Langkau ke kandungan utama

Majlis Pertunangan My Brother


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, :)







Hari neh aku gembira dan happy, tapi dalam masa yang sama, aku stress dengan PSM dan SV. juga stress dengan LI, hahahahaha. tapi semua stress tuh hilang bila aku teringat hari semalam. seronok sangat, akhirnya majlis itu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. 


amek berkat dulu!!!~~


Entry neh nak bercerita daripada awal sampailah akhirnya majlis pertunangan abang aku neh haaaa. Bermula dengan aku membeli tiket ke KL di Sri Putri. Puuuiiihh!!! Bapak mahal hargenye, apehal? Sampai RM35 haaaaa, aku naik terkejut kat ctuh, takpelah, aku pikir nak balik je neh. Sampai je TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ), terkejut kemain aku neh haaaa, ramai betul yang balik, apehal eaaa? Aku tengok, semua muka fresh je, hehehe, aikk??? Baru habis orientasi seminggu dah balik ke adik – adik ??? hehehehe, alah, gurau je la. Aku pown belilah tiket KL – JB, aikkk? Harge still sama? Apekejadah neh? Takpelah, tarik napas, hembus, tarik napas, hembus. Terus balik. Sampai je rumah, mak aku bedal ajak pergi Tesco, aku pown menggagahkan diri ini semangat pergi ke Tesco. Sampai Tesco, aku cari bahan – bahan nak buat kek, pilihan aku, sudah tentulah Van Houtten. Even mahal, tapi, aku rasa, serbuk tuh paling okayhlah. Aku berniat nak buat kek cokelat moist kukus, tapi disebabkan nak cover masa, so, aku just bakar dalam oven.

cokelat Van Houtten

Keesokan harinya, iaitu hari Sabtu, pagi – pagi dah aku sediakan semua bahan nak buat kek. Perlahan – lahan aku ikot resipi dalam internet, bezanya, aku just bakar, tak kukus, sebab dah kekurangan masa, sebab pukul 3 dah nak bergerak. Lebih kurang pukul 3, kami sefamily pown bergeraklah ikot jalan lama iaitu melalui Putrajaya, Sepang, Tanah Merah, Lukut, dan PD, yeaaahhhh! Sebab aku neh jenis tak seberapa nak tidur, jadi, sebelum Balai Polis Tanah Merah Site C, aku nampak 3 buah trak tentera 3 tan taw ( cheh, bedal je ko sebut 3 tan kan syazyan ) kat tepi ladang kelapa sawit. Pulak tuh, aku ternampaklah brother – brother tentera yang hitam berkilat tuh dengan 1 set baju celoreng tuh. Tiba – tiba aku teringat yang Apis ada cakap dia masuk hutan bulan 10 neh. Tiba – tiba je aku tanya ayah aku.


Aku : abah, abah dulu masuk hutan watpe ea? Main cak – cak ngan cik rimau ke? Hehehehe ( aku sengih )

Abah : mana ade! Heeeyyyy, kiteorang berlatih dalam hutan tuh. Adalah aktiviti kiteorang dalam tuh. Abah just jaga – jaga diorang je, jangan bagi lari.

Aku : alah, adik bukan tanya abah buat ape kat diorang, adik tanya abah watpe dalam hutan tuh

Abah : ouhhh, macam biasalah, pagi, semayang ( solat ) Subuh, lepas tuh ade kawad dalam hutan tuh, lepas tuh makan , kalau ade kelas, kelas kat bawah pokok, lepas tuh makan tengah hari, lepas tuh berkawad, tak pown force gerila ke, bla bla bla bla …

Aku : ouhhh ( dalam pikiran teringat kat Apis ), alah abah, tuh dulu, zaman abah ade komunis, zaman sekarang?? Main cak – cak ngn cik rimau ke? Ke sergah cik bi (babi hutan)

Abah : gilo kau, berlatihlah, tentera kene stay calm, kalau dia nebes, abislah 1 kumpulan dia, jadi, nak jadi seorang tentera kene banyakkan bertenang dan tak boleh gugup dalam bertugas. Peranan tentera neh dia bukan saja pegang nyawa dia, tetapi keseluruhan nyawa rakan – rakan dia.

Aku : ouhhhhhhh!


Okayh, stop perbualan dengan ayah aku kat ctuh, sebab mak aku pulak menyampuk dan aku menyampuk sampailah terkeluar cerita lain pulak. Wahahahaha, anak beranak memang macam tuh kan?


Sedara mare guwer dan ayahku

Sampai je dekat PD, tuh satu hal pulak! Nak naik rumah abang aku yang 4 tingkat tuh, memang berpeluhla, sesak napas. Nasib baik dah berlatih naik 5 aras dekat MA7 neh, hehehe, so, kurang rasa sesak napas ke, lelah ke, hahahaha. Malam tuh pulak, aku hangout dengan Ainur, wahahaha, bercerita dengan dia pulak. Gosip2 sama itu budak, kalau nak gossip dengan dia, kene tempeh 1 bilik hotel semalaman, berceritalah sampai larut malam, sampai tertidur, hehehehe.

single beb!
Rombongan meminang, dia nak sangat pegang cincin, hahaha

 

Tibalah hari esoknya, iaitu hari Ahad, hari majlis pertunangan. Gathering oleh semua sanak saudara, then, kami pown bertolak ke rumah pihak perempuan. Dalam rumah tuh, kiteorang perlahan – lahan masuk ke rumah kak Elina. Dalam rumah tuh, kiteorang duduk bersimpuh, tapi aku sibuk snap picture, samalah dengan kak Nurul, kazen den. Tetapi, kak Nurul hebakkkk!!! Dia dengan DSLR die,,,, perrrrggghhh! Aku pown nak sebijik gak! Lepas tuh berbincang, berdiskusi, ber ape – apelah, tibalah masa untuk mak aku sarungkan cincin di jari kak Elina. Masuk je ke dalam bilik, kak Elina duduk menunggu di tepi tingkap, sekali pandang, macam zaman dulu – dulu. Die berpakaian serius ringkas, tapi, die dah kurus, ayah aku pown cakap mende yang sama. Lepas dah sarungkan cincin, kami bergambar – gambar dan MAKAN! Hehehehe.



Lepas dah makan, kiteorang singgahla kat pantai Teluk Kemang dan MANDI! Aku neh kan hantu air, biar tak dapat mende lain, asalkan dapat mandi kat pantai, malam tuh jugak kiteorang balik KL. Still lalu kat laluan yang sama, cuma, lampu – lampu kat hutan ( bukan hutan, tapi ladang kelapa sawit ) di tutup. Gelap gilerr! Yelah, taknak bagi tentera – tentera tuh cabut lari kowt, wahahahahahahaha. Sampai dekat Sepang, barulah cerah, ada lampu, adeeehhh, entah kenapa, penat sangat aku sampai tertidur aku dibuatnya dekat rumah. Bangun 5 pagi untuk solat Isyak, adesss.



Nasiblah hari Isnin cuti, jadi, dalam pukul 3.30, aku bertolak dari TBS ke JB, haaaiihh, sengih seorang diri, TAPI! Gastrik menyerang aku on the way nak pergi TBS. kemain pedih aku menahan, nak sedut napas pedih, nak keluarkan angin pedih, adesss! Nasiblah bas tuh berhenti dekat perhentian kecil sebelum Pagoh. Aku pergi toilet, and then belilah buah jambu.



Aku : alah, bro, cikitlah asam neh, nak banyak – banyak, ( aku sengih )

Tentera – tentera ( entah dari mana muncul ) : ouh, mengandung ke ( tiba – tiba menyampuk )

Aku : kurang hajorr!


Kan dah kene sound setepek dengan aku, haaaa, apesal tentera suka cari pasal dengan aku neh haaa??? Deeemmm! *aksi hentak – hentak kaki yang tak comel langsung



Alhamdulillah, sampailah aku dekat MA7 neh dengan lelahnya ( sebab takde lif ), hahaha, bermulalah untuk stress esoknya. Alhamdulillah, tak sabar untuk majlis perkahwinan pulak. And then, turn aku pulak, Ya Allah, J

bakal kakak ipar, :)


Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah