Langkau ke kandungan utama

Pensel, Pemadam, Pen, Liquid Paper

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca. 


maap, sebab lama tak update, minggu neh buzy. entah - entah, neh last aku update utk minggu neh, sebab next week dah balik rumah, yeaaaahhhhh! 


tetapi aku tak happy, kenapa tak hepy?? sebab aku balik rumah untuk praktikal, LOL, hahahaha. tadi ada paper ukur GPS. aku tak boleh nak fokus masa menjawab. soalan dia, frust aku! wahahahahaha, padehal semua aku dah baca, selalu macam tuh, takpe, sabar. 


entah kenapa, masa tuh la, aku tersalah lukis taw dalam jawapan aku tuh, so aku amiklah pemadam, aku pown padam kesalahan aku tuh. masa padam, tiba - tiba aku macam dapat idea nak menulis entry baru, tapi lebih kepada meluahkan perasaanlah.  
( dasat! jawab exam tapi tetibe boleh dapat ilham nak menulis entry, memang dewa blogger r, hahahaha ).




bila aku tengok, sikit demi sikit kesalahan aku dipadam, aku teringat pula kesalahan selama aku hidup ini. masa kechik kechik dulu, aku tulis dalam buku latihan guna pensel. masa tuh, kalau salah sikit, terus aku jerit " rubber! " ... dan aku pown padamlah kesalahan aku tuh. dan dan pulak ko, padam tuh macam nak terkoyak buku aku tuh, kasar betol aku padam. aku padam sampai bersih, debu - debu tuh pulak, aku tiup sampai jatuh ke bawah meja. kemudian, aku pown dengan bahagia sengih - sengih sebab berjaya meniup jatuh debu - debu tuh. selepas itu, cikgu pown memarahi aku dan suruh aku bersihkan, =.="


aku kene marah =.="


keadaan tuh sama dengan kehidupan kita. masa kechik kechik, kalau kita buat salah, cepat - cepat parents kita betulkan, mereka padamkan kesalahan kita, kemudian mereka ajar kita yang betul. ajaran tuh pula, kita bukannya dapat ikut in real time ( aplikasi GPS sekejap ), ambil masa jugak, ada yang berhari - hari, ada yang berbulan - bulan. masa tuh, kita bergantung sangat dengan ibu bapa kita, kemana je pergi, mesti cerita ibu bapa kita. 


contoh : 

A : semalam mak kita belikan kasut SPARK baru, yang zup zap tuh ... ( mulut muncung )
B : eh ... ( taknak kalah dengan si A ), mak kitew pown belikan kitew kasut barulah, ada lampu - lampu ( siap demo kat si A )
A : fuhhyyyoooooo ( muncung bibir mendepa ) .... nak suruh mak kitew belilah satu
B : belilah ( si B menghasut si A )




tipulah kalau zaman kechik kechik korang takde cerita macam neh, wahahahahahahaaaaa. cuma budak - budak zaman sekarang expert,so diorang bukan kasut SPARK lip lap lip lap tuh, tapi BlackBerry, Samsung Tablet, I - Pad. 


tapi bila dah besar neh, aku menulis dalam buku guna pen. pen merupakan dakwat yang kekal atas kertas jika ditulis. bila terbuat salah, haaaa, ko, mulalah zok zek ko gariskan perkataan salah tuh, warkahkahkahkahkah. ada juga yang guna liquid paper, tapikan, liquid paper tuh, lama - lama akan diserap, dan tulisan tuh akan jadi double, dan kita still boleh lihat kesalahan tuh. kalau nak tulis dalam pensel, orang cakap macam budak - budak pulak, tak matang. 


so, bila kita dah membesar, ibu bapa pown lepaskan kita supaya kita merasa kehidupan di dunia neh. walaupun jauh di hati mereka takut, tetapi mereka harus lepaskan. dan yang paling penting, mereka bukan lagi " PEMADAM " kita lagi. menjadi tanggung jawab kita sendiri untuk memadamkan kesalahan kita. bila dah besar neh, sikit salah kita, kita akan diperhatikan, kita akan diungkitkan.  darah muda pulak, pantang kene tegur, mulalah melenting. jadi, kesalahan tuh sentiasa diingat supaya kita tak kan ulang semula kesalahan tuh, sebab tuh dakwat PEN kekal. 


pensel, pemadam, pen, liquid paper tuh, semuanya ada kaitan dengan kehidupan kita. terpulang untuk kita muhasabah diri. terpulang bagaimana anda hendak memahamkan entry yang penuh abstrak neh. 




entry neh juga aku buat sebab sempena pemergian ayah kepada rakan sekelas aku, Nazarin Ezzaty yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi tadi. tidak lupa juga kepada junior aku, Sazerina, juga atas pemergian ibunya beberapa hari yang lalu. aku ucapkan takziah dan semoga anda semua tabah dan sentiasa kuat menghadapi segala dugaan yang mendatang untuk yang akan datang. walaupun " PEMADAM " anda sudah tiada, tapi, mereka KEKAL sebagai PEN di dalam hidup anda, :). salam takziah daripada SHAHRUL SYAZYAN. 

Ulasan

  1. cool entry.. Tolong la follow aku jugak ye.. Heee

    BalasPadam
  2. pendapat sy, whatever awk tulis gune pen. pleas jgn liquid. nnt terbiasa. kalau isi borang takle liquid, awk kena potong n sign je kan. so, aplikasikan juga ms exam. amek pembaris dan garis je yg slh. liquid akan melambatkan kerja.

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah