heartbeat

Kotaq Musik

Isnin, 7 Februari 2011

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu.

pagi neh???
Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.

tuh dia...dh smpi pon jalan raya..

Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat tempahan buat 100 biji donut. Aku tak taw r kenapa orang suka kuih donut. Aku dah muak pandang donut tuh. Bulat – bulat tapi tengah – tengah ada lubang sejibik.

neh r tempat meniaga parents aku..yg ngah duduk tuh adk aku..
Harga? Cakap pasal harga, kiteorang dah lama menjual, lebih kurang 7 tahunlah. So, harganya lebih kurang macam neh lah : 

makanan
Harga
Nasi lemak biasa
RM1.00
Mee hoon, mee , kuey tiow goreng
RM1.00
Kuih - muih
RM1.00 utk 3 biji
Nasi/mee/meehoon/kuey tiow + lauk
RM2.00
Nasi/mee/meehoon/kuey tiow + ayam
RM3.00
Nasi/mee/meehoon/kuey tiow + telur mata/telur rebus sebijik
RM1.50
Minta nasi tambah
+RM0.50

Itu harga lama, harga baru ( harga barang dah naik! ), kuih – muih jadi 40 sen sebiji, lauk plak jadi RM2.50, yang lain – lain harga still kekal. Sedap ke tak? Nak taw kene r rasa dulu. Hehehe, tiap kali jual, memang habis. Kalau tak habis pon, boleh simpan untuk esok harinya. Tak pon, kiteorang je jadi tukang makan.

Yang aku nak bercerita, bukannya payah seorang penjual nasi lemak atau kepayahan emak aku bangun pagi – pagi untuk sediakan nasi lemak, tapi aku nak bercerita payahnya menghadapi perangai pelanggan a.k.a customer neh.  Yes! Customer comes first! Customer always right! Pelanggan adalah raja! Pelanggan ada hak!

Tahi! Bullshit! Huhuhu

Hehehe, takde lah aku mengutuk korang. Aku bukannya apa, kadang – kadang tuh memang naik meluatlah tengok perangai customer neh yang pelbagai, tapi, takdelah sampai mencarut depan diorang. Kang lari jugak diorang kang. Hahahaha. Aku still boleh dikatakan gadis yang masih mengekalkan sopan santunnya. Hehe, here aku tuliskan pengalaman aku berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang mewarnai dunia ini.

 
wajah - wajah aku ketika melayan pelanggan, menunggu pelanggan, belakang tuh bapak aku

Customer 1 ( fevret aku neh! Takkan aku lupakan! )

“ adik, saya nak nasi lemak biasa “
Aku pon bungkuskan nasi lemak biasa untuk brother tuh. Masa nak lipat bungkusan tuh, tiba – tiba...
“ eh, adik, saya nak lauk ayam neh “ ( tangan dia dah senduk ayam tuh )
Aku bukak balik bungkusan tuh, hulurkan kat ayam tuh. Agak mudalah bro tuh. Kemudian, masa aku nak masukkan kacang + ikan bilis ....
“ saya nak ikan bilis je, kacang tak nak “ ( sengih plak bro tuh )
Aku punyerlah sabar mengorek bekas kacang tuh nak asingkan. Memang terseksalah jiwa batin dan zahir aku time tuh. Dahlah minta nasi lebih, pilih ayam drumstick, memang terkial – kial aku nak membungkusnya. Sabor je lah melayan bro tuh.

Customer 2

Yang neh customer orang Cina. Aku bukan diskriminasi taw.
“ saya tak maw ikan bilis, tak maw kacang, tak maw telur rebus r amoi..” ( penoh dengan pelat Cine die )
Lain kali kau cakap je tak nak nasi dengan sambal terus, takdelah susah – susah aku nak membungkusnya. Aish! Menyusahkan orang je taw!

Customer 3

Yang neh kalau tak silap aku, orang Indonesia ( wanita ).
“ adik, kuih neh berapa? Yang neh plak? Mee gorengnya berapa neng? Meehoon plak neng? Kalau nasi tambah berapa neng? “
Habis semua harga dia tanya, alik – alik dia beli nasi lemak biasa je. Sakit jiwa aku neh melayan pertanyaan dia.

Customer 4


“ adik, bungkuskan nasi lemak biasa 10..cepat sikit bungkus yeh..”
Fuh! Memang bulat mata aku mendengarnya. Bang! Jari – jemari saya 10 je. Sabarlah sikit. Bro neh dah lah iras – iras dengan Mr. F aku. Motor dah sama dengan dia plak tuh.

......................................................................

Begituhlah perangai – perangai customer yang aku hadapi start daripada family aku meniaga masa aku form 1 sampailah sekarang aku dah masuk UTM Skudai. Dengan duit meniaga tuh la aku sambung belajar kat cneh. Bangga seyh! Bangga lagi kalau – kalau aku melakar sejarah anak penjual nasi lemak mendapat first class degree. Chewah! Amin! ( bangga lah plak! Riak dh neh! )

Tapi, seronok bila diingatkan semula tentang customer neh sebabnya, tuh lah menunjukkan perangai manusia yang sebenarnya. Bukan dalam dunia lakonan semata – mata. Jadi, kita tak boleh nak salahkan mereka dengan sesuka hati je. Mereka juga ada hak untuk memilih dan diberi pilihan. Kadang – kadang aku pon membalas dendam. Aku pergi membeli nasi lemak kat tempat lain and mulalah aku minta yang macam – macam. Hehehehe, memang aku boleh nampaklah reaksi wajah orang yang menjual tuh berubah jadi fedup. Aku just ketawa kecil je.

So, aku mintalah kat korang semua, kalau nak membeli nasi lemak ke, atau nak beli makanan lain, janganlah minta yang pelik sangat. Aku taw yang kita neh semua cerewet, tapi kalau nak cerewet pon, beragaklah yeh. Cakap je nak nasi lemak biasa 1 bungkus. Kalau nak lauk, cakap awal – awal, tak pon, korang pilih sebelum cakap nak nasi lemak tuh. Itu tips yang aku bagi kat korang kalau tak nak tengok muka mak cik/ pakcik tuh fedup. Last – last diorang banned korang, hahaha. Yang aku cerita atas tadi, orang – orang biasa je taw. Belom aku cerita pasal budak – budak sekolah. Diorang lagilah buat aku menggeleng – geleng je. Itu lagi buat pening kepala. Hahahahaha.

13 ulasan:

  1. hahaha..biase la tuhh pelanggan..
    lawak pulak bila bace XD

    BalasPadam
  2. farasakura : thanx.. mule2 tuh mmg mrh taw.. tp lme2 dh biasa...

    BalasPadam
  3. hahahaha...
    lawak2 customer ke2...
    cm2 bek xyah bli lgsung...

    BalasPadam
  4. nurul : ituh r yg aku rse taw....

    BalasPadam
  5. haha .kelakar pulak baca . . .

    tapi , harga barang naik .
    makanan pun kena naik .hehe

    oh yea , kamu boleh copy ..tak ada salahnya ..
    =)

    BalasPadam
  6. nelly : dear, brg dh nek..terpaksalah family i nek kan harge..mule2 tuh kurang customer taw.. sbb tibe2 nek harge..

    tp kiteorg terpaksa gak nek harge..sbb nyer brg mmg dh nek harge..

    huhuhu..selalu org ckp meniaga neh byk duit..

    sebenarnye, xde duit mne pon..tp at least, tiap2 ari kiteorg de makanan..

    tuh yg family i selalu kte kt sy..
    even duit x cukup, tp makanan harus cukup..sbb tuh la i cehat semcm..
    hehehe

    BalasPadam
  7. itulah lumrah meniaga. ada je jumpa kerenah pelik-pelik.


    happy blogging!

    BalasPadam
  8. piah becok : time kaseh wak...!! awk pon, hepy blogging...

    BalasPadam
  9. wah2 bukan main lagi macam-macam kerenah customer kan? hehe. saya pon pernah beniaga jugak. hehe. tahu sikit sebanyak perangai customer. haih~ macam nk tumbuk pon ade. hik3

    BalasPadam
  10. tak ape..pelanggan..mmg mcm tu..byk ragam..huhu..nasib baek alief tak dtg gerai awk..kalau alief dtg situ,alief ckp mcm ni,, "amoi,nak nasi lemak..tapi saya nak kuning telur je..lepas tu ikan bilis nak 4 ekor,kacang nak 10 biji."hahaha..gurau je taw.. do visit my blog..alief nak minta tolong awk komen ttg blog alief..kalau awk rasa blog alief best..awk follow la..jgn lupa komen taw..mana taw ada kekurangan kt blog alief..alief akan perbaiki kekurangn tu supaya boleh mnjadi blogger yg hebat..
    http://aliefcmoi.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. r-5 : mari2..hahaha, diorg mmg..kite kene jge ati mereka...


    alief si muncung manis : hehehe, k wak, sy tunggu awk kt gerai sy tuh..dtg taw..hehehehe

    BalasPadam
  12. haha..boleh je..bagi alief alamat gerai awk..hehe..awk,,jgn lupa dtg dan komen blog alief..alief nak tgok apa pendpt awk ttg blog alief..kalau ada kekurangan,awk boleh utarakan..alief akan perbaiki..huhu..

    BalasPadam
  13. alief si muncung manis : warkah kah kah kah kah..

    BalasPadam

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai