Langkau ke kandungan utama

Kedut







si anak ini sudah lama tidak menjenguk ibunya di kampung lalu mengambil satu keputusan iaitu mengambil cuti dalam jangka masa yang lama untuk menghabiskan masa dengan ibunya yang tercinta.Dia membawa sekali satu - satunya anak kesayangannya dan juga menjadi satu - satunya cucu emas kepada ibunya.Lalu si anak ini mengkhabarkan berita indah ini kepada ibunya yang tercinta di kampung.



alangkah gembiranya si ibu ini apabila anak kesayangannya ingin menghabiskan cutinya bersama - sama dengannya di kampung.Lalu keluarlah si ibu ini dengan agahnya dan menceritakan khabar indah itu kepada orang kampung.Si ibu terus membeli barang - barang dapur untuk menyiapkan makanan kegemaran anak dan cucu kesayangannya.Entah kenapa gembira sungguh hati si ibu itu sehingga dilupanya terhadap garisan - garisan kedut yang muncul diwajahnya.Semakin hari semakin jelas garisan - garisan kedut itu.




pada hari perjalanan itu, si anak itu memandu keretanya.Anaknya pula duduk disebelah sebagai penumpang.Tiba - tiba si anak memandang wajahnya di cermin.





"Oh....wrinkles..." si anak mengadu apabila melihat garisan kedut di sekitar matanya.
"Whats wrong mama?" anaknya melihat ibunya kerisauan itu.
"Wrinkles around my eyes...its getting clear and everybody can see it.." si anak itu kerisauan akan garisan kedut di sekeliling wajahnya.





kasihan anak kecil itu kerana dia tidak memahami masalah yang dihadapi oleh ibunya.Walau bagaimana pun, pemanduan itu diteruskan oleh si anak sehingga selamat sampai di rumah ibunya.Sampai sahaja dikampung terus si anak dan anak kecilnya disambut oleh ibunya tercinta.Si ibu memeluk tubuh badan si anak yang sudah membesar itu.Dipeluk dan dicium seperti ketika si anak itu masih kecil.Si ibu segera memeluk dan memangku cucu kesayangannya dan dibawa masuk kedalam rumah itu.Si ibu menunjukkan bilik itu diduduki oleh mereka berdua.Ketika itu si anak terlihat wajahnya dan ibunya di cermin solek.





"Ibu..tengok mata saya ni..kedut.." si anak risau lagi.
"Itu petanda anakku.." si ibu memegang bahu anak perempuannya itu.





si anak tidak memahaminya tetapi dia tersenyum melihat kedut - kedut di wajah ibunya.Kedut - kedut di wajah ibunya lebih banyak daripada wajahnya.Si anak gembira berada disisi ibunya sepanjang cuti itu.Anaknya pula gembira tanpa memikirkan langsung masalah kerana dia masih kecil lagi.Anak kecil itu masih kecil lagi untuk memahami masalah orang dewasa.Namun malam itu, anak kecil itu tidak mahu tidur.Sudah puas ibunya memujuk, tetapi anak kecil itu masih tidak mahu itdur.Si anak sudah berputus asa lalu disuruhnya ibunya memujuk anaknya itu.





"Kenapa cucu opah ni tak nak tidur?" tanya si ibu itu.
"Sebab saya sedang fikirkan sesuatu.." jawab anak kecil itu.
"Cuba bagi tau kat opah..apa yang cucu fikirkan.." si ibu mengusap kepala cucunya itu.
"Kedut dimuka saya ni.." jawab anak kecil itu.





si ibu itu tergelak besar.Masakan anak kecil mempunyai garisan kedut.





"Cu, cucu mana ada garisan kedut.." si ibu tersenyum sahaja.
"Mama selalu mengadu kedut sana, kedut sini, kedut sana, kedut sini.." jawab anak kecil itu.
"Cucu sayang opah..." si ibu memangku cucunya di pangkunya."Kedut - kedut di wajah opah dan mama cucu itu bermakna.." kata si ibu.
"Tanda?" anak kecil itu tidak memahaminya.
"Garisan - garisan kedut di sekeliling mata si ibu menandakan yang si ibu itu tidak tidur malam kerana risaukan anaknya sepanjang waktu malam....garisan - garisan kedut di mulutnya pula menandakan si ibu itu akan memarahi dan meleteri anaknya kalau si anak itu membuat salah....garisan - garisan kedut di dahinya pula menunjukkan si ibu berfikir bagaimana dia hendak membesarkan anak - anaknya dengan 4 tulang keratnya...segala usahanya dan kasih sayangnya hanya untuk anak - anaknya..." jawab si ibu itu sambil mengusap - usap kepala cucunya.





si anak yang mendengar kata - kata ibunya mengalirkan air matanya kerana terharu dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibunya ketika untuk membesarkannya.Akhirnya dia sedar bahawa garisan - garisan kedut di wajahnya memberi makna dan tanda di dalam hidupnya dan dia harus berbangga dengan setiap garisan kedut di wajahnya itu.Dia segera memeluk ibunya disitu.





kepada wanita - wanita luar disana, berbanggalah dengan diri anda walau siapa pun diri anda.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah