heartbeat

Isnin, 22 Oktober 2012

Tragedi Oktober



perbualan 1 malam di dalam telefon pada bulan Oktober

" hello " *teragak-agak*
"hello"
"hello"
"hello"
"hello ... urmm ... errr .... urmmm neh *TUT kan? eh, siapa neh yek?"
"urrm, aah, sy *TUT, mcm kenal la, siapa?"
"ouh, mcm tuh, xpelah"

suasana sepi sebentar

"apa khabor?"
"ouh, hahaha, alhamdulillah, sihat ... sangat sihat ... kenal dah?"
"macam kenal, hahaha"
"tuhla, macam kenal, heeeyy! lama tak dengar cerita, ape khabar? ingat .. ingat ... ingat ..."
"ingat ape yeh? hahahaha"
"ingat dah mati, eh, maksud sy, nombor awak neh dah mati, manalah tahu, lama sangat tak kontek"
"dah lama ke saya tak col awak?"
"lama sangat! dekat setahun kowt"
"saya rasa lebih tuh"
"yeke?entah, tak perasanlah, hahahaha"

suasana senyap lagi

"dah terlanjur kita berborak, teringat pula saya kat kita dulu - dulu"
"maksud awak?"
"yelah, awak sendiri paham apa yang saya maksudkan"
"ouh, eh, sy col neh betul - betul nak tanya khabar awak taw"
"yela, saya masih sihat, masih lagi macam dulu, awak pula?"
"hahaha, macam tuh ke?"
"family sihat?"
"sihat!"
"adik awak?"
"dia sihat, dah berubah, ouh, abang saya nak kawen nanti"
"ouh, bagusla, hehe, awak dah ada boyfren?"
" aaa be be be .. belom" *tergagap*
"hahahahahahaha"

suasana senyap semula

"inshaAllah, awak adela tuh jodoh awak tuh"
"awak pulak biler?"
"hahaha, alhamdulillah, wife saya sihat, saya sudah pown berkahwin"
"tipuu! bila??" *atcually, that girl was shock*
"adelah dalam bulan 3 macam tuh, saya masih lagi baru dalam rumah tangga, saya masih belajar"

yes, that girl mula rasa hendak menangis. dia cuba menahan rasa sedihnya.

"apa yang awak pikirkan tuh?"
"eh, taklah, bila saya dengar awak dah kawen, saya rasa eksaited, and terfikir 'eh bile aku plak nak kawen', hehehe"
"hehehe, inshaAllah, ape yang terjadi di masa lalu antara kita, let me keep it in my heart, jadikan sebagai kenangan"
"ouh, okayh"

mata girl itu semakin bergenangan.

"sy tak tahu yang awak dah kawen, kalau tak, saya .."
"takpe, takpe, cuma saya tak sangka, awak berusaha mencari saya setelah sekian lama menyepi"
"ouh, bukannya apa, saya cuma nak tahu keadaan awak, tuh je, heheh, by the way, i'm waiting for your baby pulaklah, hahhaa" *senyuman palsu girl itu dibibirnya*
"hahaha, inshaAllah, saya rasa, saya akan tetap mengenali awak kalau kita terjumpe"
"ouh, saya dah lupa awak, hahaha"
"saya boleh dengar suara awak yang ceria tuh"
"yeaahh! hidup kene ceria"



perbualan telefon itu terhenti setelah beberapa lama kemudian. that girl kemudiannya meletakkan telefon itu di tepi bantalnya. dia cuba melelapkan mata, tetapi, air mata mengalir tak henti - henti. dia cuba mengesat, dan kemudian mengesat semula air mata yang tidak henti mengalir itu. akhirnya, girl itu pasrah dan menangis untuk hilangkan kesedihannya. tidak lama kemudian, dia bangun dari katilnya, berjalan menuju ke tandas, membasuh mukanya lalu mengambil air wudhuk. dia akhirnya solat untuk menenangkan hatinya.



walau pun matanya masih tidak henti mengalirkan air mata, dia tetap memejamkan mata dan berjanji, pada pagi keesokannya, dia harus bangun dengan senyuman. and, she made it!

dalam tempoh setahun kita tak berhubung, banyak cerita aku nak ceritakan pada kau, tapi bila aku dapat tahu, engkau sudah berpunya, aku pendamkan segala cerita itu. aku ingat, malam tuh, kau boleh treat aku sebagai rakan kau lagi, tapi tidak dan aku paham tindakan kau tuh. aku doakan kau bahagia sentiasa, and tentang masa lalu tuh, biarlah jadi kenangan, bak kata kau la kan? alhamdulillah, :)



Ahad, 21 Oktober 2012

Angkatan Tentera Malaysia

assalammualaikum dan selamat sejahtera sekalian!!!



waduh, enak sungguh tidurku semalam. iya, guwer taw, semalam ada matching bola kok di Stadium Shah Alam ( Shah Aley ). guwer tahu yang ATM, Team Angkatan Tentera Malaysia sudah kalah sama itu Team The Red Warriors. udah rezeki mereka, seharusnya, dibiar in mereka gembira. 



sekejap! tukar anak tekak!



danggg! pehal pagi - pagi buta dah bersuara macam bibik neh??? adehh, sakit tekaklah katakan. ubat selesema sudah habis, tinggallah ubat Antibiotik. semalam, even aku sakit pown, aku still gagahkan diri untuk menonton perlawanan bola ATM dengan TRW. yeee, aku tahu, TRW dan peminat - peminatnya cuti sakan hari neh. diorang menang semalam. 



cari gambar Afiq, tp banyak gambar stok geli2, jadi, aku amek yg neh, nmpk tak si Talaha tuh???



perlawanan semalam memang menakutkan aku. tapi, bila dah masuk akhir - akhir waktu, aku start rasa bosan. agaknya sebab si Talaha kowt. kalau dalam TRW, aku rasa, yang paling menyerlah, memanglah Si Talaha, Si Afiq yang rambut macam mohawk pown okayh what???? ensem betol Si Afiq, halamak, okayh2, si Muslim Ahmad tetap dihati, hehehehehe. Si Indera pown not badlah prestasi dia jika nak dipadankan dengan umur die yang dah masuk 30 an kan? tapi serius, Si Indera awet muda, wa tak nampak dia tua maaaa.



tetapi, yang betul - betul menarik pemain yang menarik perhatian aku dengan Nurul ialah pemain nombor 17 ATM yang baru dimasukkan dalam masa kedua. laju seyhhh die menggelecek bola tuh sorang - sorang. kagum kagum kagum! nama dia Venice Elphi Ak Danny Kay. aku tak tahula die neh orang mana, maybe Sarawak or Sabah. muka dia, memang muka tentera, muka bengis. hahahahaha. yang aku tahu, semalam, hero aku, Hai-o kecundang, maybe tak dapat peluang untuk beraksi dengan lebih cemerlang, takpelah Hai-o, ade lagi rezeki, tahun depan depan depan ke. jangan risau, aku tetap sokong Hai-o, hehehehe. 



takpe, saya tetap sokong awak Hai-o!!!


banyak pemain TRW yang sama nama dengan aku, Shahrul, mungkinkah jodohku dengan pemain bola sepak? haaaa! sudah! berangan, STOP! Norshahrul Idlan Talaha, Shahrul ape tah lagi yang kena kad kuning, agak bangga disitu sebab diorang tumpang nama aku ( WHAT!!!!? ). hahahhaha. tapi, sorry de morry, aku memang tak suka Talaha, tak tahula kenapa, huhuhu, tapi skill dia memang hebaklah. 



apa pun, aku puas hati dengan game semalam even banyak drama, sinetron, lakonan, dan sebagainya. agak terkilan sebenarnya dengan aksi pergaduhan yang rasanya macam budak - budak kechik. alah, dalam parlimen pown boleh gaduh, orang tua educated lagi tuh, neh kan setakat padang bola hijau tuh haaaaaa. sudah - sudah, cukup sudah. apa - apa pown, tahniah semua pemain, korang memang terbaik. 



cari si Kembaq, dapat sekali gambar dengan Muslim Ahmad. hehehe



hahahaha, aku tak mention pown si Kembaq kan?? hahaha, tak minat diorang la sebenarnya, hahahaha. tetapi, tahniah juga untuk mereka, hehehehe. :)



tahniah!



Sabtu, 20 Oktober 2012

Apa Itu ??????

assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. maafkan saya, lama sangat tak update blog neh haaa dengan cerita - cerita yang agak bernas. maafkan saya ( bunyi ala ala Spongebob ). 


gambar ehsan daripada Google


minggu neh, aku kurang sihat, sampai tak berjumpa dengan SV aku ( en Zamri ). pulak tuh, di datangi dengan masalah tersalah daftar subjek untuk semester neh, memang aku gabra dibuatnya. cepat - cepat aku uruskan masalah yang itu. yelah, minggu neh memang aku dapati ramai yang kurang sihat. antaranya, diorang demamlah, selesemalah, batuklah macam AKU. sekarang neh pulak, aku tengah kehilangan suara. suara agak rock gituhlah, hahahaha. penangan semalam minum ais. aku neh gatak jugak, dah taw demam, mengade - ngade nak minum air jus tembikai. sekarang pagi neh, kegatalan tekak pulak. 



sebenarnya, aku rasa bersalah jugak, sebab dah hampir 2 minggu aku tak jumpe En Zamri neh. yelah, minggu lepas dia takde, jadi sepatutnya, semalam hari Jumaat berjumpa dengan dia, tapi disebabkan demam, aku tak larat nak bergerak jauh - jauh. tengah menaip entry neh pown aku masih terbatuk - batuk. eh, kenapa aku merewang sangat neh? lain yang aku nak cerita, lain pulak aku aku kisahkan dalam entry neh taw. 


hye! ye, aku ketika zaman Diploma, waktu tuh, aku masih "kurus ", dan aku sekarang sudah semakin  " kurus "

aku tak sure sama ada aku ade bercerita or tak dalam entry sebelum neh. rasanya, takdelah kan? huhuhu. nak final year barulah nak berceritakan? biasalah, baru " nampak " and " jelas ". bukannya apa, selama neh, kalau aku balik kampung, then sanak sedare tanya " kau study apa Win ? " ( Win tuh panggilan aku kat kampung ). aku jadi serba salah nak menjawab. kalau time diploma, bolehla aku menjawab sebab kos aku tuh takdelah berbelit lidah nak cakap, tapi kalau yang Degree neh, aku tahu, diorang dengar je, terus jadi PELIK. 



kalau balik rumah pulak, geng - geng aku bertanya, " ko study apa dekat UTM jauh nun sana ? ". aku pown dengan bangganya menjawab " Geoinformatik ". yang diorang jawab balik dekat aku " ape ko belaja tuh ? ". alahai, kantoi disitu aku tak boleh nak explen dengan baik. kantoi disitu ilmu asas aku tentang Geoinformatik atau GIS itu masih lemah. kalau di apply dalam binaan bangunan, gerenti, runtuh sudah bangunan aku sebab base aku tak kukuh. tuh baru sikit, belum jawapan daripada sorang kazen aku neh haaa. 



kazen : kau belajar apa kek UTM Skudai tuh ? ( kazen aku neh kazen angkat, sebab ayah die "junior" ayah aku dalam tentera, dari Negeri Sembilan )

aku : *tarik napas dalam dalam* Geoinformatik *hembus balik napas*

kazen : ko belajar apo tuh? Geografi + Matematik + Science + Information ke?



errrkkk? sampai situ kazen aku tuh fikir, bhahahahaha. serius aku gelak time tuh jugak. hokayhlah, aku akan menerangkan apa itu Geoinformatik dalam entry neh mengikut pada kefahaman akulah. kalau nak lebih lanjut kefahaman, korang kene google sendirilah. 



bagi aku, Geoinformatik atau GIS neh bermaksud suatu bidang yang gabungan daripada Science + Teknologi + Information + dan sedikit Matematik. jadi, lebih kurang hampir betullah kazen aku tuh, sebab dia belajar Computer Science Management kan? jadi die akan belajar pasal System Developement and Database. kirenya, gabungan tersebut akan menyelesaikan suatu masalah, kirenya, GIS neh satu tool. 


Naruto and the geng yaaawww! 


kalau aku cakap macam neh, tak ramai yang paham, diorang ingat complicated sangat sampai diorang dah terfikir ke tahap Sharingan ( kisah Naruto Shippuden pulak ). jadi, biasanya, aku akan terangkan dekat mereka siap dengan GIS application, sebab sebenarnya, orang awam tak sedar, mereka telah menggunakan GIS application tanpa disedari. antaranya ialah yang korang dok ralik sangat check in check in guna Foursquare lah, guna Twitter lah, Facebook check in lah, guna apa - apa sahaja application dalam Android tuh haaaa. 


yang neh Foursquare

yang neh pulak Facebook, entah siapa punyer status neh aku main print screen


tuhla salah satu GIS application yang paling mudah untuk aku terangkan bagi penerangan orang lain. GIS ini menjadi tool atau alat bagi mereka memudahkan pengguna check in lokasi mereka berdasarkan koordinat dimana mereka berada sekarang. tak perlulah aku bercerita pulak bagaimana sesuatu device ( atau henfon Blackberry or Galaxy Note or I Phone 5 korang tuh ) menerima segala bagai signal kemudian dipancarkan ke satelit mana mengikut kelajuan berapa dan jenis gelombang pulak kan? tuh dah masuk bab - bab Fizik. tuh yang korang boleh terfikir sampai ke tahap Sharingan. tak perlu fikir sampai macam tuh kalau nak pahamkan apa itu GIS bagi orang awam. cukup sekadar GIS itu menjadi tool bagi orang awam memberitahu kedudukan mereka sekarang. maka, kedudukan, lokasi itu, akan disimpan di dalam pangkalan data ( tak sure ejaan, sama ada pengkalan atau pangkalan ) yakni dalam fon tuh. huhuhu. 

yang neh alat GPS kejituan tinggi, untuk kerja2 tertentu sahaja

yang neh la GPS boleh bersuara, wahhaa, dalam fon pown dah ade


jadi, sebagai Orang GIS, kiteorang lah bertugas untuk menyelesaikan masalah itu. dengan erti kata lain, GIS ini kira macam 1 tool untuk menyelesaikan masalah. aplikasi yang lain pula ialah alat GPS. Alat GPS yang selalu korang guna dalam kereta tuh, alah, yang boleh menunjukkan arah segala bagai tuh. nescaya korang tak sesat kalau guna alat GPS tuh. hahaha. sebenarnya, aku tak seberapa guna alat GPS. aku lebih percaya kepada Signboard kat jalan raya neh. namun, apekan daya, budaya Vandelisme telah merebak di Malaysia ini. diorang suka merosakkan kemudahan awam, sampaikan pokok - pokok pown ditampal segala bagai notis - notis yang tak sepatutnya. belum tengok lagi pasangan - pasangan couple yang suka toreh nama diorang dekat pokok ( errr, aku dulu pernah buat, tapi dah menyesal, sebab tahu pokok tuh sakit ). Alat GPS tuh lebih kuranglah berfungsi macam check in check in kat dalam Facebook tuh, memberi lokasi si pengguna. 



kalau nak aplikasi yang agak complicated lagi ialah penghasilan peta. sebenarnya, peta neh merupakan hasil utama di dalam GIS. setelah siap analyse semua data tuh, akhirnya, hasil yang terakhir ialah peta yang menunjukkan sesuatu. contohnya, Peta Menunjukkan Tahap Kesihatan rakyat Malaysia. dengan menggunakan data yang sedia ada, kemudian, data tersebut diproses menggunakan perisian komputer, maka, hasilnya ialah peta. peta tuh kebiasaannya digunakan oleh pengguna - pengguna Profesional, maybe, contoh macam penyelidik di dalam bidang tuh ke. kalau orang awam, mungkin mereka takkan paham, sebab ability untuk mereka membaca sesuatu maklumat di dalam peta tuh berlainan mengikut tahap kefahaman mereka. 

yang ini, imej satelit yang terhasil drpd Landsat ( salah satu satelit )

yang neh dapat drpd ARSM, nampak warna putih? tuh awan, Malaysia banyak awan, banyak rahmat, Rahmat Mega!


