Langkau ke kandungan utama

DiariSeorangLelaki (1)


Diari Seorang Lelaki.

03 Julai 2xxx – Aku masuk ke institusi pilihan aku sendiri.Setelah puas memujuk ayah aku, akhirnya ayah bersetuju dengan pilihan aku.Entah kenapa dengan ayah ini, aku baru je nak belajar.Aku mengeluh sendiri.Aku baru je berumur 18 ni.

“Ayah nak kau belajar kat u…..” ayahku berkerah dengan kuat.”Along tak sukalah kos tu ayah, along minat dengan air cond..” jawab aku dengan selamba.Kulihat wajah ibuku yang sudah mula pening dengan karenah aku.Ibu, terima kasih kerana tidak membunuh along semasa dilahirkan.

Akhirnya ayah tiada pilihan lain.Pada hari pendaftaran itu, aku ditemani oleh ibubapa.Aku melihat ramai juga pelajar yang mendaftar pada hari itu.Mereka semua datangnya daripada pelbagai latar belakang.Ada yang berambut pacak, ada yang berambut kotak seperti rambut fesyen tentera, ada juga yang botak.Selesa mungkin.Aku pula selesa dengan pakaian kemeja dan dipadankan dengan seluar panjang berwarna hitam.Aku pergi ke kaunter pendaftaran.

“Tunjukkan surat tawaran dan I.C awak..” kata gadis yang menjaga kaunter itu.

Manis sahaja aku melihat wajahnya tersenyum.Aku sekadar membalas senyuman gadis itu dengan senyuman kelat.

“Tahniah ye adik Qaiyum..adik diterima menjadi salah seorang pelajar di dalam institusi ini..” gadis itu tersenyum sambil menyerahkan kembali surat tawaran dan kad pengenalan aku.

Aku mengambilnya lalu pergi ke kaunter seterusnya.Dikaunter itu, aku duduk disebelah gadis berkulit cerah.Aku memerhatikan lama gadis itu.Cantik!Menarik perhatian aku.Aku cuba mencuri – curi lihat namanya di surat tawaran itu.Haah!Tak nampak!Aku mengeluh.

“Ainatul!” orang – orang yang menguruskan hal pendaftaran itu memanggil nama seseorang.

Kelihatan gadis di sebelah aku bangun lalu berjalan ke arah orang tersebut.Aku tersenyum lebar.

Yes!Aku dah tahu nama dia!Bukan main gembira lagi aku sehingga aku lupa tujuan utama ke mari disini.

10.07.2xxx – Sudah hampir seminggu aku disini, institusi baru ini.Aku masih berada di peringkat awal, iaitu masih cuba bermesra dengan alam persekitaran, namun, aku masih memburu gadis yang bernama Ainatul.Rupa – rupanya, dia merupakan pelajar Seni Bina.Alhamdulillah, fakulti dia bersebelahan dengan fakulti aku.Setelah penat aku meminta pertolongan daripada rakanku, akhirnya aku berjaya mendapatkan nombor telefonnya.Aina!Aku akan couple dengan kau dalam sem ni jugak!

15.07.2xxx – setiap hari aku memerhatikan Aina keluar daripada studio.Setiap itu kali jua aku berasa bahagia.Aku dilamun cinta.Wajahnya yang putih berseri itu menjadi igauan aku sepanjang malam.Aku nekad, malam ini aku akan SMS dia.Jari – jemariku genggam dengan erat.

28.07.2xxx – Oh, bukan mudah untuk mengayat Aina ni!

“Awak, jom keluar dengan saya “ aku mengajaknya keluar dengan mengguna SMS.

“Saya malulah” itu balasannya.

“Jangan risau..kita keluar dekat area sini – sini ja..” kata aku memujuknya.

“Malulah, nanti saya bagi jawapan iye?” itu sahaj yang Aina selalu cakap.

Kebiasaannya dia akan memberikan jawapan negative.Bengang pula rasanya hati ini.Tahulah kau cantik Aina, tapi bila orang ajak dating, kau jangan demand pulak!Hatiku bengang dan panas.Oh, aku lupa, cek duit.Ada lagi tak duit dalam akaun ni.

02.08.2xxx – Aku macam tidak percaya!

“Qaiyum, hari Ahad ni saya free, jom pergi Taman U..” Aina memberi aku SMS pada larut malam itu.

Pada mulanya, aku sangat sakit hati apabila tidurku terganggu dengan bunyi SMS masuk.Apabila melihat nama yang tertera di skrin ialah Aina, terus berubah reaksi wajahku.

Terasa macam mahu membangun seisi pelajar dihostel itu untuk mengkhabarkan berita indah itu.Haah!Simpan sekadar di dalam hati sahaja.

06.08.2xxx – Oh,bahagianya aku hari ini!Aina keluar bersama dengan aku.Cantik sahaja dia mengenakan baju kurung berwarna biru muda.Ditambah dengan tudung berwarna biru muda, memperlihatkan keayuan Aina yang semulajadi itu.

“Aina dah ada kekasih?” aku cuba beranikan diri.

“Belum.” Aina menggeleng malu – malu.

“Aina, sudi jadi kekasih Qaiyum?” Tanya aku tanpa rasa malu – malu lagi.

Peduli apa aku dengan jawapannya.Aku lihat Aina hanya tersenyum sahaja.Sekali – sekala dia mengalihkan penglihatannya.Kemudian aku lihat dia tersengih pulak.Aish!Jawablah, aku bukannya suruh tayang gigi kau yang cantik tu!

“Maaf Aina, straight to the point pulak..” aku menggaru – garu kepala walaupun tidak gatal.

“Takpe..lagi pun Aina single lagi” Aina tersenyum mempamerkan garisan giginya yang terbentuk itu.

Aku terkejut dengan jawapan Aina.Aina ni, buat aku pening kepala r…

07.08.2xxx – Roomate aku berdiri di pintu.Terkejut aku dibuatnya.

“Amacam bro, couple tak kau dengan Aina tu?” Tanya Razak.

“Hahahaha, kenapa sibuk kau nak tahu ni?” Tanya aku sambil membalas SMS yang diterima.

Razak ketepi memberi laluan kepad aku.Kemudian aku dapat melihat dia tersenyum sinis.Haah!Aku peduli apa dengan perangai dia tu!Aku tahu, dia nak perli akulah tu.Razak bersiul – siul sambil keluar daripada bilik itu.Sial kau Razak!!!

“Razak!!!Jangan heboh!!!” teriak aku disini.

“Peduli hape aku!!” Razak menjerit lalu menyeringai gelaknya.

Aku bengang disitu, namun sejuk hatiku melihat gambar Aina menjadi wallpaper skrin telefon aku ini.

15.10.2xxx – Alamak!Exam nak dekat.Terkocoh – kocoh aku nak belajar.Aku sudah mula sibuk.Wajah Aina juga sudah jarang aku lihat di studionya.Dia kata dia sangat sibuk dengan projeknya di bengkel kayu.Aku sudah mula risau dengan dia.Dia tahu tak yang aku sangat – sangat risaukan dia?

“Aina kau dah de orang lain” ayat Razak itu hampur mencekikkan aku.

Aku tidak percaya dengan kata – kata orang.Aku percaya kepada Aina.Aina, benarlah pada abang, kau cintakan abang sahaja.

02.12.2xxx – Cuti semester sudah bermula.Aina pulang ke rumahnya di Melaka, manakala aku sebagai orang Selangor, pulanglah ke rumah aku yang terletak di Klang.Aku rindukan Aina.Aku cuba menghubunginya.Kadang – kadang dia membalas SMS aku.Kadang – kadang dia membiarkan SMS aku tidak dibalas sehingga aku yang called dia.Aku risau.Tiba – tiba ayat Razak bermain – main di fikiran aku.

“Aina kau dah de orang lain” aku berkalih tempat baring.

Aku lantas mencapai telefon lalu mendail nombor Aina.Tidak diangkat panggilan aku.Aku mendail sekali lagi.Tiba – tiba panggilan aku rejected.Aku terkejut.

“Apehal ni?” aku bertanya sendirian.

Aku cuba mendail semula.Seperti biasa, panggilan aku rejected.Macam mana ni?Entah – entah telefon dia hilang?Tak pon parents dia marah?

“Along, jom keluar, pergi Putrajaya!” Qistina, adikku membuka pintu bilik aku dengan mengejut.

“Kan Along dah cakap, masuk bilik Along, ketuk pintu kuat – kuat..” aku hendak marah.

“Qis dah ketuk, Along yang tak jawab” adikku selamba duduk di atas katilnya.

Kelihatan dia mengintai – intai telefon aku.

“Apasal kau sibuk ni?” aku mencapai telefon aku sebelum dia yang mencapainya.

“Along dah ada makwe yeh?” Qis mula syak sesuatu.

“Hah!Kau budak kechik, pergi bersiap – siap kalau nak pergi Putrajaya..” aku segera bangun.

Qis keluar daripada bilik aku dengan tersengih – sengih.Adelah agenda dia tu.Kuat kecoh jugak dia ni.Aku bersiap – siap untuk pergi ke Putrajaya.Apelah minatnya Qis kat Putrajaya ni.Qis kata kat aku, dia bercita – cita nak jadi Arkitek Landskap.Kalau susah sangat, jadi Interior Designer pun dah cukup okay.Katanyalah.Aku pula tidak berminat dengan semua kos seni ni.Walaupun aku pandai melukis, tapi minat aku lebih kepada engine.Pada mulanya, cita – cita nak jadi Mechanic Engineer, tapi punah impian aku apabila result SPM aku teruk sangat.

Setelah penat memandu lebih kurang 45 minit, aku sampai di Alamanda.Di Alamanda, Qis berjalan – jalan bersama aku.Kasihan Qis, dia cuma mempunyai aku sebagai abangnya dan kakaknya.

“Kenapa Qis tak de kakak yeh?” Tanya Qis kepada aku.

Alamak, Qis, bukan Along tak nak jawab, tetapi Along sendiri tak tahu jawapannya.Namun pandangan aku tertancap kepada sepasang kekasih ini di kedai kasut Vincci.Aku kenal sangat dengan gadis yang dipegang tangan itu.

“Aina!” aku terpana.

05.12.2xxx –

“Razak, Aina orang mana?” Tanya aku melalui SMS.

Aku masih teringat peristiwa kelmarin.Aku takut, benarkah itu Aina?

“Orang Melakalah..” seketika kemudian Razak membalas SMS aku.

“Aku nampak dia kat Alam semalam” aku membalas SMS itu.

Razak tidak membalas SMS aku sejak itu.Sehingga ke malam aku menunggu balasan SMS daripada Razak.Penantian SMS daripada Aina?Lagilah menunggu.Tiba – tiba telefonku bergetar.Aku lihat, panggilan daripada Aina.

“Sayang!” separuh jerit aku menjawab panggilan itu.

“Sorry abang, lama sangat tak call abang, sms ngan abang…Aina buzylah kat rumah ni..” jawab Aina.

Lega aku mendengar alasan Aina.Lama juga aku berbual dengan Aina pada malam itu.Sehingga habis kredit aku dibuatnya.


bersambung~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...