Langkau ke kandungan utama

Salesman

Hye! Assalammualaikum, rajin pulak post entry ye.

Yelah, nak buat gane, aku sebenarnya baru balik daripada 1 hospital. Cuma buat aku tak paham dengan hospital tuh, die ade tampal 1 notis kata extended hours untuk senarai klinik kesihatan kerajaan yang bukak pada hari Ahad. Aku tengok klinik dekat - dekat dengan aku tersenarai. Kira aku nak pergi buat ujian darahlah, sebab aku serius sakit kepala. Tekanan aku dah cek, bawah tuh tinggi, 92. Aku dah naik risau taw. Nampak gaya, esoklah aku buat ujian darah, kena minta permission daripada bos. Okayh, berbalik pada topik klinik yang bukak extended hours. Rupa - rupanya tak bukak. Sekarang, aku nak salahkan siapa? Hospital atau klinik tuh? Kalau aku kaya, aku tak pandanglah. Sakit kepala aku kowt.

Ok, now berbalik kepada tajuk entry aku iaitu "Salesman". Aku pergi giant tadi, tiba - tiba ade salesman tanya akak belakang aku "akak, keje ke?", terus akak tuh balas "x". Salesman tuh sengih kelat jeh. Aku pulak tiba - tiba teringat time aku kene tahan dengan salesman neh. Nak cakap kelakar, aku tak tahu tang mana kelakar. Nak cakap kesian, maybe dekat salesman tuh lah.

Ceritanya macam neh. Aku tengah berjalan pergi ke stesen ktm seri kembangan melalui jejantas sebab aku daripada mines. Sampai je dekat ktm, aku beli tiket, masa tuh, memang zaman tunggu ktm macam tunggu buah durian jatuh. Kau kene sabar tunggu je, kalau tak sabar, tak dapek la naik. Aku nak berjalan ke palang tuh, sekali, ade brader salesman tahan aku.

Muka dia memang hensem macam zulhuzaimy, baju dia memang smart, aku ingat, warna kelabu2 ungu gituh. Dia tegur aku, "dik, abg, eh, nak bahasakan diri ape yeh", aku balas "saya awak sudah, geli abang2 neh". Bajet brutal aku time tuh. Padehal, aku panggil pakwe ( i mean ex) baby, by, hahahaha!

So, brader tuh bersemangat terangkan produk tuh dekat aku. Aku memang pandang tepat pada anak mata dia sambil tuh jeling - jeling tren. Aku faham produk yang dia terangkan kepada aku. Kalau tak silap aku insurans perlindunganlah. Yang aku ingat, aku just pandang anak mata dia, tak angguk, tak geleng, takde bunyi "emm emm emm".

Lepas dah habis explen, brader tuh tanya "awak faham tak penerangan saya tadi?". Aku mengangguk sekali. "saya tak berminatlah", aku balas. Lepas tuh brader tuh diam agi. "kenapa tak minat? Murah neh perlindungan yang kami sediakan", haaaiihhh, brader neh memang tak paham ke. Aku neh student, takde duit nak bayar tiap - tiap bulan. Kemudian, brader tuh explen panjang lebar, kawan dia sebelah pon tolong menyampuk. Aku kat situ bengang. Sekali lalu tren ke KL! Alamak! Terlepas!

"so, awak paham tak explenation saya? " tanya brader tuh lagi." haaa? " aku terpinga - pinga. Yelah, terlepas tren, so burthurt la aku sorang - sorang." awak paham tak? " tanya agi brader tuh, aku rasa dia dah panas tuh sebab aku nampak muka bengang dia. Aku mengangguk sekali je.

" haiihh, aku rase aku bagi explenation kat patung je tadi, buang masa setengah jam aku bercakap" haaaa kau, mengamuk salesman tuh dengan aku. Kawan sebelah dia tenangkan brader tuh. Aku bangun terus daripada kerusi tuh. "weyh, aku tak taw la aku cakap dengan siapa tadi, dengan manusia ke dengan..." aku terus belah daripada situ dan melepasi palang tuh. Aku taw brader tuh pandang aku sepanjang aku jalan.

Sekarang aku tanya, siapa patut burthurt? Aku yang ketinggalan tren or salesman yang buang masa die bercakap dengan aku? Aku rase, aku dah bagi tahu dekat salesman tuh aku tak berminat, tapi dia pujuk agi. Tak paham aku, then burthurt, maki aku pulop. Weyhh mana ko yek salesman insurans tak berdaftar tuh? Aku dengar cerita, insurans tuh menipu je, nasib aku tak join.

Whateva la. Just nasihat aku, jadilah salesman macam salesman kereta, kita pergi dekat dia, bersungguh - sungguh dia buat kerja, tak main - main. Cheeaahhh, same saje. Cuma jangan paksa penggunalah. Itu sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...