aku rasa panjang sudah entry aku neh, bukannya apa, banyak orang salah paham sampai ke laut diorang berfikir tentang GIS neh. neh aku belum cerita pasal imej satelit. kalau aku cakap pasal imej satelit, aku gerenti, MUSTI ade orang pikir yang bukan - bukan, sampai ade yang pikir aku pergi atas angkasa capture gambar Bumi dari satelit kan? sebenarnya, aku bercerita neh pown pasal PSM aku. PSM aku berkaitan dengan LiDAR. LiDAR merupakan satu teknologi imbasan laser yang mengambil imej dari atas yang menggunakan Aircraft. cakap pasal laser, musti korang ingat LiDAR neh guna laser merah yang macam dalam cerita robotik dalam America tuh kan?? kalau bangunan ke, tumbuhan ke, orang ke, terkena laser tuh, terus lebur kan?? haaaaa, tuhla, America suka sangat manipulate our mind. sebenarnya, ( kalau belajar fizik ), ade banyak pengkelasan pasal laser neh, dan laser yang digunakan dalam teknologi LiDAR neh ialah laser yang rendah. laser tuh tak memberi kesan sangat terhadap kite. radiasi dia tak seberapa kuatlah. kalau tak, dah lama hilang Malaysia neh. hahahaha. LiDAR merupakan teknologi baru lagi. jadi, masih banyak kajian dilakukan terhadap LiDAR neh. 


yang neh Terestial LiDAR, yang ini untuk jarak dekat, model tuh merupakan BFF aku, hehehhe

yang neh Airbone LiDAR, untuk jarak jauh, yang neh la pakai Aircraft


sebenarnya, agak menariklah bidang GIS neh, sebab kita selalu gunakan setiap harikan tanpa disedari. kalau macam bidang perubatan pulak, kita tak nampak sangat sebab, alat - alat mereka semua di dalam lab, jadi, hanya mereka yang benar - benar terer saje pakai, kalau rosak, adehhh, takut jugak aku, jadi yang tuh, biarlah kepakaran mereka selesaikan, kalau pergi cek kesihatan, doktor cakap, kita ade hypertension, jadi, kita kenelah belajar mengawalnya. kalau GIS pulak, alat depan mata, tinggal korang nak explore dan pahamkannya. kalau rosak alat tuh, contohnya GPS, belilah baru, huwahhahahahahahahaa, penyelesaian terbaik! ( lecturer aku cakap macam tuh )



sebaik - baiknya, seseorang itu tak semua boleh menguasai kesemua kepakaran tuh, dia boleh mengetahui semua perkara, tetapi hanya 1 sahaja yang die pakar. samalah macam aku, mebi aku terer pasal GIS, tapi yang lain, aku tak pakar, cuma tahula. sebab ilmu yang kita tuntut neh ilmu fardu kifayah ( kalau aku tak salah ). kalau ilmu fardu ain, wajiblah kita menimbanya, :), jangan malas - malas, nanti nak meninggal susah. 



dibawah link yang aku baca untuk penerangan ilmu fardu ain dan kifayah 




selamat membaca dan selamat beramal. panjang ke entry aku kali neh?? wkwkwkwkwk, maaflah, bila dah menulis, aku neh tak reti reti nak bajet perenggan ke, bilangan perkataan, hahahahaha, :), peace, salam.



Isnin, 15 Oktober 2012

Shopping Online Lagi

assalammualaikum dan selamat sejahtera



hari neh, tiada apa mahu cerita melainkan, waktu petang pergi Klinik UTM untuk ambil ubat penahan muntah. tak larat asyik muntah seyhhh. mahal pulak kan makanan aku??? 



kebetulan pulak, aku nak promote 1 lagi online ( on9 ) shopping. meh, bantu seorang lagi rakan ku berniaga secara online



namanya ialah Beauty Care. 





neh link untuk ke page Facebook nya. 



antara yang dijual oleh akak usahawan kita ini ialah Vitamin Organikc C. tugasnya ialah untuk membuang segala toksin nak bagai tuh. yang kedua pulak, opkoslah kite perempuan nak cantikkan??? hehehehe :P



selain itu ialah A-Dha Skincare. yang neh pown sama, untuk kecantikan. untuk harga, silalah mengunjung page tersebut yeh, saya neh tukang promote je. even dia tak kasik, hehehe, tapi neh salah satu cara untuk meniaga, :)



