak weyh. Tidur dengan laki dia. Aku masak dengan kepala pening. Aku masak tomyam. Tengah aku makan, dia lalu je. Tak tegur. Haaa biarlah, aku pon demam.

Dalam petang, baru demam aku kebah. Barulah aku bertenaga. Aku pergi dapur, bagi kucing mak mertua aku makan. Aku terdengar laki bini bercerita. Si laki, adik ipar aku cakap "sedap tomyam neh yang, tinggal nak masukkan daun limau". Si bini jawab "biasa je la, tak sedap mana pon". 

Aku tengah bagi kucing makan, dalam hati cakap "wah, ini betol betol cakap belakang, takrak cover". 😝🤣. 

Aku bangkit, gerak ke depan. Bersiap nak balik ke KL. Pulang dengan hati penuh terasa. 

Nak dijadikan lagi cerita, nak masuk tahun baru, aku neh sukalah buat status daripada awal tahun sampailah ke akhir tahun.

Jadi, aku buatlah 1 status di Instagram yang mengatakan biras baru masih tak rapat dengan aku, aku katalah, nanti lama - lama rapatlah dengan aku. Aku tag la post tuh dengan seorang lagi biras aku. Biras aku repost je. 

Tahu tahu, know know, biras baru aku update status katanya dia terasa ada orang mengata dia di belakangnya. Aku be like eh eh eh. Bila masa pulak aku mengata. Aku cuma tulis apa yang betul. Kau masih tak rapat dengan aku. Nanti lama lama rapatlah.

Jadi apa masalah kau perempuan? Cepat sangat sentap? Aku memang hangin. Sudahlah Facebook aku tak pernah add. Instagram, aku hantar request follow, tak pernah approve. Tapi, biras lagi 1 kau bagi follow, kau add friend yang lain.

Kenapa? Bbuuueeeyyyo? Laki kau cerita buruk pasal aku ke kat kau sampai terpengaruh taknak berkawan? 

Aku kat sini, terasa terasing. 

Pada mulanya aku fikir, aku nak jadikan kau sebagai member, sebab aku tahu, perangai sebenar suami kau. Kau boleh jadikan aku tempat bercerita masalah. Tapi, bila perangai kau macam neh, aku lagi terasa. Sudahlah. Akibatnya aku memang takdek hingin dah. 

Kesimpulannya, aku biarkan saja perangai dia. Banyak lagi member aku boleh berkawan. Mungkin juga ini balasan aku sebab tak redho. Okbai.

tak sabar nak tahu ending kdrama Ghost Doctor. 😝

Bai korang. Berjumpa lagi di episod lain lain. 

Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...