Langkau ke kandungan utama

DiariSeorangLelaki (3)

04.04.2xxx – Harijadi aku disambut olehnya.Nad memberikan kau hadiah yang agak besar.Curious gila nak tahu apa dalam tuh.Dia suruh aku bukak kat rumah.Setelah lama berkenalan, aku dapati ego dia memang tinggi.Mungkin sebab dia dibesarkan di dalam keluarga yang tegas.Aku lihat, dia juga seorang yang sangat tegas.Namun, apabila berhadapan dengan aku, keluar juga sifat manja dia.Kadang – kadang aku terpaksa mengalah dengan sifat egonya yang kuat melebihi kekuatan dinding.

Aku perlahan – lahan membuka hadiah yang diberinya.Surat khabar?Wah?Apelah hadiah ni.

“Nad, Nad bagi B apa ni?” aku memberinya SMS.

“Bukak je la..” Nad membalas SMS aku.

Nasib dapat free called.Aku cepat – cepat menghubunginya.

“Nad, B curious gile nak tahu ni..asyik – asyik surat khabar je..” aku mula bengang dengan pembalut hadiah itu.

Apabila dibuka satu lapisan pembalut hadiah itu, lagi surat khabar.Mengamuk ni.Marah ni!

“Hahaha, B bukaklah hadiah tu..” Nad hanya tergelak.

Ish Nad ni, kenekan aku yeh!Tunggu r kau!

“Dah siap bukak?” Nad tanya.

“Belum,,,” aku mendengus.

Setelah berkali – kelai mengoyakkan surat khabar itu, akhirnya aku nampak kotak.Aku membuka penutup kotak dan melihat teddy bear berwarna coklat di dalamnya.Aku tersenyum.

Nad ni..B sayang kat Nad sangat – sangat.

05.07.2xxx – Hubungan aku dan Nad mula renggang.Dia kata aku dah tak ambil tahu pasal dia.Aku bukannya apa, dah selalu sangat SMS, aku tak tahu nak tanya apa lagi.Hari tu, bergaduh lagi.Hari jadi dia pulak tu.Lagilah bengang si Nad tu.

Tiba – tiba aku mendapat satu berita daripada Razak mengenai Aina.Aina dah habis belajar dan berada di Klang.Bekerja disana.Rasa ingin tahu pula bagaimana keadaan dia.Lantak r. Macam mana kalau aku putus je dengan Nad?

“B nak putus dengan Nad?” SMS Nad ku baca.

Putus je lah.Hatiku berbisik syaitan.Body dia aku dah dapat, lantak r.Yang penting, kasi dia kecewa seperti Aina kecewakan aku.Iye!Betul tu!Hati aku mula dirasuk oleh syaitan.

08.09.2xxx –

“Nad taknak putus dengan B, Nad sayangkan B..” itu jawapan yang aku terima daripada Nad apabila aku cuba putuskan hubungan ini.

“B senang – senang je nak tinggalkan Nad ye..” Nad memberi lagi SMS.

Sepeti biasa setiap SMSnya aku tidak layan lagi.Aku nekad untuk tinggalkan dia.

30.09.2xxx – Suatu hari, aku dikejutkan dengan panggilan Nad.

“Qaiyum, nape u nak putus dengan i?” aku dapat mendengar Nad sedang menangis.

“Nad, kalau kita ada jodoh, tak kemananya..” aku menjawab.Kadang – kala aku berasa bersalah terhadap dia.Lantak!Yang penting dendam dapat dibalas.

“I nak u balik” kata Nad.

“I nak fokus kat kerja Nad..” kata aku.

Nad tidak menjawab lagi.Talian tiba – tiba sahaja mati.Kejamkah aku ini?

01.01.2xxx – Sudah lama aku tidak mendengar berita daripada Nad.Qis pula hanya mengamuk kerana kecewakan hati kakak angkatnya.Qis juga sudah tidak bercakap dengan aku lagi.Aku pula sudah menyambung pelajaran di Politeknik.Di poli, aku bercinta dengan seorang wanita bernama Mastura.Aku lihat Mas sangat bersabar dengan aku.

“Along tipu kak Nad kan?” tanya Qis.

“Ape Qis ni?” tanya aku.

“Along couple dengan dia, kemudian putus dengan dia...Along saje je kan?Sebab Along nak balas dendam..balas dendam apa yang Aina dah buat kat Along..Along memang bodoh!!!” Qis mengamuk pada suatu hari.

Aku akui, aku sudah bosan dengan perangai Nad yang tidak mahu mengalah itu.Setelah sebulan aku putus dengan Nad, aku terjumpa Mastura.Mastura memberi respon yang baik, jadi aku berkenalan dengan dia. Mungkin Nad sudah tahu aku mempunyai pengganti dia.

05.03.2xxx - Aku tak kejam Nad.Aku sayangkan kau, tetapi aku nak balas dendam.Aku nak merasa perasaan kecewakan perasaan orang lain.Nad, maafkan aku, kau jadi mangsa aku yang pertama.Mastura pula orang kedua menjadi mangsa aku.Seronok aku kecewakan hati gadis – gadis ini.Seronok aku menipu mereka.Tetapi Nad, aku tidak tahu kenapa dengan kau, aku rasa bersalah sangat.Maafkan aku, Nadirah.

**********************************

04.04.2xxx – Selamat harijadi Qaiyum yang ke 27!Sudah 27 tahun kau hidup.Hidup mengecewakan hati wanita.Namun, kali ini aku bersumpah, saat aku bercinta dengan wanita yang bernama Syazlin, aku bersumpah yang aku akan mencintainya seumur hidup aku!

“U dah berumur ni, bila nak kawin dengan i?” tanya Syazlin.

Pertanyaan berani mati daripada Syazlin.

“Err, i tak cukup duit lagilah..” kata aku.

Walaupun dah hampir 5 tahun aku mengumpul duit, masih tak cukup.Mana tak nye, Syazlin ni cantik orangnya, so, majlis mesti nak besar – besaran.

“Qaiyum, kita ni dah hampir 3 tahun couple tahu, mama dah bising tanya kat kita bile nak kawin tahu..” kata Syazlin.

Adoi, diam tak diam, sudah 3 tahun aku bercinta dengan Syazlin.Betul juga cakap dia ni.Aku seketika menggaru kepala yang tidak gatal.

“Tapi kan sayang, dah 3 tahun kita couple, u tak pernah bawa i pergi rumah u jumpa dengan family u” baru aku terfikir.

“Iye ke i tak bawa?” Syazlin berfikir.”Adalah..u yang taknak pergi..u kata u buzy..” sambung lagi Syazlin.”Cakap i pula tak bagi” Syazlin mencebik mulutnya.

Tiba – tiba telefon Syazlin berdering.Dia sekadar melihat sahaja.Lagi satu yang menghairankan.Aku tidak pernah menyentuh telefonnya.Mungkin aku ini jenis yang tidak suka godek – godek fon orang ni.

“Erm, Qaiyum, i dah kene pergi dulu, bos marahlah..” Syazlin bangun dari kerusi.”Bye Qaiyum!” Syazlin mencium pipiku.

Aku masih lagi terpana.Selalu macam tu.Hairan, tapi malas pula nak bother hal orang.Nanti bila dia dah jadi isteri aku, okaylah tu.Aku segera menghabiskan sisa – sisa makanan aku.Kemudiannya aku cepat – cepat membayarnya.

Haish, Qaiyum, sudah berapa mangsa kau ye.Nasib si Syazlin ini betul – betul kau cinta.Aku bersiul – siul berjalan ke arah kereta aku yang terletak tidak jauh daripada restoran yang aku makan tadi.

Tiba – tiba pandangan aku tertumpu kepada seorang wanita yang berada di sebelah kereta aku.Dia berada di atas kerusi roda dan tidak bergerak.Lumpuh ke?Aku sendirian berbisik.Aku membiarkan sahaja.Aku terus memandu kereta aku.Tapi, rasanya, macam kenal perempuan tu.

10.04.2xxx – Aku sudah membuat keputusan untuk bertunang dahulu dengan Syazlin.Aku mengutarakan pendapat aku terhadap Syazlin dan dia menerima dengan baik sekali.Jadi, mengikut rancangan, awal bulan 5 aku menghantar rombongan.Aku rasa, biarlah aku yang mengetuai rombongan itu.

Fikiran aku terganggu apabila bayangan wanita berkerusi roda itu muncul sekali lagi.Aku terfikir, dimana aku pernah menjumpai wanita itu?Rasa macam familiar.Oh, sudah lama aku tak balik rumah aku kat Klang.Lama sangat dah aku tinggal di Bangi ni.Sampai hari – hari aku jumpa Aina yang sudah berbadan dua sekarang ini.Mastura juga selalu aku jumpa yang sekarang ini bekerja di Putrajaya.Kebanyakan gadis – gadis yang pernah aku kenal, semuanya masih berada di sekitar Lembah Klang.Cuma Nad sahaja aku tidak dengar khabar beritanya.Qis pula melayan aku sekadar acuh tak acuh je.

Kadang – kadang hati ini melonjak – lonjak ingin mengetahui keadaan Nad.Apabila aku menghubunginya, nombor itu sudah tidak wujud lagi.Mungkin juga dia sudah kahwin dan mempunyai anak.Aku membuat andaian sendiri.Nadirah!Nama itu meniti lagi di bibir aku.Tiba – tiba telefon ku berbunyi.SMS masuk.

“Qaiyum!Lama tak dengar habaq hang!Aku Razak, kawan lama hang..” Razak memberi aku SMS.

Ya Allah!Lama aku tidak mendengar khabar berita daripada rakan aku yang seorang ini.

“Razak!Kau pekabar?” aku membalas SMSnya.

Lama juga aku berbalas SMS dengan Razak ini.Rindulah katakan.Razak pun nakal juga.Bertanyakan tentang mangsa – mangsa aku semua.Aku melayan sahaja semua SMSnya.

15.04.2xxx – Aku keluar membeli – belah dengan Syazlin di pusat membeli belah.Syazlin teringin pula hendak keluar bersama dengan aku pada hari itu.Aku ikutkan sahaja kemahuannya.Lagi pun dah lama tak keluar macam ni dengan dia.

“Bila u nak hantar rombongan?” tanya Syazlin.

“Awal bulan 5” aku menjawab.

“Lamanya, hujung bulan 4 tak boleh ke?” Syazlin memujuk aku.”Hantar cincin je kan?” kata Syazlin.

Aku berfikir.Betul gak.Hantar cincin je.

“Iyelah..” kata aku.”Tapi i hantar family i lah yeh?” aku menggenggam jari –jemari Syazlin.

“I okeyh je!” Syazlin senyum.

20.04.2xxx –

“Sapa awek baru hang ni?” tiba – tiba Razak menghantar SMS kepada aku waktu malam itu.

“Syazlin, awat?Hang kenal ka?” aku membalas SMSnya dengan loghat utara.

“Tak, saje nak tanya” jawab Razak.

Aku tidak membalas lagi SMSnya.Cincin telah kubeli untuk disarungkan dijari Syazlin.Aku memandang cincin warna perak itu.Tiba – tiba aku teringat kenangan lama aku bersama Nad.

“Nad suka warna silver..” kata Nad.

“Kenapa tak suka emas?” tanya aku.

“Warna orang tua, goldie..” jawabnya lalu tersengih, melihatkan gigi taringnya.

“Nad, kiss B!” aku meminta.

Nad terus mencium pipi aku.Aku memeluknya dengan kuat.Bahagia rasanya.

Kenangan aku pecah apabila pintu aku dibuka oleh Qis.Lupa pulak, hari ni aku balik Klang.

“Aik?Along de kat sini?” tanya Qis.

“A’ah..Qis, Nad sihat?” tanya aku.

“Kak Nad?Sihat je dia..” jawab Qis.

“Dia dah ada pengganti Along?” tanya aku.

“Belum” jawab Qis.

Aku terdiam.Sungguh dia tiada pengganti aku?

“Bila nak hantar rombongan bertunang ni?” tanya Qis.

“Hujung bulan neh” aku jawab kemudian memasukkan cincin itu ke dalam kotaknya.

Qis diam.Dia tidak banyak bicara lagi dengan aku.Dia mengambil semua kain kotor untuk dibasuh.Aku cuma melihat kelakuan Qis sahaja.Aku tak tahu macam mana nak mulakan perbualan lagi.

“Qis, sungguh Nad tak de pengganti Along?” tanya aku.

Qis menggeleng sahaja.

“Qis tak berapa nak tahu..” Qis berjalan ke arah pintu.”Last Qis tahu pasal kak Nad, dia accident” Qis berlalu daripada situ.

Aku terkejut mendengarnya.Accident?aku berlari keluar dari bilik lalu menuju ke dapur mendapatkan Qis.

“Qis tak tahu pape Along..” Qis seolah – olah tahu tujuan aku kemari.”Tu lah last berita Qis tahu..” kata Qis.

“Bila dia accident?” tanya aku.

“Lepas Along break dengan dia” jawab Qis lalu memasukkan kain – kain kotor itu ke dalam mesin basuh.

Aku masih lagi terkejut.Aku tidak dapat menerima keadaan lagi.Patutlah aku rasa bersalah sangat.Nad...macam mana dengan kau?

23.04.2xxx – Syazlin jemput aku datang rumah dia hari Ahad ni.Hairan.Katanya dia mahu aku seorang sahaja yang datang.Aku risau, tapi aku teringat, ada kerja yang perlu aku settlekan dahulu.

“Syazlin, i tak dapat datang, de banyak keje nak settle..” kata aku.

“Takpelah...kalau macam tu, u datanglah bila u tak buzy yeh..” hanya itu yang Syazlin balas.

Maaf Syazlin, aku buzy sementara waktu ni.banyak kerja perlu aku settlekan.Aku sendiri pening.Tiba – tiba melambak kerja yang perlu disiapkan.Menyesal pula menjadi pegawai yang x seberapa ni.

“Qaiyum, sila sahkan semua kerja ni” aku jadi pening mendengar semua arahan itu.

Hari Khamis, memenatkan aku di pejabat ini.Aku melihat laptop aku sedang skrin saver.Skrin saver aku pula merupakan gambar – gambar yang terdapat di dalam folder aku.Tiba – tiba di skrin terlayar gambar aku ketika bersama dengan Nad.Aku memerhatikan wajahnya yang comel itu.Aku menyentuh skrin laptop itu.Terasa aku menyentuh pipi Nad.

“B..B wat lah kerja..kenapa pandang Nad je?”tiba – tiba aku melihat Nad dihadapan aku.

“Nad?” aku berkali – kali menggosok mataku.

“B, B jangan gosok mata,nanti merah mata tuh..” Nad menyentuh jari – jemari aku.

Aku bergetar sendirian.Terasa ingin menangis sahaja disitu.Nad!!!!!! Aku akur dengan kehendak Illahi.Aku sungkur disitu.Air mata aku mengalir.Bayangan Nad hilang daripada pandangan aku.Aku meraung sekuat yang aku mampu.Tangisan aku itu mengejutkan semua pekerja disitu.Ada yang meninjau – tinjau.Ada yang berbisik – bisik.Mungkin mereka kata aku gila.Ya!Aku gila kerana mengecewakan hati seorang gadis sehingga dia sendiri hilang daripada aku.

01.05.2xxx – Hari Buruh.Cuti bagi aku.Aku mengambil kesempatan ini untuk menghilangkan segala tekanan yang dialami oleh aku.Aku imbas semula cerita hari itu.

**********************

“U datang juga” Syazlin menyambut aku dipintu rumahnya.

“Iye, dah u merajuk hari tu” aku membuka kasut lalu masuk ke dalam rumahnya.

Rumahnya kelihatan tersusun indah.

“Mbak!Bikin air fresh oren untuk tetamu kita..” Syazlin mengarahkan orang gajinya.

Orang gajinya berlalu dari situ.Aku melabuhkan punggungku di kerusi yang empuk.Anak orang kaya dia ni.Daripada jauh aku melihat susuk tubuh lelaki berbadan tegap menghampiri aku.Dia menghulurkan jari – jemari untuk disalam.Wajahnya kelihatan familiar bagi aku.Dahiku berkerut memikirkan dia.

“Nama saya Nadimie..paggil Imi..” Imi memperkenalkan dirinya.

“Saya Qaiyum..Mohammad Qaiyum..” aku membalas perkenalannya.

“Saya tahu awak Qaiyum,..” Imi tersenyum.

Macam mana dia boleh tahu?

“Kakak saya heboh bercerita tentang awak kat saya..” kata Imi.

“Owh, Syazlin tu kakak awaklah?Maaf saya tak berapa nak kenallah family Syazlin..walaupun dah 3 tahun bercinta..” aku terlanjur mengaku kesalahan.

Aku lihat Imi tersengih – sengih kerang busuk.Kelihatan senyumannya mengejek.

“Syazlin bukan kakak saya” orang gajinya meletakkan air di atas meja.Air itu dituang.”Mbak, terima kasih..” kata Imi.”Mbak, panggil Lin sini” kata Imi.

Kalau Syazlin bukan kakak kau, siapa kakak kau?Aku tiba – tiba terasa pelik yang sangat.Pelik terhadap wajah lelaki yang bernama Nadimie ini.

“Ye Imi?” Syazlin merapati Imi disisinya.

“Syaz, nape duduk dengan dia??Mari duduk dengan i” aku berderau melihat Syazlin duduk di sebelah Imi.

Syazlin senyum.Dia berjalan kesebelah aku dan duduk disebelah aku seperti yang diarah.

“Lin, hentikan semua ni..” kata Imi.

“Ape ni Syaz?” aku tidak faham.Aku mula keliru.Pandangan aku masih terhadap Imi.Matanya, serupa dengan seseorang yang sangat – sangat aku kenal.Nad?Nama itu meniti dibibir aku.

“Qaiyum, ni hubby i..” Syazlin merapati Imi.

Seperti cermin yang jatuh ke lantai, seperti itulah hati aku sekarang ini.Deraian hatiku berterabur di atas lantai.Seperti bunyi guruh, itulah bunyi yang dapat aku dengar.Seperti orang buta kehilangan tongkat, seperti itulah aku.

“Nadimie Sulaiman?” aku menyebut nama penuh Imi.

“Hebat, Nadirah..masih kau ingat?” Imi tersenyum.

Aku terpana.Permainan apakah ini?Aku lihat Syazlin sekadar memeluk lengan Imi.Hati aku sekarang bukan sahaja kecewa, malah membara.Aku ditipu selama 3 tahun ini.

“Aku tak paham..” kata aku akhirnya.

“Kau tahu?Kakak aku kecewa sangat dengan kau?Dia ingat dia nak pergi ke rumah kawan dia..” Imi membuka cerita.”Dia drive kereta macam biasa, entah macam mana, dia terbabas, kereta yang dipandunya melanggar tiang letrik.Nasib tiang letrik tu tak tumbang kat kereta dia..” Imi bercerita dengan penuh sesal.

“I tolong balas dendam..” kata Syazlin.

Aku sendir terpana.Ingatkan aku yang berjaya membalas dendam, rupanya, Nad yang berjaya membalas dendam terhadap aku.Aku sudah menerima balasannya Nad.

“Aku berjanji, yang aku akan membalas dendam demi kakak aku Qaiyum..Aku tahu, Nad pasti marahkan aku..” kata Imi.”Itu pun kalau dia mampu bercakap..” Imi menyambung lagi.

“Maafkan i Qaiyum, i takde feeling kat u..i lagi sakit hati..apabila i tahu, u lah orang yang menyebabkan kak Nad lumpuh seluruh badan” kata Syazlin.

Aku terkejut.Ketika itu, aku melihat seorang gadis diusung dengan kerusi roda.Gadis itu aku pernah lihat.Ya!Hari itu.Gadis yang sama.

“Nad!” Imi menolak kerusi itu merapati aku.”Inilah wajah gadis yang telah kau kecewakan hatinya...kau lihat sepuas – puasnya..” Imi menginggalkan aku disitu bersama – sama dengan Nad.

Aku terkejut.Lain sungguh wajahnya.Aku perlahan – lahan menyentuh jari – jemari Nad yang sejuk dan kaku itu.Rambut Nad itu aku usap perlahan – lahan.

“Maafkan B, Nad” aku menangis melihatkan keadaan Nad sekarang.

Hiba aku akhirnya.Tangisan aku keluar akhirnya.Nad tidak memberikan sebarang respon.Pandangannya kaku, tapi aku tahu betapa hancurnya hati dia sekarang ini.Aku menyesal dengan tindakan aku yang melulu selama ini.Nad kehilangan segala peluang yang dia ada kerana aku.

Nad masih berada di atas kerusi roda tanpa sebarang reaksi.Dia seperti mayat hidup melihat aku yang menangis seperti anak kecil.Raungan aku sudah terlambat.Tangisan aku sudah tidak berguna lagi.Sesal aku tidak kesudahan lagi.

*********************

Nad, aku menyesal membalas dendam terhadap kau...Tak sepatutnya aku layan kau sebegini.Aku menyesal Nad..maafkan aku!Aku manusia biasa Nad, aku tidak sempurna, maafkan aku.Hati kecilku menaruh kemaafan daripada kau.Aku sepatutnya mencintai kau dengan segala kejujuran yang ada, dengan segala keikhlasan yang ada.Namun aku yang hancurkan segala janji – janji cinta aku terhadap kau.Aku menghancurkan kehidupan kau...Aku telah membuat kau menderita sepanjang hayat.Kalaulah aku mampu menanggung segala penderitaan engkau Nad, akan ku tanggung untuk menebus segala dosa aku terhadap kau.Nadirah!

Tamat, kotaq musik, 19.10.10, 03.06pm

Ulasan

  1. sdey tol...
    ntah nape aku dpt rsekn...
    mse bce td...
    kesah qaiyum ngn nad 2 cm ad cket kaitan ngn aku...
    kesah laki blas dndam lpas kcewa ngn ex dlu...
    nape la aku rse aku pn mgsa...
    huhuhu...

    BalasPadam
  2. ehm..bukan kosorg je dpt rasekan..
    aku pon...
    kite cume utk dibls dendam..
    kdg2 aku mengharapkan yg nad itu aku..
    neh kisah benar taw...
    tp aku dh olah cketlah..
    trjd kt bestfren aku sendiri..

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah