Langkau ke kandungan utama

KalauAkuOrangGila

Kalau aku orang gila :
· Aku akan kutip semua bangkai – bangkai haiwan yang berselerak di tepi jalan.
· Aku akan menjerit sesuka hati aku.
· Aku akan berlari di sepanjang kaki lima di Central Market.
· Aku akan menyanyi sehingga Datuk Siti datang kepada aku dan meminta tunjuk ajar.
· Aku akan berlakon watak yang aku idamkan.
· Aku akan berjalan dengan kaki aku sehingga aku penat, lelah.
· Aku akan menggunakan jari – jemari aku menunjukkan kesalahan orang.
· Aku akan menari di dalam hujan.
· Aku tidur bersama – sama dengan kucing – kucing jalanan jauh lebih mulia.
· Aku akan sentiasa membebel.
· Aku bergerak mengikut kata hatiku.
· Aku akan mengarang surat cinta versi orang gila.
· Aku akan mengarah orang – orang gila menjadi pelakon aku.
· Aku akan terbitkan sebuah cerita yang berkisahkan orang gila.
· Aku akan menciptakan lagu untuk orang gila.
· Aku akan membuat kerja yang dikatakan oleh orang ramai “ Gila ke?”
· Aku akan mencaci maki orang yang mengatakan aku gila kerana mereka lagi gila daripada aku, gila kuasa, gila harta, gila dunia, gila pangkat, gila ikut syaitan.
· Aku akan korek segala tong sampah yang ada keran tiada orang yang simpati kepada aku.
· Aku akan jadikan langit sebagai selimutku, jalan tar yang kelabu itu katil aku, air hujan yang menitik ke badan aku sebagai air cond aku.
· Malamku dihabiskan dengan meratapi nasib diri ini.
· Memandang kepada gambar yang sentiasa dikepit dicelah – celah ketiak.
· Menjerit sekiranya ditindas.
· Menangis sekiranya lapar, dihina, dicaci, dimaki.
· Gigit kuku kalau rasa keseorangan.
· Memintal rambut aku yang busuk.
· Sengih, senyum, gelak, ketawa seorang diri untuk merawat duka dan lara diri ini.
· Kira semua burung yang berterbangan di atas awangan.
· Menyambungkan jari – jemari yang sudah tentu tidak dapat disambungkan.
· Memandang kelakuan orang.
· Main anak patung.
· Sumpah seranah setiap orang yang melalui kaki lima.
· Aku nak jumpa dengan presiden US.
· Main dadu berulang kali.
· Akan kujeritkan nama orang yang tersayang tanpa rasa malu, tanpa rasa takut, tanpa rasa segan, tanpa rasa was – was sehingga 1 dunia tahu aku cintakan dia.
Jika aku orang gila ..... ~ kotaq musik 6.49pm 6.11.2010

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

sudah siap entry aku, :)

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...