Ahad, 14 Oktober 2012

Esok Hari Isnin

assalammualaikum dan selamat sejahtera



arrrghhhh!!! tensi tensi tensi

esok dah hari Isnin, LiDAR tak siap

lagi 5 muka surat, lagi 5 muka surat, hape nak merapu neh???

astaghfirullah

*pasang Zikir Terapi by Hafiz Hamidun

BTW, semalam Hafiz Hamidun datang, he's havoc! hahahaha, :)


Selasa, 2 Oktober 2012

Entry Khas

as salam mualaikum dan selamat sejahtera semua, :)



nak minta maaf, sebab tak dapat nak promote entry neh di dalam mana - mana group blog Facebook tuh ea. ini adalah disebabkan saya telah di blok kan kerana tak add kawan atau pun dengan erti kata lain, tak aktif, sekadar bukak untuk baca notification. 



so, nak mintak maaplah dekat budak - budak kelas aku yeh. yelah, hari tuh, aku dah upload note dlm emel kelas, tapi tak dapat pulak nak announce dalam group 4SGG. maaf dipinta. aku di blok selama 5 hari, maka, hari Khamis neh baru aku boleh announce dalam group untuk papehal. 


yeaahhh!!! nak like


so, yeah, entry neh adalah khas di tulis untuk menyatakan perkara di atas. fulmaakkk! terasa macam press conference dengan wartawan daripada media lah. minggu neh adalah minggu untuk submit bidang dan sedikit ringkasan tentang kajian untuk PSM 4SGG. 



tak tahu apa itu PSM? PSM ialah Projek Sarjana Muda, projek khas untuk mereka yang sudah masuk ke tahun terakhir atau final year. untuk pemahaman lebih, di dalam English, FYP, Final Year Project. PSM neh kira perkenalan kepada research la dekat kita - kita neh bagi sesiapa yang mahu sambung ke Master kelak. aku rasa, aku tak mampu nak sambung sampai ke Master, kerja dulu, timba pengalaman. 




ouh, bagi sesiapa yang masih tidak mengenali saya atau aku, ( ehem, guna Kata Ganti Diri Pertama yang lebih proper ), saya merupakan pelajar tahun akhir untuk Jabatan Geoinformatik di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah ( FGHT ) di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. ada yang tak mengenali saya, hehehe, especially Nadirah Farhanah Ohsem punya kawan. inshaAllah, saya masih lagi sedang mencari - cari bidang kajian yang masih saya minat untuk di kaji untuk PSM ini. bukan mudah ye untuk menjadi final year student, walau bagaimana pun, perkara ini harus dihadapi oleh mana - mana pelajar tahun akhir yang mengambil degree. 


yes, gambar neh kitar semula daripada entry raya


tetapi, final year bukan bermakna saya sentiasa berada di hadapan komputer, duduk di dalam postur badan ' C ' dan memakai spek mata untuk silau. ini bermakna, final year neh, banyak perkara perlu di peroleh sebelum bakal meninggalkan negeri Johor yang besar. antaranya ialah : 



  • menjejakkan kaki ke JPO ( jangan gelak deeeyhhhh!!! )
  • menjejakkan kaki di Puteri Harbour ( tak perna pergi lagi Tebrau weyhhhh )
  • menjejakkan kaki ke Nusajaya dan setempat yang lain
  • bergambar dengan semua budak kelas aku
  • bergambar dengan lecturer - lecturer aku
  • jogging sampai ke kolej kat belakang - belakang sane
  • menghabiskan PSM I dan PSM II dengan jaya dan tepat pada masanya
  • menjilidkan PSM
  • mendapat sign Supervisor
  • tenang ketika presentation, inshaAllah




semua perkara di atas harus di kecapi before pergi meninggalkn Johor dan kembali semula ke rumah di Kinrara ini. it will be the great moment. ( sudah berangan - angan )



okayh, diharapkan, penerangan di atas, sedikit sebanyak memberi beberapa informasi pasal saya yeh. sekian, terima kasih, kerana saya perlu membuat sedikit research di dalam internet mengenai tajuk saya, iaitu LIDAR.